Halaman

Selasa, 19 Jun 2007

:(

mood aku jadi sedih gak dalam sehari dua ni.


  1. Ayah kepada Din (faziruddin) meninggal dunia disebabkan strok. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman

  2. Sedara aku dan bininya yang tengah sarat mengandung dibunuh. semoga beliau sekeluarga dicucuri rahmat olehNya

  3. aku banyak menyakiti tz...



aku copy dari keratan akhbar mengenai sedara aku tu. (copy dari utusan mesia online)

Suami isteri mati dibunuh

SEREMBAN 18 Jun – Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh dengan kejam di rumah sewa mereka di Taman Desa Anggerik, Senawang dekat sini, hari ini.

Pasangan suami isteri itu, Syed Herie Azimi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan tengkuk di ruang tamu rumah teres berkenaan.

Aniza merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Seremban manakala Syed Herie tidak bekerja.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh rakan mereka, Mohd. Shafiq Ahmad Zaki, 22, dan Mohd. Fazli Kamarul, 21, pukul 2.20 petang ini yang datang ke rumah mangsa selepas tiga hari gagal menghubungi Syed Herie.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Huzir Mohamad berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis percaya ini bukan kes samun kerana barang kemas yang dipakai oleh Aniza masih ada dan rumah pasangan itu juga tidak digeledah.

"Namun, kereta Satria milik mangsa didapati hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis akan menyiasat perkara itu dan mencari maklumat yang boleh mengaitkan kehilangan kereta berkenaan dengan kes pembunuhan kedua-dua mangsa.

Mayat Syed Herie ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah itu manakala mayat isteri mangsa terbaring di depan televisyen tidak jauh daripada mayat suaminya.

Difahamkan, terdapat enam kesan tikaman di bahagian rusuk dan perut Syed Herie manakala terdapat satu kesan tikaman di bahagian tengkuk Aniza.

"Polis akan menyiasat dari segala aspek dan setakat ini, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan ini," ujarnya.

Mayat pasangan suami isteri itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk bedah siasat.

"Kita berharap orang ramai dapat menghubungi polis untuk membantu siasatan," ujar beliau.

Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 15 September 2006 dan Aniza yang sarat mengandung tujuh bulan pernah keguguran sebelum ini.

Mereka menyewa rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.

5 ulasan:

  1. tmn anggerik adalah tmn yg berjiran dengan tmn perumahan aq (tmn desa dhalia. apa nie kwsn senawang dah tak aman -and we need peace-

    BalasPadam
  2. perghh... teruk betul umat skang.. sabr raja sabar.. dugaan.. semoga orang yang membunuh tidak aman selama-lamanye...orang yang mengandung kena bunuh.. teringat kat jiran aku yang perempuan... kena bunuh tikam berbelas... skang adik die kerja kt pelabuhan kat klang cari info.. kalo dapat pembunuh akak die.. die terus bunuh.. darah dibayar darah...

    BalasPadam
  3. fa.... betul ker tu saudara kamu?? kesiannya.. saya tumpang sedih... takziah....
    anyway, suma org mmg akan mati..tp, kematian yg disebabkan kekejaman org memang tak boleh diterima..!

    BalasPadam
  4. hurm..

    taktau tragedi tu melibatkan sedara kau..
    aku perasan kau pun kurang ceria..

    BalasPadam
  5. Org yg mati di bunuh nie abg sy...

    BalasPadam

terima kaseh :)