Halaman

Isnin, 19 Ogos 2024

Setia


Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Hari tu, ade la aku keluar dengan kawan - kawan aku naik satu kereta. So aku pon ceritalah kat diorang, "Kalau boleh, masa aku jalan kaki kat tepi jalan ni ha (tunjuk kat jalan besar nak masuk ke area Taman Teknologi Malaysia), kalau boleh aku nak blend dengan background. Tak nak orang nampak aku. Sebab kalau aku tengah jalan kaki, mesti maksudnya aku tengah takde mood nak berborak. Nak melayan kepala aku". Kisah aku panjang lebar nak justify kenapa aku jalan kaki situ sebelum - sebelum ni.

Tetiba member aku kat belakang.

"You ni kan Fairuz. Kalau orang tengok you dari luar, nampak you ni takda apa pon sangat. So I rasa la kan, you ni nak kena jadi setia".

Oit takde angin lintang angin el nino la nina, tetiba suruh aku setia. Tergelak kitorang dalam kereta tu.

Actually aku tau datangnya dari mana, dia tetiba suruh aku setia. Dalam 10 minit lebih kurang sebelum tu aku ada citer pasal something dalam kereta tu, which easily mislead untuk orang anggap aku tak setia. So aku assume situ lah yang dia tetiba suruh aku setia.

To be honest, aku ni bukanlah jenis ambil kisah dengan apa yang orang kata pasal aku. Cuma kalau ada part macam kewangan tu, aku tau aku akan dengar dari sorang dua kawan aku. Kalau bab pemakaian, obviously aku dengar cakap family aku. But in general, aku tak kesah pon apa orang kata.

Korang pernah dengar kan pasal ayah, anak dia dan keldai tu. Camtulah ceritanya. Buat apa nak dengar dan mengikut sangat apa orang kata kan...

...

Definition

Tapi sejak beberapa hari ni, aku dok terfikir pasal kata kawan aku tu.

Setia.

Tapi bukan pasal aku nak meragui kesetiaan aku.

Tapi lebih kepada, how do we actually define setia tu. You know. How can we actually fit the "setia" into our mathematical model or our logical thinking in my search for modelling ourself.

So first thing first. Macam biasalah, aku carik kat online Kamus Dewan dan Pustaka. Dia tulis camni.

1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ok tak membantu sangat. Macam mana nak buat equation untuk teguh hati atau berpegang teguh tu?

Maybe I need to go deeper. Or should I say. Maybe I need to search it in PHYSICAL BOOK.

Yea you heard me.

So mencarilah aku kat buku - buku aku yang bersepah tu. Siap target nak carik dalam kotak atau balik ke Melaka carik sampai dapat.

Because I need an answer. Badly.

^ Figure 104: Aku tak tau kenapa terdesaknya sampai aku carik sekali kat buku Meta-Analysis tu

Puas lah jugak aku baca - baca. Carik - carik.

Dan akhirnya. Aku jumpa. Kat dalam Webster All In-One Dictionary & Thesaurus.

 

^ Figure 105: Patut awal - awal lagi aku carik kat dictionary. SMH.

faithful: True and constant in affection or allegiance.

There is it. True and constant.

...

Before Setia.

Ok now we know what the true meaning of setia. Then we can easily make a build up to sampai mana tahap boleh dikatakan setia.

Of course. Takde la seseorang ni boleh tiba - tiba dia terus jadi setia. There must be a way or path untuk setia.

Usually, there's up and down before somebody tu setia towards something/someone. The ups and down ni, maybe lebih kepada perasaan/feelings atau lebih kepada whatever yang membuatkan seseorang tertarik kepada that something/someone.

Contoh, in search of kedai makan yang aku rasa sedap sangat, before that, aku mencari - cari kedai makan mana yang ok. Ada yang jumpa ok. Ada jumpa yang so-so. Ada jumpa yang tak sedap. Sampai lah aku jumpa kedai makan yang betul - betul aku rasa suka. And thereafter, aku sentiasa makan kat kedai tu (setia).

Weirdly enough, this is something like another part of metaheuristic technique (tapi dulu aku belajar dalam subject AI) which is called Simulated Annealing. Temperature dia naik turun sampai la ke satu tahap dia akan stabil.

