Halaman

Rabu, 4 Disember 2024

The 404th post. The conclusion.

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Kali ni aku nak bercerita sedikit kisah yang aku lalui hari ini. Kisah benar. Dengan menggunakan penggayaan penceritaan seperti awal - awal aku berkecimpung dalam dunia blog.

...

Benda ni dah lama sangat tertangguh. Dari 2015.

Sikit - sikit ditangguh. Di anjak. Di pindah.

Banyak benda unexpected berlaku.

Banyak benda terbuka sementara nak tunggu conclusion dia.

Too many tears, heartbroken and inner fight all along the way.

Aku nak cerita. Tapi aku tak nak cerita. Tapi nak….

So this time, I’m writing this (I'm writing this at 11:30 AM) while I am going through this.

4 December 2024.

5:30 AM

Aku bangun. Dan fikir sejenak. So the time has come.

Today is the day.

6:30 AM

Aku siap - siap dan terus bergegas untuk keluar, memacu keretaku keluar dari perkarangan rumahku.

"Awal - awal tak kalut", pesan kawan aku, suatu ketika dahulu.

7:50 AM

Aku tiba di tempat yang dijanjikan.

Awal lagi.

Aku tunggu sahaja dalam kereta.

Kalau ikut tentatif, ianya sepatutnya bermula pada jam 9 pagi.

Tapi aku minta kepada diri aku sendiri, untuk bagi aku bertenang dahulu.

Duduk sahaja dalam kereta.

Reda kan minda dahulu.

9:00 AM

Bermula. Aku masuk, penuh dengan pelbagai emosi.

Sehinggakan aku rasa nothing.

What has done, has been done.

Terima sahajalah wahai Fairuz..

10:10AM.

Keputusannya telah diumumkan.

Sealed.

The result? Maintain. Sama macam dulu.

Tak ada perubahan.

Sia - sia sahaja bertarung 9 tahun, fikirku.

Aku keluar - keluar je, ada orang sambut.

  Dia: You, come here. State the result.

Aku explain.

  Dia: Ikut saya ke sana.

Aku follow.

  Dia: You need this and that. Macam mana you datang sini?

  Aku: Naik kereta.

  Dia: I tak akan hantar you balik. You balik sendiri.

Terdiam. Dalam kepala aku dok berkira - kira, dok fikir dan merancang perjalanan pulangku yang belum lagi dimulai.

11:00 AM

Dia bawa aku ke suatu tempat.

  Dia: Dah sarapan?

  Aku: Belum

  Dia: Pergi beli sarapan dulu. Takut lama nanti.

Lepas beli sarapan, dia bawak aku ke satu tempat menunggu.

Menuju ke bangunan bersebelahan.

Di bawa aku ke satu bilik. Di hujung. Bilik ini kemas. Ada sejadah satu. Siap dibentang di tepi bilik.

Aku lihat keliling. Bertutup. Rapi. Seolah - olah…

Emm..

Aku duduk bersila.

Aku menunggu..

Sambil tu aku berfikir. Dan aku memulakan penulisan blog ini.

12:40 PM

Aku tertidur terbangun. Tertidur terbangun. Sakit kepala. Manakan tidak. Tidur duduk sambil menyangkung.

  Dia: Bang, pergi ambil wudhu. Kita gerak lepas solat.

Aku patuh.

1:25 PM

Kami ramai - ramai naik ke satu kenderaan yang disediakan, yang aku lihat telah lama idle.

Dan kami gerak dari situ menuju ke suatu tempat yang agak jauh dari sini.

(ok ni aku sambung lepas aku balik; around 10ish. ya spoiler alert: aku dah balik)

2-ish PM

Sepanjang perjalanan, aku hanya melihat sahaja diluar.

Unfamiliar place.

Biasanya aku excited exploring the unknown.

Tapi kali ini tidak. Perasaan takut lebih tinggi agaknya.

What's going to happens?

I know the objective.

But the process? That is the scariest.

late 2 PM.. sort of.

Ada lagi sorang, lebih lembut sikit dari yang pertama tadi tu.

  Dia: Bang, minta maaf bang. Kena pakai ni bang. Prosidur.

Aku senyum. Faham dan akur.

Aku lihat. Bukan kali pertama aku gunakan ni. The first time was 9 years ago, when it all started..

