Halaman

Ahad, 7 September 2008

Teratak 42 bolos lagi (another shit happens)

Ini merupakan satu lagi kisah kecurian di Teratak 42 yang berlaku ari ni

... kalau nak di ikutkan, semenjak penubuhan Teratak 42 dari zaman dahulu kala, ini merupakan kes ketiga kecurian yang besar camni telah berlaku. yang pertama, kecurian moto yamaha 125ZR pada awal disember 2007, yang kedua pula adalah kehilangan kamera Nikon saudara kucai pada bulan Jun tahun ini (rujuk di blog beliau di sini) dan kali ini pula, kecurian wallet, camera dan handphone 4 penghuni Teratak 42.

yang hilang adalah seperti berikut:
- Kucai: dompet (ade duit RM 400, duit Rare item, dengan tiket balik raya (priceless))
- Ali (Adik yazid): dompet (ade RM 2)
- Fitri: dompet dan handphone (ori Sony E K 850i, dulu die beli hp ni RM 1800 woo)
- Panjang: dompet, handphone motorolla dan camera olympus.. camera ni baru beli woo (anggaran kehilangan: RM 1200)

sungguh kasihan kepada mereka. terutama kucai. dah la kucai dah berenti kerja bulan 6 dulu. malam semalam orang bayar hutang kat dia, tak sempat dia nak merasa. bak kata kucai

That was the best 30 second of my life. Tengah duit dah betul betul takde, tetiba ada orang nak bayar hutang. Pas tdo, ilang terus duit aku... waaaa (efek sedih)


juga kesian pada panjang kerana banyak gambar gambar kerja yang ada dalam kamera beliau. dan juga kepada mereka yang lain yang turut menjadi mangsa kebuasan nafsu binatang di bulan Ramadhan ini, sehingga menyebabkan kehilangan Kad ATM, Lesen Memandu dan juga IC.

dan aku pula? alhamdulillah barang aku selamat. aku tdo berkuncikan bilik tadi. so, takde ape la..

owh.. nanti aku sambung lagi. aku nak ikut diorang g balai polis.

ps: ekceli kat Teratak 42 tak de sambungan Wifi. ni pon aku pinjam modem (beruk band) cik saudari yang kiut lagi miut, أني ;p

۞

update (08 09 2008 | 06 47 p)

ade gak member aku mintak details ceritanya.. so.. this is the details:

06 09 2008

malam itu, selepas berbuka, Yazid terus pergi ke Pasir Gudang. ada kerja katanya. dalam malam yang sama pula, si Geweng ketuk ketuk depan rumah. nak amik barang. maklumlah, dalam tengah hari/petang esok dia akan pergi berlayar ke laut. dan bagi ahli teratak yang lain, hanya satu malam yang biasa. masing masing keluar berdating.. yang ada dirumah pula sibuk main game dan internet.

07 09 2008

Sekitar Subuh..
Di pulang dari kerja. ya.. dia kerja di Singapore, jadi dia balik sangat lewat, hampir subuh katanya. dan seperti ahli teratak42 yang lain, dia juga terikat dengan regulation kami. sapa sapa yang balik lewat, mesti kunci pintu pagar (semenjak peristiwa kecurian pertama tahun lepas)

dan aku pula ketika itu, aku duduk menyendiri di dalam bilik, struggle nak menyiapkan Thesis aku (dah berbuih mulut penyelia aku sound soh aku hantar cepat.. dan berbuih jugak mulut aku nak siapkan cepat).. aku duduk di bilik sahaja dari pukul 12 tgh malam. tak mahu keluar bilik, kerana bilik aku sudah ada persiapan makan makan dan minum minum. siap ada pizza hut lagi kat bilik aku ni ha.. hehe

Sekitar 7.00am
Aku dah penat nak fikir pasal thesis ni. aku perlukan rehat. aku bukak Cerita Back To The Future, then baring sampai cerita abis dalam pukul 8.30++am. dan telah menjadi sikap aku, dari aku balik tadi, aku terus kunci pintu sampai aku tertdo..

