Halaman

Jumaat, 30 Mei 2025

The Example (2) and The Basic of Polynomial Interpolation

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Previously, on fafa-null2.blogspot.com.

Contoh macam aku tengok kalau situasinya x=1, boss aku akan buat y=3. Kalau kes x=2, dia akan buat y=6.

...

And the equation for the is simply  \( y=3 x \)

Ok2. Here, I'm skipping a major step by just putting 'simply' over there without explaining macam mana dari \( (x_i, y_i) \in \{(1, 3), (2, 6)\} \) boleh jadi \( y=3 x \).

Aku baca balik, baru aku perasan.

Hmm.

(Alasan time) Maybe sebab aku ade banyak nak tulis, so I'm just skipping it, just by adding 'simply' to my sentence. Or maybe,

Figure 142: I'm letting you guys try it as an exercise.

Ok let me explain it a little bit. The idea is simple. For polynomial interpolation, we are taking the simplest form that is possible by given any count of point.

Kalau ada dua point, we can make it as linear (the simplest form that we can do). And kalau kita ingat masa zaman tadika dulu, the basic form for linear equation tu wujud dalam bentuk form ni,

$$ y=mx+c \label{linear_equation}\tag{8}$$

Now,, sekarang kita dah ada \( (x_i, y_i) \in \{(1, 3), (2, 6)\} \) (this is not an ordered set btw). Oleh yang demikian, kita masukkan kedua - dua set  \( (x, y) \) ke dalam equation \( \ref{linear_equation} \) tadi. Kita akan dapat dua persamaan, iaitu,

$$ 3=1m+c \label{linear_equation_1}\tag{9}$$

$$ 6=2m+c \label{linear_equation_2}\tag{10}$$

Now, persamaan \( \ref{linear_equation_2} \)  tolak dengan \( \ref{linear_equation_1} \) kita akan dapat,

\[
\begin{align*}
(6-3) &= (2m + c) - (1m + c) \\
 m &= 3
\end{align*}
\]

Dan kita plug in \( m=3 \) ke dalam mana - mana satu persamaan (let say kita ambil persamaan ( \ref{linear_equation_2} \), kita akan dapat

\[
\begin{align*}
6 &= 2 (3) + c \\
 c &= 0
\end{align*}
\]

Kita akan dapat \( c = 0 \). So we plug in \( m = 3 \) and \( c = 0 \) back to our equation \( \ref{linear_equation} \), kita akan dapat,

\[
\begin{align*}
y &= 3x \label{linear_equation_final}\tag{11}
\end{align*}
\]

Easy je kan?

So macam tu jugak kita boleh dapat for the next example.

Kalau nak ikutkan kita punya next example, kita tambah lagi satu point, iaitu \( (3,-3) \), so our set will be \( (x_i, y_i) \in \{(1, 3), (2, 6), (3,-3)\} \).

Ok cuba teka, apa base form equation yang kita boleh pakai?

.

.

.

Ya tepat sekali. Kita boleh fit ke dalam equation berikut,

$$ y=a_0 +a_1 x + a_2 x^2 \label{quadratic_equation}\tag{12}$$

Oleh itu, kita boleh fitkan semua \( x, y \) kita ke dalam equation \( \ref{quadratic_equation} \) so ianya menjadi,

\[
\begin{align*}
3 &= a_0 + a_1 (1) + a_2 (1)^2  \label{quadratic_equation_1}\tag{13} \\
6 &=  a_0 + a_1 (2) + a_2 (2)^2 \label{quadratic_equation_2}\tag{14} \\
-3 &=  a_0 + a_1 (3) + a_2 (3)^2 \label{quadratic_equation_3}\tag{15}
\end{align*}
\] 

Orang math dia suka equation yang cantik - cantik, so kita pon cantikkan equation semua atas tu jadi,

\[
\begin{align*}
3 &= a_0 + a_1 + a_2 \label{eq4}\tag{16} \\
6 &= a_0 + 2a_1 + 4a_2 \label{eq5}\tag{17} \\
-3 &= a_0 + 3a_1 + 9a_2 \label{eq6}\tag{18}
\end{align*}
\] 

