Kat bilik office aku, ade sorang pak Arab. Dia dari Iraq. Ok don't ask me. Aku tak ingat dia cakap dia orang Iraqi Kurdistan atau Iraqi Arab (ini ada kaitan sedikit dengan entri kali ini). Katanya, budaya antara kedua - dua kaum ini sangatnya berbeza.
Dia juga selalu bercerita mengenai negaranya. Sambil - sambil itu juga, dia suka memperkenalkan budayanya kepada kami. Iaitu dengan cara memperkenalkan minuman yang best dari sana, pakaian dan juga makanan.
Adapun terbitnya entri ini adalah kerana aku ingin menyentuh sedikit pasal makanan dari sana. Tapi cam tak best plak kalau takde selit sedikit cerita pasal aku. Hehe
Sebagai Contoh, ini adalah gambar yang tiada kaitan |
Pada suatu petang, dia mengajak aku untuk lunch bersama - samanya di pantry office pada keesokkan hari. Katanya, dia membuat masakkannya berdasarkan kepada budayanya, dan dia amat menghargainya sekiranya aku dapat bersama untuk enjoy merasa masakan Iraqi. Ya. Siapa yang tak nak.. Mesti la aku nak rasa gak..
Tapi aku kene sedar diri aku. Bagi aku 4 senduk nasi. Aku akan makan (total) 2 senduk nasi sahaja. Bagi aku 2 senduk nasi. Aku hanya akan makan 1 senduk sahaja. Aku tak kuat makan. Lagi la kalau kat pinggan aku tu, ade beribu - ribu lemon nasik..
Tapi tak pe. Aku ade skill aku sendiri untuk makan banyak.. Untuk tidak menghampakan pak Iraqi tu, aku buka balik kitab - kitab lama aku. Aku buat analisis balik setiap rekod pemakanan aku. Supaya aku boleh makan banyak. Dan supaya dia tidak kecik hati sebab aku makan siket.. Hehe
۞ Cara pertama..
Keesokkan harinya, aku tidak bersarapan. Memang agak lapar juga. Tapi tak pe. Aku boleh tahan. Aku rasa cara ni paling basic kot. Secara sainsnya, diketahui umum dengan breakfast sahaja, kita dapat bertahan sehingga ke petang.
Ok. Cara ni biase je.. Tak perlu nak explain dengan lebih lanjut.
۞ Cara kedua..
Cara ni aku dapat berdasarkan try-and-error. Makan suppliment seperti Vitamin B-Compleks, Multivitamin dan Vitamin C. Seriously. Aku kalau lepas makan vitamin - vitamin ni semua, memang cepat terasa lapar..
Jadi, tengah hari tu, sebelum aku gerak ke office, aku telan ketiga - tiga vitamin ni. Kasi warm up siket perut aku. Hehe
۞ Cara ketiga dan keempat..
Semasa aku di dalam perjalanan ke office, boleh pulak tetiba hujan lebat selebatnya. Terpaksa aku menumpang teduh di Petronas - KFC. Dan seperti biasa la. Perut dah lapar ni. Sejuk. Dapat pulak bau KFC. Bestnye..
Perut aku dah berbunyik - bunyik dah ni. Aku rasa, perut aku berbunyik sebab gas di dalam perut bertindak balas dengan bauan KFC tu kot. Lepas tu pulak sejuk, otot - otot perut semakin senang untuk mengempis. Ala.. Macam besi la. Panaskan besi, nanti dia mengembang. Camtu gak la perut.. (ok. aku tulis ni based on nothing.. ikut suke je.. hehe)
۞ Cara kelima..
Hujan masih lagi renyai - renyai. Aku dah tak tahan dah ni. Ah. Aku redah je la.
Sampai je di office, orang lain semua dah habis makan. Tinggal la Pak Iraq tu dengan Doktor N je kat dalam pantry. Diorang tengah berborak. Aku dengan rasa tak malunya, aku terus ke tray makanan tu sambil tersenyum. Lepas Pak Iraq tu menjemput aku makan, aku amik dua senduk nasik tu.
Macam pelik. Nampak macam nasi tomato (sebab ada tomato besar). Lepas tu, nasik dia pulak, ada sticky siket. Err.. Tak pe. Amik je. Lapar dah ni..
Korang nak tau apa rasanya? Untuk menjawab persoalan tersebut, aku kene tanya soalan lain pula. Korang pernah rasa masam kan? Ha.. Rasanya lagi masam dari apa yang korang pernah rasa masam tu (aku ni kan story topper, mesti la nak menang.. hehe).
