Ahad, 23 September 2007

...aah! girls

28 comments
Beberapa hari lepas, aku try godek godek carik domain internet. tension lak aku, banyak domain name yang aku suke, sume dah kene amik. yang aku ingat 2 tahun lepas still available.

Fa.com - pasal sabun fa
Fa.net - tah, search engine mane tah. tucows punye
Fa.org - friends academy ape tah
Fa.biz - available, tapi aku tak suke .biz
Fa.info - available gak. tapi aku pon tak minat sangat .info

ade gak aku amik fa.net.my.. tu pon kalo aku banyak duit la...

Beeth: Girls are like internet domain names, the ones I like are already taken.
honx: well, you can stil get one from a strange country :-P

taken from QDB Quote

...aah! and faith unfaithful kept her falsely true...

Isnin, 17 September 2007

...aah! welcome to global dimming

31 comments
If There Was A Single Day I Could Live,
A Single Breath I Could Take,
I'd Trade All The Others Away - Lamb of God: Laid to Rest


Cerita sebelum aku balik kampung.. Rabu 12 sept

aku kene deal (blajar) dengan seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan. deal mengenai sesi SPSS, untuk defend kerje thesis aku nih. so, aku bagi la msg kat dia..

Msg aku:
Salam..puan atie,boleh sy tau bila puan free.sbb sy ingin belajar SPSS dgn puan -fa

Dia reply:
Jumaat pkl 10.30. Dah bgn ke masa tu?

Mak aih. hakikat itu memang sungguh pahit. sampai ke fakulti pengurusan rupanya cerita mengenai aku suke datang keje sesukehati aku je. haha. ni la akibatnya diberikan kebebasan yang terlampau. aku buat rilex je. aku reply balik..

Aku reply balik:
Dah bgn kot.ok.terima kaseh.nanti sy dtg ke sana.

Then die kate ok. kakak aku soh aku balik hujung minggu. and aku teringin sangat nak balik memandangkan aku dah lame tak jumpe kakak aku. tak pe la. nanti pepandai la aku running ke hulu ke hilir, sambil cuba mengelakkan jadi lebai malang. hehehe..

Khamis - keesokkan harinya..


Aku dapat msg dari Puan Atie:
Asm raja, sori..esok sy x blh jumpa u. Nanti bila sy free, i let u know. So sori..

Hah. betapa gembiranya aku, sebab at least ade ruang longgar untuk aku running ke kampung jumaat itu. cadangnye nak bawak kawan aku skali, tetapi die ade hal pulak. emm.. takpe lah. lain kali je la aku bawak die..

Jumaat dan seterusnya - di kampungku

Tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada balik kampung. dan lebih menggembirakan apabila semua adik beradik aku and sedara sedara rapat aku turut serta balik ke kampung.

Akak aku balik ke kampung sambil memberikan hadiah kepada adikku, iaitu camera digital Olympus. dan akak aku sendiri membeli sebuah kamera Nikon dan sebuah laptop jenama Dell. bestnye diorang. aku still belum ada apa apa aset lagi yang boleh dibanggakan. tak apa lah. adik aku memang memerlukan kamera digital since kursusnya (architecture) memerlukan gambar sebagai referencenya dan kakak aku pula memerlukan laptop untuk pembelajaran dan fun serta camera untuk errr... event bulan 12 nih. hihi



Dah lame lak rasanya tak buat senaman ringan ketika berpuasa. sementara nak menunggu azan Maghrib, aku, adik and kakak aku, sedara sedara aku sama sama bergotong royong membersehkan persekitaran kawasan rumah. penat gak. tapi yang bestnye apabila bermain dengan api. dan yang lagi best apabila melakukan pembakaran secara terbuka tanpa rasa bersalah. hah.. cemerlang sungguh aku ni diwaktu pose. haha



pic ni, dari kanan adalah abang zaidi, mizi dan aku. err.. teringat lak macam mana dulu aku dan mizi menyambut hari raya pertama di kampung tahun lepas. hari raya pertama tahun lepas, seperti juga tahun tahun lepas, kami 3 keluarga hanya duduk duduk sahaja dirumah. dan ketika waktu malamnya, (mungkin) akibat terlalu tense disebabkan dah hari raya tapi tak de plan ke mana mana, aku mengutarakan pandangan.

pukul 10 lebih..
Aku: Weh mizi, jom kite pergi 7/11 kat alor gajah jap. aku nak beli tembakaw rokok.
Mizi: Ok gak. jauh tak alor gajah?
Aku: Dalam 10 minit kalo naik moto nih. kalo naik kete, 5 minit je.
Mizi: Jom..

dengan menaiki moto Honda Fame yang dipinjamkan oleh jiran aku, maka kitorang pon pergi la ke 7/11. dan setelah sampai di 7/11 alor gajah..

