Halaman

Jumaat, 2 Februari 2024

Normal

0 comments

Normal.

This is normal (graf untuk normal distribution).

 Rajah 1: Normal

The idea is that, kalau kita ada satu sample data yang besar, dan kalau benda tu berlaku secara natural occurrence, aku boleh yakin ianya tertabur (distributed) secara normal, i.e. ianya tertabur secara normal distribution. Cuma kita kene tahu apa pembolehubah yang x-axis (yang melintang tu) dan apa pembolehubah di y-axis (yang menegak tu).

So bentuk dia, kita panggil macam bell-curved. Macam bentuk loceng. (Aku tak tau la celah mana diorang nampak benda tu loceng, tapi itulah yang digambarkan)

Classic example, kita kumpul semua orang dalam satu company yang besar dan ukur ketinggian dan kita paparkan dalam bentuk graf dimana tinggi (dalam bentuk interval macam 160 cm - 164.9 cm, 165c m - 169.9 cm) dan melawankannya dengan frequensi (bilangan orang yang ada dalam interval tinggi tersebut), nescaya kita akan dapat normal distribution tu.

So dalam probability theory, kita biasanya akan merujuk kepada area di dalam  graf tersebut. Bukannya satu nilai X terus merujuk kepada apa di Y.

Ok you got the idea right?

So apa beza kiri dan kanan tu? (kita panggil sebagai tails, atau ekor). The tails, merujuk kepada yang hujung dari graf tu. Kiri dan kanan. Ianya sangat - sangat jarang berlaku, tapi still possible untuk berlaku. Possibility untuk komet jatuh ke bumi sangat - sangat jarang berlaku (ada beberapa occurance je berlaku sepanjang berbillion - billion umur bumi ni), tapi probablity dia masih lagi bukan kosong. Possible. Bukan kosong.

A normal distribution curve with its two tails. Note that an observed result is likely to return a statistically significant result in hypothesis testing if it falls in one of the two shaded areas, which together represent 5% of the total area. Thus, the shaded area is the area of rejection of the null hypothesis

Rajah 2: Tail kiri dan tail kanan.

Ok. Kalau ikut example kita tadi tu, agak tak ramai yang tinggi kurang 140 cm dan tak ramai juga yang lebih dari 180 cm. Atau dengan kata lain, kalau aku pilih \( P(tinggi \leq 140 cm) \) aku akan dapat lebih kurang sama dengan \( P(tinggi \geq 180 cm) \) - berdasarkan data yang aku agak - agak hahah. Also notice of usage of \( \leq \) and \( \geq \). But this is still normal. Both of them are unlikely, but still probable. Dan mesti korang perasang yang kawan - kawan korang pon tinggi lebih kurang korang je kan??

Because it is normal. Kalau kau terlalu tinggi dan tengok takde kawan - kawan yang lebih kurang tinggi kau, it is still normal. Cuma kau berada at the tail kanan.

...

Sama jugak kalau aku pergi ke mana - mana projek. If i take a population of the project (means, bilangan project) yang besar dan aku plotkan dengan yang kiri tu yang tak kasi kerjasama sangat dan yang kanan tu kasi kerjasama sepenuhnya, aku boleh dapat graf normal macam tu. Dan kebanyakkan nya tu, yang tengah - tengah tu, mixed reaction. Normal lah kan?

Rajah 3: How kerjasama yang diberikan untuk projek - projek yang aku terlibat

Even sebelum ni pon yang aku terlibat, melibatkan politik dan basically kitorang masuk untuk sailang projek diorang dan kasi ke company lain, still masih lagi biasa - biasa je diorang dengan aku (ada yang hesitate dan ada yang comply).

Tapi ada satu projek ni, dia terlalu kasi kerjasama sangat. Sampai aku pon rasa seram.

Pelik.

Tapi tak ajaib. Ianya masih lagi dalam normal distribution. Cuma lebih ke kanan sangat.

Kenapa aku kata pelik. For once, masa kitorang datang initial discussion, kitorang terus mintak akses VPN.