Tapi seriously, sangatnya masam. Suap satu sudu dalam mulut aku, nak berair mata aku. Sangat tak tahan. Sangatnya masam.. Aku dah la jenis yang tak tahan makan makanan masam..
Korang bayangkan, perut aku tu, macam kene perah. Kecut. Makin mengempis.. uuuuuuu~
Pelik aku camne diorang boleh makan macam ni. Dan aku terdengar juga perbualan antara Doktor N dan Pak Iraq tu.
Doktor N: Your country always eat something like this eh
Pak Iraq: Yes.
Doktor N: Don't you feel it's too ... err... Sour?
Pak Iraq: No.. Well.. A little. But this is how we always eat.
Well.. I'm a scientist (perasan). I should know that. Sejak dari kecil diorang dah merasa makanan sebegitu. Sudah lali dengan sistem badannya. Macam kita, sudah biasa dengan makanan pedas (and for some region in Malaysia, sudah terbiasa dengan manis). Dan Pak Iraq tu memang tak tahan rasa pedas walaupun sedikit, eventho bagi aku tak pedas langsung..
۞ Cara keenam..
Sebenarnya, aku pon macam tak percaya aku dapat habiskan satu pinggan (eleh, padahal ambik dua senduk je). Nak jaga hati
orang kot. Walaupun sampai berair - air mata aku.
Kemudian, aku terdengar lagi perbualan antara Doktor N dan Pak Iraq tu.. Untuk memudahkan korang membaca, aku translate awal - awal. Hehe
(sebenarnya diorang berborak di dalam Bahasa Inggeris tau)
Doktor N: Kalau kat sini, masakkan kitorang biasanya akan digoreng.
Pak Iraq: Oh. Kalau di Iraq pula, kami selalu merebus sahaja.
Aku dengar gitu - gitu sahaja. Perut dah berbunyi - bunyi dah ni.
Kemudian, Pak Iraq tu menjemput aku merasa satu lagi masakkannya. Aku cuma bayangkan rasanya seperti gula - gula Sweet and Sour. Makanan tadi tu masam, mesti makanan ni manis pulak.. Hehe
Nampak sangat menyelerakan. Dah lapar dah ni. Ah. Tak kira ape benda tu, aku amik je la. Banyak pulak tu aku amik. Sayur semuanya. Walaupun aku tak makan sayur, tapi aku tak kira. Makan je la apa yang ada. Hehe
Satu suap dalam mulut aku, terasa seperti mahu pitam. Sangatttt masam. Terasa seperti perut aku dah betul - betul mengecutt. Makan sambil tutup mata, cuba transfer perasaan masam tu kepada perasaan yang lebih indah, seperti naik basikal..
Terdengar lagi perbualan Doktor N dengan Pak Iraq..
Doktor N: So, u didn't fry these?
Pak Iraq: No, I just boil it, and keep it for about 3 days.
Ha! Rupanya tu adalah jeruk.. Sape la yang pandai sangat makan jeruk time lapar (ya, jawapannya adalah aku).. If only aku dengar perbualan itu 10 saat lagi awal.. uuuuu~
۞ Cara ketujuh..
Selesai sudah. Perut aku dah sangat lapar. Kat bilik aku, aku ade sediakan nescafe 3 in 1. Juga penyebab lapar. Ish.. Mane la aku nak carik air melo nih..
So, baru sahaja aku ingin mengangkat punggung ku untuk keluar, Pak Iraq ni offer air..
Barkata aku dalam hati.. "Please let it be Milo. Please. Please. Please.. Kamu jangan nakal" (boleh pulak tetiba terfikir lagu ni).
Rupanya air yang dia bagi tu, air Pepsi. Haha.. Aku rasa, kalau aku minum air ni, memang konfirm perut aku berlubang. Aku amik dan cover cakap aku ada kerja.. Sampai bilik, ambil kunci motor dan terus keluar.
Sayangnya, tetiba hujan lebat balik.. Terpaksa aku guling - guling tahan lapar kat dalam office.. uuuuuu~~
۞ Moral of the story
Jangan la gatal - gatal nak induce lapar. Dah la tak study dulu mengenai pemakanan orang Iraq. Padan muka untuk diri aku sendiri (sila gelak)..
Btw Pak Iraq. Sebenarnya masakan kamu tu memang sedap. Cuma aku je yang tak tahan lapar. Thanks kerana belanja makan.. Sungguh murni niat suci mu itu.. :)
ps:
42. 3 hours later, aku sempat gak grab Snickers. Boleh la tahan siket. Hopefully, tiada lubang - lubang kat perut aku ni (fingers crossed!)