Halaman

Ahad, 2 September 2007

...aah! damn the weekend

(actually aku nak tulis pasal kemerdekaan, tapi aku rase ramai dah tulis pasal kemerdekaan, so aku better teruskan dengan cerita biasa biasa.. meneruskan siri Damn the Weekend yang dah lama aku tinggalkan)...

1 September 2007

Pagi pagi buta (sebelum subuh).. Panjang Terbabas (basist band Lorong Terbabas) beserta dengan ahli ahli band mereka mengdiscover bahawa terdapat leaking wifi kat area dalam bilik Geweng Terbabas (vokalis band Lorong Terbabas serta merangkap penduduk Master bedroom rumah kitorang) dengan menggunakan laptop Panjang Tebabas yang giler power (mahal giler laptop die). di sinilah bermulanya titik permulaan bagi sejarah kemunculan (semula) internet di rumah kami..



(video lorong terbabas ketika konvo besar tahun lepas, ekceli takde kaitan dengan pos ini)

tapi, aku agak lambat mendapat berita tersebut - iaitu waktu petang ketika aku baru bangun tdo. berbekalkan dengan semangat kemerdekaan yang tinggi serta kekenyangan yang melampau akibat overdose makan cekodok buatan sendiri, maka mula lah aku mencari spot terbaik untuk mendapatkan signal bagi wifi tersebut. and akhirnya, internet dibilik aku mula berfungsi, walaupun ada ketikanya ianya sengal sengal ubi.. kene letak kat bawah baru boleh dapat.



berita gembira ini juga turut menjadi titik tolak kepada orang kaya baru housemate kitorang (Kucai) untuk terus membeli adapter wifi baru. tetapi setelah dicuba dari malam sampai la keesokkan paginya, still berjaya dan tak berjaya. kejap dapat and kejap tak dapat.. tak pe Kucai. usaha tangga kejayan. tiada usaha, susah la nak berjaya. pasni ko berusaha la ek. aku nak tdo. letih giler...



bende yang sama jugak hampir terjadi Yazid, cuma Yazid langsung tak dapat.. ekceli, aku sedar yang acapkali Yazid datang ke bilik aku, tetiba internet connection terputus. begitu juga ketika berada di bilik Geweng Terbabas. dengan asumsi yang ada ini, aku menganggap kehadiran die sentiasa menarik gelombang gelombang serta packet packet ke dirinya. mutant-x betul la Encik Yazid nih..



tetapi lain pula ceritanya dengan pc Geweng Terbabas.. dapat, pastu tak dapat, pastu still tak dapat then dapat balik.



...aah! we need to find a perfect spot!

actually aku tak tdo dari semalam. tu yang tulis merapu nih. damn. hopefully aku tak terleka dengan internet ini, seperti final sem degree aku ketika di Kolej Tun Razak, dengan mengguna-pakai-tanpa-izin akaun penduduk Kolej 12. almost the same. cuma kali ni tak taw sapa pemilik AP nih (alasan yang bagus.. tak taw sapa yang punya, so, tak dapat la nak mintak izin)..

4 ulasan:

  1. berusahalah...gunakan periuk kuali belanga...hahaha

    BalasPadam
  2. haha.. memang akan dicuba. ko jangan risaw. welkam to wifry.

    (abis la periuk, kuali, mangkuk umah kitorang jadi bahan uji kaji...)

    BalasPadam
  3. Ya, u can put blame on me
    "As life goes on, I'm starting to learn more and more about responsibility. And I realize that everything I do is affecting the people around me. So I want to take this time out to apologize for things that I've done, things that haven't occurred yet, and things that they don't want to take responsibility for"

    BalasPadam
  4. ye encik yazid. aku/kitorang memang nak letak blame kat ko pon..

    BalasPadam

terima kaseh :)