So sekarang kita tolak (\ref{eq4}) daripada (\ref{eq5}):

\[
\begin{align*}
(6 - 3) &= (a_0 + 2a_1 + 4a_2) - (a_0 + a_1 + a_2) \\
3 &= a_1 + 3a_2\label {eq61}\tag{19}
\end{align*}
\]  

Cantik kan, kita dapat  (\ref{eq61}) dalam dua variable je. Tapi kita kene buat benda sama gak, tapi kali ni tolak persamaan (\ref{eq5}) daripada (\ref{eq6}):

\[
\begin{align*}
(-3 - 6) &= (a_0 + 3a_1 + 9a_2) - (a_0 + 2a_1 + 4a_2) \\
-9 &= a_1 + 5a_2 \label {eq62}\tag{20}
\end{align*}
\]

Nice. Kita dah dapat buang \( a_0 \). Dan kita ada dua persamaan dan dua variable. Kita boleh guna teknik sama macam masa kita dapatkan linear equation sebelum - sebelum ni tu. So sekarang kita tolak  (\ref{eq62}) dari (\ref{eq61}) 

\[
\begin{align*}
(-9 - 3) &= (a_1 + 5a_2) - (a_1 + 3a_2) \\
-12 &= 2a_2 \\
a_2 &= -6
\end{align*}
\]

Dapat \( a_2 \) dan kita boleh gunakan nilai ni untuk dapatkan \(a_1\). Kita pakai persamaan (\ref{eq61}), dapat,

\[
\begin{align*}
a_1 + 3(-6) &= 3 \\
a_1 - 18 &= 3 \\
a_1 &= 21
\end{align*}
\]

Dan last skali, kita masukkan dua - dua nilai ni ke dalam mana - mana persamaan asal, dapat cenggini,

 \[
\begin{align*}
3 &= a_0 + 21 + (-6) \\
3 &= a_0 + 15 \\
a_0 &= -12
\end{align*}
\]

Plugin back all the values \( a_0 = -12, \quad a_1 = 21, \quad a_2 = -6 \) ke dalam persamaan original kita (\ref{quadratic_equation}), maka dapatlah

$$ y=-12 + 21 x -6 x^2 $$

Sama macam apa yang aku tunjuk kat post aku sebelum ni.

Mudah kan? Kita ada template equation \(y=a_0 +a_1 x + a_2 x^2\) lepas tu kita masukkan value - value yang sedia ada dan lepas tu just carik je nilai \(a_0, a_1 \text{ dan }, a_2\).

Senang kan? 

So dengan menggunakan analogi yang sama, senang je kita nak buat dari  \( (x_i, y_i) \in \{(1, 3),\ (2, 6),\ (3, -3),\ (4, 12),\ (5, 7),\ (6, 8),\ (7, 10) \}\) jadi  \( y = -0.3486x^6 + 8.5708x^5 - 83.0903x^4 + 401.8125x^3 - 1006.0611x^2 + 1211.1167x - 529.0000 \)

Semua dah ada depan mata. Template dah ada  \( y = a_6 x^6 + a_5 x^5 - a_4 x^4 + a_3 x^3 - a_2 x^2 + a_1 x - a_0 \) . Points dah ada.

Just nak execute properly je satu persatu sampai dapat desired answer..

I just need your little efforts to understand it.

So that kalau aku kasi another extra \( x, y \), atau aku ubah mana - mana point, korang boleh tau nak buat camne.

Tetiba jadi serious lak haha

...

Ok aku nak citer pasal kat office pulak.

Kitorang punya major kerja dah lama abis dah. Hujung bulan januari tahun ni (2025). So most of them pulak memang boleh lah dikatakan free lah jugak.

Aku malas nak kacau sangat budak - budak ni, sebab betul, masa project running, masing - masing tak tidur malam.

Masing - masing kerje pagi petang siang malam.

So for me, I think they deserve a little time sikit untuk nak berehat. They are working nonstop even from previous project from 2021 lagi.

Aku ni takde la kejam sangat.

Fikir ku.