Mizi: Jauh tak mesjid tanah dari sini?
Aku: Tak jauh sangat la. dalam 20 minit. kenapa?
Mizi: Jom kite g jalan jalan ke sana.
Aku: Jom..

Namun aku terlupa bahawa 20 minit tu adalah dengan menaiki kete. kete yang best. tapi kitorang naik moto. moto (pinjam) yang dah agak uzur. bawak 50kmph je dah bergegar satu dunia dan tidak lupa juga dengan kesejukkan malam yang menggigit seluruh tubuh. tak plan pon nak pergi jauh. pakai baju nipis..

Setelah 40 minit. dalam pukul 11 lebih di mesjid tanah. seperti bandar mati. juga seperti bandar alor gajah. sunyi..
Aku: Ni la die Mesjid tanah..
Mizi: Owh..
Aku: Lepak lepak nak. cari kedai minum..
Mizi: Ok gak..

Kehulu kehilir mencari port yang best. tapi takde. so kitorang decide nak melihat lihat Matrix Londang yang slalu disebut sebutkan. dan kebetulan ada kedai minum kat situ. lepak sebentar dan minum minum sambil berborak borak. mizi tengah layan sms dengan member die. and kebetulan member die ade kat kampung dan ajak kitorang beraya umah die..

Mizi: Jauh tak Pengkalan balak dari sini?
Aku: tak kot. napa?
Mizi: Kite g kampung kalip nak? kat pengkalan balak.
Aku: pergi beraya?
Mizi: a'ah.
Aku: selamber. jom..

dan tepat pukul 1 pagi, kitorang sampai ke umah (kampung) kalip. dan disambut oleh kalip dengan makanan rendang dan lemang disertakan dengan pelita diluar rumah (segan nak masuk umah orang pepagi buta). pukul 2 pagi balik ke rumah dan sampai di rumah pukul 2 lebih disambut oleh kerisawan famili aku. hehe.. itulah rumah pertama kitorang pergi beraya pada raya pertama malam raya kedua tahun lepas. hah. raya kali ni, rasanya macam nak buat macam ni gak. sebab rasa macam fun lak. hehehehe

ref: BBC Global Dimming video, Wikipedia

Rabu, 12 September 2007

...aah! sekadar luahan (10)

37 comments
Sudah agak lama kiranya aku tidak menulis beberapa perkara yang agak berat didalam blog aku ini..

Beberapa bulan yang lepas, aku tengok cerita Doraemon. the same old plot. Nobita kene buli dengan Giant and Sinyu, then merayu kat Doraemon meminta alat dari Doraemon. pastu Nobita salah gunakan alat tu sehingga melibatkan Shizuka.

gambar doraemon la. takkan gambar aku lak

Bab kali ni mengesahkan mengenai satu alat yang Doraemon keluarkan, alat yang diberi nama "Alat Mendengar Hati Orang Lain" (lebih kurang camtu la). alat ni macam earfon bluetooth. mula mula Nobita pakai. then macam biasa la ianya dirampas oleh Giant. dan ketika Giant pakai, bla bla bla (macam macam events berlaku) then Giant mula terasa menyesal atas perbuatannya. dia pulangkan semula alat tersebut kepada Nobita. dan ayat yang paling sedap sekali dia cakap (yang aku sendiri pon tak sangka dia cakap macam ni - sorry, aku agak bias terhadap Giant before this):

Saya pulangkan alat ini kepada awak. biarlah saya tidak tahu apa yang orang lain fikirkan. itu pon untuk kebaikan saya jugak. - Giant


Betul apa yang Giant cakap tu. kadang kadang aku/kita terlalu memikirkan perasaan dan hati orang lain sehingga sometimes kadang kadang ianya melukakan sendiri hati orang tersebut ataw orang lain. dan macam mana kita nak taw yang kita dah melukakan hati orang? teringat lak beberapa minggu lepas, aku call and berborak dengan azah. for some reason, tetiba kami terborak pasal hati. die cakap kat aku (sort of..):

