Halaman

Rabu, 11 Disember 2024

Season 4: Oui Mais Non

0 comments

If you know me long enough, you should know that this is my normal playlist.
 

...

"Why am I here in the first place?"

Dulu, kawan aku sorang ni ha yang dok pengaruh aku buat blog ni. 

"Raje, ko buat blog la raje", katanya. Aku cakap la kat dia, aku takde idea nak tulis apa. "Ala ko tulis je apa - apa yang ko nak tulis". Aku cakap balik, "Malas lah aku. Takde insentif untuk aku buat".

But sooner or later, aku terpengaruh jugak dengan arwah Kucai untuk tulis blog. Aku kalau dengan dia ni, aku memang senang sangat terpengaruh. Fear of missing out syndrome gamaknya.

Aku jadikan blog aku ni asalnya untuk aku bersosial dan bercerita to whatever my heart's content.

So here it is. fafa-null2.blogspot.com is here to stay.

 

"Yes, but no. Why am I here in the first place?"

Ok ceritanya, asalnya nama domain blog ni adalah fafa-null.blogspot.com (without the number 2).

Accidently, aku tersalah setting tah macam mana tah kat dalam blogspot ni. So aku tak boleh nak register balik nama fafa-null.blogspot.com tu. Belum start apa - apa lagi tu, dah tak boleh nak register nama yang aku nak tu balik.

Incidentally, aku pulak suke nombor dua. So there is it. fafa-null2.blogspot.com. Masa tu aku suka domain pelik - pelik. Tah macam mana tah aku register kat host.sk. So the actual official url tu is fafa-null2.host.sk. Refer to my first post: https://fafa-null2.blogspot.com/2006/08/blog-post.html


"No no no. Why am I here in the first place?"

Ok the story is that, fafa is basically is aku gelarkan kepada nama aku sendiri. Ala - ala comel gitu hahahah. My real moniker name on the internet (dulu) is Fa Wildchild (even some remnant of my internet footprint is still fa wildchild).

So kalau letak nama fa-wildchild as my URL/domain for my blog, rasa macam tak menarik sangat.

So.. you know me, being me, alang - alang tak menarik tu, aku terus letak nama fafa-null. Kasi betul - betul tak SEO friendly (dulu kalau nama kat domain ada dash, kira tak SEO friendly).

Again, incidentally, time tu best friend aku nick name dia fafa (nama dia farusliza*). Nama fafa blog aku ni takde kaitan dengan dia ok. Aku time tu dah ada awek kot. haha.. 

Also, it should be noted that, dari dulu, orang yang kenal aku through internet memang panggil aku Fa sampai sekarang. Because of the Fa Wildchild and fafa-null2.

And the null? Masa tu aku always keep on preaching that the null (tu computer science punya terminology, atau nothing in math), is not equals to zero. Because as it seems, the inequality is actually not that obvious.

So that is it.


"Wait no. Why am I here in the first place?"

If you are asking me, why we are currently in Season 4? (baca kat header blog aku ni. Aku tau, agak poyo sikit disitu), so let us back up again 18 years ago. 2006.

Masa tu aku baru umur 22 tahun.

Basically setahun jagung. Atau umur aku sekarang ni yang dibahagikan dua!!

So Season 1, aku baru nak mencuba - cuba blog ni. Tengok fun ke tak. Sebab aku ni jenis cepat bosan dengan teknologi. Tapi alhamdulillah, ramai pulak aku dapat kawan kat sini. So melekat la aku menulis tah apa - apa kat sini.

The tagline masa Season 1 tu dulu, is actually Null to Zero. Symbolizing that, it is my journey from nothing, and came out to zero. Why zero? Because if you are come out from nothing, it must be start from zero. The number that hold positive and negative value at the same time. So this journey might show that whether I'm going negative or positive in my life (aku ingat aku ada tulis pasal ni dalam season 4 .

Aku tak explain lebih - lebih masa tu sebab,

  1. Takde orang tanya,
  2. Nobody cares (aku assume je, sebab takde orang tanya pon)
  3. Me just being me. Ikut aku nak explain ke tak. And masa tu aku macam rasa malu jugak nak cerita.. hihihi.