Anyone yang kerja kat IT especially on large organization tau, yang VPN ni swiss army knife. Memudahkan untuk buat kerja, DAN memudahkan untuk orang menyalahgunakannya. So for yang macam graf bawah ni, usually akan hesitate untuk kasi, yang aku lorekkan lebih 95% sampai ke kiri.

Rajah 4: The left 95%

But somehow, diorang macam rilek je kasi. The most resistant dari diorang pon, diorang request untuk isi borang Non Disclosure Agreement (NDA) dan borang request untuk AD dan VPN. Tu je.

Ah. Maksud aku diorang tu, tu team network dan sekuriti. Diorang yang jaga bahagian network dan apa - apa yang berkaitan dengan sekuriti IT.

Lepas tu sama jugak masa aku request nak bawak masuk tiga bijik server ke Data Center (DC) diorang. Nak bawak masuk tiga bijik server ke DC orang lain! So ni team server lah yang bertanggung jawab. Tapi the most "heated" discussion pon, macam ni.

Them: Server - server ni siapa yang beli?

Aku: Kitorang.

Them: So siapa yang akan monitor server - server ni?

Aku: Kitorang jugak. Warranty 2 tahun. So sampai habis tu kitorang akan mantain.

Them: Lepas 2 tahun tu apa jadi.

Aku: Nanti boleh decide sama ada nak biar kat sini atau kitorang amik balik. Terpulang tengok projek ni masih on lagi atau tak.

Them: Ok. Nanti email je request nak bawak masuk server tu. Lepas tu minta sign pengarah. (and then they proceed to tell the procedure to bawak masuk server).

Aik. Awat macam senang je ni. Tak apa. Tu aku anggap je rezeki, urusan dipermudahkan. Alhamdulillah.

Then aku deal pulak dengan team aplikasi. Ok ni berat sikit. Aku nak kene mimic diorang punya login sequence. So aku pon terpaksa lah mintak flow diorang. Set satu discussion. Dalam discussion tu, diorang tunjuk la source code diorang. Lepas tu diorang tanya kat aku. "You nak tak source code ni". Gitu je.

Kan aku citer dalam post sebelum ni, mana - mana team akan hisitate nak kongsi source code diorang. Sebab diorang tak tau source code tu akan pergi ke mana. Tapi alhamdulillah, lurus betul jalan aku lalu.

Macam tu jugak masa nak deal dengan team database. Team aplikasi tolong relaykan request aku untuk minta akses ke database. Yang biasanya berakhir dengan email. "You request je nak minta akses apa, nanti kami (team database) akan buatkan".

Normal. Tapi hujung - hujung punya normal untuk perjalanan projek ni. Sampai aku rasa macam tak normal pulak.

Rajah 5: Lebih kurang macam ni la aku faham pasal operasi diorang.

Also ended up, kitorang ada buat satu group whatsapp besar yang ada semua team - team tu dan ada team kami sekali. Dengan big boss kami pon ada dalam tu (Project Director, yang macam dalam org chart aku explain kat post sebelum ni)

...

Now. I'm not saying that I'm hoping to get some resistant. Tapi bak kata pepatah Melayu, "Air yang tenang jangan disangka tiada buaya". It just that, aku kene berhati - hati sebab nampak macam ada yang tak kena.. Aku tak tau mana buaya tu akan datang..

...

Projek ni berjalan la macam biasa. Normal. Ada hiccup sana - sini. Kitorang start buat development dari tengah bulan Disember 2023 dan complete development hujung bulan Disember tu.

Maka awal Januari 2024, bermulalah sesi UAT kami. UAT ni adalah sesi testing aplikasi yang kami bangunkan dengan client kami. In this case, dengan team aplikasi.

Again, this is normal (yang kat tengah - tengah tu). Ada dua cycle sahaja. Ada juga yang jalan dan tak jalan masa UAT tu. Normal. 

Masa tengah UAT tu, aku discusslah dengan boss team aplikasi tu. Dia cakap kat aku. Kalau mana - mana app nak deploy ke production kat tempat diorang, kene lalu SPA dulu. Security Posture Assessment, atau SPA tu biasa dilakukan oleh internal team dari team network dan security. 

