Halaman

Khamis, 8 Mei 2025

The Example and Polynomial Interpolation

0 comments


Note: If you don't like what's written here, then it means that this blog maybe ain't for you... Remember, protect yourself first.

...

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Lama betul draft ni wujud. Idea ada banyak.. haahh.

 

Awal bulan Januari, 2025 (ye aku tau sekarang dah AprilMay).. Bos aku bagi whatsapp simple je. 

En A: Fairuz, you join meeting ni. Ganti I. Nanti I forward invitation email.

Aku: Ok. Kita nak kene present apa2 tak?

En A: Tak payah. Just dengar je.

Aku: Ok baiklah.

So, aku pon pergilah ke meeting tu. Meeting tu takde apa pon. Basically sebab company kitorang ni is actually an agency reporting to salah satu kementerian, so masa meeting tu, dia just nak kena ada representative from all the agency that is reporting to the ministry.

Pengerusi Meeting: Orang dari XXX ada? (XXX - nama company aku).

Aku angkat tangan. "Ada2".

Dan kebetulan dalam meeting ni, ada jugak lagi dua staff dari company kitorang yang datang. Salah sorang darinya adalah jiran officemate aku (colleague kot istilah dia). Yang jiran aku ni, kita namakan dia sebagai En NA. Dalam org chart company kami, dia sama level dengan aku, cuma kat side lain je. Tapi memang panggil dia Encik. Gitu lah.

10 minutes later lepas meeting tu start (dalam 9:30 pagi), En NA bisik kat aku.

En NA: I tengok meeting ni takde kaitan dengan kita je.

Aku: Ha ah. Ni memang takde kaitan. Tapi rasa dia nak presence setiap agency je kot.

En NA: I rasa kalau takda apa lagi lepas 15 minit, I nak keluar.

Aku: Ok.

After about 15 minutes.

En NA: I keluar lah dulu. You nak follow tak?

Aku: Tak pe lah. I nak dengar je dulu.

Dia kemas2 barang dia (masukkan laptop dalam beg dia), dan terbongkok bongkok menuju ke pintu keluar dan terus keluar. 

Aku lihat cara dia keluar, dan aku terfikir..

...

Meeting tu start pukul 9 pagi. Estimate habis katanya pukul 12 tengah hari. Tapi masa pukul 11:15, aku tengok vibe meeting tu, aku tak rasa boleh habis exactly at 12 tengah hari. Aku pulak kebetulan ada benda nak kene buat (benda yang tak boleh buat kalau aku dalam bilik meeting tu).

Aku tengok jam, dan aku mula merancang exit plan aku.

Pukul 11:30 karang aku keluar, fikirku.

But how tho?

...

Aku memang biasa kene hantar bos aku ni ke mana - mana meeting yang dia tak dapat datang atau dia malas nak pergi. Kerja makan gaji. Macam tu lah intonasinya. Aku pulak onz je kalau bos aku suruh aku buat apa2. 

Dan biasanya bos aku akan bawak aku pergi ke mana - mana meeting. Biasanya as part of preparation kalau dia tak dapat pergi meeting tu, dia akan hantar aku sebagai ganti dia.

Ok. That alone is just a fair enough justification kenapa aku kene campak ke mana - mana meeting.

Dannnn biasanya, masa dalam meeting tu, aku banyak lah belajar dengan dia how he's handling the meeting. This, I really respect him a lot.

Dan tak keterlaluan kalau aku kata aku tengok dia sebagai example untuk aku handle bab - bab common sense ni (dalam kategori kerja).

And from  dari aku start masuk kerja company ni sampai sekarang, aku build up aku punya equation from his example, and slowly trying to embed the equation to my work life.

Macam ni.

Contoh macam aku tengok kalau situasinya x=1, boss aku akan buat y=3. Kalau kes x=2, dia akan buat y=6. So dari dua example ni, aku lakarkan graf, dia dapat macam ni.

 

Figure 139: Interpolation for 2 points

And the equation for the is simply  \( y=3 x \).