Sambil dia pakaikan, dia pesan kat aku. "Bang, kitorang ni kira baik lagi ni bang. Lepas ni kami akan pass ke team satu lagi. Diorang ni ganas sikit. Abang ikut je cakap diorang. Jangan melawan". Aku angguk. "Ok" jawabku ringkas.

2 minit lepas tu, dia ulang lagi sekali.

I understand why he keep repeating the same warning. It is like he is trying to tell me the severity of what is going to happens. And I don't know if I'm well prepared enough for this.

Turun sahaja dari kenderaan tu, aku disambut dengan kata - kata agak membencikan disitu.

Aku cuba untuk senyum.

Ada dalam 5 orang duduk depan aku. Dan ada sorang lagi kat belakang aku.

Semua bertanya pelbagai soalan kepada aku.

Sambil brader belakang aku tu selongkar bag silang yang aku selalu bawa tu.

Dua tiga orang tanya soalan yang berbeza kat aku. Serentak.

Aku cuba jawab dulu dari orang yang aku nampak has the most authority of them all.

Tanpa aku sedar, rupanya brader yang kat belakang aku tu pon bercakap kat aku.

"Woi aku cakap kat kau ni. Kau dengar la elok - elok" sambil dia tampar - tampar muka aku.

Aku cuba menjawab soalannya yang sememangnya aku tak dengar tadi.

Dia mula hangin.

Aku nampak dia makin ganas selongkar barang aku.

Dia fedup, dan mula asingkan barang - barang aku yang agak penting.

Barang - barang yang dia rasa berharga. Dia asingkan.

Vape, cables, power bank dan macam - macam lagi barang. Dia terus campak ke tong sampah. Aku rasa lebih RM300 barang aku dia campak ke tong sampah.

Dia belek - belek beg duit aku.

Dan aku perasan, dia stop sekejap dalam 2 saat selepas terlihat gambar anak - anak aku di dalam beg duit aku sebelum dia hentikan selongkar beg duit aku.

Mungkin terlembut sedikit hati dia, fikirku.

"Ok kau pergi masuk ikut pintu tu", katanya. Kasar.

Aku pasrah. Ikut.

Masuk sahaja ke dalam, aku perhatikan satu suasana yang sangat berbeza.

Dan majoriti orang yang kat dalam tu sebenarnya baik baik sahaja.

Selagi aku ikut kata mereka. Fikirku. Don't messed up.

Aku follow proses birokrasi dalam tu.

Semua bagi 1001 soalan.

Aku jawab berhati - hati.

Aku diperli. Aku senyum.

Aku ditolak - tolak. Aku ikut.

Aku diherdik. Aku cuba untuk senyum.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan waktu itu.

Dan setelah objektif aku selesai, aku ternampak ada jam kat dinding situ.

5 PM

"Pergi solat Asar dulu sebelum balik".

Aku sebenarnya dah niat nak pergi Asar kat masjid depan tu kalau semua habis awal.

Tapi baik solat dulu. Aku tak tau bila karenah birokrasi ni selesai.

5:30 PM

Aku keluar dari tempat yang aku masuk tadi. Bersalaman dengan orang yang guide aku keluar.

Penat. Aku rasa aku nak balik terus. Aku nak tamatkan hari ini secepat mungkin.

Tapi kereta aku masih lagi di tempat aku parking pagi tadi.

Aku buka aplikasi Grab dan terus aku set destinasi aku.

RM 100ish. Aku pon iyakan je lah. Aku dah penat.

6:50 PM

Dalam Grab aku tertidur terbangun.

Sakit kepala aku.

Tiba sahaja di parking kereta, aku terus masuk kereta.

“Rasulullah ﷺ bersabda, Bangunlah wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Sunan Abi Dawud, 4986 - rujuk sini)

Amalan yang aku cuba untuk tidak tinggalkan.

Aku set next destination aku ke masjid berdekatan.

Dan selepas itu, aku terus pulang ke rumah.

Sambil fikirkan apa yang berlaku hari ini.

Dan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Sememangnya aku pasti, ini adalah laluan terbaik untuk aku yang telah direncanakan olehNya.

Doa - doalah semuanya terbaik untuk kita semua, pesanan kawanku.

...

Cuma...

Aku kecewa. Aku tak dapat ceritakan ni ke teman rapat aku.

Kalau tak, mesti aku dah cerita kat dia full no filter.

Nantilah kalau aku ziarah ke kubur dia nanti.

Rindu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kaseh :)