Tapi takde la aku nak lepaskan diorang macam tu je. Masa tu kebetulan citer pasal AI tengah hotstuff. Sorang budak aku ni pulak baru dapat desktop baru. Dell Alienware dengan GPU nVidia 5070 (atau 4090.. tak ingat aku). Fuh lagi lah seronok nak buat AI (LLM dengan Vision).

So aku pon kasi la dia flexibility untuk nak test apa2 pon.

Yang owner desktop tu bagus. Dia dengar China ada keluar LLM baru, dia pon terus test kat desktop dia.

And ada sorang lagi budak team aku ni pon test buatkan frontend dia.

Ada lagi sorang tanya aku, nak buat apa masa dia tengah free ni. Dia kata dia tengah tengok2 CI/CD. So aku kasi dia explore pasal Kubernetes sebab aku cakap lepas ni kita nak go for containerisation. VM based kena ada jugak, but aku nak diorg buatkan untuk k8s host sahaja.

So far aku tengok beberapa orang ni, baguslah. Amik inisiatif untuk nak improve technical skill diorang.

Yang lain, aku tengok dok main youtube, facebook, tak pon instagram. Atau tiktok. The whole day.

Look. Kalau tengok benda benda tu, untuk melibatkan technical skill, aku ok. Tapi…

Aku pon selalu lah jugak pergi ke diorang, usik2 cakap pasal try test itu ini.

Tapi hampeh.

Takde hasil.

Kebetulan tempat aku tu, ada la sorg staff (from another department lain tapi duduk satu area dengan kitorang). Minah ni jenis kepoh sikit. Dia kadang2 datang lah tempat aku ni, mengadu. “I tengok budak2 you ni rilek je takde keje.” Aku senyap. Fikir dulu sebelum aku respons. “I kasi diorang rilek2 dulu. 4 tahun diorang non stop running project. Sambil2 tu I kasi diorang explore some other things”.

Dia reply balik, “Tapi I tengok diorang hari - hari main YouTube je. Senang la hidup diorang”.

Aku senyap.

Aku senyum.

“I ada benda lain nak buat jap”, sambil aku terus keluar dari bilik aku sendiri.

So bulan March tu sibuk lah nak buat Performance Management Scorecard (panggil as PMS). Aku ambil peluang ni. Aku book satu bilik meeting tu for the whole day. Sebelum tu aku kasi deadline untuk masing2 isi form PMS tu cantik2.

So when the time come, aku panggil masing - masing untuk review session one to one. And at the same time, aku kasi task baru dengan dengar apa yang diorang nk go for futher. Macam nak belajar stack apa. Nak try explore apa.

So aku compile semua tu dalam excel.

Ya. Company IT dengan R&D. Tapi semua buat dalam excel. Sekali dengan PMS tu. Haha..

Yang task baru tu, aku tak kasi timeline bila diorang nak siapkan. Tapi aku cakap aku nak tengok progress.

And I do. Each day aku round tengok diorang buat apa..

Bulan Ramadhan dan Syawal berlalu pergi.. Tapi masalahnya budak2 ni masih lagi takde nampak progress.

Something must be done.

So aku buat plan untuk nak buat team meeting untuk semua budak2 report kat aku. Aku start passkan kerja - kerja aku yang dah overload ni ke diorang.

Target aku senang je. Aku nak diorang fahamkan dulu code aku and buat improvement dari situ.

So aku buat la meeting tu. Aku explain target aku. Aku kasi diorang task. A simple task. Aku kasi semua source code aku. Apa - apa documentation aku dengan apa - apa notes aku pon aku kasi. Takde hal.

Nak pakai ChatGPT nak understandkan apa aku buat atau upload code aku ke ChatGPT pon takde hal. Call aku tengah tengah malam nak tanya something pon ok. I’m open.

Macam aku tunjuk awal post ni tadi, yang macam mana kita buat polynomial interpolation tadi. Template dah ada. Jawapan dah ada. Just need your effort je nak fahamkan.

Tapi sayangnya, krik krik krik bunyinya. Takde response.

Sedih aku.

Aku takde la jenis nak jadi paksa masing - masing untuk terus hentak satu - satu.

