Halaman

Khamis, 27 November 2008

seketika di ym

12 comments
(entri kali ini agak kejiwa jiwaan siket)

Log perbualan ym ini telah diubah (tetapi aku masih cuba mengekalkan gaya penulisan dan keaslian cerita), sekadar untuk disuaikan pada tatapan umum.

aku: ف
kawan aku: ح

ح: pastu 25-29..aku g penang plak da. merayap g umah awek. Hhuhuuh. g kenduri akak die kawen
ف: awek ko bukan ke orang kelantan?
ح: da clash
ف: HAH!!
ح: duit dlm poket jela yg kering kontang
ف: tak tau dah clash tetiba siap dah pasang baru. ni yang nak kene sebarkan nih. Hehehehehe. nak buat gosip liar. haha
ح: mane ade tetiba. da pasang baru dulu..baru clash. huhu
ف: hahahahahaahaaa.
ح: time tu aku senyap jela. adela dlm seminggu jgk x msg2..x chat pun ngan die
ف: pastu die panas hati tak sbb x contek?
ح: pastu die adela bg msg..aku x balas. last2 die ym aku. tanye nape. asyik diam je
ف: ko jawab tak?
ح: da ade pompuan lain ek? die tanye aku pun jwb la..ye. huhu. x percaya plak die
ف: hahahaha. siot jek
ح: pastu baru la nk ckp..die sayang kat akula..itula..inila
ف: abis tu?
ح: time aku tanye..asyik xmo jwb je
ف: lor. kejam giler ko. hehe
ح: siap ade sekali..time aku dtg raye skudia aritu la… si rahman call aku… time tu aku tgh kuar ngan die. aku ckp r pd rahman.. aku tgh kuar ngan awek aku nie. da letak call tu. die tanye. "bile mase plak kite ngaku jd awek nie?" itu la penyebabnye. aku cari lain jela.... org xnk kat aku
ف: oooo. bagus bagus
ح: pastu da ckp..yg aku da ade pompuan lain tu. siap nangis2. x makan… muntah2. siap pitam. pastu masuk wad.. injet air
ف: mak aih
ح: tu member die la cite..sampai camtu skali
ف: macam carekarama la pulak
ح: heheheh. nk bersama ngan aku balik
ف: aku nak letak kat blog aku eh
ح: huhuhu...
ف: lor. pastu ko tak nak ke
ح: itula.. x kot
ف: tak pe. tak pe
ح: da declare da ngan awek aku nie… dan da diterima
ف: dapat baru, tinggalkan yang lama
ح: huhu
ف: bagus2. pastu terus tunang dan kawin
ح: patah tumbuh hilang berganti ye?
ف: ok! Betul. tepat sekali
ح: xla..3thn lg
ح: huhu. siap merancang da tu
ف: ko merpati putih.
ح: xle nk lame2 sgt
ف: patah sayapnya . di udara
ح: aku semut merah la. huhu
ف: (ekceli aku tengah dengar lagu OAG, kene lak dengan liriknye)
ف: 3tahun. cukup la tu. budak tu sebaya kita eh
ح: yg pennag nie.. mude
ح: 2 tahun
ف: haaaaaaaaaaaa. gilaa aaahhh. petik pucuk muda
ح: huhuhu. mane ade
ف: camne ko leh kenal?
ح: chatting la..
ف: hahaaa
ح: jumpe ngan die..bulan 8 dulu
ف: ek eleh. baru kenal gak la ni ek
ح: aku kenal time aku start masuk mimos nie dulu la. minggu2 awal.. mane ade dpt kije. berchatting je la kat meebo… tu yg terberkenalan tu. huhu
ف: hehehee


cerita ini lebih kurang macam cerita kat sini dulu. haa. memang kedua dua cerita ni takde kaitan, tapi aku suke lak tengok jalan ceritanya. sebab cerita cerita camni biasa aku tengok kat dalam Carekarama TV3 je. jarang lak aku jumpe dalam real life (terutama part tak nak makan sampai masuk hospital tu)...

tapi yang aku paling tak percaya sekali yang kawan aku tu, si ح. biasanya ku tengok die ni sebagai seorang yang rilex je. jenis tak de makan perasaan punye.

apa pon, tak kesah la lelaki atau perempuan. kalau tengah bercinta tu, tentulah ia berkaitan dengan perhubungan yang mendalam antara kedua dua pihak. dan apabila wujud perhubungan yang mendalam tu, tentulah perlukan 'assurance', tidak kesah la lelaki atau wanita. kedua dua penting. kalau tidak, tentu akan terasa makin tawar, tawar dan terus menawar.

lihat perbualan di atas. sape la yang tak kecewa kalo awek sendiri depan depan tak nak mengaku. mungkin ada faktor ego dan mungkin ada juga faktor faktor lain yang kita terlepas pandang (mungkin dia berseloroh atau berjenaka sahaja). apa apahal pon, hargailah perhubungan yang ada. it's really hard to create a relationship, and it's even harder to keep it. sekali sudah tawar, amatnya susah untuk kembali kepada sebelumnya.



the more you know someone, the more you should love 'em.

Selasa, 25 November 2008

about:robots

2 comments
sekiranya engkorang menggunakan Mozilla Firefox 3, cuba taip about:robots kat address bar.



haaa. kat title bar tu: 'klaatu barada nikto' adalah based kepada cerita dulu dulu iaitu cerita The Day the Earth Stood Still. cerita sains fiksyen lama (kaler hitam putih je, tahun 1951). sangatnya oldschool. dan kalo korang kene serang dengan robot atau killbot, sebut je klaatu barada nikto, nanti robot tu berenti menyerang :p



dan ayat dia yang terakhir (kat about:robots tu) iaitu Robots have shiny metal posteriors which should not be bitten. ni pulak refer kepada Bender Bending Rodríguez, watak di dalam animation Futurama yang suke sangat sebut "Bite my shiny metal ass". hehe

ekceli aku suke sangat dengan watak Bender ni. nak nak pulak, Bender ni telah divote dan dapat title Robot kedua paling jahat sekali (refer kat sini).

Ada satu episod Futurama yang bertajuk "The Day the Earth Stood Stupid". dan juga ada satu part kat dalam The Simpson dalam episod treehouse of horror yang bertajuk "The Day the Earth Looked Stupid". hah!

tapi apa apahal pon, aku suke sangat tengok bender dalam "The Beast with a Billion Backs".

bender: If robots can't go to heaven, heaven can come to us!