Ok let me be clear. This is what is called as polynomial interpolation. Line graf tu akan kena ke semua point yang kita ada. So you will never miss a point in your equation. Because (again,) the line tu is created from ALL the point yang kita ada.

This is kinda different dengan regression atau any time-series forecasting method, sebab tu semua akan cuba fitkan ke one generic equation (remember forecasting rule? forecast always wrong). So kalau pakai method forecast/time-series, line graf kita tu mungkin kena dan mungkin tak kena dengan original point tu (also they all is time dependent, hence the name time-series lol).

Ok back to our equation.

Contoh kalau aku tengok bos aku buat benda yang aku boleh jadikan sebagai example lain, and let say here we put it as \( (x_3,y_3) = (3,-3) \). So we'll get this graph,

Figure 140: Tambah lagi satu point


Which got us the new updated equation, i.e. \( y= -6x^2 + 21x - 12 \).

So the idea is that, kalau contoh aku stuck kat \( x = 1.25\), aku can just plug in the x to the equation and i should know what i need to do, which in this case, akan jadi \(y =-(1.25)^2 +21 (1.25) - 12 = 4.875 \), So aku kene buat \( 4.875 \).

Emm.. Faham kann?

Notice that the more example that we will have, makin complex equation kita. Katakan point kita bertambah jadi  \( (1, 3),\ (2, 6),\ (3, -3),\ (4, 12),\ (5, 7),\ (6, 8),\ (7, 10) \), hence the graph will be more 'chaotic' macam ni,

Figure 141: Contoh banyak sikit point dia

and (again) we have a new updated equation \( y = -0.3486x^6 + 8.5708x^5 - 83.0903x^4 + 401.8125x^3 - 1006.0611x^2 + 1211.1167x - 529.0000 \)

So kalau ada apa - apa situasi yang aku sangkut and aku at the same time aku represent as my boss, so aku just try to plug in to the equation.

Simple je math ni kan?

...

Ok back to our story, so aku dok fikir apa exit plan aku. Aku tengok En NA keluar terus macam tu je, aku rasa macam tak proper pulak kalau buat macam tu.

Aku try plug in the situation to my equation..

Cuma masalahnya, biasanya bos aku akan duduk kat meja, bukan duduk kat belakang macam aku.

Dan kalau bos aku nak keluar awal dari meeting tu, dia akan announce je ke semua orang dia cakap dia ada hal, bagi conclusion dan terus keluar.

But I'm not my boss.

So aku craft satu idea, based on apa boss aku pernah buat..

...

Pukul 11:30.

Aku kemas - kemas barang aku. Aku bisik kat orang sebelah aku (aku tak kenal pon siapa, tapi dari agensi macam kitorang jugak). Aku bisik kat dia cakap aku kene keluar ada hal. Dia ok je. Ala bukannya kitorang kenal satu sama lain pon haha.

So aku bangun dan jalan menunduk - nunduk. Terus pergi ke pengerusi meeting tu.

Aku: Maaf puan, saya ada hal. Saya kene keluar dulu.

Dia: Ok ok. Orang dari agensi kamu ada lagi kan?

Aku: Ada - ada (sambil tunjuk ke orang company aku, aku tak kenal pon sapa tu).

Aku: Terima kasih puan.

Aku jalan keluar terus.

It should be this easy, really. I have a good example (the equation) and I adapt it to my situation.

...

We all like that. Kita tengok apa orang lain buat, and kita try adapt to our situation.

Tapi kita ni dewasa. Kita tau mana yang baik dan mana yang tidak. 

So when we build our equation, kita cherry-pick mana yang bagus. Mana yang tak elok, kita tak ambil point dia, just enough jadikan sempadan.

It should be that simple.

...

Masa bulan januari ni jugak, ade satu pagi tu aku berjumpa la dengan Pengerusi AJK Surau rumah aku. Dia cakap kat aku.

Pengerusi: Fairuz, eh awak duduk sorang kan?