And I said, ok je. We will comply. Tapi dia tambah. "Kalau diorang kata tak nak buat ke atau mengelak ke, you kasi tau je kat I. Nanti I akan terus complain ke pengarah". And my automatic response was, "eh tak perlulah macam tu. Kita try nego dulu dengan depa macam mana". Dia tambah lagi. "Tak. You mintak je. Nanti I monitor perbualan korang".

Aku terdiam. Ok now I see. The relationship between this team and another team is basically \( - \sigma \). Actually aku dah perasan pon dari sebelum ni. Kalau aku mention pasal the other team kat team lain, ada macam something macam diorang tak selesa. Cuma, well.. Me being me. Aku kalau boleh tak nak sibuk - sibuk pasal orang lain. Aku nak pastikan kerje team kami siap je.

Ok pasal SPA tu, ended up, lepas meeting dengan diorang, SPA tu akan dilakukan oleh team from our company. And everybody happy.. I guess.

...

So kalau dah masuk SPA ni, means dah hujung - hujung projek. Beberapa kali SPA dah jalan dan dah present ke pengarah diorang.

SPA ni sepatutnya cover kat apa yang kitorang buat je. Tapi somehow, terlepas satu ni budak SPA tu tertest yang team aplikasi tu buat. So budak SPA ni tanya la aku, nak include tak dalam report. Aku cakap senang je. Integriti. Dah nampak tu, terus raise. Tapi tak perlu proceed dalam sangat becasue it might delay our delivery. It is good also for them.

29 Januari, 2024.

So SPA ni pon present la final finding diorang lepas aku dah buat fixing. Dia kata cuma ada satu je lagi isu yang tak tutup lagi, dan itu adalah tanggungjawab team server. Sebab ianya melibatkan config. Pengarah tu pon minta tolong la kitorang tolong fixkan (aku le tu). So aku pon pergi la jumpa diorang lepas meeting tu.

Masa tengah nak godek - godek nak solvekan isu tu, sekali brader team server tu cakap. "Ni bukan kitorang yang kene setelkan ni. Ni kene tanya team aplikasi ni.".

Understood. Aku (not knowing anything), jumpa la team aplikasi tu. Cakap kat diorang, yang diorang kene fix sebab team server yang cakap cenggitu. Team aplikasi cakap, "Aik diorang ni. Ni kan server config. Apasal suruh kitorang pulak. Diorang tu memang.." Ada lagi rentetannya tapi tak kan la aku nak tulis sini. Kan.

Aku ok kan je la. Sambil - sambil tu tengok la team aplikasi tu fix.

...

You see. The project is about to end. Yang stressnya kami. Tapi team dari client kitorang tak stress pon. They work as usual je. As normal as it should be from their side.

Cuma ada satuuu jee tiny bit yang nak kene buat sebelum nak masuk ke production.

Nak integratekan data flow dari public ke server kitorang.

...

Ok to simplify, untuk normal application yang kitorang buat ni, akan ada tambah satu lagi laluan masuk dari public ke server kitorang. Masa awal - awal projek ni (mid December 2023), masa meeting nak bawak masuk server, aku dah pernah highlight dan bagi option ke diorang. Masa tu meeting dengan team server dengan team network. These are the options.

  1. Integrate melalui new domain name. So data akan masuk melalui domain baru dan terus ke internal load balancer kitorang. Kalau pilih ni, akan jadi major task untuk team network dan security.
  2. Integrate melalui Load Balancer. Pakai domain sama macam app diorang, cuma swing kalau path /sekian_sekian/ tu akan pergi ke server kitorang.
  3. Integrate melalui web server. Kene tukar config kat web server (macam nginx atau Apache) untuk buat proxy ke app kitorang.

So kitorang let the guys in the meeting decide. And they go with option no 3. Aku pon ok je lah. Slide tu pon aku emailkan terus ke diorang.

...

Back to current time nak go for deployment to production. Masa team aplikasi nak fix SPA punya isu tu. So aku cakap la. Nanti boleh buat skali for proxy to our app.

