Halaman

Khamis, 1 Julai 2010

Satu demi satu

Korang rajin tengok anime kan? Dan korang mesti sakit hati kan kalau tetiba keluar pulak episod filler je memanjang sampai berbulan - bulan (especially cerita Naruto). Ok. Walaupon blog aku ni takde la se-seronok cerita anime, tapi aku tetap jugak nak buat entri-filler selepas long hiatus (a long hiatus from blog that is).. Kiranya lepas ni nak masuk season baru la. Hehe

Dan sekiranya kamu tidak mahu mengetahui sejarah aku, atau kamu tidak minat subjek sejarah, kamu boleh skip entri ini :)


۞ somewhere between 1992 - 1995

Dahulu, ayah aku ada beli sebuah komputer. Aku tak ingat sangat the exact date, tapi aku ingat mase tu aku masih lagi kecil dan semangat ingin tahu aku tersangat sangatnya tinggi. Tensen ibu aku sebab aku asyik bertanya sahaja. hehe


Komputer tersebut menggunakan processor 8086 dan berkuasa 5MHz (0.005GHz). 5MHz tu beb (handphone/mp3 player/digital camera korang mesti lagi laju). Dan tiada harddisk. Operating system mase tu muat satu floppy sahaja, MS-DOS 3.30. Ada dua floppy disk drive. Korang pernah guna tak floppy yang macam ni:

Verbatim, 3M dan Maxell.. Storage capacity: 360KB. Seriously 360KB dah cukup satu Operating System.

5 1/4 inchi. Lagi besar dari buku 555. hehe.. Tapi ye la. Mase tu aku kecil lagi. Aku ingat ayah aku beli komputer tu sebab dia nak gunakan untuk kerjanya. Yang aku tau, aku aku akan menaip ini tiap kali on komputer:

   1:  B: 
   2:  cd game 
   3:  game


haha. Tapi aku masih belum lagi tinggalkan aktiviti - aktiviti keanak - anakkan aku waktu itu. Masih lagi main longkang. Masih lagi main konda - kondi. Masih lagi main beskal. Ish.. Rugi la kalau mase kecik - kecik korang tak pernah main longkang. Yup. Agak bangga pulak main longkang.


۞ 1996 - 1997

Masa ni, keluarga aku berpindah semula ke Melaka. Disebabkan aku tidak pandai berkawan, kebanyakkan masa aku dipenuhi dengan bermain beskal, tengok cerita Dash Yankuro dan dengar Hitz FM. Masa ini jugak, aku agak jeles dengan saudara - saudara aku lain. Dorang juga ada komputer. Sorang ade komputer 80386 dan sorang lagi ada komputer 80486. Pergh.. Meleleh aku tengok mase tu disebabkan max speed diorang boleh cecah 33 MHz. Siap dorang ada Windows 3 tu beb. Windows!!! Penuh satu skrin dengan gambar!! Wow!!! Pastu ada tetikus untuk gerak - gerakkan gambar.. Dan aku? masih lagi dengan MS-DOS 3.3 dan Intel 8086 aku tu. Penuh skrin dengan text putih dan background hitam sahaja. hehe

Still missing the good ol' Program Manager (cuba carik progman.exe)


So, after that, ayah aku beli pula komputer second hand, processor AMD 80286. Speed 8MHz. Korang percaya tak, komputer mase tu ada satu button yang kalau picit, boleh doublekan speed dia? (in my case, speed boleh sampai 16MHz) Sangat hebat bukan? Siap ayah aku belikan sekali sebuah printer HP Deskjet 200 (aku agak la series 200).




Dan masa tu juga aku bermula menjadi fanatik komputer sebab aku asyik dok main komputer. Ayah aku siap belikan buku - buku komputer untuk aku. Bestnye mase tu. Kene pulak dengan sikap aku yang anti-sosial. Jawabnya, rakan - rakan sebaya aku sibuk main bola (sepak), aku pula mengurung diri menghadap komputer. hehe

Oh. Aku sangat seronok print nama - nama files dan directories. Sabar je la ayah aku sebab hobi aku mase tu adalah print nama - nama files. hehe.


