Halaman

Selasa, 6 Mac 2012

des ar u - 2 k l

6 comments
Aku rasa dah jadi macam satu habit lak, kalau tiap kali ada life-changing event, aku akan ke Desaru. Kali ni, best siket.. Pergi ke Muzium Layang - Layang kat Pasir Gudang, dan kemudian, naik the-so-called-new-highway-in-the-town untuk ke Desaru. Takde option untuk sesat - sesat lagi!!!

(not-so-related blog-post: des ar u)

۞ Muzium Layang - Layang..

Festival Layang - layang Sedunia


Ini sebenarnya kali pertama dalam 28 tahun aku hidup, datang ke sini.. Sangattnyaa best tengok orang main layang - layang..



Who knows, rupa - rupanya, yang atas ni pon di panggil layang - layang. Giler ah ding dong. Siap kene 'tunda' pakai kren nak naikkan layang - layang nih.. Giler ah 'lame' giler gune perkataan ding dong di zaman ini.



Aku ingatkan layang - layang yang berbentuk segiempat tu je adalah layang - layang.. Itu lah. Kalau dah satu dunia datang, dah pelik dah jadinya. Globalisasi, menjadikan dunia lebih kreatif, tidak terkongkong (motto globalisasi)..



۞ Lebuhraya Desaru - Pasir Gudang - ..




Kemudian, setelah selesai mencuci mata di Muzium Layang - layang, kami teruskan perjalanan ke Desaru, tetapi kali ini dengan melalui lebuhraya baru yang digembar - gemburkan warga Johor, iaitu Senai - Desaru Expressway (SDE)..


Tanda/Jenis Jalan -> E22 = Untuk Senai - Desaru Expressway!

Terlalu baru sampaikan masih belum update dalam Google Maps lagi!

(Google Maps yang dibangga - banggakan pengguna Android, tapi highway Senai - Pasir Gudang pon takde lagi)



(Bing map, ah same je takde)



Oh tapi ramai gak yang komplen sebab katanya mahal sangat highway ni. Naik Pasir Gudang, turun Plaza Tol Penawar (Desaru) = RM 5.90..


I know,, right??



۞ Desaru!!







Tak perlu nak cerita kot betapa bestnya Pantai Desaru ;D



۞ Kota Tinggi

Korang mesti familiar dengan cerita sejarah yang Sultan Mahmud mangkat dijulang tu kan?? Unfortunately, aku juga tergolong dalam golongan yang disumpah itu (satu keturunan). Ye. Srsly!!

Sebab dahulu, arwah atuk aku pernah pitam mase dia betul betul meletakkan kaki di tanah Kota Tinggi. Dalam bas/kerete tak ape. Sebab sumpahnya, TAK BOLEH MENJEJAKKAN KAKI DI KOTA TINGGI (pusat Kerajaan Johor dahulu)..

Ade juga pendapat yang mengatakan sumpahan itu bertahan sehingga 7 generasi sahaja.. Dan mengikut perkiraan, aku ni keturunan ke 8 atau 9!! (agak tak accurate di situ..)

So, mase balik dari Desaru tu, kami singgah la sebentar kat Masjid Kota Tinggi.. Takut gak aku kalau sebenarnya aku ni forbiden forever untuk jejak kaki di Kota Tinggi.. Tapi hati gatal gak nak tau ada lagi ke tak sumpahan tu,,


So, here goes nothin'..


(meletakkan kaki di Kota Tinggi)




YEAY!! Alhamdulillah takde ape2.. menari2 aku kat situ (ok aku tau tu kawasan mesjid).. ;D

(rujukan: wikipedia/Makam Sultam Mahmud Mangkat Dijulang)


۞ KM Kosong, JB,,

Oh dan macam biasa la. Kalau bercerita pasal Desaru, mesti nak cerita gak pasal Jalan Persekutuan. Lepas kami balik dari Desaru tu, kami singgah Jalan Persekutuan 1. Jalan yang terlama sekali dan jalan terutama sekali di Tanah Melayu. Sebab jalan ni melalui sangattt banyakk major road sini..

And here it is, the Zeroth Kilometer of Malaysia Federal Route 1:



I know,, right?? :D



۞۞۞۞

Sebenarnya, kalau nak ikutkan, aku ada banyak lagi benda nak cerita, tapi cukuplah ini sahaja.



Apa pon, terima kasih kepada sesiapa yang mengentertain aku, ketika aku berada di selatan Tanah Melayu...