Team aplikasi tanya aku balik. Sapa yang actually decide nak pakai macam tu. Aku cakap la meeting hari tu masa awal - awal projek. Diorang tanya aku balik. "Team aplikasi ada tak dalam meeting tu". Ok I can see where this will goes. Aku kene jawab dengan hati - hati because I know this will trigger internal clash between them. Aku jawab, "Takde. Ada team network dengan server team je". Jawab aku jujur. Hahah. Memang hangin lah diorang.

So diorang tanya skali lagi kat aku, apa implikasi kalau buat kat config tu. Aku jawab la dengan jujur all the pros and cons kalau buat camtu. Diorang kata kalau camtu, kene hold dulu bab tu. Diorang kene bincang dengan boss diorang.

30 Januari, 2024.

Pagi. Aku baru sampai tempat client tu. Nampak bos aplikasi tu dah tunggu aku kat depan station kami. "Ha Fairuz. Mai sini sat. You citer kat I apa yang berlaku sebenarnya". Aku pon citer la semua - semua tu. With filter of course. Again. aku tak nak benda ni trigger internal fighting diorang.

Or so I thought.

Lepas boss aplikasi tu balik, 10 minit lepas tu, team member team aplikasi cakap,"Ok boss kitorang dah set meeting dengan diorang (team network dengan team server) pukul 10 pagi ni kat war room. Fairuz kene datang sekali, explain balik apa yang berlaku". Masa tu dah 9:55 pagi.

Wait a minute.

Hahahaha. Aku tak tau nak cakap apa. Aku follow je la.

10 pagi.

Masuk je dalam war room tu, semua "bersorak". "Ha datang pon dia. Duduk dulu sebelum apa2". Elok je aku melabuhkan punggung aku kat kerusi tu, terus diorang sound. Basically macam ni.

Bos network: Ha you citer siket apa yang berlaku sampai kalut sangat ni?

Aku tau dia tujukan ke team aplikasi. So I need choose my words carefully. Aku start dengan fakta.

Aku: Hari tu saya pernah present, macam mana nak integrate untuk masuk ke aplikasi kami. Sama ada lalu domain atau load balancer atau lalu nginx.

Bos Network tu mencelah.

Bos network: Eh mana ada you present tu.

Aku: Ada. Ada. Saya ada tunjuk dalam slide masa nak request nak bawak masuk server ari tu.

Kemudian bos server pon mencelah. Suara dia lembut je.

Bos server: Oh slide tu you ada email ke semua orang.

Bos aplikasi: Eh team kami takde pon dapat slide tu. Fairuz tak kongsi pon dengan kami. Nak suruh kami buat, tapi tak share pon apa - apa.

Aku pulak kene. Aku tau dia nak swing ke team - team lain sebab dia clearly tau bukan job aku nak inform diorang. Tapi aku gak dijadikan sebagai proxy dia.

Bos network: Ha Fairuz. Cuba you tunjuk balik slide tu.

So aku pon tunjuk balik la slide tu. Explain balik one by one. Lepas tu,

Bos aplikasi: Ha Fairuz. So rasa option mana yang paling sesuai.

Aku tau dia nak aku bagi jawapan apa. Dan aku tau team - team lain ingat pasal slide tu. Sebab diorang ada mention pasal something yang takde dalam slide tu tapi ada citer masa meeting awal - awal ari tu. So aku kasi la pendapat aku. Ni pendapat yang betul dan jujur. Bukan sebab kene gertak ke apa sebab aku nak memudahkan kerja semua orang. Tapi aku try berdalih lagi. Tak nak semua bergaduh.

Aku: Kalau ikutkan meeting hari tu, memang dah decide nak pakai nginx.

Bos network: Kita lupakan yang dulu tu. Sekarang, you rasa you suggest yang mana?

Bos network tau, kalau nak buat guna domain, benda ni akan delay lagi dan takde orang nak delaykan.

Aku: Ok terus terang. Kalau nak senang, kita configure kat Load Balancer je. Senang. Satu tempat dan sepatutnya kejap je.

Bos network dengan bos aplikasi terus kata setuju. Aku pandang ke puan yang bos server tu. Dia senyum je. Aku pandang ke brader team server tu.