Kita tak tahu hati orang. kadang kadang kita sendiri pon tak tahu hati kita sendiri. apatah lagi hati orang lain. hati kita ni hanya Allah SWT sahaja yang tahu kerana sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui. - Azah


it's make me think. so, apa yang kita perlu lakukan kalo kita tak tahu hati orang? kadang kadang apa yang kita buat kita fikir betul tetapi tidak pada orang lain. kadang kadang kita buat untuk memprotect orang lain ataw diri orang itu sendiri tetapi akhirnya memakan diri. ni kata kata cik X kat aku sehingga membuat aku rethink my situation/life.

buat je sesuka hati ape yang difikirkan betul. janji tak kacaw orang dan tidak melanggar hukum syariat. - cik X


yup. simple words. and walawpun kat tag tu kelihatan cik X ni agak ganas, tapi at certain point, i know she the one that i could rely. sebab beliau memiliki pemikiran yang agak kreatif, jalan jalan kehidupan yang dilaluinya juga sukar manjadikan pengalamannya sebagai jalan untuk dilintasi meniti jalan dihadapan. dan keupayaan dia mengpsiko diri sendiri tu yang menjadi kekuatan pada dirinya. mengpsiko diri agar memikirkan apa yang dilakukan adalah betul.



yeah. banyak actually aku belajar dengan cik X ni. cubaan untuk menepis pandangan luar. belajar cara tidak mengjudge orang. tidak memandang luaran. sebab all that things akan mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan yang perlu diambil. tindakan yang diambil untuk berbuat baik kepada semua orang.

encho: pernah dengar tak...
encho: "Barangsiapa yang tidak membuat kebaikan di bulan ramadhan...Allah akan haramkan kebaikan ke atas dirinya...."
encho: Allah akan haramkan pertolongan ke atas diri kita gak...
encho: baru dengar mlm td...
encho: ceramah ramadhan mlm td...
encho: kekadang kita tk perasan, hidup kita kacau bilau....tk tentu arah....sbb ape?
encho: mungkin ni salah satu sbbnye..

encho (budak fakulti sha, jabatan SKK) berkongsi apa yang didengarnya dengan aku. kene berbuat baik. and hopefully ianya (buat baik tu) tak berlangsung didalam bulan Ramadhan sahaja. kene gak teruskan untuk bulan bulan yang lain. thanks encho for sharing :)

...aah! sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin meminta maaf atas keterlanjuran aku, kebiadapan aku, kesengalan aku dan segala macam lagi kesalahan aku kepada korang. maafkan aku dari hujung rambut ke hujung kaki. dari hujung kata ke hujung hati. semoga kita sama sama dapat be a better person for tomorrow and beyond dan semoga amal kita diterima olehNya. insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dari saya sekeluarga, fa..

Selasa, 11 September 2007

...aah! Naruto-Kun's Character test

13 comments
naruto
Which Naruto Character Are You?
Test by naruto - kun.com


ref: Naruto-kun, yazid, t, ah chai.

...aah! tiada apa yang lebih menggembirakan apabila berat badan naik jadi 45kg. rekod yang tertinggi skali dicatatkan dalam tahun ini. nak nak pulak dah dekat time pose.. lagi senang berat aku naik :)

Isnin, 10 September 2007

...aah! END of weekEND

13 comments
... malas lak nak tulis. hehe

Disebabkan hari sabtu dan ahad lepas aku asyik lepak dengan Encik Yazid dan beliau telah menceritakannya, so rasanya tidak perlulah aku untuk bercerita benda yang sama (alasan seorang pemalas). bacalah..



aku telah tambah beberapa lagi link kepada blog rakan rakan aku. let me introduce to them one by one..


