Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
...
This is part of series "The Example". More:
- The Example and Polinomial Exponential
- The Example (2) and The Basic Polynomial Interpolation
- The Example (3) - The Choosen and The Choice <- you are here.
...
Member aku selalu cakap, "Untung la fairuz, jadi budak feveret bos kau". "Best la kau, bos sayang kau"..
Aku senyum je..
...
Ok salah satu kerja aku (sekarang) ni melibatkan aku kene buat integration dengan another system (mobile app). Basically mobile app tu macam authenticator. Dia akan bantu untuk login ke dalam sistem lain. Not really an SSO. Tapi dia just hold some sort of certificate for login/identification purpose. Authenticator app. Ok you get the idea lah. Kita namakan mobile app tu sebagai Mobile App ID.
The basic idea is that from my end, aku kena provide Web Socket Secure, (atau lepas ni aku panggil WSS je) untuk mobile app tu communicate dengan system aku.
Aside from the technical perspective, it is really that straight forward.
The problem is that, the mobile app tu di develop oleh another company (dulu bekas subsidiri parent company kitorang. basically bekas sister company lah).
Also there's an instruction untuk kami tak boleh nak suka - suka berhubung direct dengan diorang unless guna official channel such as email and... (aku tak tau apa lagi.. surat kot maksud diorang).
Tapi aku apa kisah. Diorang kawan - kawan aku gak. Masih lagi makan semeja. Biarlah company gaduh lah sesama company. Kawan tetap kawan.
Ok...
So korang boleh agak la kan apa aku nak citer sini..
...
10 Jun 2025 (pagi)
Aku dah dalam 3, 4 hari gak la aku dapat satu job ni. Aku kena buat sistem yang utilizekan Mobile App ID untuk generate Verifiable Credentials (ni satu lagi benda moden yang tetiba aku kene belajar). So nak buat sistem tu kejap je.. Aku rasa tak sampai sehari je buatnya.
Cuma aku gatal pergi cakap kat bos aku, benda ni aku boleh integrate dengan IoT device macam Raspberry Pi untuk control physical barang macam lampu or pintu.
Obviously lah dia agree and suka. Cuma caveats aku, aku cakap ni mungkin ambil masa yang lama. Sebab banyak component aku nak kene setup (and ada barang tak ada, nak kene beli kat shopee!!).
So several days ni, aku tumpukan kat deployment and development kat raspberry pi aku.
10 Jun 2025 (dalam pukul 11 pagi gitu)
Bos aku mintak aku tunjuk raspberry pi tu. Aku cakap ok lah. Kasi aku beberapa minit untuk aku nak plug in semua.
Sekali masa aku nak run, tiba - tiba keluar error dari Mobile App ID authenticator tu..
"Tidak dapat menghubungi pelayan"
Aik. Aku takde tukau pon apa - apa kat aku punya software yang integrate dengan Mobile App ID tu. So aku terus cakap kat bos ada problem ni. And aku mintak masa sikit untuk aku check balik.
So aku check balik kat backend aku, dia tulis "Invalid HTTP Request".
![]() |
Figure 143: Log aku tunjuk error tu (btw server aku time dia GMT. So korang tambah lah sendiri +8 untuk Malaysia Time). |
Aik. Pelik lah aku. Sebab aku pakai WSS. Bukan HTTP. And obviously aku tau tu bukan error code aku (dah tentu la aku tau sebab aku yang codekan code aku).
So aku bukak lah balik source untuk integration point kat WSS aku tu and aku try search the exact error code aku.
Ok jumpa.
![]() |
Figure 144: Exactly macam ni. Cuma figure ni dari github. Kantoi la aku buat projek apa kalau aku kasi screenshot Visual Studio Code aku. |
Tapi masalahnya, aku jumpa error tu bukan kat dalam source code aku. Tapi kat library yang aku pakai untuk handle WSS. Error kat library!!