۞ 1998 - 1999

Mase aku tingkatan dua, aku ada sorang lagi sahabat aku yang punyai komputer. Dia punya komputer lagi advance. Ade Microsoft ® Windows 95.. Siap ada CD Drive lagi. Boleh main game yang advance seperti Microsoft Solitare. Aku masih lagi menggunakan MS-DOS. Cuma kali ni lagi macho aa. Sebab aku pakai MS-DOS 6.22.. Pastu aku rasa aku tetap advance jugak, sebab MS-DOS 6.22 ada DOSSHELL.EXE. Boleh pakai mouse. Memang rasa advance :D

Advance bukan?

Seboleh – boleh mase tu aku nak gune Windows kat komputer aku. Any version. Sayangnya, komputer aku masih lagi 80286 tu. Setakat 16MHz je. Memory 640 kilobyte, kena guna HIMEM.SYS untuk akses higher memory (extended memory), tak boleh guna expended memory (EMM386.EXE, required untuk load Windows 3.11). Aduhh… Bill Gates kalau tengok pon geleng kepala. “Apokojadah ae jang ko guna 80286 untuk load file EMM386.EXE?”.. Aku rasa la Bill Gates cakap camni kat aku..

Sedih aku. Tapi tak pe. Time ni la aku dok mengadap skrin DOS tu. and alhamdulillah, aku rasa jari aku dah ‘melekat’ kat most of the keys.

Wordstar, Lotus 1-2-3.. err COMMAND.COM. Hehe.. Mase tu musim internet (at least bagi aku). RM 3.50 untuk sejam main internet tu dah kira paling murah la tu. Duit belanja aku dihabiskan untuk beli disket dan main internet.. Perghh. sekarang ni kalau orang offer RM 1.00 main internet sejam pon aku tak mo. New age baby. New age. 50 sen sejam tu pon kire cekik darah bro.. Tapi kalau terpaksa, RM 2 sejam pon aku sanggup (hotlink hourly prepaid broadband… hehe).


۞ 2000 – 2001

Luckly, kat MRSM diorang guna latest Windows waktu itu. Microsoft Windows ® 2000. Wahhh.. Bestnye Windows terbaru. Tapi biase lah, musim dok asrama. Aku lagi suka pergi fly atau panjat tangki.. Ops :shhh:

Balik rumah, aku masih lagi menatap 80286 aku. Tak pe. Belajar HTML dan Javascript. Sebab aku nak lock satu PC kat library untuk aku pakai. Try edit – edit kat rumah, pastu balik MRSM, aku test kat komputer perpustakaan. Haha.. Sampai sekarang aku tak percaya sampai camtu skali.

Tapi yang paling tak best skali, ada pencuri mouse ball kat situ. Ape, ko tak cukup ball ke nak main? Seriously sakit hati. Tanya budak – budak batch aku, problem utama menggunakan semua PC mase tu adalah mouse yang takde mouse ball (virus aku tu ade kat satu PC je ok). Tapi takde hal. Ade mouse ke takde mouse ke, aku gune keyboard je. Lagi pon aku gunekan untuk word processing dengan presentation slides je. Takde hal. Bukan macam korang dok sebok main minesweeper/solitare. Haha


۞ 2002

Mase ni, akak aku dah nak abis belajar. Dan kakak aku pulak amik jurusan Sains Komputer. Ayah aku belikan sebuah PC untuk dia. Aku dok tengok je la. Kadang – kadang, aku buat peel gak, dok merengek – rengek je sebab aku pon nak komputer baru jugak. Tapi ape kan daya. Keluarga kami biasa – biasa je. Beli tu pon sebab akak aku nak guna untuk thesis dia..

Lepas je akak aku abis belajar, hujung tahun 2002 aku akhirnya ada sebuah komputer. Ada Windows ME. Tapi aku tak suke Windows ME. Aku format guna Windows 2000 (penangan ke-best-annya masa kat MRSM). Heck, even lepas 3 tahun Windows XP keluar pon, aku masih lagi guna Windows 2000. Banyak kenangan woo dengan Windows 2000 tu..

IMG_0018
Gosok – gosok la mata anda sebab sebenarnya, PC tu ada cover. Guna perspek :)


۞ tetiba tahun 2007 pulak

Yup its true. Antara 2002 – 2007, aku memang stick on that PC (selain casing dan keyboard dia, dah takde lagi dah komponen asal dari 2002). Lepas harddisk PC tu terbakar, aku ‘return-to-sender’ (hantar balik kampung laa). Dr T bagi aku pinjam PC office.

