Sabtu, 20 Disember 2008

7. fair enough

hari ini..



hari ini agak bz siket. mencari barang barang untuk g camping. ikut hosmet fazrol (jay em dan nata). hehe.. ni first time aku ikut budak budak ni g camping. so, aku just dok diam, dan banyak bertanya. tak de pengalaman beb..

kemudian pergi ke persada johor, ade pc fair..



aaaa... bestnye perang broadband. tapi sayang. harge takde la jatuh sangat pon mase perang ni :p yang bestnye kat persada ni, kalo lalu ikut laluannye, nanti mula mula masuk kat area jual barang barang pc, laptop dan kamera. pastu lalu kat hall yang penuh dengan booth jual speaker (perang speaker lak kat sini.. memekak je. sume nak bukak speaker besar besar. hah).. pastu lak sampai kat kawasan berukband :p



dibeza bezakan mengikut kaler. hijau = meksis, biru = celcom, ungu (atau hitam.. tak ingat lak) = p-satu wimax, dan oren = stremek. waaa... bestnye wimax. laju giler. aku rase pasni nak angkut wimax. tapi yang sedihnye, coverage die tak sampai lagi kat skudai. "hujung bulan 1" kata salesman tu dengan yakin je. hah. sakit gak nak bayar sebulan for nothing. tu pon aku macam yakin tak yakin je sampai bulan 1 nanti kat skudai :p

kemudian ke opening jusco bukit indah..



tak perlu lagi kot aku nak pos gambar jusco bukit indah. dulu dah pos dah (time takde orang.. kat sini). puas hati sebab besar giler. tapi tak puas gak sebab takde wayang (walaupon aku baru 5 kali tengok wayang dalam 24 tahun ni). hari ini hari pembukaannye. memang besar giler. lalu kat sutera mall dengan jusco taman universiti hah.. kosong je. tak ramai langsung manusia di sini.. ramai ramai g meraikan jusco bukit indah kot :p

insyaAllah, esok pagi pagi aku dengan budak ni akan gerak ke Gunung Ledang. nak g camping. kalo tak leh camping kat sane, plan kedua lak, pergi ke Pengkalan Balak. boleh jumpe اني :p

doakan supaya kami selamat pergi, bergembira dan pulang ya :)

۞

tag dari yazid lagi..

7 Ciri Perempuan Idaman;
1. sedap mata aku memandang. bak kata pepatah, dari mata, jatuh ke hati :p
2. Percaya, memahami dan terima seadanya siapa aku ini.. ini sahaja sudah memadai..

7 Wanita / Lelaki Yang Pernah Di Minat
hehehe.. takkan la nak paste kat sini. buat naya ja..

7 Perasaan Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Saya Minati;
1. gembira. nanti aku asyik tersenyum je.. hehe
2. berdebar debar. :D
3. segan dan termalu malu sendirian. hehe
4. risau dengan penampilan diri sendiri. pakaian yang aku pakai ni sesuai tak, rambut aku ni kusut ke, cara jalan aku kekok ke, tangan kanan ke aku isap rokok atau tangan kiri? hah..

7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Orang Yang Tersayang;
1. tepi pantai. mana mana pantai yang indah, yang masih belum dicemari lagi.. (ade ke??)
2. gunung gunung yang tinggi untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza..
3. mana mana shopping complex. suka melihat telatah manusia disekeliling..
4. antartika. kerana hanya akan tinggal kami berdua sahaja di sana (tapi mungkin ada saintis sekali kat sane kot.. sebok je diorang nih)
5. bulan. melihat pantulan cahaya matahari dari bumi bersama sama. sedangkan indah aku melihat bulan dari bumi ini, sudah pastilah lagi indah sekiranya melihatnya dari bulan itu sendiri.... kot
6. bermuda triangle. menyelami misteri bersama sama. mana tau boleh jumpa kapal perang dunia kedua ke..
7. tempat yang romatik. dari restoran yang ditempah khas untuk kami berdua sahaja (bukan kedai mamak, macam restoran kat atas menara kl tu ke) sehinggalah berjalan jalan ke Italy.

7 Barangan / Sesuatu Istimewa Yang Mungkin Dihadiahkan Buat Orang Yang Tersayang;
emm.. ianya hanya akan menjadi istimewa sekiranya si dia sahaja yang mengetahui dan menerimanya. kalo ada orang lain yang dapat gak dari aku, takdelah istimewa sangat pon.

7 Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Orang Tersayang;
1. Amelina - Semakin Rindu Semakin Asyik
2. 4U2C - Darling I love you
3. Juliet The Orange - Eyelash
4. J. Mizan - Hari Ini Dan Semalam
5. Deddy Dores & Mayang Sari - Jangan Pisahkan
6. Intoxicated - Possibility
7. Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir

7 Mereka Yang Di Tag
mana mana 7 blogger yang rajin melaksanakan tag ini..

..

bagi aku, percaya, memahami dan menerima seadanya tu sangat penting ketika masa mula mula ingin menjalinkan hubungan intim (dan mengimprove atau at least mengekalkan hubungan). memang lah takde semua perkara yang boleh kita terima masa awal awal, tapi tu yang pentingnya percaya dan memahami. aku tak suke sangat orang yang suke aku ubah itu ini semata mata untuk mencintainya (terutama ketika awal awal bercinta). take times la dammit. kalo betul betul dia trust kat aku and terima aku as whole, barulah aku boleh cuba untuk berubah. walaupon kami ada limited time sahaja untuk bercinta..

percaya atau tidak, diatas sebab tu lah baru aku rasa worth untuk berubah. fair enough. dia kata dia nak tengok aku besarkan badan, hah.. amik ko. sampai 10 kilogram berat aku bertambah. (dulu berat aku sebelum puasa 38kg je). tapi ekceli still nampak kurus lagi.. tinggi aku 165cm. nak kene tambah lagi 10 kg kot. hehehe

6 ulasan:

  1. dulu me minat pc fair, tapi la nih tak tau nak beli aper.. uhuhu

    BalasPadam
  2. taun ni xberkesempatan pg pc fair..
    sbb skang ni mcm da xtau nk beli ape..
    sume pon mcm da ade..
    kunun nye la..
    huhu~

    BalasPadam
  3. Kalo jumpa puteri gunung ledang cakap aku kirim salam eehhh...

    BalasPadam
  4. angah camne ek nk g bukit indah?aku mcm jakun r nk g sane..

    BalasPadam
  5. ooo. hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti. seronoknya

    BalasPadam
  6. en_me..
    pergi je. nanti dah sampai tengok tengok barang, time tu la terasa nak beli :p

    intan.dayana..
    ye ke. bagusnye. leh pinjam nanti :p

    stefeno..
    tak jumpe la sis :(

    aishii..
    ko datang skudai nanti bagitau. aku guide ko :p

    yazid..
    hehehe.. penat gak bro..

    BalasPadam

terima kaseh :)