Halaman

Jumaat, 1 Julai 2011

3stories

۞ In reply to: in the world of tasteless

Ok. After few days, aku dah start boleh merasa balik. Sangatttt gembira :D yeay.. Cuma lidah aku terasa macam pedih - pedih je adanya. Heck, kene air liur pon terasa pedih.. Kalau dah lidah dan air liur, seperti isi dan kuku, korang banyangkan kesengsaraan disebalik kegembiraan itu. So masa kat office, aku dok asyik buat camni je (sebab pedih).

Disclaimer? See note [54].. Wekkk


The best part is, lidah aku jadi sangat sensetif (Orang kate, tastebud aku tu tumbuh baru.. Wait what???). Logik la kot kalau dah ada tastebud baru, semua rasa di amplifiedkan.

Memang terasa ahh kalau masakan tu kurang manis ke, kurang masin ke.. So lately ni, aku rajin dok mengkritik masakan orang. Dengan KFC skali pon aku kutuk. Tau tak, sebenarnya KFC tu tawar? Haaa


۞ In reply to: Charger laptop...

Charger/Adapter/Or-whatchamacallit laptop aku rosak 3 jam lepas birthday aku !!! (4 Jun).. Setelah googling, aku dapati rupanya kalau tak charge bateri lebih daripada sebulan, ada kemungkinan bateri PRAM aku akan rosak!! demmit. Gaji aku dah le habis seminggu lepas gaji masuk (orang putih panggil, impulsive buyer, atau dalam bahasa Malaysia, bengong).

Tengok warranty pulak, warranty mati 8 Jun. Giler ah. Kalau charger aku ni rosak pada 9 Jun, memang aku tepuk tangan menandakan bagus giler QC die dapat keluarkan barang camtu. Pastu aku nak tepuk dahi QC tu.. < QC = Quality Control, orang yang kontrol kualiti >

So.. after 3 painfull weeks, akhirnya the next gaji masuk (24hb Jun) dan terus aku pergi beli charger baru (nak tunggu warranty tu cam lame sangat je).. Lebih baik keluarkan RM300 sekarang dari RM600++ untuk tukar bateri di kemudian hari.

Sangattt takut kalau bateri aku rosak. Kalau ada leaking kene ke motherboard ke, tak kan ke parah. Kalau bateri PRAM (laptop) aku rosak, lagi la parah... Uh..

Original ni bhai..


3 hari berikutnya (26 Jun)..

Email saya. Gune email yahoo je, takde email @utm.my..


Dammit.. Padan muke tak reti bersabar.


۞ In reply to: Buat kad nama..

Bos: Fa, awak kene buat kad nama. Senang nanti awak nak bagi no contact awak..
Aku: Ok baiklah.

Kemudian aku bagitau kat Panjang LTB.. Die kate:

Panjang: Eh kite mane boleh buat kad nama. Tu kalau dah keje tetap boleh la buat..
Aku: Emm.. Ok baiklah..

Tapi sebab Panjang LTB tu bukan bos aku (pehal?), aku tetap gak buat..

Sehari je rupanya buat kad nama nih. Aku datang petang, lewat beberapa jam dari masa yang dijanjikan untuk mengutip kad tersebut..

Dia = Pekerja kedai tersebut.
Dia: Bang, kad abang siap separuh je la.
Aku: Ha?
Dia: Lagi separuh abang amik esok eh..
Aku: Ok baiklah.

Aku rase biase je kot kalau name kad siap separuh dulu.. Amik separuh lagi di lain hari.



Aku nak cepat. Tak kesah la ada separuh ke tak. Sebabnya..
... pasni kalau aku ade ternampak gadis comel, tak perlu aku tercari cari kertas, pen dan pembaris.. Aku hanya boleh terus pergi ke dia dan cakap "Hai gadis.. Boleh berkenalan?? This is my card.. Call me.." (aku dengan gaya tergedik gedik)..

Hihihi


۞ Notes:
[54] - Imej gambar tersebut di ambil dari www.barewalls.com.
[55] - Imej lain - lain gambar adalah kepunyaan saya. Korang nak amik, amiklah. Tapi nak wat pe?

3 ulasan:

  1. membaca post ini sambil menguyah mamee monster, maka tersedak aku sbb nak gelak bila baca perenggan last sekali

    -couz

    BalasPadam
  2. ni dah macam stok wikipedia ni..sumber rujukan.. wiki style blogging..

    BalasPadam
  3. couz..
    Nanti aku bagi name card aku kat kau eh. kalau ada rakan - rakan comel yang pakai spek mata, boleh la kau bagi kat mereka.. *wink wink*

    PJK Palong 11..
    Wah.. orang palong datang melawat. Terima kasih :) Tu aku carik kat forum ler.. Boleh gak la diragui kesahihannya..

    BalasPadam

terima kaseh :)