Mase tu musim laptop baru melanda kat UTM. Student yang kaya – raya banyak pakai. Aku mampu kagum je. Even laptop Yazid yang skrin-LCD-mesti-pegang-kalau-tak-,-tak-keluar-gambar itu pon aku kagum. Aku mampu tengok je. Aku takut sangat kalau nak pegang benda – benda mahal ni. Sort of habit..

2007 04 13-23 18 08
Macho tak? hehe

Aku (dan Kucai) mengidam sangat nak ada laptop sendiri. Ko bayangkan tahun – tahun sebelum 2007 ni, kucai datang bilik aku bawak PC, dari Kolej 8 UTM ke kolej aku, KTR. Tak caya, tanya kucai. Nak balik kampung (even for 2 days), sanggup memasing bukak PC, bawak motherboard, Power Supply Unit, Keyboard, Mouse dengan Hard-Disk balik kampung. Yup. Takde hal. Portable gak tu weh.. haha.. Ya. Aku tetap lakukan aktiviti ini sampai awal tahun ni. Tapi pastu stop. Hampeh, beg balik kampung penuh dan berat sebab barang – barang tu je. Bukannya aku nak bawak balik buku belajar ke, pakaian ke, atau gitar pinjam.. Hehe


۞ 2010

Kali ni genap umur ayah aku 55. Means that EPF dia boleh keluar. Dia tanya pada aku.. “Angah nak lapop tak?”. Mesti la aku nak. hehe.. So akhirnya ayah aku belikan sebuah laptop untuk aku. Agak segan ok. Umur dah 26 tahun pn, nak orang belikan lagi barang. Ayah aku kata, sebagai hadiah, tapi aku boleh pilih nak laptop ape. And of cos la, aku pilih Apple Macbook. Yeay.. Satu benda baru untuk aku explore!


۞ fa…
  1. Sebenarnya, aku dedikasikan entri ini untuk ayah aku. Aku start writing entri ini mase birthday dia. And coincidently enough, birthday ayah aku tu lies di dalam minggu yang sama dengan sambutan Hari Bapa sedunia. (Kalau aku publish mase tu, mesti korang boleh agak).
  2. Dan kalau korang perasan, the man behind the scene yang banyak enabling aku bab – bab komputer ni… yup. takde orang lain. Ayah aku jugak.
  3. Korang nak tau tak, sebelum aku lahir, ayah aku dah start guna komputer. Siap ayah aku boleh buat PC sendiri. Seriously. And bukan dari DIY kit. Ayah aku memang hebat bab – bab elektronik ni..
  4. Ayah aku kadang – kadang tensen gak sebab aku suke habiskan ink dia (oit fa, agak – agak la. zaman tok kadok dulu, harga ink macam harga toner laserjet sekarang). Tapi disebabkan aku print nama – nama files tu la, aku dapat belajar struktur file system, time stamping, macam mana nak carik virus based on size and signature, dan sampai satu tahap, aku print Boot Sector floppy – floppy aku untuk buat aku punya custom Boot Sector. Hehe..

Sesungguhnya, aku rasakan aku sangat beruntung. Kerana aku ada seorang bapa yang sangat hebat. Aku tau, ayah aku suka sangat bab – bab research ni. Even though dia sekarang lebih tumpukan kepada kerjanya dan tiada masa untuk research ni, dia tetap ingin melihat legasinya berterusan. Dia tetap sediakan apa yang termampu unuk anak – anaknya. Dan dia tetap bersabar dengan perangan kebudak – budakkan anaknya yang sorang ni.

Dan aku pula, sentiasa berterima kasih kepada ayah aku (walaupun bukan secara cakap terus dari mulut). Kerana aku tahu, jasa, wang ringgit, nasi/bihun, gene DNA dari dia dan motivasi yang selalu dia berikan, tidak mampu aku balas dengan hanya perkataan ‘terima kasih’. Kerana nilainya sangat berat, tidak termampu untuk aku luahkan dengan perkataan. Tidak sama sekali sama nilai taranya..