Pada 10.30am
Aku dikejutkan oleh Di. dengan nada gelabah, dia kata rumah kami dimasukki pencuri. aku bangun, aku terus bergegas ke bawah. terdengar cerita daripada mereka seperti ini:

Kucai bangun dan terus cari wallet dia sebab dia nak keluar. since dia tak jumpa wallet dia, dia kejut fitri (sebab fitri lagi hafal kedudukan barang kucai dari kucai sendiri). fitri bangun je, fitri toleh ke tepi dan perasan handphonenya tiada. since fitri ni adalah cikgu matematik, dengan menggunakan induction, dia cakap handphone dengan wallet dia kene curik. dia ajak kucai kejut hosmet yang lain. termasuklah panjang. panjang bangun je, terus carik handphone dia. lesap. cari wallet. juga lesap. dan yang paling pelik sekali, kamera baru dia juga turut lesap. sedih..

Kucai ada mention, masa dia bangun je, dia ada perasan pintu rumah dan pagar terbuka luas ketika masing masing yang lain semua tengah tdo.

sangat pelik kan? seperti pencuri tersebut ada kunci rumah kami pula..

kemudian, mangsa mangsa kecurian terus bergegas ke balai polis taman universiti untuk membuat laporan. aku dan di (bukan mangsa) turut pergi ke balai polis untuk bantuan siasatan. tengah harinya pula, kami di ajak bertemu bersama dengan Inspektor Puan ape tah kat Balai Polis Skudai.. yang pergi, aku, kucai dan fitri (menaiki kereta fitri). panjang, ali, di dan kawan di (naik kereta ali)..

2.00pm
disebabkan di dan kawannya ada kerja petang itu, so mereka yang tak terlibat (termasuk aku) request untuk balik rumah. penat woo tak tdo dari semalam. seb baik lah kawan di ada lesen bawak kete, so pinjam kete ali dan terus ke teratak 42. tapi di dan kawannya tak balik terus. dia kata nak pergi jumpa kawan dia kejap kat penyiaran. pelik gak aku. tadi diorang gak yang tdo kat balai polis tu and kata nak balik cepat.. tak apalah. yang penting aku dapat tdo.

6.50pm
damn. bangun lambat. sedang aku berlari untuk keluar mencari juadah berbuka, aku ternampak kucai. aku tanya dia apa cite? die kate die dah dapat balik dah wallet die. seb baik sume lesen, tiket bas dan kad atm dia ada.. usah ditanya pasal duit tu ada ke tak.. kucai kata, ada sorang budak jumpe wallet die kat belakang dewan taman universiti, bagi kat bapak dia dan bagi kat di yang ade kat depan umah petang tadi..

baguslah untuk kucai. semoga yang lain semua tak putus asa berdoa agar dikembalikan barangannya yang hilang...

14 ulasan:

  1. ayooo
    aku sian sm kucai...
    tiket blk kg tu...huhuu. dah la tiket byk dah abes jual.. ayooo byk plak tu duet tu..

    hahhaa yg klakar ali tu la...rm2 je de..huhuu takpe la ek. tp kalu wallet tu kulit...sedey gak la ek.

    im so sorry for the things happened. yeah shit happens....tp kalu da smpi 3 kali...aish..mendatangkan kemarahan. camne org tu bley masuk? kol brapa ni? details plizzz

    -regards-
    faffffaafafaa

    BalasPadam
  2. a'ah.. kalo ko nak tau, dah la aku g belikan tiket balik kampung dia. siap redah hujan lebat dekat 40 minit sebab nak beli tiket tu. tap tap, ilang lak..

    what can i say.. ari tu salah sorang hosmet aku (nama sebenar di rahsiakan) kate dah 'pagar' rumah ni.. haiyyo..

    eh lupa lak. kejadian ni berlaku antara subuh dan pkl 9. nanti karang aku tulis balik k..

    BalasPadam
  3. Ya Allah.. kesiannya. :-(

    Sabar ye korang. Korang pegilah bomohkan manusia laknat tuh. Ishhh! Memang jahanam ar. Haa, tgk. kan aku pun dah carut.

    Kucai,

    Ko bwk copy report polis kat tempat tiket yang ko beli tuh. Tunjuk kat dia, mesti diorang ada rekod. InsyaAllah, boleh balik kg.

    BalasPadam
  4. huih..$$*&#$*&$ betul. kesian korang. takpe lah. mungkin dugaan bulan puasa, bagi topup sikit pahala.

    tapi orang tu mmg sangat *&##$#$@()#*&!@..

    apa boleh buat fa, ada pulak sekor dua yang terlepas dari ikatan..

