Halaman

Rabu, 1 Januari 2025

Inertia - The Newton's First Law of Motion

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Dulu masa kecik - kecik dulu, aku suka dengar pasal Newton's Laws. Aku rasa aku suka dengar sebab nama dia macam agak gempak. Bukan Theorem, bukan Theory. Tapi Law.. Macam dahsyat betul pakai Law kat nama teori tu..

Ok just to recap apa yang kita belajar dulu masa subjek fizik. Basically Newton's Law ni ada tiga. Dan salah satunya (dan pertamanya) adalah Newton's First Law of Motion.

And the fist law is actually quite simple. Newton's First Law of Motion ni dia terangkan pasal inertia (atau inersia dalam Bahasa Malaysia). Iaitu,

  1. Objects at rest, remain at rest.
  2. Objects in motion, remain in motion. 
  3. Unless, there's an outside force is applied for both situation.

Senang citer, kalau object tu pegun, dia akan tetap pegun. Contoh kalau macam kita letak phone kat atas meja. Dia tak akan bergerak. Dia akan stay je kat situ (No 1). Unless kalau kita apply some force ke dia macam angkat atau tolak (outside force, No 3). Dan contoh lagi, kalau kita sengetkan meja tu, dia akan turun (the meja itself apply force berdasarkan graviti yang 'menarik' center of mass phone tu).

So masa dia slide turun tu, dia akan in motion (No 2). Sampai lah ada force lain yang buat dia stopped atau slowed down. Stopped tu contohnya dia sampai ke dinding. Dan mungkin slowed down sebab ada drag force dari geseran.

Well.. you get the idea. Sama macam kita bawak kereta. Kalau kereta kita tu dah gerak, kita in motion sama dengan kereta tu. Dan kalau tetiba kita tekan minyak, terasa ada force tarik badan kita ke belakang. Tu inertia. Dan sama jugak kalau kita tiba - tiba tekan brek dan badan kita ke depan. Pon inertia juga.

Figure 128: Inertia, explained (harshly)

Susah sikit kita nak buat eksperimen kat bumi ni. Sebab even kita duduk saja depan komputer ni pon, ada geseran/rintangan angin to counter back. Luckily, ada team NASA buat dan rekod eksperimen kat space. Takde rintangan angin.

Korang tengok video ni, macam mana dia buat eksperimen pasal Newton's First Law kat space.

 

It is really quite an interesting 'Law'.

And who knows. Dah aku makin membesar ni (hehe), makin aku terasa law ni sangat applicable dalam kehidupan seharian.

Balik kerja, penat. Terus baring. Lepas tu nak bangun, rasa berat betul. Macam tak larat betul nak bangun. 

Inertia.

Badan dah at rest, lepas tu nak bangun gerak. Rasa macam nak kene pakai tenaga banyak betul nak bangun.

Tapi dalam psychology, dia panggil ni sebagai behavioral inertia. Same concept as Physics Inertia (Newton's First Law of Motion tu).

Senang citer, psychologynya, badan kita dah 'at rest' and we actually need a big push (force) to move again.

Interesting.

But don't be confused.

Sebab ni beza sikit dengan resistance. Sebab inertia ni, konsep dia adalah 'continuous' at the same state. Kalau at rest, kita akan at rest. Kalau in motion, dia akan tetap in motion. Tapi kalau resistance, dia lebih kepada aktiviti melawan macam negative force.

Contoh, kenapa phone kita letak kat atas meja tadi tu tak terus jatuh ke teras bumi disebabkan tarikan graviti? Sebab ada resistance yang lebih kuat dari graviti yang menghalang phone tu terus tenggelam ke dalam bumi. Haa gitu.

...

Aku ni pulak, jenis yang resistance to change. Kalau aku dah mood nak buat something tu, driven by inertia, aku akan ikut je in motion macam tu. Kalau aku dah betul - betul tak nak, memang aku stay 'at rest'. Kalau aku tak nak buat dan terpaksa buat tu, orang boleh nampak muka aku tak ikhlas nak buat. Sebab aku kena paksa (external force, by definition).

Betul.

Because it is hard for me to actually change myself. Except for two things.

  1. Planned change.
  2. Accidental change.

...

Planned Change.

Planned change ni, memang aku aim akan at least ubah sedikit diri aku setiap tahun (for the betterment, of course). So far buat masa ni, aku memang akan set Awal Muharram untuk aku properly start execute the change. Ni pon aku akan start dari sikit - sikit dulu. Aku anggap dia dari 'at rest' state, aku apply sedikit force kasi dia 'in motion' dulu. Dan kemudian, sepanjang tahun tu, aku sedikit demi sedikit, hari demi hari aku akan pastikan aku tambah a little force kat 'in motion' aku tu dan pastikan ianya masih lagi dalam landasan yang defined.