Aku hanya mampu melutut kepada Allah Subhanahuwata’ala, menadah tangan dan berdoa, agar umur ayahku dipanjangkan, dimurahkan rezekinya, dimudahkan segala urusannya dan senantiasa dilimpahi dengan rahmatNya.. Ameen.



Happy belated birthday Ayah. Angah sayang Ayah..




ps:
38. Gambar microprocessor 8086 diterima dari ivaincrea, gambar disket pula dari One Day at a Time, ProgMan.EXE, HP Deskjet 200 dan DOS Shell.

21 ulasan:

  1. aku terharu baca entri ko ni..selamat hari bapa...
    :-)

    anyway, aku mmg ingat lagi zaman komputer awal muncul. ngam2 juga ayah aku baru habis smbg study dia n jadiklah cikgu IT kt sekolah dia...serius, dulu mmg hafal command2 utk MS DOS tu. skrg, hampeh. satu pun x ingat. yg aku ingat, C:/exit.
    hahahaha~

    gambar si yazid ni la yg menceriakan blog ko dulu..hehe..kelakar sungguh aku menengoknya..tp, mana gambar apple tu...ehehe

    BalasPadam
  2. President..
    Haha. Mase tu dan mase sekarang ni, kalau mahir guna MS-DOS tu memang nampak sangatnya macho. Tapi tu la. Kalau dah ada Windows, sape laa lagi yang nak pakai MS-DOS tu :p

    Budak Chomel..
    Awak try la cakap direct terus kat ayah saya :p

    BalasPadam
  3. Ok.nnt awak ade kt kg btau eh.mane la tau tym awk tpOn sy nnt ayah awak ade kan.bOle la sy ckp ngn beliau. :) hahahhaa.huh! nak knekan Org nO 1.

    BalasPadam
  4. haha.. tah tah awak terus letak talifon. macam tak biasa pulak :p

    BalasPadam
  5. ceh aku igt ko nk letak gmba macbook ko. aku skrol smpai bwh pun rupenye takde.

    BalasPadam
  6. terharunyerr bro.. saperlar x sayang anak, tp ader kanns..

    powerbook me dah kaput sbb lamer x pakey.. uhuhu

    BalasPadam
  7. oh.. ada blog rupanya. nice entri. mmg kagom org yg pakai command line nih.. dari guna GUI.. tp ari2 tgk huruf2 je.. pening gak.. hehee..

    BalasPadam
  8. aishii..
    ye aku dah letak dah. hehe

    en_me..
    itu la kan. tapi zaman sekarang ni, ade je yang tak sayang anak.. ha. dari biar tak pakai tu, meh jual sini. hehe

    Rose..
    nak ke? hehe

    myres..
    ha ah ada.. ala kat command prompt tu ape la sangat boleh buat. hehe.. yup. kalau dah programmer, memang menghadap huruf2 tu je la sumber rezeki. hehe

    BalasPadam
  9. owh.. programmer ke? salute.. kagom ngan org keje programmer ni..tapi mmg tak pnah teringin nak jadi salah sorg. keje katne?

    BalasPadam
  10. part time je. tak paham nak jadi salah orang ke? hehe.. belum abis study lagi :( kat UTM Skudai. kamu kerja kat mana?

    BalasPadam
  11. eh salah account plak. hehe.. atas tu fa wildchild tau. hehehe

    BalasPadam
  12. dah lame aku tak msk blog nih...aku da lupe password sumer...hehe hi president. lame tak borak2 eh. je, ble nk siap love shop =) Btw, kem slm kat pakcik yg hebat & kacak yer. terharu plak post ko kali nih. jeles ngn McBook ko...aku punye br kene curik dgn pencurik jahanam. -fafa

    BalasPadam
  13. president..
    bukan. sy just tolong kawan setupkan blog dia saja. hehe

    fafa (the real fafa)..
    haha.. ko tu memang. pasni aku bagi ko akaun ko. nanti ko tengok la. tapi weekend ko baru ada masa free.. soriii sangat.
    btw. semua pencuri memang jahanam.. semoga mereka kembali ke jalan - jalan yang benar..

    BalasPadam
  14. perghh...aku dah update faa-choc-n-candy aku..
    hahahaa br 1
    -fafa

    BalasPadam
  15. hai fafa...^_^
    nnt ada masa, blh borak2 lagi.... ;-)

    BalasPadam

terima kaseh :)