Aku: Ya. Kenapa ya?

Pengerusi: Macam ni. Bulan Ramadhan ni nanti kita akan panggil imam terawih jemputan. Tapi dia duduk jauh kat Shah Alam. So kesian pulak dia nanti nak kene drive jauh - jauh ke sini. Kitorang memang nak sewakan je bilik untuk dia. Biar senang dia nak berehat. So takde la dia penat sangat.

Aku: Ok..

Pengerusi: Daripada kitorang cari rumah yang orang kita tak kenal, baik kita sewa kat rumah yang kita percaya. So boleh tak dia duduk rumah awak? Sebulan je. Nanti kita bayar.

Aku terdiam. Kepala aku dah flashback rumah aku yang tengah bersepah tu.

Aku: Alamak. Saya seganlah. Rumah saya bersepah sangat. 

Pengerusi tu terdiam.

Pengerusi: Ok tak apa lah macam tu. Nanti saya carik rumah lain.

Aku senyum, salam dan berlalu pergi..

Kenapaaaa laa aku menolak awal - awal. Aku tau aku menolak sebab situasi rumah aku yang bersepah. Lepas tu ada paip bocor sana sini. Dan macam - macam lagi alasan aku boleh kasi.

Tapi...

This is the only chance yang aku boleh belajar macam mana budak hafiz menjalankan rutin harian dia. Aku nak tau apa yang dia buat sampai dia boleh hafaz satu Al Quran tu. Apa amalan harian dia. Apa makanan dia. Masa bila dia buka Al Quran dan asah balik bacaan dia.

Makin lama fikir, makin menyesal pulak aku menolak. Aku nak sangat tengok macam mana kehidupan budak hafiz depan mata aku. Mesti banyak aku boleh belajar depan mata.

Aku nak build up satu equation baru as part untuk aku nak progress lagi diri aku.

And I really need this one.

Tapi aku dah menolak..

...

Maghrib tu (hari yang sama), aku terjumpa lagi dengan pengerusi tu. Ok this is my chance. So aku pon pergi lah direct ke dia.

Aku: Assalamualaikum Tuan Pengerusi (aku memang panggil camni, sebab aku lupa nama dia).

Pengerusi: Wa'alaikumussalam. Ya Fairuz.

Aku: Dah jumpa ke rumah untuk imam tarawih kita tu?

Pengerusi: Belum lagi. Tak sempat lagi nak cari.

Aku: Kalau macam tu, tak apalah. Duduk ajalah kat rumah saya. Saya pon bukan ada rumah selalu.

Pengerusi: Eh betul ke? Kata banyak nak kemas. Betul ke ni?

Aku: Tak apa. Ada lagi dalam 2 bulan kan. InsyaAllah sempat punya kemas.

Pengerusi: Alhamdulillah. Terima kasih Fairuz.

Aku: Ya sama - sama.

Ok setel. So dalam masa dua bulan ni, penuh la jadual aku dengan mengemas dan mengorder barang - barang shopee (macam rak pinggan mangkuk, table baru). Aku mop habis - habisan rumah aku. Aku siap carik langsir baru. Maklumlah. The most respectable people nak duduk rumah aku kan. Mestilah kene kasi yang terbaik. Walaupon aku tak kenal dia. Tapi budak hafiz kot.

Cuma aku biasanya awal Ramadhan, aku memang akan balik ke kampung. Hari mantai. Memang dari aku sekolah sampai sekarang memang tak akan miss balik kampung. KL tak cuti pon, aku amik je cuti. Apa masalahnya kan.

Ada masalahnya. So camne aku nak jemput budak hafiz tu. Aku tau dia ada kenderaan dia sendiri. Tapi nanti macam mana dia nak masuk rumah dan nak tunjuk itu ini?

Emm tak apalah. Minggu terakhir Sha'ban tu aku kasilah kunci ke tuan pengerusi dan minta dia tolong uruskan. Bilik dia tak kunci. Cuma master bedroom aku ni je aku kunci. Poyo ada barang berharga.

