MRSM Muar, SPM 2001.
Confession ini akan diterbitkan atas persetujuan bersama mereka2 yang terlibat dan diolah sedikit sebab masing2 dah makin pelupa haha. Boleh la nak kata sambungan dari https://www.facebook.com/groups/441442577309937/permalink/456941915760003/ cuma 4 tahun kemudian.
Tahun 2001. Zaman2 ni, mane ade handphone. Kalau yang ada handphone pon, tak boleh bawak ke asrama. So kalau nak talifon family atau member2 kat kampung, ada dua cara sahaja. Pakai reverse phone call yang rate dia level2 yahudi (seminit dalam RM3 ke hape), atau guna public phone.
Kalau pakai public phone pon, mahal woo time tu. Yang duduk jauh2 tu, nasib la singgit dapat bercakap 30 saat je haha. Rate based on zone. Kena pulak MRSM Muar Zon selatan. Bukan tengah2.
Dan nak dijadikan cerita, biasanya budak kaki gayut ni, masuk MRSM bukan dengan tangan kosong. Ramai yang ada skill untuk curik line. Biasalah kann. Nak survive. Biasanya masing2 bergerak secara silo. Tapi kenal je siapa yang kaki curik line. Tapi ye lah kan. Nak bergayut. Apekehal nak beramai ramai.
Uniphone kat depan koop tu selalu menjadi mangsa akikah geng2 curik line ni. Dari skill guna syiling tunggu beep tarik ganggang.. cucuk dawai shortkan kat key star (atau hash.. tak ingat). Guna emergency number. Dan yang paling tak syok skali, ada yang guna skill cucuk dawai kat dalam ganggang. Tak syok bukan apa... Kalau selalu buat macam ni, sudahnya telephone tu rosak (cucuk dawai sampai touch microphone atau cucuk kat dalam microphone tu terus). Sampaikan kalau nak telephone guna cara halal pon, terdengar noise sampai satu tahap uniphone tu terus dideclare unusable.
Tak tau la secara kebetulan atau suratan, ada la beberapa budak ni tengah hisap rokok (kat tandas asrama) sambil bual2 kosong, boleh pulak terbukak cerita pasal uniphone depan koop tu. Ya talifon tu rosak. Susah la nak talifon mak apak (dan rakan - rakan hehe) kat kampung.
Jadi kami pon kumpul la beberapa geng lagi dari asrama sebelah, pergi riki2 talifon tu. Sah. Talifon tu tak boleh pakai lagi. Tapi time itu, terbitlah idea untuk cuba try test satu lagi skill yang teorinya kami tau, tapi tak pernah buat. BAWAK TALIFON RUMAH DAN CUCUK DIRECT KAT SITU. Perancangan dilaksanakan. Si W kata ada talifon rumah lebih kat kampung. Ok cun. Lepas pulang bermalam, bawak talifon tu ke asrama.
New Objective: Cucuk talifon rumah kat public phone 💪🏽
So si W ni balik ke kampung dan mula disassemble talifon rumah tu. Casing telephone? Buang. Obvious sangat. Keypad telephone? Test shortkan board pakai syiling - boleh jalan. So buang keypad getah tu. Ganggang talifon? Tak boleh ceraikan sebab satu hal la pulak nanti kalau talifon nak satu tangan pegang speaker satu lagi pegang microphone. Simpan dulu. Tengok acane nanti. So pulang semula ke asrama dengan satu board electronic (boleh claim sebagai projek fizik/rekacipta) dan satu ganggam talifon (boleh claim sebagai 'terbawak'), dan wire talifon (pepandai la sorok ni).
Hari yang dinantikan telah tiba. Malam. Angin sepoi2 saja. Pak guard baru lepas round. So ada masa lagi 2 jam sebelum dia round balik. Sesuai sangat untuk lakukan eksperimen. Lampu picit? Ada. Talifon? Ada. So ada la dalam tiga empat orang pergi ke public phone depan koop tu.
Tengok public phone tu.. Pastu masing2 bertanya. Nak buat macam mana ni? haha. "Takpe" kata si X. Dia ni memang jenis hati kering. Terus panjat guna tiang bumbung corridor tu dan naik atas atap genting koop. "Woi ada port sini". Cantik. Ada kotak telephone switch kat atas tu. So lagi sorang dua naik ke atas bawak barang dan pisau lipat. Cucuk sana. Cucuk sini.. Test. Tak jadi. Tukar polariti. Test lagi. Dengar ada line tuuuuuuuuuuuutttt. Cantik sesangat. Try call siapa2 guna syiling sebagai pengganti keypad. Wow berjaya. Masing2 suka.