  • Aishii - The Otherside
    oleh Sha

    Mengenai kesah luahan hati seorang wanita yang bernama Aishah yang kini merupakan seorang pelajar di salah sebuah institut tempatan selatan tanah air. motto blog beliau adalah "I am, I exist, that is certain". cerita yang disampaikan ditulis dengan sesukahati die je (rujuk komen aku kat frenster die). hah.. tapi tak pe. tu yang buat aku suke bace blog si sha ni. hehe
  • my name is alan..
    oleh alan

    Sebagai seorang bakal pilot dinegara kita ini, alan telah melatih dirinya untuk menyampaikan (ataw mengforwardkan) email/spam/frenster buliten di dalam blog beliau. pilot and forwarding email. apa kaitannya? sila tanya kat alan.. (ekceli die cakap die buat blog adalah: "saje test.. org sume ade.. aku nak gak..")
  • Not a cinderalla story
    oleh (bukan) Ati/Edriati

    Suka duka kutukkan serta segala apa cerita dicoretkan didalam blog kawan satu sekolah ni ha. just recently, die slalu post pasal kutuk orang. cemerlang sungguh la minah ni. hehe.. owh. 3 November ni die akan menyambut birthday die yang ke 23. taniah.
  • Teratak 42
    oleh Penduduk Teratak 42

    Kesah asam garam kehidupan penduduk Teratak 42 mengharungi suka duka kehidupan. Blog ini dicoret oleh penduduk Teratak 42 yang terdiri dari high class, middle class, lower class serta lowest of the lowest (aku le tu) yang masing masing mempunyai pelbagai status penduduk, iaitu penduduk tetap, penduduk kadang kadang tetap serta penduduk yang buat buat tetap (Betik)...

Jumaat, 7 September 2007

...aah! 88th Post

8 comments
Ketika orang lain sedang sibuk menyambut ulangtahun ke 10 la, ke 50 la (segala yang genap 10, jubli intan, jubli perak bla bla bla), aku lak nak sambut the 8th moment yang aku baru sedar tadi. kebetulan banyak gak 8's

88th Post on fafa-null2.blogspot.com


88 orang dah view aku sejak 1 september 2007 kat frenster aku


888 komen telah diterima di frenster


in this 88th post, hopefully segala yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan. segala yang baik itu datangnya dari Dia yang Satu dan yang buruk itu datangnya dari diri aku sendiri. thanks all for ur support to make these things happens. even if it is a small things, but this small things make a big things happens.. minta maaf kepada sesiapa yang terluka hati, termakan hati, emo, marah marah, cedera, sakit dan sebagainya disebabkan post aku before this and maybe after this. blame me k!~

wassalam

ps: aku telah tutup sebarang pengomenan di post ini setelah menerima 8 komen. terima kaseh kepada tukang komen ke 8 iaitu t.. jasamu kan ku kenang. hehe

Ukays - Citarasa + Untuk Kita Semua

Alam yang terbentang luas
Adalah hamparan untuk kita
Mengecapi segala impian

Sedangkan di antaranya
Ada baik buruk
Cuba kita merasai nikmatNya

Pahit manis mestilah dirasa
Kerna hidup tak semudah disangkakan
Jatuh dan bangun memantangkan fikiran
Mengajar kita erti kejayaan

Hitam putih rencah hidup
Ku tak pernah jemu
Yang putih indah dipandang
Yang hitam menawan

Namun hitam atau putih
Nyatalah sama
Terserahlah di hatimu menilai

Tepuk dada tanya selera
Manakah satunya citarasa kita
Kerana hitam dan putih lebih bermakna
Seperti malam mencernakan mimpi

Aku suka yang hitam manis menawan
Mungkin engkau lain pula kerenahnya
Rambut sama hitam namun di hati berbeza
Itulah hakikat kita manusia
(ulang 1x)

Pahit manis mestilah dirasa
Kerna hidup tak semudah disangkakan
Jatuh dan bangun memantangkan fikiran
Mengajar kita erti kejayaan

Hitam putih rencah hidup
Ku tak pernah jemu
Yang putih indah dipandang
Yang hitam menawan

Namun hitam atau putih
Ternyatalah sama
Terserlah di hatimu menilai
Citarasa

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekilas kilau di air yang tenang
Terperciklah gerak tari kehidupan kita
Yang penuh keindahan

Tanyalah pada dirimu sendiri bagaimana
Masa silam yang beronak berduri
Mungkin kau tahu manisnya

*
Segalanya telah tersirat pada yang tersurat ini
Semakin nyata bagai bulan diribaan malam
Keriangan.....
Sememangnya kita ini terlalu indah diciptakan
Terpilih bukannya tersisih

Bertuahlah bumi yang dipijak
Seandainya langit disanjungi
Kasih sayang semakin terserlah asyiknya

Ku tak rela hidup disiakan
Biar di mata di hati mu tak
Baru saja kita gemilangkan
Untuk kita semua ho ho

Di sini ku rentangkan permaidani yang berbaldu
Biar itu kita mahkotakan nurani dan naluri
Di sini damailah hati yang resah dan kecewa
Antara kita ada lebihnya mungkin terlindung
Indahnya.....