Brader team server: Kalau macam tu, boleh je kita buat. Tapi minta hantar email. You ikut proses kitorang.

Bos aplikasi: Tak apa, tu nanti Fairuz boleh buat permohonan.

Bos network: Tu senang je tu.

Amboih masing - masing. Lepas tu ada lagi la sikit discussion yang nampak heated. Semua "Fairuz itu", "Fairuz kene buat ini". Padahal masing - masing tau je ayat - ayat tu ditujukan ke siapa. So selesai la meeting tu. Masing - masing PM tepi aku buat luahan. Aku vendor. Aku layankan je la.

Ok lah. Sebelum aku pergi makan tengah hari, aku shoot email pasal request tu. Dan lepas solat dzuhur, aku dapat la email kata dah implement.

Bergegas aku ke laptop aku. Check jadi ke tak config dia buat tu.

Tak jadi.

So aku pon whatsapp la kat brader server tu. Explain cakap tak jadi. So aku pon go back and forth dengan dia. Sebab benda tu takde depan mata aku, aku just boleh guide je. Sampai masing - masing buntu. So dia pon suggest.

Brader team server: Boleh tak pakai dua VIP (Virtual IP Address)? Nanti minta team network register kat MAMPU.

Aku: Pakai dua VIP maksudnya nanti kene pakai domain lain - lain. Unless kene set somewhere kat load balancer.

Brader team server: Kalau endpoint tu set kat server boleh ke?

Aku: Tu.. kene tanya team apps.

Brader team server: Sila2.

Aik. Aku kene jadi postman lagi ke. So aku try nak mengelakkan dari aku terjerat lagi skali dalam peperangan mereka ni.

Aku: Encik nanti bincang dengan bos aplikasi balik boleh ke?

Brader team server: Dia mungkin tak tau sangat bab teknikal. Cuba tanya budak dia.

Ok tak leh nak mengelak lagi dah ni. Aku whatsapp pulak kat budak aplikasi tu.

Aku: Awak, team server kata tak boleh buat la kat load balancer. 

Budak aplikasi: Bos saya cakap dia pegang decision pagi tadi.

Mana taknya kepala aku makin botak. Tergaruk - garuk kepala aku yang tak gatal tapi kusut tu.

Ok aku dapat idea. Aku whatsapp ke brader team server tu.

Aku: Ok apa kata esok pagi saya datang ke bawah, kita tengok sama - sama. Pukul 9 pagi.

Brader team server: Ok gak tu. Nanti saya jemput skali budak team apps.

Aku: Ok cun.

Aku tau kenapa nak bawak jugak budak team apps. Sebab kalau boleh, nak aku sendiri cakap kat team apps tu, yang benda ni tak boleh buat kat load balancer. Kene buat kat apps jugak. Nak benda tu keluar dari mulut aku gak.

So malam tu puas la aku baca documentation load balancer tu sana sini. Tengok - tengok kat stackoverflow. Carik - carik cara. So that esok hopefully dapat la setel kat load balancer. Kalau tak setel gak, memang aku la yang jadi senjata diorang.

31 Januari, 2024.

Sebenarnya aku ada meeting kat tempat lain (10km jauhnya dari tempat kerje ni). So 9 pagi tu aku terus pergi ke tempat server. Sambil tu aku whatsapp la kat budak team apps tu cakap aku nak terus pergi sana.

Skali dia cakap dia ada meeting lain. Aku pon ok je lah. Aku tak tau apa diorang discuss semalam between budak apps tu dengan brader team server tu. So I go alone.

So aku pon teruslah duduk situ, test - test set itu ini. Dengan confidentnya terus apply kat production level. Lepas tu aku bukak laptop dan terus test. Dan alhamdulillah. Dapat buat seperti mana yang aku request tu.

...