Then, there's something traumatize happens to me in July 2007.

Figure 125: One of records showing the transaction between Null to Zero, to From Zero to Zeroes.

 

So that is when aku tukar tagline aku dari Null to Zero, to, From Zero to Zeros. Basically new season (Season 2) with what I think (or actually hoping) to be a new exciting (story of my) life.

Why zeros? Senang. Sebab masa tu aku tak tau lagi am I going to positive or negative direction. I'm just go with the wind, bak kata pepatah.

So using zeros (basically a vector, or matrices or array/mutidimension array, that filled with zeros), might be an appropriate value. In math, this is normal. Like how you can decompose a matrix to multiple matrices but still actually representing the same value (look at Singular Value Decomposition, LU Decomposition atau Cholesky Decomposition).

Figure 126: Contoh nak decompose matrix M ke tiga matrix berbeza yang resultnya still sama dengan matrix M!

And it's a new possiblity that I hope I can fill it (the zeroes matrix/vectors) with lots of positive energy .

And it is! Sort of..

It is good and interesting period of my blog.

Until time. Until time happens. Semua orang dah mula busy dengan life masing - masing. Semua dah rasa blog is outdated. Out of style.. Masa ni, yang popular dah lebih kepada microblog. Such as twitter and facebook. Including me.

So this blog left unattended with several retries to revive it. But it is not happening. Pindah sana. Pindah sini.. So (as I put it as my Season 3), the period of that time will be called as Transition Period. Pi mai, pi mai.. Tang tu jugak. So I am here to stay.

So the current Season (Season 4), is actually more on how me meluahkan perasaan, in my style. Biasanya aku akan borak lebih kurang macam ni lah dengan arwah Kucai. Ada je cerita pasal equation. Cerita pasal luahan hati. Tapi lepas dia meninggal, aku banyak pendamkan je cerita - cerita aku.

Sebab.. aku tak rasa orang boleh tahan kot dengar cerita aku. And some others (pernah) using my story to bite me.

Dannnn.. Kebetulan pulak aku tengok takde orang baca blog aku ni. So why not. Just sambung je la sini..

Ok x.

 

"You know exactly what I mean. Why am I here in the first place?"

The thing is that, there's quite a lot of thing happens to me in these several weeks. I am actually tired. Sangat penat. Tired of thinking for the uncertainty. Dari kerja sampai ke personal life aku.

I just wanted to start a new chapter.

Silently.

But surely.

But obviously I'm going to maintain the story telling as it is.

It just that internally, aku aim nak ubah sedikit foundation for this blog and for myself.

And yes. I'm going to start now.


And so,

Fuh..

 

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

I'm officially going to close this season and hopefully we can meet in my new season. URL yang sama. Pendekatan yang sama. Foundation yang berbeza.

The closure.

#fairuz

Figure 127: Simpan sikit header blog aku kat dalam ni


PS:

[109] Tajuk post ni ambil dari lagu top yang aku dengar kat Spotify. Oui Mais Non dari SM:LY (lagu dari France, house music remixed). Boleh dengar kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=qrTnwzeDs18&ab_channel=SM%3ALY-Topic Literally translated as Yes.. But no.

[110] Gambar SVD tu aku ambil dari sini https://www.researchgate.net/figure/Diagram-of-SVD-and-truncated-SVD-for-feature-transformation_fig3_3457515

Rabu, 4 Disember 2024

The 404th post. The conclusion.

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Kali ni aku nak bercerita sedikit kisah yang aku lalui hari ini. Kisah benar. Dengan menggunakan penggayaan penceritaan seperti awal - awal aku berkecimpung dalam dunia blog.

...

Benda ni dah lama sangat tertangguh. Dari 2015.

Sikit - sikit ditangguh. Di anjak. Di pindah.

Banyak benda unexpected berlaku.

Banyak benda terbuka sementara nak tunggu conclusion dia.

Too many tears, heartbroken and inner fight all along the way.