So aku check balik kat phone aku (iPhone btw), nampak Mobile App ID tu dia dah updated ke latest punya version (phone aku memang aku biarkan je dia auto update).
Coincidently, lepas dia auto update, terus tak boleh pakai WSS aku.
Coincidence? I think not.
Ada breaking changes ke?
Since aku kenal budak yang currently maintain app tu (walaupon company lain2), so aku call dan terus tanya dia.
"Ya ada changes. Tapi bukan major. Aku just tambah header je", katanya.
Aik. Setakat tambah header je, patutnya takde la masalah pon. And I totally agree with him.
"Server integration yang lain ok je.", bakar dia lagi.
Lepas tu dia bagi aku URL ke server integration made by their vendor/partner.
Ok interesting. So aku check pulak kat server internal company aku yang juga ada pakai (sort of) method yang sama, i.e. guna WSS.
Error.
Error yang sama dengan aku punya WSS endpoint.
Interesting. Ada yang sama error dan ada yang takde error. So what is the root cause?
Member aku tu dia point outkan untuk aku test guna Android sebab code untuk Android, lain dari iOS (diorang buat guna native app, so both code adalah berbeza).
Aku test pakai Android. Berjaya.
So aku report lah ke bos aku pasal ni semua. Dia kata biarkan je as is.
"Kalau you ada masa, you debug what is the exact issue. Untuk demo ni, pakai Android je pon takpe. Just give me the video recording"
Aku ok je.
Tapi aku tanya jugak kat dia, should I tell the team yang buat integration dengan Mobile App ID tu for our internal company punya system.
I kid you not, he said, "Tak perlu. Let them discover it themself and biar diorang datang ke kita for the solution. In the mean time, you carik the root cause and the solution".
Ok.
Look. Aku hormat sangat boss aku. Like I said previously, aku banyak tengok dia as my example.
But for things like this, I'm totally not agreeing with him. We always should work togather.
Tapi sayangnya.. 10 Jun 2025. Time ni, mental aku sangat tak stabil. Masa ni aku sangat penat... Senang citer, there's a really big personal issue yang aku terbawak - bawak sampai ke office. I can't think straight. Moody aku terbawak bawak sampai ke office.
Cuma aku tak boleh nak leash atau cakap apa - apa ke budak - budak office aku.
Aku pendam.
Aku tak nak cakap apa - apa.
Aku takut aku terlepas cerita benda yang tak sepatutnya aku cerita kalau aku bercakap.
I think it is better if I let my problem dies with me.
As the problem integration WSS dengan Mobile App ID, I know I need to create a raw TCP server and tap all the packets and aku kena buat logik untuk aku boleh reply with my own response dari console. I got my own speculation on the error. Tapi I need a proof!
Tapi petang tu, bos aku kasi several task lain. Basically dia suruh aku buat beberapa presentation slides that are needed urgently. So that week aku tumpukan ke writeup aku and a little bit of coding. Just to take my mind off my personal problem.
Aku membusykan diri aku so that aku takde masa untuk diri aku sendiri.
Dan balik rumah je, aku terus exercise dan buat lah apa - apa kerja aku as long aku tak duduk idle dan mula fikir bukan - bukan.
17 June, 2025
Dua hari ni (dari 16 June, 2025) aku ada training. Aku gatal pergi daftar padahal takde kaitan pon dengan future kerja aku.
But I just need a break from my office.
And then suddenly, 11:58AM, aku dapat email, ADDRESSING TO ME!
"Dear Fairuz" (+/-)
And the subject of the email and the content of the email is pasal the issue pasal internal application company aku dengan Mobile App ID yang aku citer atas tu. Takde satu pon dalam subject email tu berkaitan dengan aku atau department aku.
Dannn kebetulan, tokey yang I assume kene fix benda tu, ada depan aku. Masuk sama training dengan aku. Dan tah macam mana, kitorang duduk dalam satu kumpulan. Kita panggil dia G dalam blog ni.