(ulang dari *)


...aku masih lagi (dan sentiasa) dimiliki olehNya. semoga aku tidak akan terlupa hakikat ini :)

Rabu, 5 September 2007

...aah! ahaha

6 comments


khas kepada hosmet hosmet aku :)

usaha tangga kejayaan. gagal sekali, bukan bermakna gagal selama lamanya. berusahalah korang kat depan sana ye mencari signal lagi lagi tinggi

Hehehe

Selasa, 4 September 2007

...aah! tagged

2 comments
Aku amik dari blog aku_cakk:

The Rules:
1.Post these rules before you give the facts.:
2.List 8 random facts about yourself.
3.At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
4.Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

8 Random Facts about myself:
kebetulan aku dah tulis.. baca kat link ni.

owh.. ade lagi satu. cara aku berborak melalui ym/pm/frenster/di alam maya adalah berbeza giler dengan face-to-face.

Tag (aku letak semilan orang..)
1. Kucai
2. Yazid
3. Circle In Spoon
4. President
5. Sarmi
6. Asmah
7. Niki Lala
8. G-Man
9. x. hehe!~

Ahad, 2 September 2007

...aah! damn the weekend

4 comments
(actually aku nak tulis pasal kemerdekaan, tapi aku rase ramai dah tulis pasal kemerdekaan, so aku better teruskan dengan cerita biasa biasa.. meneruskan siri Damn the Weekend yang dah lama aku tinggalkan)...

1 September 2007

Pagi pagi buta (sebelum subuh).. Panjang Terbabas (basist band Lorong Terbabas) beserta dengan ahli ahli band mereka mengdiscover bahawa terdapat leaking wifi kat area dalam bilik Geweng Terbabas (vokalis band Lorong Terbabas serta merangkap penduduk Master bedroom rumah kitorang) dengan menggunakan laptop Panjang Tebabas yang giler power (mahal giler laptop die). di sinilah bermulanya titik permulaan bagi sejarah kemunculan (semula) internet di rumah kami..



(video lorong terbabas ketika konvo besar tahun lepas, ekceli takde kaitan dengan pos ini)

tapi, aku agak lambat mendapat berita tersebut - iaitu waktu petang ketika aku baru bangun tdo. berbekalkan dengan semangat kemerdekaan yang tinggi serta kekenyangan yang melampau akibat overdose makan cekodok buatan sendiri, maka mula lah aku mencari spot terbaik untuk mendapatkan signal bagi wifi tersebut. and akhirnya, internet dibilik aku mula berfungsi, walaupun ada ketikanya ianya sengal sengal ubi.. kene letak kat bawah baru boleh dapat.



berita gembira ini juga turut menjadi titik tolak kepada orang kaya baru housemate kitorang (Kucai) untuk terus membeli adapter wifi baru. tetapi setelah dicuba dari malam sampai la keesokkan paginya, still berjaya dan tak berjaya. kejap dapat and kejap tak dapat.. tak pe Kucai. usaha tangga kejayan. tiada usaha, susah la nak berjaya. pasni ko berusaha la ek. aku nak tdo. letih giler...



bende yang sama jugak hampir terjadi Yazid, cuma Yazid langsung tak dapat.. ekceli, aku sedar yang acapkali Yazid datang ke bilik aku, tetiba internet connection terputus. begitu juga ketika berada di bilik Geweng Terbabas. dengan asumsi yang ada ini, aku menganggap kehadiran die sentiasa menarik gelombang gelombang serta packet packet ke dirinya. mutant-x betul la Encik Yazid nih..



tetapi lain pula ceritanya dengan pc Geweng Terbabas.. dapat, pastu tak dapat, pastu still tak dapat then dapat balik.



...aah! we need to find a perfect spot!

actually aku tak tdo dari semalam. tu yang tulis merapu nih. damn. hopefully aku tak terleka dengan internet ini, seperti final sem degree aku ketika di Kolej Tun Razak, dengan mengguna-pakai-tanpa-izin akaun penduduk Kolej 12. almost the same. cuma kali ni tak taw sapa pemilik AP nih (alasan yang bagus.. tak taw sapa yang punya, so, tak dapat la nak mintak izin)..