Halaman

Khamis, 25 Disember 2008

kosong


(pokok krismas di teratak 42!)


peristiwa tengah malam tadi..

"Ya Allah.. lapanye aku". desis hatiku. aku lihat keliling, tiada sebarang makanan yang boleh di kunyah.. ahh.. tunggu je la kucai dengan fit balik dari majlis makan makan. katanya ada majlis makan makan seafood/steamboat yang ditaja oleh kawan kepada awek kucai.. geram dengan diri sendiri. sudah tahu suka seafood, lagi mahu menolak. tapi segan lah. diorang pergi dengan awek masing masing.. keras lah aku nanti..

sudah pukul dua belas setengah dah ni. lama pula rasanya diorang keluar. aku bersiap siap dan terus turun ke bawah. nekad. kalau diorang belum balik lagi, aku terus pergi makan sensorang. sedihnye makan sensorang mase krismas :p

tik tik tik.. masih berkunci lagi pintu bilik diorang. ah. keluar sahajalah. bukannya aku ni perempuan. tiada siapa pun yang mahu merogol aku. hehee

buka sahaja pintu rumah, aku dikejutkan dengan dua makhluk yang tengah dok menyangkung kat depan pintu..

"hoh, ape korang buat ni? bila korang balik?" tanya aku. "jom g teman aku makan. aku dah lapar giler dah ni", sambil mengignorekan kucai yang cuba memberi jawapan..



sekali rupanya diorang tengah bagi bebola ikan dengan paru kepada anak anak si Putih. "arghh.. kucai! fit! aku dah le lapar. boleh pulak korang bagi makanan lazat tu kat kucing".. sedihnye.. diorang hanya tergelak kecil sambil meneruskan aktiviti tersebut..

kecewa aku. antara aku dan anak anak si Putih, aku sudah tahu di mana tahap aku. lantas aku terus pergi membawa diri sensorang di malam yang gelap...

ketika entri ini di tulis (selepas 20 jam dari peristiwa di atas), masih tiada lagi orang di rumah ini. tinggal aku sorang je lagi dari petang tadi. ah.. tensionnye. boringnye.. lapanye.. mahu saja aku pergi makan di Ulu Tiram. sejam saja perjalanannya. boleh usha awek di sana :p

emm.. it is doable. ah.. nak g Ulu Tiram lah camni:D


(anak anak si Putih dan 'katil' barunya)


۞

All Eyes on MTV Germany - Slipknot Paul Gray



ps: teringat pula entri 'Kosong' oleh Pak Dogol :p

15 ulasan:

  1. ciannye..
    kawan2 lebey pentingkan anak2 kucen dr kamu..
    mungkin sbb kucen2 tu lg cOmel dr kamu kOt..
    hikhik~

    BalasPadam
  2. Kalau saya pun, rela bagi kucen makan. Ye lah, diorang kan makhluk yg tak berdaya. Hua hua hua.

    BalasPadam
  3. intan.dayana..
    hah. tul gak tu. untung la sape sape yang comey kat dunia ni.. kan?

    president..
    ha'ah la. sabar je lah den :p

    atiqah..
    untungye kucing yang ade dekat dekat dengan kamu. ruginye kalo saye ade dekat dengan kamu. hehehe

    BalasPadam
  4. selepas ini aku nak bela cili ngan ikan dalam akurium pulak.. sedang belajar cara menanam cili.. 10 inggit sekilo tu harga borong.. tanah seekar di belakang rumah memang jadi ladang cili lah nampaknya.. pokok rozel tu kena letak lampu kalimantang.. ataupun mentol-mentol lama beserta tin-tin untuk kasi nampak cantik.. hehehe.. pasni aku nak tebas pokok tu.. buat kandang kucing..

    BalasPadam
  5. betikbusuk..
    bela cili? hehe.. aku pon terfikir nak tebas pokok rozel tu. kalo nak letak lampu liplap ke kat pokok tu, agak tak seswai la. socketnya jauh. dan sekarang musim hujan. ada gak anak anak si putih yang kejung mati kene karen. hahaa

    BalasPadam
  6. ammvoiii rajin sungguh kamu bela pokok krismas ittewww.. dan pokok pokok padi yg idup subur dibawah pokok krismas jugerrr.. ekeke

    BalasPadam
  7. hohoho

    jomlah makan kenduri hari ini dan besok.

    aq boleh temankan

    BalasPadam
  8. seb bek la sy ni cOmel..
    alhamdulillah..
    hahaha~
    sgt perasan...~

    BalasPadam
  9. en_me..
    ya. rajin. tu yang sampai abis daun daun pokok tu ilang dengan tumbuh padi kat bawah tu. hehehee

    yazid..
    hari ni tak dapat kot. segan lah. mana mahu tdo. esok insyaAllah boleh.

    intan.dayana..
    ye. ye. kamu memang comey (sila baca dengan nada terpaksa).

    BalasPadam
  10. eyt...
    sgt jahat kamu neh..
    cesss..
    kalO terpakse jgn tulis..
    wek!!

    BalasPadam
  11. alalaa..
    tak lah. dari pic kamu, memang nampak kamu ni comey. betul tak tipu :)

    BalasPadam
  12. hahaha...

    alala...kecian. anak-anak si Putih lebih tinggi ye tahap die? hehe...

    BalasPadam
  13. intan.dayana..
    ok baiklah...........

    missyizzati..
    :(

    BalasPadam

terima kaseh :)