Sebab nature aku kot. Aku jenis yang suka buat benda proper (don't be confuse dengan tempat keje aku yang bersepah.. tu environmental.. hahah). So aku nak benda tu akhirnya dijadikan habit sampai bila - bila.

Aku rasa aku pernah citer detail sikit kot pasal ni..

Ok takpe. Kita proceed sikit ke yang berat sikit.

...

Accidental Change.

This is the kind of change that I hated the most. But it happens.

Dulu, time aku awal - awal tulis blog ni, aku ada la rapat dengan sorang ni (kenal dia melalui kawan baik aku tu hahah). And sooner or later kitorang bercouple (malas aku nak cerita berlapik kat sini). Aku pulak  masa tu masih lagi tengah sambung belajar. Dan dia pulak kerja as English Teacher. Tapi ada la dalam blog ni aku selalu cerita pasal dia. Tup tup, terus senyap. Takde closure (maksud aku, takde closure dalam blog ni).

So ceritanya, masa kitorang couple tu, family dia arrangekan perkahwinan dia dengan orang lain. Tersangatnya frust time tu.

"So what happens now? Should we stop?", persoalan kami.

Tak terjawab.

I think it is driven by inertia 'in motion', kitorang teruskan juga walaupon kitorang tahu ada expiry date dia.

And the time is ticking.

Sampai lah ke tarikhnya.

Bam. 

Terasa macam berlari lepas tu langgar dinding. Terus stop.

And the impact? Hmm.. Some of major gate (in my heart) is closed.

...

Yang aku perasan, for accidental change ni, kadang - kadang impact dia takde la nampak secara luaran. Planned change tu, ya. Memang terasa berubah luaran.

Tapi kalau accidental change ni, aku rasa macam dia lebih kepada internal turmoil yang leads kepada something else.

Something else tu yang datang secara tiba - tiba. Yang sometimes terspill out ke luaran.

Jadi unplanned.

Tapi takde la sampai aku buat benda bukan - bukan. Alhamdulillah aku masih lagi sane. Yang haram tetap haram.

Cuma kadang - kadang tu, yang external changes (the byproduct) nampak takde kaitan pon.

Macam dulu ada satu ketika tu, tengah malam tu aku sangat depressed. Sangat traumatize. Sangat sakit mentally.

So what happens tomorrow morning? I decided to park my car kat paling hujung sekali yang tanda arrow kat bawah ni.

Figure 129: Tempat parking aku dulu kat hujung tu ha.

Why? Because of internal turmoil that makes me uncontrollably do accidental change. Because at that night, I suddenly decided to pull my brakes. So the next morning, I am craving to do some changes.

"Encik memang dah parking situ ek. Kenapa encik parking situ je selalu?", asked my team member lepas dia perasan aku memang selalu parking situ. "Senang, sebab kalau I datang je situ memang kosong" dan macam - macam lagi lah jawapan aku kasi. But I know, that is not the main reason. Tiap kali aku parking situ, atau lalu situ (sebab sekarang aku dah pindah block, so aku parking area block aku je), aku akan remind balik the scar.

... 

The thing is that, because I already know the concept, I should manage it properly.

I know it is hard.

But there must be a better way.

...

So masa cuti sekolah minggu lepas ni, aku sambil - sambil teman anak - anak aku main - main, sambil - sambil tu aku belek - belek la ebook yang ada kat phone aku ni. Kebetulan. Aku teringat hari tu ada kuliah pasal Hadith 40 Imam Nawawi. Masa aku masuk kuliah tu dah start kat hadith no 2.

So aku nak baca la balik hadith no 1 yang aku tertinggal tu.

Keutamaan Niat.

Terjemahan: Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
There is it. Niat kerana Allah dan Rasulnya.

Sama ada planned change atau accidental change, kalau niat kita betul, InsyaAllah akan ada caranya. Kita ada dibumi ini pon dengan satu tujuan. Untuk diuji. Sama ada inertia kita 'at rest' atau kita 'in motion'. Akan sentiasa diuji.

Cuma masa kita betul - betul hadapinya tu, memang terasa sangat berat. Psychological inertia changes tu memang akan berlaku, as part of ujian.

Ambil peluang changes of inertia ni untuk betul - betul bersabar, dan perbaiki niat.

Itu yang sepatutnya dan seeloknya.

Wallahu a'lam.

PS:

[111]: Oh, birthday awek tu hari ni. 1 January 1984. Kebetulan je weh. Kebetulan aku nak buat closure cerita aku dengan dia tarikh birthday dia pulak ;p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kaseh :)