G: You ada dapat email?
Aku: Ada.
G: You tau pasal issue tu?
Aku: Tau.
G: Lama dah you tau?
Aku: Ada lah dari minggu lepas.
Senyap. Aku tak reti nak menipu. Aku cuba meringankan perbualan sambil komen cakap semua perkataan dalam subject email tu takde kaitan dengan aku. Sambil gelak - gelak.
Tak jadi. She's not easily distracted with that.
G: You rasa apa problem dia?
Aku masa tu aku rasa macam aku nak careful sikit. Aku dapat clear instruction dari bos aku jangan citer.
But again. I think it is not right for me to withhold the information or knowledge to her (knowledge was meant to be shared!). So my choice is that should I follow my boss order or I putting it as the outside of boundry on seeing my bos as my example.
And I pick the boundary thingy.
Aku aku explain all the things yang aku tau ke dia and aku share apa information dari member aku (yang jaga Mobile App ID) tu ke G.
Tapi masa tu aku tengah lemah. Mental state aku still lagi tak ok. So aku ada lagi feel guilt kat diri aku.
Lepas tu aku terus rushing pergi ke kafe.
Dengan harapan, aku dapat jumpa boss aku kat kafe. Kalau dia takde, aku call. Senang.
Sampai - sampai je kafe, aku ternampak bos aku. Apa lagi.
Tapi aku tak terus bukak citer. Aku nak kasi warm up dulu. Hari ni aku tak jumpa lagi bos aku.
Tiba - tiba boss aku cakap. "Hey (sambil tunjuk kat aku), diorang pon cakap diorang ada masalah sama yang you dapat. You dah jumpa ke root cause? Dah dapat solution ke?"
Aku, "Ha tu yang saya nak tanya kat En A. Boleh ke saya buat discussion dengan diorang?"
Bos aku reply, "You tolong diorang. Carik root cause dengan solution".
Yes. Dapat aku redakan guilt aku. So aku terus plan my next step camne aku nak debug and find solution. Bab ni aku memang excited. Exploring the unknown and find the best solution as fast as possible. There is so many parameters that can make me busy. I can escape from myself! And I wanted to!
Pukul 2:30 (petang obviously) aku terus pergi meeting dengan team yang kasi email tu dengan G punya team. Basically just nak bagitau aku nak buat and what is my next step. Bukan bos aku suruh pon. But just nak bagi tau "Let me look at this problem" kind of saying.
Sebelum tu aku sempat la call member aku yang buat/maintain mobile app tu. Aku cakap kat dia aku nak datang dengan dua tiga orang. Dia cakap kalau aku datang dengan orang lain, dia tak nak jumpa.
Lah.
Tak pe lah. Pandai - pandai lah aku nego dengan semua orang. Target aku sekarang ni satu je. Aku nak tau root cause je dulu.
So masa aku jumpa budak tu, aku dapatlah nampak apa root cause dia. Dan kenapa dia failed kat aku punya WSS. And actually bukan kat WSS aku yang sangkut. Tapi kat Web Server aku (uvicorn) tu. And I figured out benda sama kat team G punya stack. Cuma diorang tak pakai uvicorn, diorang pakai Apache. Tapi aku nampak lenggok yang sama.
So I craft several workaround for that. And I really excited to try out my theory. Excited dan terus aku jumpa G dan team dia. Explain the whole situation. So the plan is that kita akan buat sama - sama lepas Asar.
Cantik.
So lepas asar aku dok tunggu lah diorang. Aku duduk kat bilik meeting sorang - sorang sambil reading sebab nak elakkan dari aku berfikir sendirian.
Dekat pukul 6 petang dah. Takde respons. Aku message lah G tanya jadi ke tak. Dia kata tak jadi. Nanti dia buat esok.
Aku terdiam. Ok lah tak pe lah. Aku buat sendiri malam ni.