...

2 Ramadhan.

Masa aku balik dari kampung masa bulan puasa tu, aku sampai rumah dalam pukul 5 pagi, aku perlahan - lahan buka pintu.

Aik. Tak berubah pon. Takde orang pon. Emm tak apalah. Nanti aku tanya tuan pengerusi.

So masa pagi tu aku terjumpa lagi tuan pengerusi tu. So aku tanya lah dia,

Aku: Tuan pengerusi, macam mana? Ok tak dia duduk?

Pengerusi: Alamak Fairuz. Dia rupanya rumah dia kat Subang je. Dia mengajar kat Shah Alam. Dia cakap dia segan. Lagipon sebab takde orang.

Aku: Eh tak pe lah. Saya minggu ni saya ada je kat rumah.

Dalam kepala aku sambil tu fikir. Kalau dia perlukan aku weekend pon tak apa. Aku tak jadi balik kampung weekend bulan puasa ni.

Pengerusi:  Ok nanti saya cuba cakap balik kat dia.

...

Lepas tarawih malam tu, aku nampak la imam (budak hafiz) tu borak - borak dengan orang surau aku. Aku duduk tepi dan senyum je lah. Tapi lepas tu dia balik awal.

Dua tiga hari macam tu la. So aku tanya la kat pengerusi,

Aku: Macam mana tuan. Jadi ke?

Pengerusi: Dia segan. Dia kata boleh je dia ulang alik. Nanti saya kasi kunci balik.

Aku: Eh tak apa lah. Tuan Pengerusi pegang dulu kunci tu. Mana tau dia berubah fikiran ke.

Aku, yang still lagi mengharap.  

Tapi akhirnya, minggu kedua bulan puasa tu, pengerusi tu kasi jugak kunci tu kat aku. Basically dah 0% chance.

Sedih sangat rasa.

Tapi takpelah. Mungkin sebenarnya Allah SWT nak bagitau kat aku, ada part dalam diri aku yang masih kene fix lagi. Sebab tu belum diizinkan lagi..

Banyak lagi aku nak kene fix lagi.

Mungkin belum masa lagi.

Walaupon aku tak dapat nak build up equation for this, but let me take this opportunity to start with fixing my foundation first...

Ada sebab semua ni.

And Allah knows the best.. for He is the Most Knowiing and the Most Wise.. Al-Hakiim, Al-'Aliim.

 

 

Sabtu, 18 Januari 2025

Water Dispenser dan Payung

10 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Figure 134: In progress katanya

Aku tak ingat dah berapa kali tah kitorang punya Water Dispenser ni rosak. Repair je, lepas tu rosak balik. Repair je, lepas tu rosak balik.

Luckily, this is provided as “managed service” kalau nak ikut istilah cloud sekarang lah. Company parent kami bayar it as a service. So kalau rosak, takde lah kitorang kene repair sendiri. Cumaaaa. Nak tunggu dia repair tu, kene lah pergi ke department sebelah. Quite a fuss. But hey, at least ada someone dedicated to manage this. Kitorang just datang dan guna. Kalau rosak, we call for help.
.
.
.
Ape bende la aku ni benda simple ni pon nk citer lebih - lebih. But maybe that is my problem. A simple problem kadang - kadang buat aku melayan fikiran aku pergi ke deep understanding dan lepas tu, mula lah fikir jauh.


Ada satu hari tu (selasa lepas, 5 hari sebelum aku tulis ni), aku tengah nak cuci cawan aku. Kebetulan, time aku pergi pantry tu, ada technician tengah repair water dispenser ni.

Tetiba datang mode extrovert aku.

Aku: Bang. Apa citer ni bang? (merujuk ke Water Dispenser tu)
Brader: Ha tu la. Ni saya tengah nak tukar sparepart.
Aku: Baru je hari tu repair. Dah rosak balik.
Brader: Ni getah dia ni. Kat bahagian heater. Kalau panas sangat nanti dia rosak.
Aku: Aik, bukan tu memang jenis getah dia ke? Yang patutnya tahan panas.
Brader: Itu lah.

