Ni picture ketika diorang tengah jamming di studio Taman Universiti. dari kanan, Geweng Terbabas, Azri Terbabas dan Shukran Terbabas.
Ni pulak adalah picture drummer diorang yang tengah main double pedals. Dari kiri atau kanan, Nuar Terbabas.
Since aku bukan orang yang bertugas untuk mengambil picture diorang tengah battle, so, aku tak dapat la nak letak picture ketika diorang tengah 'Mengamuk' kat pentas tu. mungkin kat dalam blog Yazid ade kot (tapi buat mase ni takde lagi), since Yazid adalah Photographer untuk Lorong Terbabas.
Taniah diucapkan kepada band Lorong Terbabas kerana telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. kalah kepada projek band, Kerepek Pedas Warna Merah yang line upnya terdiri daripada band band otai di UTM (Christo, Aegis dan juga Lorong Terbabas). 'memang la korang menang, sebab pakai line up camtu ;p' desiran kata kata pihak yang tidak mendapat tempat pertama. hehe
Dan ari ahadnya pula, aku pergi tengok budak budak ni konvo. ni ha. 4 daripada 5 orang ahli LTB grad serentak. taniah diucapkan kepada korang. semoga kertas kertas (transkrip dan sijil) yang korang dapat tu dapat membantu menaik-tarafkan ekonomi Malaysia semasa :)
owh. lupa nak cakap. diorang bawak lagu Search - Di Pintu Sepi.mp3 ketika battle tu. aku memang suke sangat lagu ni. perhaps sebab lirik dia kot. and ni ha lagu dia (bukan record kat battle tu) ;p
ku berdiri di pintu sepi
di tengah-tengah gelombang kota
dengan keadaan ku yang begini rupa
lihat diri yang selama ini
yang sering saja diselubungi
dengan kekalutan kesilapan
maka datanglah kutukkan
maka datanglah cacian
dengan tiada henti-hentinya
*
tolonglah aku wahai teman
jangan dikutuk diriku lagi
tapi berikanlah aku pedoman
[korus]
beri nasihatmu agar dapat ku pegang keyakinan
bukanlah kutukan dan bebanan (dan bebanan)
berilah pandangan
agar aku kembali kepangkal jalan
bukanlah kutukan dan bebanan (dan bebanan)
(ulang * dan korus)
ps: Geweng nyanyi memang ada ubah siket. nak bagi masuk dengan arrangement diorang katanya ;)
life goes on ;)
tahniah kepada yang berjaya. Jangan lupa bayar hutang, Jangan lupa jasa kawanmu, Jangan Lupa Allah
BalasPadamJangan lupa bayar hutang
BalasPadamaku rase macam aku kenal je ko tujukan ayat ni kat sape ;p
Haha, yang tu tak penting.
BalasPadamYang penting Jangan Lupa Allah.
Gua rasa LTB kurang kreatif part attack dalam lagu "di pintu sepi". LTB main sebiji dalam kaset. Part attack dlm lagu tu yang akan menunjukan kematangan LTB dalam persembahan dan kreativiti muzik mereka.
Sekian saja.
Saya ke tapak pesta malam battle of the band tu, tapi sebab saya not into it, tak pegi jengah pentas tu pun. huhu..mesti best diorang perform ek..
BalasPadamSayu tengok orang-orang yang keluar dari DSI dan bergambar dengan mak bah. Tak sabar nak tunggu giliran saya plak. hihi
faizsaaid..
BalasPadamhaha. betul. itu yang paling tak boleh dilupakan bila bila masa sahaja.
yang part attact tu, nanti aku cakap kat diorang. tapi memang diorang agak jarang siket nak ubah2. kalo ubah pon, ikut konsert punye ;p
atiqah..
ya. banyak gak band yang best best mase tu. tapi tak rugi pon kalo tak tengok. sebab ramai yang merakam gambar dan video ketika mereka semua di pentas ;p
insyaAllah. kamu juga nanti akan berpeluang ;)
Ada perkara paling penting dalam muzik LTB. Bukannya kreativiti muzik, tapi semangat setiakawan dalam LTB sendiri. Adakah LTB boleh menunjukkan semangat setiakawan mereka dalam lagu yang mereka dendangkan? Inilah matlamat sebenar LTB dalam muzik, iaitu setiakawan antara mereka. (merujuk kepada saudar nazri LTB dalam lorongterbabas.blogspot.com).
BalasPadamIni hanya pendapat : FaizSaaid
ya betul. agak susah nak carik satu band yang tiada tukar-tukar ahli demi mancari kesesuaian antara satu sama lain. cuma diharapkan agar LTB dapat pergi dengan lebih jauh dan mengekalkan semangat setiakawan yang terdapat di dalam band mereka.
BalasPadamcuma mungkin sekarang ni diorang memerlukan masa dahulu. maklumlah. masing masing dah mula bekerja dan berprojek. hehe
:)