I’ve been there. Done that. Tak best tau tak kalau buat kerja kena paksa ni.

Aku takde la nak kesah pon apa department lain nak cakap apa. Tapi aku sedih la tengok team aku ni takde inisiatif sendiri..

One thing kalau korang perasan, aku rasa aku sendiri pon sedar, yang aku kasi task kat diorang ni takde deadline.

Mungkin sebab tu masing - masing buat sambil lewa. Team deployment aku tu je rajin aku tengok belajar k8s dengan docker. Sebab diorang boleh nampak terus result. Nampak depan mata kalau cluster yang diorang buat running atau tak. Nampak apa end game dia.

Yang lain. Mungkin sebab tak de nampak apa end game dia, jadi masing - masing leka.

Atau mungkin aku ni lembut sangat manage diorang.

Aku pernah citer kat ex supervisor aku. Dia sekarang masih lagi duduk sama building dengan kami. Cuma company dia dah report ke kementerian lain. Tak lama lagi nanti dia and company dia kena pindah ke tempat lain. Dia cakap, “Kau dah berubah sekarang. Dulu kalau kau tak suka, terus nak terminate contract diorang” sambil gelak2.. Ya aku dulu memang heartless..

So lepas ni aku nak properly craft untuk setiap orang ni apa deadline dia. And aku kene followup. Ada dalam belas - belas budak report ke aku. Penat. 

But I think this for the betterment of my team.

Citer pasal nak working tapi tak nampak endgame ni memang susah.

Tadi masa khutbah Jumaat, ada cerita pasal keistimewaan awal bulan dhulhijjah. Rewards semua ada. Cuma kita sendiri je nak kena kejar.

Dan nak kejar tu, nak kena paksa diri sendiri. Atas inisiatif sendiri. Atas displin sendiri.

So that what i will be doing for next month. Aku nak paksa masing - masing. Kalau ikutkan sendiri, memang takdenye nak kejar. Even I’m also struggling the same thing..

I need to do this. Not for me. But for their own future. Just like polynomial interpolation tadi, aku kasi semua jawapan. Cuma diorang kena usaha je.

Doa - doa lah semoga semua urusan untuk team aku dipermudahkan dan semoga diorang senang faham..

Khamis, 8 Mei 2025

The Example and Polynomial Interpolation

0 comments


Note: If you don't like what's written here, then it means that this blog maybe ain't for you... Remember, protect yourself first.

...

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Lama betul draft ni wujud. Idea ada banyak.. haahh.

 

Awal bulan Januari, 2025 (ye aku tau sekarang dah AprilMay).. Bos aku bagi whatsapp simple je. 

En A: Fairuz, you join meeting ni. Ganti I. Nanti I forward invitation email.

Aku: Ok. Kita nak kene present apa2 tak?

En A: Tak payah. Just dengar je.

Aku: Ok baiklah.

So, aku pon pergilah ke meeting tu. Meeting tu takde apa pon. Basically sebab company kitorang ni is actually an agency reporting to salah satu kementerian, so masa meeting tu, dia just nak kena ada representative from all the agency that is reporting to the ministry.

Pengerusi Meeting: Orang dari XXX ada? (XXX - nama company aku).

Aku angkat tangan. "Ada2".

Dan kebetulan dalam meeting ni, ada jugak lagi dua staff dari company kitorang yang datang. Salah sorang darinya adalah jiran officemate aku (colleague kot istilah dia). Yang jiran aku ni, kita namakan dia sebagai En NA. Dalam org chart company kami, dia sama level dengan aku, cuma kat side lain je. Tapi memang panggil dia Encik. Gitu lah.

10 minutes later lepas meeting tu start (dalam 9:30 pagi), En NA bisik kat aku.

En NA: I tengok meeting ni takde kaitan dengan kita je.

Aku: Ha ah. Ni memang takde kaitan. Tapi rasa dia nak presence setiap agency je kot.

En NA: I rasa kalau takda apa lagi lepas 15 minit, I nak keluar.

Aku: Ok.

After about 15 minutes.

En NA: I keluar lah dulu. You nak follow tak?

Aku: Tak pe lah. I nak dengar je dulu.