    BalasPadam
  5. syaitan kan dah kena ikat. so obviously manusia yang buat.. tak tau lah nak cakap camne.

    takpe. doakan supaya yang buat tu cepat insaf dan mangsa mangsa kejadian bersabar dalam menempuh arus masa kehidupan..

    kucai punya tiket? no worry dah..

    BalasPadam
  6. ho... kesian sungguh. insyaAllah, akan diganti dengan lebih baik. :)

    kena ada strategi baru untuk rumah lebih selamat. contohnya melatih makhluk seperti Betik (ni ke name kucing korang dulu? ke putih?) untuk menjaga rumah. hehe. kidding je.

    be more careful nxt time.

    BalasPadam
  7. kasihannya korang..;(

    yana pun tumpang simpati..mm,kuatkan semangat ek?

    next time, pastikan rumah btol2 dikunci..dan brada dlm keadaan slmt..mmm..

    take care bro:)

    Err. p/s:ada g bazar ramadhan utm tak?;p.rasa mcm ada nmpk bro;p ha ha ha.

    BalasPadam
  8. pelik!!

    1)Kenapa cuma wallet Kucai je yang si pencuri tinggalkan kat belakang dewan??

    2)pakcik yg pulangkan wallet kucai tu kenal kucai ke? camane dia leh tau umah korang?

    3)masa pencuri tu masuk, korang tak sedar ke? dia guna pukau ke?


    Saranan aku, ajak satu umah buat solat hajat dan baca yasin kat dalam umah kat ruang tamu. Pastikan semua penghuni umah ada. elok buat malam ni (Malam jumaat). moga2 Allah bagi petunjuk.

    BalasPadam
  9. saya tumpang simpati kepada semua, esp. my ex-coursemate panjang.

    saya sendiri pun sedang trauma dan fobia dengan kejadian yang berlaku kepada labmate di lab ktorg isnin lepas. sudahlah di siang hari, di bulan puasa pula, tetapi si jantan laknat itu menyerang dan cuba untuk berbuat sesuatu yang tidak senonoh kepada labmate saya. alhamdulillah, dia berjaya melepaskan diri, meminta tolong dan kebetulan masih ada technician di fakulti walau dah lewat petang, menunggu waktu berbuka sahaja. saya trauma dan fobia sebab saya sebelum ini selalau sahaja bermalam di lab seorang diri untuk siapkan kerja, tetapi alhamdulillah tiada siapa yang berniat tidak baik terhadap saya. cuma terfikir kalaulah berlaku kepada diri saya, mungkin boleh jagi gila agaknya. so, girls out there, hati2 walau di bulan puasa :)

    dengar kata, kes ini pun dah kecoh di fakulti sains, mungkin ada terdengar?

    BalasPadam
  10. duit raya nanti pegi beli mangga besar2 tok umah korang tuh

    BalasPadam
  11. owh. sorry to hear bout it.
    sabarlah ye para penduduk teratak 42 sekalian. mungkin perlu tukar nobor tu jadi 24 atau 44. supaya pencuri tu dah tak nampak lagi rumah kalian. huhuhuhu. maaf. bergurau saje.

    BalasPadam
  12. selamat hari raya :)
    blessed aidilfitri, insyaAllah.
    nanti buat lagi open house ye, ktorg nak datang..hehehe.

    BalasPadam
  13. missyizzati..
    sangat tidak strategik. kerana kucing kucing rumah ini kalah kepada makanan. pencuri campak makanan je, die terus g ngap makanan tersebut..
    tq

    Princess Liyana..
    ya.. kecian diorang. tq
    ps: ade. nape tak tegoq? ;p

    Anonymous..
    1. tak tau. nanti kalo dah dapat tangkap pencuri tu nanti, fa bgtaw.
    2. juga tak tau. i hold no details on that.
    3. tak sedar langsung..
    emm.. yup. good idea. tq

    kakok..
    Ya Allah. ada gak manusia camtu. tak buat report ke. g tangkap orang tu then lepuk2 sediket sebanyak kat muka dia..
    sudah lama tidak pergi ke fakulti. so, takde dgr..

    circleinspoon..
    how much big ya think?

    A t i Q a h..
    hah. macam ku kenal itu taktik. hehe.. tq

    ghimau..
    betul tu.

    kakok..
    thanks. yup. memang dalam planning. tapi lom bawak ke mesyuarat tertinggi lagi. hehe

    BalasPadam

terima kaseh :)