Lately, aku kurang sangat berjalan. Penanda minyak motor aku pon dari dua minggu lepas, masih lagi di atas tanda separuh tanki (setelah diisi penuh dua minggu lepas). Maka, aku mengambil 'peluang keemasan' ini untuk memberikan sebab untuk berjalan ke tempat tempat yang aku gemari, tempat yang dapat membantu aku melapangkan fikiran, dan juga tempat yang aku enjoy sensorang (walaupon enjoy aku cumalah berjalan kaki sahaja). dan salah satu tempatnya adalah Bukit Indah.
Dulu aku ade gak cerita pasal bukit indah gak kat sini. Cuma kali ini, lebih menumpu kepada Jusco baru yang dibina berhampiran dengan Center of Bukit Indah. Dari piramid besi (penanda Bukit Indah), dapat diperhatikan bangunan Jusco tersergam indah.
bangunan yang agak besar, aku anggarkan keluasannya sekurang kurangnya yang hampir sama seperti Jusco Tebrau. maaf, gambar tak lawa sangat. pakai kamera handphone aku je.. dah tu, amik gambar time tengah dawn. lagi la tak lawa jadinya.
di sebelah pintu masuk jusco tebrau, kelihatan kedai KFC dan pekerja pekerjanya sedang bertungkus lumus untuk membuat 'arrangement'. setakat ni, aku cuma dapat confirmkan dengan mata aku, memang ada KFC di Jusco Bukit Indah. kedai lain? tidak ku ketahui..
Ini pulak main entrance. lawa. terutama ketika waktu tengah senja senja, cahaya dari lampu lampu di dalam jusco yang memberikan impak timbul kepada simbol jusco di hadapan. dan ya, ada tiga tingkat!
cuma.. tak tau lah bila perasmian jusco ni. hopefully cepat, dan aku rasa mungkin dalam bulan ini atau at least pon bulan depan. ye la. management mana yang suke tangguh tangguh opening. hehe
...
kan best kalo kat umah aku ade kerusi macam kat video bawah ni. tak perlu jalan jalan jalan jejauh. tapi, sekiranya ada, tak dapat la aku nak kurangkan minyak moto dan tak dapat la aku nak pos entri yang macam ni lagi :p
baguslah kalo dah ader yg baghu.. jaya jusco tebrau city tewww leh kurang jam nyerrr.. kannns
BalasPadambukit indah katner a?
BalasPadamsungguh aku xtau
ahahah. okay ape kerusi tu. leh jimat minyak kete! :D
BalasPadamen_me..
BalasPadamhehe. ye lah. tapi jalan kat jusco bukit indah tu kecik juga. rasanya jem nanti berpindah lak kat bukit indah :p
circleinspoon..
emm.. kat blakang nusa bestari 2, kat blakang taman timor, blakang mutiara rini. juga leh gak nak cakap blakang taman ungku tun aminah, jalan nak ke taman perling sana. aaa.. nanti aku letak google maps.
missyizzati..
ha a. tapi tak berjalan la jawabnye. hehe
fa....anda telah ditag! haha!
BalasPadamfa kamu kena tag
BalasPadamaku dah nampak dah. masa lalu highway ke gelang patah bley nampak jusconye dr tepi jalan
BalasPadampresident dan yazid..
BalasPadamselesai sudah!
circleinspoon..
a'ah. jusco ni dekat je dengan exit bukit indah tu
uh oh..something sudah hilang. haha
BalasPadamnway,baru perasan,anda amek gambar ini waktu dawn?awalnya keluar!
indah sungguh bukit indah...tak seindah bukit antarabangsa...keh3
BalasPadamhi! i didnt register.
BalasPadamsorry for my rude...
i just searched for the website of aeon bukit indah, failed.
but, i found ur blog.
viewed the article u wrote abt jusco bukit indah. ya. it's the largest shopping in jb. larger than tebrau city.
it will open in 19 dec 2008.
i'm looking forward on it...
it's soooo good to have a grand shopping mall near our house.
cheers~!
missyizzati..
BalasPadamaritu ilang sebab ingatkan kene hack. sebab tetiba blog ni redirect ke tempat lain.. so simpan je page tu jadi draft. tapi padahal setting kat pc member ni yang block. hehe
abeming..
bukit indah ni takde la bukit sangat. takde la macam bukit antarabangsa. hehe
dear anonymous..
BalasPadamit's ok. btw, thanks for visiting.
yeah. it's great for having a grand mall nearest. hopefully, there's cinema. no need to go far for watching movies. and hopefully there's no traffic problem. mesti ramai yang datang 19 dec ni. mari pergi mase opening nanti :)
jj bukit indah bgus..cume ade kekurngan skit, xde entertaiment..like cinema or bowling & any fun..lg 1 JJ nie tumpuan org rmai bg s'pore..so kalu wujudnyer benda2 nie..confirm dh x jem kt jj tebrau 2..lgp0n kalu nk tgk movie kne pegi jauh..sme ade kt Ct Square or jj tebrau..dgn jem lg..aduhh pening2..
BalasPadam