Dia kemas2 barang dia (masukkan laptop dalam beg dia), dan terbongkok bongkok menuju ke pintu keluar dan terus keluar. 

Aku lihat cara dia keluar, dan aku terfikir..

...

Meeting tu start pukul 9 pagi. Estimate habis katanya pukul 12 tengah hari. Tapi masa pukul 11:15, aku tengok vibe meeting tu, aku tak rasa boleh habis exactly at 12 tengah hari. Aku pulak kebetulan ada benda nak kene buat (benda yang tak boleh buat kalau aku dalam bilik meeting tu).

Aku tengok jam, dan aku mula merancang exit plan aku.

Pukul 11:30 karang aku keluar, fikirku.

But how tho?

...

Aku memang biasa kene hantar bos aku ni ke mana - mana meeting yang dia tak dapat datang atau dia malas nak pergi. Kerja makan gaji. Macam tu lah intonasinya. Aku pulak onz je kalau bos aku suruh aku buat apa2. 

Dan biasanya bos aku akan bawak aku pergi ke mana - mana meeting. Biasanya as part of preparation kalau dia tak dapat pergi meeting tu, dia akan hantar aku sebagai ganti dia.

Ok. That alone is just a fair enough justification kenapa aku kene campak ke mana - mana meeting.

Dannnn biasanya, masa dalam meeting tu, aku banyak lah belajar dengan dia how he's handling the meeting. This, I really respect him a lot.

Dan tak keterlaluan kalau aku kata aku tengok dia sebagai example untuk aku handle bab - bab common sense ni (dalam kategori kerja).

And from  dari aku start masuk kerja company ni sampai sekarang, aku build up aku punya equation from his example, and slowly trying to embed the equation to my work life.

Macam ni.

Contoh macam aku tengok kalau situasinya x=1, boss aku akan buat y=3. Kalau kes x=2, dia akan buat y=6. So dari dua example ni, aku lakarkan graf, dia dapat macam ni.

 

Figure 139: Interpolation for 2 points

And the equation for the is simply  \( y=3 x \).

Ok let me be clear. This is what is called as polynomial interpolation. Line graf tu akan kena ke semua point yang kita ada. So you will never miss a point in your equation. Because (again,) the line tu is created from ALL the point yang kita ada.

This is kinda different dengan regression atau any time-series forecasting method, sebab tu semua akan cuba fitkan ke one generic equation (remember forecasting rule? forecast always wrong). So kalau pakai method forecast/time-series, line graf kita tu mungkin kena dan mungkin tak kena dengan original point tu (also they all is time dependent, hence the name time-series lol).

Ok back to our equation.

Contoh kalau aku tengok bos aku buat benda yang aku boleh jadikan sebagai example lain, and let say here we put it as \( (x_3,y_3) = (3,-3) \). So we'll get this graph,

Figure 140: Tambah lagi satu point


Which got us the new updated equation, i.e. \( y= -6x^2 + 21x - 12 \).

So the idea is that, kalau contoh aku stuck kat \( x = 1.25\), aku can just plug in the x to the equation and i should know what i need to do, which in this case, akan jadi \(y =-(1.25)^2 +21 (1.25) - 12 = 4.875 \), So aku kene buat \( 4.875 \).

Emm.. Faham kann?

Notice that the more example that we will have, makin complex equation kita. Katakan point kita bertambah jadi  \( (1, 3),\ (2, 6),\ (3, -3),\ (4, 12),\ (5, 7),\ (6, 8),\ (7, 10) \), hence the graph will be more 'chaotic' macam ni,

Figure 141: Contoh banyak sikit point dia

and (again) we have a new updated equation \( y = -0.3486x^6 + 8.5708x^5 - 83.0903x^4 + 401.8125x^3 - 1006.0611x^2 + 1211.1167x - 529.0000 \)

So kalau ada apa - apa situasi yang aku sangkut and aku at the same time aku represent as my boss, so aku just try to plug in to the equation.

Simple je math ni kan?

...

Ok back to our story, so aku dok fikir apa exit plan aku. Aku tengok En NA keluar terus macam tu je, aku rasa macam tak proper pulak kalau buat macam tu.