Terutamanya kepada Cik Ika D Pika.. Sincerely (from deep inside of my heart),, thanks Pika.. :)



Jumaat, 10 Februari 2012

Sorted Stack II - Directory

15 comments
sambungan sebelum ini..

Rumah terbakar, nampak asapnya,
Hati terbakar, siapa yang tahu..



Sebenarnya, aku takde la kesah sangat kalau barang - barang aku bersepah (secara fizikalnya la). Tak kesah la ape yang bersepahnya, selagi ada ruang tempat untuk letak keyboard, selagi aku gerakkan mouse tanpa terlanggar sana sini, i'm always ok with it..

Tapi,,

Antara benda yang boleh buat aku terasa annoyed giler ialah kalau content hard disk aku bersepah (maksudnya, file - file aku). Seriously..

۞

Ok mari mengemas file2..

Mulakan dengan desktop dulu.. Senang siket. Takde la bukak2 desktop je, terasa bersepah..



Uhhh.. Boleh diterima lagi.. Selagi tiada banyak folder bersepah.. Ok kite teruskan ke drive yang lain pulak..



Ok. Dalam drive F, ade folder "Desktop", dengan "Sile Kemas Part Time Jobs"..

Ok. Kalau dah namanya folder "Desktop" tu, memang confirm sebab dulu ada buat backup sebelum format komputer ni.. Start dengan folder "Desktop" dahulu..


Er.. Dalam "Desktop", ade folder "Desktop".. Mungkin ni backup sebelum format punya backup sebelum format. Nak tergeliat lidah.. Dammit!! Kene kemas!!!



Uhh.. Kenapa ada folder "Part Time Jobs backup" sini lak.. Bukan ke kat root F: tadi ade sile kemas? ;(



۞

Mengemas file2 kat laptop / external hard disk pulak..
Urghh.. Banyak giler folder nak kene kemas..

Baik start dulu dengan folder "Kemas Boleh takk".. Macam marah je nama folder nih..
Ah. Simple. This is doable..

Tengok folder lain pulak..
New Folder < untitled folder ade "Kemas Boleh takk" lagi? What the hell bro? Ok jangan panik. Folder same isik je kot..

Dammit. Banyak pulak watak tambahan dalam tu..

Ahh.. Tengok folder lain pulak..



"Part Time Jobs 2"... "Kemas Boleh takk"



...







۞ Sesi tahukah anda - Copy


Tahukah anda, tiap kali anda meng-copy-file anda itu, anda akan membuat the exact duplicate (content) untuk file itu? Ah. Mesti la korang tahu kan..

Tapi tahukah anda, sekali anda dah copy satu file, you are actually opening a new path to hell.. Metaphorically speaking lah..

Why?

Take a look at this picture..


Once kau dah COPY satu file, kau akan dapat dua file yang sama isinya, tetapi berbeza nama atau/dan lokasinya. Oh tapi bayangkan kalau kau dah copy the whole FOLDER yang mengandungi banyak2 file tu. Especially kalau folder thesis, gambar, atau projects folder.

The main problem is, macam mana nak tau yang File 1 atau File 1 B (rujuk rajah) yang paling latest?? *assuming, latest = better* Rajin ke nak check satu2? Kalau nak merge, mana satu yang nak kene padam dan mana satu yang boleh buang??

Ha. Ni tak masuk lagi kalau hantar email (another copy was made on the server), kalau copy ke pendrive untuk print dan sebagainya..

Thanks to the good Microsoft Windows VISTA developer, you'll have a nice dialog box kalau korang copy paste redundent object (granted, diorang check dengan hanya file-name sahaja, but it's still good enough)..


Tak seperti Mac OS X yang selalu *sesetengah orang* dibangga banggakan kat dalam facebook tu..


"Takde. Takde info lebih lanjut. Maaf la ye" - Mac OS X Lion..


Moral of the story.. Kalau nak susun file, better go to Windows (Vista, 7 or >7). Ye tau la Apple korang mahal..


۞ Sesi tahukah anda - Folder vs Directory

Zaman - zaman tok kaduk dahulu (mase zaman kegelapan - DOS, sebab background die hitam!!), takde orang tau maksud "Folder".

See? It's called directory.

Folder biasanya digunakan oleh mereka yang dah biasa dengan Graphical User Interface (GUI). Dan orang yang suke hidup dengan text-based (or poyo2 claim to be Linux-er), akan panggil directory..

Oh tak percaya? Sila wiki di sini..



۞

Selepas directory dan folder, there's something more!! We called it as tag or catagory..

And here, there's a nice video related to this topic. Enjoy ;)