Again. This is normal. Kadang - kadang nampak macam haywire. Tapi disebabkan kebetulan aku duduk di tengah - tengah, aku rasa aku diberi peluang untuk tolong mediate dari isu ni berpanjangan. Aku tak kesah pon orang gunakan aku sebagai medium diorang kalau tak puas hati. I know it will hurt my heart.. A lot.. Kene tengking tak pasal - pasal. Dengar luahan masing - masing. But, still. Aku bersyukur sangat aku ada peluang untuk letak dinding untuk mengelakkan diorang terus bertelagah.

Apapon, kerja kene sabar dan jujur. Itu yang sepatutnya dijadikan normal dalam kerja dan kehidupan seharian. Biasala tu, kadang - kadang kita kene kutuk - kutuk (5% kat kiri) dan kadang - kadang kita dipuji (5% kat kanan).

Tak tentu esok kita ada di mana di dalam normal distribution tu.

Yang penting, buat je yang terbaik untuk semua. And mantain \( + \sigma \) for all.

.

Rujukan:

[1] Rajah 2 tu aku amik dari ResearchGate. Sos: https://www.researchgate.net/figure/A-normal-distribution-curve-with-its-two-tails-Note-that-an-observed-result-is-likely-to_fig2_50196301

Ahad, 28 Januari 2024

Relationship: Bad

0 comments

 I have done something bad..

I know Mr Zoidberg. And I do feel bad.

...

Relationship.

Kebanyakkan yang kita jumpa persamaan matematik, lebih merujuk kepada 2 pembolehubah, walaupon ianya macam \( f\left( x \right) = x\). Sebab \( f\left( x \right) \) itu sendiri merujuk kepada pembolehubah (yang merujuk kepada \( x \), atau kita panggil sebagai fungsi untuk \( x \)).

Dua pembolehubah senang kita nak gambarkan. 2D. Dua dimensi. Dan nampak menarik. Macam chart - chart kat dalam entri aku sebelum ini. Kalau satu je pembolehubah, kita nampak macam ni.

 

Tapi mana ada orang buat camni untuk satu data je. So the better representative is like this: 

Teringat aku masa 2010 aku kat UTM. Masa tu aku kerje sebagai research officer. Aku report kepada Prof Dr T. Dia pernah buat luahan perasaan kat aku (berkaitan dia nak fail kan ke tak sorang candidate PhD Math ni).

Dr T: Fairuz, kalau I draw line dari kiri ke kanan sepanjang dunia ni, apa akan jadi?

Aku: ?? (clueless)

Dr T: Kalau orang buta tau ada satu line lurus macam tu, dia tau tak kanan tu apa dan kiri tu apa?

Aku: Errr. Kalau ke kanan, menaik. Kalau ke kiri, menurun.

Dr T: Ha itu la. Semua orang tahu. Orang buta pon tahu.

Then dia proceed dengan luahan perasaan dia. Aku dengar je sambil cedok ilmu dia sini sikit, sana sikit.

The point I'm trying to make is, for 1 dimensional, senang. Ada satu value sahaja. Orang buta pon tau which one is going to positive and which one is going to negative.

Macam nilai correlation tu (sebab tu takde carta untuk dia!). Kalau (contoh) nilai correlation tu -0.8, negatif kosong point lapan lah dia.

Tapi jangan lupa. Nilai "1D" ni lah yang banyak kita guna seharian.

Ok enuough buildup.

Kita akan gunakan nilai "1D" ni untuk define relationship. 

Macam aku citer sebelum ni, relationship can goes both way. Bidirectional. But for this entry, I'm going to use relationship between me and other people.

Ok so untuk memudahkan kerja kita, kita define all value for relationship will fall between \( \left[ -1, 1 \right] \). There will be a finite value untuk relationship. Sebagai contoh, kalau untuk kategori suka dan tak suka, we can define "TAK SUKA" sebagai negatif dan "SUKA" sebagai positif.

Kalau aku tak suka sangat dengan orang tu sampai kalau dengar nama dia pon terus muntah darah, sampai masuk hospital, so tu maks la tu, kita define dia sebagai lowest, with the most min value is \( -1 \). Dan kalau aku terlampau - lampau suka sangat dengan orang tu, kita define positif with max value \( 1 \).

Now, relationship ada banyak jenis. Easiest way is to define it, ikut "verb" dan negate dia. These are for relationship between two people (but I don't see why we can't use it between people and things too!).