In the meantime, aku tanya the exact version apa yang diorang pakai. So that aku boleh try emulate kat environment aku.
To be honest, aku punya sistem tak perlu nak fix pon. Sebab kitorang punya sistem bukan for production. Team G punya system yang running on production.
Tapi aku nak escape dari diri aku. So malam tu lepas Isya, aku terus spin satu EC2 kat AWS try buat benda sama. Siap dengan SSL sekali weh. Aku check semua ok. Dapat error yang sama kat mobile app tapi takde error pulak kat server uvicorn aku. So I'm assuming dia dah blocked dulu kat layer depan lagi.
Interesting.
So aku dok la godek2 lagi sampai pukul 12 lebih. Sampai aku rasa tak larat, aku sambung membaca sikit lepas tu terus tidur.
18 June, 2025 (pagi)
Sampai je office, aku setelkan lagi hal aku sikit dan aku terus sambung try buat workaround. Check sana. Check sini. Tanya ChatGPT. Bukak docs. Semua aku hentak.
Pukul 10 lebih. Dan akhirnya aku berjaya. Excitednya tak terkata.
So aku terus roger G dengan bagitau budak mobile tu aku dah berjaya dan aku kongsi aku punya solution untuk workaround tu.
And terus excitedly aku jumpa bos aku bagitau solution dia.
Aku citer, "Saya dah tau root cause dengan apa solution dan workaround dia. Dia problemnya asalnya -itu-ini- dan solutionnya patut budak mobile tu kena publish fixed version ke app store. Tapi saya ada jumpa workaround. Saya try buat environment lebih kurang dengan G sebab saya dah tau kat mana yang actually sangkut"
So aku explain all the details dan kenapa ada yang sangkut dan ada yang tak sangkut.
Aku excited. Bos aku dengar je.
Lepas tu aku citer, "Saya dah bagitau kat G dengan budak mobile tu cara workaround saya."
Tak sempat aku nak sambung citer, bos aku tiba - tiba naik suara. "Laa. Yang you pergi bagitau budak mobile tu buat apa. Biarlah diorang datang carik kita untuk solution.". Lepas tu boss aku sambung lagi bising kat aku. Basically dia tak suka.
Terdiam. Not the response that I expect..
Aku dah la tengah mentally unstable sekarang ni.. Aku dengan suara terketar ketar sikit, "So.. saya nak cakap apa kat budak mobile tu...". Bos aku reply, "Nak cakap apa lagi. You dah bagitau!"..
Lepas dia habis bising tu, aku balik ke bilik aku. Pandang ke laptop aku.
Aku mesej kat member aku ajak pergi makan. Berdua pon jadilah. Pukul 11:40 keluar awal. I need someone to talk to. Kot tak aku rasa aku boleh jadi gila. Aku cakap kat bos aku aku nak keluar. Dia kata ok... Dan aku balik balik ke office dalam pukul 2 lebih.
Petang tu aku tak buat apa sebab aku penat sangat dah...
"Untung la fairuz, jadi budak feveret bos kau"
Belive me, it is not.
18 June, 2025 (petang)
Seriously aku tak ingat apa aku buat petang tu kat office. Cuma aku ingat dari pagi tadi tu, bos aku marah dan kata jangan bagitau team budak mobile tu apa solution aku. Tapi dia tak cakap jangan bagitau team G. So aku tau mana boundary aku kene letak..
Lepas aku balik dari office dan sampai ke rumah, I know I need to make myself busy.
Cara dia? Aku exercise guna dumbbell yang paling berat aku ada. I need the pain. Aku nak concentrate kat pain aku.
Tapi 10 minit je aku larat.
Lepas tu aku duduk nak rehat kejap. Aku tengok jam pukul 6:50 petang..
Dan mulalah tiba - tiba aku teringat, dulu - dulu...
"Awak tu hidup cubalah jangan susahkan orang!!"...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kaseh :)