Aku nak cerita. Tapi aku tak nak cerita. Tapi nak….

So this time, I’m writing this (I'm writing this at 11:30 AM) while I am going through this.

4 December 2024.

5:30 AM

Aku bangun. Dan fikir sejenak. So the time has come.

Today is the day.

6:30 AM

Aku siap - siap dan terus bergegas untuk keluar, memacu keretaku keluar dari perkarangan rumahku.

"Awal - awal tak kalut", pesan kawan aku, suatu ketika dahulu.

7:50 AM

Aku tiba di tempat yang dijanjikan.

Awal lagi.

Aku tunggu sahaja dalam kereta.

Kalau ikut tentatif, ianya sepatutnya bermula pada jam 9 pagi.

Tapi aku minta kepada diri aku sendiri, untuk bagi aku bertenang dahulu.

Duduk sahaja dalam kereta.

Reda kan minda dahulu.

9:00 AM

Bermula. Aku masuk, penuh dengan pelbagai emosi.

Sehinggakan aku rasa nothing.

What has done, has been done.

Terima sahajalah wahai Fairuz..

10:10AM.

Keputusannya telah diumumkan.

Sealed.

The result? Maintain. Sama macam dulu.

Tak ada perubahan.

Sia - sia sahaja bertarung 9 tahun, fikirku.

Aku keluar - keluar je, ada orang sambut.

  Dia: You, come here. State the result.

Aku explain.

  Dia: Ikut saya ke sana.

Aku follow.

  Dia: You need this and that. Macam mana you datang sini?

  Aku: Naik kereta.

  Dia: I tak akan hantar you balik. You balik sendiri.

Terdiam. Dalam kepala aku dok berkira - kira, dok fikir dan merancang perjalanan pulangku yang belum lagi dimulai.

11:00 AM

Dia bawa aku ke suatu tempat.

  Dia: Dah sarapan?

  Aku: Belum

  Dia: Pergi beli sarapan dulu. Takut lama nanti.

Lepas beli sarapan, dia bawak aku ke satu tempat menunggu.

Menuju ke bangunan bersebelahan.

Di bawa aku ke satu bilik. Di hujung. Bilik ini kemas. Ada sejadah satu. Siap dibentang di tepi bilik.

Aku lihat keliling. Bertutup. Rapi. Seolah - olah…

Emm..

Aku duduk bersila.

Aku menunggu..

Sambil tu aku berfikir. Dan aku memulakan penulisan blog ini.

12:40 PM

Aku tertidur terbangun. Tertidur terbangun. Sakit kepala. Manakan tidak. Tidur duduk sambil menyangkung.

  Dia: Bang, pergi ambil wudhu. Kita gerak lepas solat.

Aku patuh.

1:25 PM

Kami ramai - ramai naik ke satu kenderaan yang disediakan, yang aku lihat telah lama idle.

Dan kami gerak dari situ menuju ke suatu tempat yang agak jauh dari sini.

(ok ni aku sambung lepas aku balik; around 10ish. ya spoiler alert: aku dah balik)

2-ish PM

Sepanjang perjalanan, aku hanya melihat sahaja diluar.

Unfamiliar place.

Biasanya aku excited exploring the unknown.

Tapi kali ini tidak. Perasaan takut lebih tinggi agaknya.

What's going to happens?

I know the objective.

But the process? That is the scariest.

late 2 PM.. sort of.

Ada lagi sorang, lebih lembut sikit dari yang pertama tadi tu.

  Dia: Bang, minta maaf bang. Kena pakai ni bang. Prosidur.

Aku senyum. Faham dan akur.

Aku lihat. Bukan kali pertama aku gunakan ni. The first time was 9 years ago, when it all started..

Sambil dia pakaikan, dia pesan kat aku. "Bang, kitorang ni kira baik lagi ni bang. Lepas ni kami akan pass ke team satu lagi. Diorang ni ganas sikit. Abang ikut je cakap diorang. Jangan melawan". Aku angguk. "Ok" jawabku ringkas.

2 minit lepas tu, dia ulang lagi sekali.