Masing - masing tiba - tiba senyap. Aku tiba - tiba terfikir benda lain yang takde kaitan dengan water dispenser but somehow related. Mula lah tu aku terfikir jauh.

But I don’t know about him. Maybe dia fikir nak solvekan problem getah tu. Who knows.

Since cawan aku pon dah basuh and suddenly aku baru perasan yang aku sebenarnya tengah berdiri belakang dia sambil aku pegang cawan dan dia tengah terbongkok - bongkok repair water dispenser tu, it is time for me to bid farewell. 

Aku: Ok bang. Terima kasih ya.

Aku tak ingat dia ada reply ke tak sebab sambil tu, aku tengah fikirkan sesuatu.
.
Aku sampai ke meja aku, terus aku google dan ChatGPT kejap, thinking rewarding my self with another 5 minutes break. 

Figure 135: ChatGPT ni dok melayan je aku hahah


Emm. Emm.  Emm.. Interesting. Basically ada 5 point yang nak kena tengok based 3 criteria yang dia kasi tu (keanjalan, kekuatan tegangan dan pemanjangan sebelum putus).
  1. Modulus keanjalan. Calculated from tegasan/stress dengan regangan/strain. Stress over strain.
  2. Pemanjangan sebelum putus. Elongation at break, measured by panjang at break over panjang at rest state.
  3. Ujian tegangan maksimum atau tensile strength. This one intersting. Force at break bahagi dengan cross section area yang diuji.
  4. Ujian histeresis. Aku pon baru tau perkataan ni. Basically dia kira kecekapan tenaga. Need to use experiment and draw a graph, appearently. Based on energy lost during loading and unloading, devided by energy during loading. 
  5. Ujian Getah tahan lama (degradation over time). This one using standard degradation equation. Property at initial measured time minus property at time during test is taken, over property at time at initial…. Kali 100% for some reason (nak dapatkan percentage je actually, which for me tak perlu pon. Just make it a unitless measurement).
So dari sini, to actually measure getah tu break, aku boleh tumpukan ke 3 kategori yang ChatGPT tu cakap, and to measure macam mana dia break, aku boleh tumpukan ke property yg digunakan untuk measure the kekuatan dan ketahanan getah tumpukan ke, i.e.,
  1. Property before atau the natural state dia.
  2. Property after, atau lepas buat test atau after some period of time.
  3. Property during test or during the experiment (ni kalau buat repetition test), dan
  4. Time taken between measurements.
Dan mula lah.. kepala aku sambung melayan balik apa yang aku fikirkan tadi, masa aku jumpa brader tu. Melayan. Terfikir somewhat benda ni related.. Start mula rasa sedih..

TING

Ada email masuk. Dari boss. Ok terus tukar mode buat kerja. Saved by the bell. And unexpectedly, by my boss. Hahah

So aku sikit - sikit melupakan apa yang aku fikirkan.


Jumaat lepas. Macam biasalah, petang - petang tu aku brisk walk area Desa Petaling.

Figure 136: Patut aku cakap aku brisk walk area Kampung Malaysia Tambahan. Tapi ade ke orang tau tu kat mane?

Dan kebetulan pula time tu hujan lebat. Me, being well prepared guy, of course aku ada payung aku bawak sekali masa brisk walk tu.

Sebelum ni, aku memang selalu pakai payung aku tu kalau hujan kat office. But just suffice enough untuk dari bangunan, ke kereta aku, which is only takes less then 30 seconds. And this time, aku meredah hujan bersama - sama payung aku for more then 1 hour!

Dan baru aku perasan. Rupanya payung aku dah bocorrr! Baru dua tiga minit aku jalan, dah air menitik ke badan aku. Pakai payung tapi aku tetap basah jugak.

Figure 137: Masa dah time payung aku ni.. Siap berkarat lagi. Aku rasa dah 10 tahun dah!!