Suka = positif. Negatifnya = tak suka.

Admire = positif and loathe as negative.

Recomendation makanan betul = positif. Recomendation makanan tak betul = negatif.

Again, cara guna, kalau kalau orang tu rekomen makanan tu sedap dan aku test memang sedap, positif la dia dari mata aku. Kalau orang lain rekomen makanan tu sedap tapi aku test tak sedap, negatif la dia.

Untuk kes kali ini, kita nak tengok kalau orang minta pendapat aku.

We define it as, kalau orang tu terima pandangan aku positif. Kalau aku kasi pandangan, dia tak dengar, kita anggap dia negatif. We define it as,

\[   RelationshipPandangan_{0,a}=\sigma, \forall \sigma \in \left [ 0, 1 \right ]  \]

So kalau aku kasi pandangan dan dia tak dengar, kita cakap sebagai \( - \sigma \). Kalau aku kasi pandangan dan dia dengar, kita anggap sebagai \( + \sigma \). Subset \( 0 \) tu merujuk ke aku dan \( a \) tu kepada one particular orang lain. So read \( RelationshipPandangan_{0, a} \) as relationship pandangan aku kepada orang lain. Dan kalau \( RelationshipPandangan_{a, 0} \) tu pula merujuk orang tu kasi pandangan ke aku dan aku terima ke tak. Bidirectional. Nilai dia tak semestinya sama.

Ok?

...

Ok. Aku nak citer ni. Aku somehow "macam" terlibat dengan ada satu projek yang quite haywire dalam company aku. Semua serabut. Direction pon tak tau macam mana. "Macam" tu sebab basically department aku, takde la terlibat secara direct. Kitorang lebih kepada application untuk menggunakan product dari project tu untuk specific use case dan implement kat tempat client.

But the direction from my boss is clear.

You guys jangan masuk campur pasal projek besar tu. Korang buat je kerje yang I suruh. Kalau diorang tanya, you guys cakap tak tau. I pon tak nak amik tau pasal diorang tu.

Straight and clear. And we understood our assignment.

Tapi sebenarnya dia yang banyak suruh aku deal dengan team member projek besar tu. And somewhat, aku terlibat/slash/tak terlibat dengan projek tu. 

And my boss knows clearly. Aku ni selalu dicampak oleh team member projek besar tu kalau ada apa2 hal.

And whatever happens pon, our relationship between aku dengan team member projek besar tu, overall still lagi \( + \sigma \). Kecuali dengan top management diorang. I know boss aku maksudkan jangan terlibat dengan top management dari team sana. And so, I'm keep avoiding from them. Kadang - kadang tu ada berborak tu ada la. Dapat instruction direct dari top management sana, aku terus mengadu kat boss aku. Basically aku dengan top management diorang \( - \sigma \).

It doesn't seems like harmony untuk kerja dalam satu project. But again, I don't care pasal \( - \sigma \) tu. Aku kerje je ikut instruction bos aku. Bukan bos orang lain.

Right.

... 

Projek besar tu sangat haywire. Korang bayangkan, sampaikan nak guna satu product ready made tu, diorang mintak source code untuk product tu. Macam korang pakai Microsoft Word lepas tu rasa nak integrate sikit, korang mintak source code Microsoft Word tu.

Now, I'm hearing from both side. Yang team yang nak kene improve the flow (the new team) and the original team (the real OG) yang buat product tu. One side kata the OG team tak kasi kerje sama. The OG team kata they already comply whatever they asked and done what was instructed.

The new team is asking for the source code of the product. And the OG team keep hesitating (boss aku cakap).

But I do understand why OG team is hesitating. Bayangkan elok - elok source code tu ada kat dalam protected repo, lepastu kasi ke team lain. Kita mana tau apa yang diorang buat kat code tu. Or kepada siapa diorang akan lepaskan source code tu (can also refer to my post yang lama pasal copy and paste ni: Sorted Stack II).

For programmers, the source code is like their life. They put all their effort onto that. Hati dan perasaan semua ada kat dalam source code tu.

