... kalau nak di ikutkan, semenjak penubuhan Teratak 42 dari zaman dahulu kala, ini merupakan kes ketiga kecurian yang besar camni telah berlaku. yang pertama, kecurian moto yamaha 125ZR pada awal disember 2007, yang kedua pula adalah kehilangan kamera Nikon saudara kucai pada bulan Jun tahun ini (rujuk di blog beliau di sini) dan kali ini pula, kecurian wallet, camera dan handphone 4 penghuni Teratak 42.
yang hilang adalah seperti berikut:
- Kucai: dompet (ade duit RM 400, duit Rare item, dengan tiket balik raya (priceless))
- Ali (Adik yazid): dompet (ade RM 2)
- Fitri: dompet dan handphone (ori Sony E K 850i, dulu die beli hp ni RM 1800 woo)
- Panjang: dompet, handphone motorolla dan camera olympus.. camera ni baru beli woo (anggaran kehilangan: RM 1200)
sungguh kasihan kepada mereka. terutama kucai. dah la kucai dah berenti kerja bulan 6 dulu. malam semalam orang bayar hutang kat dia, tak sempat dia nak merasa. bak kata kucai
That was the best 30 second of my life. Tengah duit dah betul betul takde, tetiba ada orang nak bayar hutang. Pas tdo, ilang terus duit aku... waaaa (efek sedih)
juga kesian pada panjang kerana banyak gambar gambar kerja yang ada dalam kamera beliau. dan juga kepada mereka yang lain yang turut menjadi mangsa kebuasan nafsu binatang di bulan Ramadhan ini, sehingga menyebabkan kehilangan Kad ATM, Lesen Memandu dan juga IC.
dan aku pula? alhamdulillah barang aku selamat. aku tdo berkuncikan bilik tadi. so, takde ape la..
owh.. nanti aku sambung lagi. aku nak ikut diorang g balai polis.
ps: ekceli kat Teratak 42 tak de sambungan Wifi. ni pon aku pinjam modem (beruk band) cik saudari yang kiut lagi miut, أني ;p
۞
update (08 09 2008 | 06 47 p)
ade gak member aku mintak details ceritanya.. so.. this is the details:
06 09 2008
malam itu, selepas berbuka, Yazid terus pergi ke Pasir Gudang. ada kerja katanya. dalam malam yang sama pula, si Geweng ketuk ketuk depan rumah. nak amik barang. maklumlah, dalam tengah hari/petang esok dia akan pergi berlayar ke laut. dan bagi ahli teratak yang lain, hanya satu malam yang biasa. masing masing keluar berdating.. yang ada dirumah pula sibuk main game dan internet.
07 09 2008
Sekitar Subuh..
Di pulang dari kerja. ya.. dia kerja di Singapore, jadi dia balik sangat lewat, hampir subuh katanya. dan seperti ahli teratak42 yang lain, dia juga terikat dengan regulation kami. sapa sapa yang balik lewat, mesti kunci pintu pagar (semenjak peristiwa kecurian pertama tahun lepas)
dan aku pula ketika itu, aku duduk menyendiri di dalam bilik, struggle nak menyiapkan Thesis aku (dah berbuih mulut penyelia aku sound soh aku hantar cepat.. dan berbuih jugak mulut aku nak siapkan cepat).. aku duduk di bilik sahaja dari pukul 12 tgh malam. tak mahu keluar bilik, kerana bilik aku sudah ada persiapan makan makan dan minum minum. siap ada pizza hut lagi kat bilik aku ni ha.. hehe
Sekitar 7.00am
Aku dah penat nak fikir pasal thesis ni. aku perlukan rehat. aku bukak Cerita Back To The Future, then baring sampai cerita abis dalam pukul 8.30++am. dan telah menjadi sikap aku, dari aku balik tadi, aku terus kunci pintu sampai aku tertdo..
Pada 10.30am
Aku dikejutkan oleh Di. dengan nada gelabah, dia kata rumah kami dimasukki pencuri. aku bangun, aku terus bergegas ke bawah. terdengar cerita daripada mereka seperti ini:
Kucai bangun dan terus cari wallet dia sebab dia nak keluar. since dia tak jumpa wallet dia, dia kejut fitri (sebab fitri lagi hafal kedudukan barang kucai dari kucai sendiri). fitri bangun je, fitri toleh ke tepi dan perasan handphonenya tiada. since fitri ni adalah cikgu matematik, dengan menggunakan induction, dia cakap handphone dengan wallet dia kene curik. dia ajak kucai kejut hosmet yang lain. termasuklah panjang. panjang bangun je, terus carik handphone dia. lesap. cari wallet. juga lesap. dan yang paling pelik sekali, kamera baru dia juga turut lesap. sedih..
Kucai ada mention, masa dia bangun je, dia ada perasan pintu rumah dan pagar terbuka luas ketika masing masing yang lain semua tengah tdo.
sangat pelik kan? seperti pencuri tersebut ada kunci rumah kami pula..
kemudian, mangsa mangsa kecurian terus bergegas ke balai polis taman universiti untuk membuat laporan. aku dan di (bukan mangsa) turut pergi ke balai polis untuk bantuan siasatan. tengah harinya pula, kami di ajak bertemu bersama dengan Inspektor Puan ape tah kat Balai Polis Skudai.. yang pergi, aku, kucai dan fitri (menaiki kereta fitri). panjang, ali, di dan kawan di (naik kereta ali)..
2.00pm
disebabkan di dan kawannya ada kerja petang itu, so mereka yang tak terlibat (termasuk aku) request untuk balik rumah. penat woo tak tdo dari semalam. seb baik lah kawan di ada lesen bawak kete, so pinjam kete ali dan terus ke teratak 42. tapi di dan kawannya tak balik terus. dia kata nak pergi jumpa kawan dia kejap kat penyiaran. pelik gak aku. tadi diorang gak yang tdo kat balai polis tu and kata nak balik cepat.. tak apalah. yang penting aku dapat tdo.
6.50pm
damn. bangun lambat. sedang aku berlari untuk keluar mencari juadah berbuka, aku ternampak kucai. aku tanya dia apa cite? die kate die dah dapat balik dah wallet die. seb baik sume lesen, tiket bas dan kad atm dia ada.. usah ditanya pasal duit tu ada ke tak.. kucai kata, ada sorang budak jumpe wallet die kat belakang dewan taman universiti, bagi kat bapak dia dan bagi kat di yang ade kat depan umah petang tadi..
baguslah untuk kucai. semoga yang lain semua tak putus asa berdoa agar dikembalikan barangannya yang hilang...