Dan mula lah aku terfikir balik. Pasal getah tadi tu. Except, payung aku ni takde elasticity. But more on strength over time. So basically I can use again property 1 to 4 yang aku bagitau tadi untuk calculate the longevity untuk payung aku before I can consider it as “break”. And the main property untuk payung ni is the strength of the canvas itself. Terutama yang kat sendi tu.

And then I am thinking. Sama la macam sendi kaki aku ni. It depends on macam mana aku guna dia. Macam mana aku jaga dia. Am I overuse it? Am I properly give it a rest? Or am I is actually not care pon..

Mungkin sebab hujan time tu. Kene pulak gerimis hujan, dan titisan hujan (lalu celah - celah bocor payung aku tu), and I was thinking. Bukan sendi je. Actually hati pon sama!!

The problem is that, kadang - kadang kau rasa perasaan ni dia datang sendiri. Siapa yang kau suka. Siapa yang kau rasa tak ngam dengan kau. Siapa yang kau rasa kau boleh rapat. It is hard to control. Aku tak leh control siapa yang datang dan hadir ke hidupan aku.

But me being me. Aku tak akan mengubah diri aku untuk suka seseorang. Been there. Done that. And tersangatnya sakit. So, aku make sure hati aku rasa aku boleh pergi jauh, slowly aku try to change. Adapt. That is how aku jaga hati aku. Planned changes. Slow but sure.

But the problem is that, hati ni, sama je macam aku cerita pasal sendi tu. Tu ke aku justify diri aku untuk aku jaga hati ni elok - elok ke? Aku rasa macam selalu sangat aku suka kat somebody, build the relationship, adapt and lepas tu break again. Banyak kali. Banyak sangat kalinya.

Too easy to build a relationship and too easy to fall flat to the floor. Free fall. Just like the Newton’s Third Law of Motion.

Up to a point, aku rasa the elasticity dia makin kurang. Sama macam getah tu. Makin banyak kali pakai, makin cepat lah sampai ke point dia akan break. Makin kurang elasticity dia. The same goes to my heart. There’s a finite time, some numbers, yang aku rasa boleh terima ni.

Dan rasa sangat penat.

“Time heals all wounds”

No it doesn’t.

I refuse to believe it

Well at least from my case.

We all know, each broken things, would never be the same. Kau tampal lah macam mana sekali pon. The scar will always be there. Nak - nak pulak aku ni memang jenis selalu jalan sorang - sorang. Lagi lah senang aku mengurut - urut scar aku tu. Aku jenis yang senang melayan pemikiran aku whithout a stop.

Macam sekarang!

And lepas maghrib tu, I’m keep thinking. And aku rasa aku tau what I should do…. But…
.
.
.

Why start tomorrow if I can start it now? (The anti-procrastination motto)



Ok I’m saying all this not because I hate all the relationships that I had. I’m really thankful for all those yang at least sudi berkongsi hati dan perasaan dengan aku. In a way they have helped me to be a better person. In a way, they also has become a part of my life.

And…

In a way. All of it is just a physical manifestation kita kat dunia ni. I should know better. Kita ada kat dunia hanya ada satu tujuan. 

Untuk diuji.

And aku percaya, all things that happened is the test. Including the heart broken one. It is like a reminder and a direction for me. Islam is not just a religion. It is a way of life. And the life should be berpaksikan kepada Allah ï·» and  guided by sunnah - sunnah Rasullullah ï·º.

And I should know better how to handle my heart broken. Because this is unlike the water dispenser and the payung, hati ni dicipta oleh Allah ï·». Adakah kita meletakkan hati kita ke tempat sepatutnya?

Figure 138: Doa Ummu Salamah

And I do really hope, I could become better person. A better muslim. InsyaAllah..

And only Allah knows the best. Wallahu’alam.

Ps:
[117]: First time aku tulis full blogpost entry on the phone. New age. I should adopt to it.
[118]: Nanti aku beli payung baru. Dan mestilah warna biru. Hihihi