Aku try plug in the situation to my equation..

Cuma masalahnya, biasanya bos aku akan duduk kat meja, bukan duduk kat belakang macam aku.

Dan kalau bos aku nak keluar awal dari meeting tu, dia akan announce je ke semua orang dia cakap dia ada hal, bagi conclusion dan terus keluar.

But I'm not my boss.

So aku craft satu idea, based on apa boss aku pernah buat..

...

Pukul 11:30.

Aku kemas - kemas barang aku. Aku bisik kat orang sebelah aku (aku tak kenal pon siapa, tapi dari agensi macam kitorang jugak). Aku bisik kat dia cakap aku kene keluar ada hal. Dia ok je. Ala bukannya kitorang kenal satu sama lain pon haha.

So aku bangun dan jalan menunduk - nunduk. Terus pergi ke pengerusi meeting tu.

Aku: Maaf puan, saya ada hal. Saya kene keluar dulu.

Dia: Ok ok. Orang dari agensi kamu ada lagi kan?

Aku: Ada - ada (sambil tunjuk ke orang company aku, aku tak kenal pon sapa tu).

Aku: Terima kasih puan.

Aku jalan keluar terus.

It should be this easy, really. I have a good example (the equation) and I adapt it to my situation.

...

We all like that. Kita tengok apa orang lain buat, and kita try adapt to our situation.

Tapi kita ni dewasa. Kita tau mana yang baik dan mana yang tidak. 

So when we build our equation, kita cherry-pick mana yang bagus. Mana yang tak elok, kita tak ambil point dia, just enough jadikan sempadan.

It should be that simple.

...

Masa bulan januari ni jugak, ade satu pagi tu aku berjumpa la dengan Pengerusi AJK Surau rumah aku. Dia cakap kat aku.

Pengerusi: Fairuz, eh awak duduk sorang kan?

Aku: Ya. Kenapa ya?

Pengerusi: Macam ni. Bulan Ramadhan ni nanti kita akan panggil imam terawih jemputan. Tapi dia duduk jauh kat Shah Alam. So kesian pulak dia nanti nak kene drive jauh - jauh ke sini. Kitorang memang nak sewakan je bilik untuk dia. Biar senang dia nak berehat. So takde la dia penat sangat.

Aku: Ok..

Pengerusi: Daripada kitorang cari rumah yang orang kita tak kenal, baik kita sewa kat rumah yang kita percaya. So boleh tak dia duduk rumah awak? Sebulan je. Nanti kita bayar.

Aku terdiam. Kepala aku dah flashback rumah aku yang tengah bersepah tu.

Aku: Alamak. Saya seganlah. Rumah saya bersepah sangat. 

Pengerusi tu terdiam.

Pengerusi: Ok tak apa lah macam tu. Nanti saya carik rumah lain.

Aku senyum, salam dan berlalu pergi..

Kenapaaaa laa aku menolak awal - awal. Aku tau aku menolak sebab situasi rumah aku yang bersepah. Lepas tu ada paip bocor sana sini. Dan macam - macam lagi alasan aku boleh kasi.

Tapi...

This is the only chance yang aku boleh belajar macam mana budak hafiz menjalankan rutin harian dia. Aku nak tau apa yang dia buat sampai dia boleh hafaz satu Al Quran tu. Apa amalan harian dia. Apa makanan dia. Masa bila dia buka Al Quran dan asah balik bacaan dia.

Makin lama fikir, makin menyesal pulak aku menolak. Aku nak sangat tengok macam mana kehidupan budak hafiz depan mata aku. Mesti banyak aku boleh belajar depan mata.

Aku nak build up satu equation baru as part untuk aku nak progress lagi diri aku.

And I really need this one.

Tapi aku dah menolak..

...

Maghrib tu (hari yang sama), aku terjumpa lagi dengan pengerusi tu. Ok this is my chance. So aku pon pergi lah direct ke dia.

Aku: Assalamualaikum Tuan Pengerusi (aku memang panggil camni, sebab aku lupa nama dia).

Pengerusi: Wa'alaikumussalam. Ya Fairuz.