^ Figure 106: Simulated Annealing, plotted in timeline (where \( t \) is time - over the time).

So yang stabil tu, is actualy the part where it become setia.

...

Setia.

Now. How to know that dia dah sampai ke stage setia. Take a look at hint yang kita dapat dari definasi truthful tu.

True and constant.

How do we know that is setia (true and constant).

It is easy actually.

The opposite of constant is variable.

Ok tak membantu sangat.

But try to take a look at the definition of differential (pembezaan, ala yang dy dx tu). It is on how to measure the change, or rate.

Contohnya, kalau kita bawak kereta (kereta auto. kalau pakai kereta manual transmission, contoh ni tak jadi).

Kat \( t=0\), speed kita \( s=0 \text{ kmph} \)

Kat \( t=1\), speed kita \( s=10 \text{ kmph} \)

Kat \( t=2\), speed kita \( s=20 \text{ kmph} \)

dan kat \( t=3\), speed kita \( s=30 \text{ kmph} \)

So tetiba kita tekan minyak sikit dan kat \( t=4\), speed kita \( s=60 \text{ kmph} \) lepas tu \( t=5\), speed kita \( s=70 \text{ kmph} \)  dan akhir sekali \( t=6\), speed kita \( s=100 \text{ kmph} \)

* with equal interval between \( t_i \) and \( t_{i+1} \) of course.

So kita akan dapat graph cenggini.

^ Figure 107: Kelajuan kereta vs masa

Now, whenever kita accelerate, akan ada traction sikit. We call it as a gradient. Tu kita boleh nampak kat between \( t=4 \) dan \( t=5 \), dan seterusnya (aku mark kat Figure 107 as 1 2 dan 3).

Now, during the given time, the gradient is not zero.

Tapi masa dia build up tu, between \( t=0 \) sehingga \( t=3 \), gradient dia kosong.

Or in other word,

\[ \text{faithful, atau, }f \text{ is when } \frac{d }{dt}=c \label{faithful_1}\tag{3} \]

where \( c \) is a constant and \( t \) is obviously time.

Fuh.

Puas hati aku.

But obviously, our faithfulness will always be tested. So, the better way to inteprate it instead of $\ref{faithful_1}$ is by adding just some small changes, let say \( \pm\epsilon \) where \( \epsilon \) is a small number as usual.

So to improve $\ref{faithful_1}$, we now have it as,

\[ \frac{d }{dt}=c \pm\epsilon \label{faithful_2}\tag{4} \]

...

Moving on..

And of course. Setiap yang ada di dunia ini ada expiry date dia.

So when does this setia is stopped.

Again, by the definition yang kita buat tadi, the setia is stopped when there's a gradient yang besar yang membuatkan either setia is either dropped or the differential is not a constant anymore. Dropped because the subject itself, sudah tiada (mati).

Or the differential is not a constant anymore, because the feeling has changed.

For second one, in our case, the \( \epsilon \) has become uncontrolled, and has change the meaning of the equation itself.

...

Time is ticking. If you wanted to make your setia as far as you can go, please control your own \( \epsilon \).

Because once the feeling is changed, some gate will be closed (ref: look at my story on gate previously)..

And when that time happens, you know it is hard to make it stablize again.

...

Ok saja nak share macam mana thought process aku untuk benda - benda macam ni... That is why aku tak banyak kawan!

3 ulasan:

  1. Demi negara yang tercinta
    dicurahkan bakti penuh setia

    Demi raja yang disanjung tinggi
    kesetiaan tak berbelah bagi

    Kepada pemimpin, kepada rakyat
    khidmat diberi penuh taat

    Sama bekerja sama berusaha
    sedia berkhidmat untuk semua

    Rela berkorban apa saja
    amanah bangsa tetap dijaga

    Kami berikrar penuh setia
    untuk agama bangsa
    dan negara...

    Masa kecil-kecil zaman sekolah rendah dulu, inilah definisi setia yang aku pegang. Menyanyi lagu Setia masa perhimpunan pagi Isnin... Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Lama dah tak dengar lagu tu. For me, tu salah satu lagu yang buatkan kita betul - betul setia kepada negara, agama dan bangsa.. Pengaruh media. Amat berbeza dengan pengaruh media sekarang.

      Padam

terima kaseh :)