I understand why he keep repeating the same warning. It is like he is trying to tell me the severity of what is going to happens. And I don't know if I'm well prepared enough for this.

Turun sahaja dari kenderaan tu, aku disambut dengan kata - kata agak membencikan disitu.

Aku cuba untuk senyum.

Ada dalam 5 orang duduk depan aku. Dan ada sorang lagi kat belakang aku.

Semua bertanya pelbagai soalan kepada aku.

Sambil brader belakang aku tu selongkar bag silang yang aku selalu bawa tu.

Dua tiga orang tanya soalan yang berbeza kat aku. Serentak.

Aku cuba jawab dulu dari orang yang aku nampak has the most authority of them all.

Tanpa aku sedar, rupanya brader yang kat belakang aku tu pon bercakap kat aku.

"Woi aku cakap kat kau ni. Kau dengar la elok - elok" sambil dia tampar - tampar muka aku.

Aku cuba menjawab soalannya yang sememangnya aku tak dengar tadi.

Dia mula hangin.

Aku nampak dia makin ganas selongkar barang aku.

Dia fedup, dan mula asingkan barang - barang aku yang agak penting.

Barang - barang yang dia rasa berharga. Dia asingkan.

Vape, cables, power bank dan macam - macam lagi barang. Dia terus campak ke tong sampah. Aku rasa lebih RM300 barang aku dia campak ke tong sampah.

Dia belek - belek beg duit aku.

Dan aku perasan, dia stop sekejap dalam 2 saat selepas terlihat gambar anak - anak aku di dalam beg duit aku sebelum dia hentikan selongkar beg duit aku.

Mungkin terlembut sedikit hati dia, fikirku.

"Ok kau pergi masuk ikut pintu tu", katanya. Kasar.

Aku pasrah. Ikut.

Masuk sahaja ke dalam, aku perhatikan satu suasana yang sangat berbeza.

Dan majoriti orang yang kat dalam tu sebenarnya baik baik sahaja.

Selagi aku ikut kata mereka. Fikirku. Don't messed up.

Aku follow proses birokrasi dalam tu.

Semua bagi 1001 soalan.

Aku jawab berhati - hati.

Aku diperli. Aku senyum.

Aku ditolak - tolak. Aku ikut.

Aku diherdik. Aku cuba untuk senyum.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan waktu itu.

Dan setelah objektif aku selesai, aku ternampak ada jam kat dinding situ.

5 PM

"Pergi solat Asar dulu sebelum balik".

Aku sebenarnya dah niat nak pergi Asar kat masjid depan tu kalau semua habis awal.

Tapi baik solat dulu. Aku tak tau bila karenah birokrasi ni selesai.

5:30 PM

Aku keluar dari tempat yang aku masuk tadi. Bersalaman dengan orang yang guide aku keluar.

Penat. Aku rasa aku nak balik terus. Aku nak tamatkan hari ini secepat mungkin.

Tapi kereta aku masih lagi di tempat aku parking pagi tadi.

Aku buka aplikasi Grab dan terus aku set destinasi aku.

RM 100ish. Aku pon iyakan je lah. Aku dah penat.

6:50 PM

Dalam Grab aku tertidur terbangun.

Sakit kepala aku.

Tiba sahaja di parking kereta, aku terus masuk kereta.

“Rasulullah ﷺ bersabda, Bangunlah wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Sunan Abi Dawud, 4986 - rujuk sini)

Amalan yang aku cuba untuk tidak tinggalkan.

Aku set next destination aku ke masjid berdekatan.

Dan selepas itu, aku terus pulang ke rumah.

Sambil fikirkan apa yang berlaku hari ini.

Dan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Sememangnya aku pasti, ini adalah laluan terbaik untuk aku yang telah direncanakan olehNya.

Doa - doalah semuanya terbaik untuk kita semua, pesanan kawanku.

...

Cuma...

Aku kecewa. Aku tak dapat ceritakan ni ke teman rapat aku.

Kalau tak, mesti aku dah cerita kat dia full no filter.

Nantilah kalau aku ziarah ke kubur dia nanti.

Rindu..