But I also do understand why the new team is asking for source code. The stress is building up. They need the answer as fast as possible. Instead of waiting for explaination, why not dig down to the real content and see what is happening.

I also assume that they were just following orders (top management trying to trap the OG team sebab dia tau, mana ada programmer yang suka - suka kasi source code ke orang lain). So they use the new team as their execution.

And yea I said it. The top management trying to trap the OG team. Because they keep demanding the things that THEY KNOW the team OG don't want to do it. Kalau team OG tak tolong, diorang akan kata: team OG tak beri kerjasama.

Why I said that? For me, the top management trying to keep a bill. In case kalau project ni failed, they will said that it is because the team OG tak kasi kerjasama. The bill is the price of kambing hitam. Teruk.. kan?


 It's no brainer which switch they will push when the time is come

 

And you wondered why I said it haywire?

...

But again, both team are my friends. Relationship for me and each of (both) team members are \( + \sigma \). And I do hope so from their side.

20 Januari, 2024

Ada la sorang team member dari new team tu minta tolong aku. Basically dia minta pendapat dari aku about the deployment and implementation of this project. Kene pulak nama aku kene petik dari old boss the OG team. "Ask Fairuz, he already done that",  kata bos tu. Dah aku pulak yang kene. Memasing ni kann..

But.. Now now. Since I'm already hearing from both side, I'm thinking I might have a chance to help out a little bit.

So I am suggesting to him, that act like a SI (System Integrator). Try not to modify existing working code. Just develop an app that will utilise the existing API. Only change the code if you are really really sure.

So we ended up kat situ. Not a single code kitorang tengok. Aku rasa ok lah camtu. "Jangan kacau barang orang lain.", teringat pesanan mak aku.

Little I know, I am actually making it worst...

...

So beberapa hari lepas tu, aku berborak la dengan kawan baik aku (letak nama dia as L2, sebab lepas ni nak refer balik). So dia cerita la. The new team member tu actually minta akses masuk ke server production team OG!!

I..

Wait..

What?

That is totally not what I meant!

So appearantly, aku rasa aku seolah - olah aku yang suggest test ke production. I mean, nobody will do that except kalau nak buat maintenance! And you are not doing that. Korang nak integrate!

Sakit betul kepala aku minggu tu.

Penuh dengan remorse.

What I have done!

Tambah pulak L2 ada cakap, "Kalau benda tu I tau tapi bukan I punya domain, I terus suruh diorang refer ke yang betul - betul arif".

Terasa betul.

...

24 Januari, 2024.

Bos aku jumpa aku. Borak pasal projek. Tapi at the end of the discussion, dia cakap kat aku. Slowly. "I tau u borak dengan the new team member tu. Satu je I nak pesan kat you. Kalau orang tanya melibatkan projek besar tu, you cakap je you tak tau dan tutup talifon".

Terdiam.

Teringat. Fixing was supposed to be the my theme for last year (1444H), and it shall carry on my shoulder forever. Tapi apa yang aku buat ni, ini bukan fixing...

Ini opposite of fixing...

...

26 Januari, 2024.

Before and after solat jumaat, I have done a lots of thinking. Aku tau, kesannya tu ke the whole OG team. But there's one particluar person yang aku betul - betul kene minta maaf.

So aku beranikan diri. Aku mesej ke JR. "Can i call you whenever you are free? I need to apologise to you". And she replied "Sure thing. What's up?"

Aku call lah dia. Aku rasa lebih 20 kali aku minta maaf. Itu pon aku rasa tak cukup. Dia pon gelak - gelak je. Kata no worries. This is all miscommunication. Lagi lah aku rasa bersalah. This won't happens kalau aku tak bukak mulut. The term "tak beri kerjasama", maybe I was one of the contribution for this. Sebab aku tak tutup mulut.

Aku pon tak tau nak cakap camne lagi.

It is not easy to have \( + \sigma \). It come with a cost. I should treat it carefully just like L2 said.

But I learned my lesson.

And I shall add it to my baggange, and I'm going to carry it until the end of my life.


 

And no. I need not another giving hand..