Aku: Dah jumpa ke rumah untuk imam tarawih kita tu?

Pengerusi: Belum lagi. Tak sempat lagi nak cari.

Aku: Kalau macam tu, tak apalah. Duduk ajalah kat rumah saya. Saya pon bukan ada rumah selalu.

Pengerusi: Eh betul ke? Kata banyak nak kemas. Betul ke ni?

Aku: Tak apa. Ada lagi dalam 2 bulan kan. InsyaAllah sempat punya kemas.

Pengerusi: Alhamdulillah. Terima kasih Fairuz.

Aku: Ya sama - sama.

Ok setel. So dalam masa dua bulan ni, penuh la jadual aku dengan mengemas dan mengorder barang - barang shopee (macam rak pinggan mangkuk, table baru). Aku mop habis - habisan rumah aku. Aku siap carik langsir baru. Maklumlah. The most respectable people nak duduk rumah aku kan. Mestilah kene kasi yang terbaik. Walaupon aku tak kenal dia. Tapi budak hafiz kot.

Cuma aku biasanya awal Ramadhan, aku memang akan balik ke kampung. Hari mantai. Memang dari aku sekolah sampai sekarang memang tak akan miss balik kampung. KL tak cuti pon, aku amik je cuti. Apa masalahnya kan.

Ada masalahnya. So camne aku nak jemput budak hafiz tu. Aku tau dia ada kenderaan dia sendiri. Tapi nanti macam mana dia nak masuk rumah dan nak tunjuk itu ini?

Emm tak apalah. Minggu terakhir Sha'ban tu aku kasilah kunci ke tuan pengerusi dan minta dia tolong uruskan. Bilik dia tak kunci. Cuma master bedroom aku ni je aku kunci. Poyo ada barang berharga.

...

2 Ramadhan.

Masa aku balik dari kampung masa bulan puasa tu, aku sampai rumah dalam pukul 5 pagi, aku perlahan - lahan buka pintu.

Aik. Tak berubah pon. Takde orang pon. Emm tak apalah. Nanti aku tanya tuan pengerusi.

So masa pagi tu aku terjumpa lagi tuan pengerusi tu. So aku tanya lah dia,

Aku: Tuan pengerusi, macam mana? Ok tak dia duduk?

Pengerusi: Alamak Fairuz. Dia rupanya rumah dia kat Subang je. Dia mengajar kat Shah Alam. Dia cakap dia segan. Lagipon sebab takde orang.

Aku: Eh tak pe lah. Saya minggu ni saya ada je kat rumah.

Dalam kepala aku sambil tu fikir. Kalau dia perlukan aku weekend pon tak apa. Aku tak jadi balik kampung weekend bulan puasa ni.

Pengerusi:  Ok nanti saya cuba cakap balik kat dia.

...

Lepas tarawih malam tu, aku nampak la imam (budak hafiz) tu borak - borak dengan orang surau aku. Aku duduk tepi dan senyum je lah. Tapi lepas tu dia balik awal.

Dua tiga hari macam tu la. So aku tanya la kat pengerusi,

Aku: Macam mana tuan. Jadi ke?

Pengerusi: Dia segan. Dia kata boleh je dia ulang alik. Nanti saya kasi kunci balik.

Aku: Eh tak apa lah. Tuan Pengerusi pegang dulu kunci tu. Mana tau dia berubah fikiran ke.

Aku, yang still lagi mengharap.  

Tapi akhirnya, minggu kedua bulan puasa tu, pengerusi tu kasi jugak kunci tu kat aku. Basically dah 0% chance.

Sedih sangat rasa.

Tapi takpelah. Mungkin sebenarnya Allah SWT nak bagitau kat aku, ada part dalam diri aku yang masih kene fix lagi. Sebab tu belum diizinkan lagi..

Banyak lagi aku nak kene fix lagi.

Mungkin belum masa lagi.

Walaupon aku tak dapat nak build up equation for this, but let me take this opportunity to start with fixing my foundation first...

Ada sebab semua ni.

And Allah knows the best.. for He is the Most Knowiing and the Most Wise.. Al-Hakiim, Al-'Aliim.