Tapi.. Tak kan la tiap kali nak call kampung (hehe) kene panjat ke atas..
Si Y ni ternampak ada wire bersepah kat atas tu. "Weh aku rasa ni wire talifon. Panjangg". Apa lagi. Takde fikir panjang lagi.. Kitorang try test guna wire 'baru' ni. Berjaya! (Little we know that, wire tu adalah tinggalan dari geng curik line batch MacGyver '97.. Kat dalam MRSM Confession ni ha baru tau).
Objective changed. Kita tarik wire talifon sampai ke ATAR! 💪🏽
Kebetulan ada geng2 baru balik dari f̶l̶y̶ beli barang terserempak dengan kitorang. Apa lagi. Meriah la jadinya 🤝 Yang jaga wire kat switch box. Yang pegang wire kat atas. Yang tarik wire kat bawah. Yang tolong cover line. Fuhh kelakar la jugak time tu. Siap masing2 berangan nak letak talifon kat bilik buat macam talifon sendiri.
Tapi yang sedihnya, wire tu sampai separuh jalan je. Sangkut kat sebelah tengah tangki kumbahan. Adehhhh.. Kecewa betul.
Si Z pulak datang bagi idea. "Kita try tarik dari Dewan Selera (DS). Kat situ ada public phone yang tak boleh pakai", kata Si Z. Tapi tak ingat pulak kenapa tak boleh pakai..
Objective changed. Kita tarik wire talifon sampai ke ATHO! 💪🏽💪🏽
Geng2 hati kering ni scale pulak ke atas atap genting DS. Trace wire dari public phone tu pecah ke mana. Bingo! Satu box dengan Sick Bay. Apa lagi. Tarik la sampai ke hujung DS. Kebetulan pulak memang ada geng sekepala yang bilik dia kat aras atas ATHO menghadap DS (Si P). Setup2 balik (siap ada wire lebih) pastu pasang talifon kat bilik. Berjaya!
Maka dengan ini, adanya satu talifon kat bilik kengkawan kitorang yang boleh digunakan untuk talifon mak apak (ehem) kat kampung.
Cuma kita ada tiga rule (+1) sahaja.
1. Lepas pakai, wire tu campak balik ke atas atap.
2. Board talifon letak kat bilik Si D.
3. Ganggang talifon letak kat bilik Si W.
Golden rule +1. Kalau kantoi, mengaku dan jangan tarik orang lain.
Maka bermulalah sesi bergayut kat bilik. Masing2 bergayut sampai tak hingat dunia. Sampaikan boleh buat calling2 ke public phone asrama pompuan lagi. Haha..
Namun, segalanya berakhir selepas kantoi dengan Arwah Ustaz Khaidzir. Sebabnya? Ada orang langgar pantang. Lepas pakai, tak campak balik wire ke atas atap. Masa ustaz round time kitorang pergi prep malam, nampak wire tu trang tang tang melintang antara DS dengan bilik kat ATHO. Lepas tu board dirampas kat bilik Si D masa ustaz buat spotcheck (hasil maklumat risikan double agent, dengan bilik Si D tu actually memang bilik port isap rokok.. ape la ke pandai sangat letak barang macam tu kat bilik hot untuk spotcheck 🤦🏽♂️). Ganggang talifon tu pulak tak tau mana pergi sampai sekarang. Woi sapa yang simpan tu, bagi balik ke Si W woi.
Dan geng2 yang terlibat? Masing2 selamat. Takde nama dipetik untuk kes ini. Ni semua just satu aktiviti sahaja bagi kami. Kalau dah tak boleh buat ni, kami layan aktiviti lain. Macam terjun kolam renang, tolak bas, naik vespa dsb. haha..
Kalau nak ikutkan, ada saja cerita nak dikongsikan. Tapi tak apalah. Cukuplah setakat ini.
Cuma akhirnya kami tahu, wire panjang tu datangnya dari mana (terima kasih super senior!)
Terima kasih kepada yang sudi membaca sehingga hujung ini.. ✌🏽
Perkongsian kisah yang terbaik. Pengajaran kisah, sebelum kita buat nakal, ketahuilah memang dah ada senior atau super senior yang mendahului kita. Dan biasanya mereka akan tinggalkan sedikit peninggalan untuk generasi yang akan datang... kah kah kah
BalasPadambang. lama tak jumpa. ada mana sekarang?
Padam