Halaman

Selasa, 27 Februari 2024

The current

0 comments

Circa 2021. Aku terlibat dengan satu projek ni. Berkaitan dengan agensi yang berkaitan dengan laut.

Alhamdulillah, banyak benda yang aku belajar. Sebelum ni kitorang banyak terlibat dengan on-land punya sistem atau sistem yang tak sentuh tanah (read: political system).

So untuk team kami, kami nak tak nak, kene la belajar macam mana kapal belayar kat laut.

Ya. Kene belajar macam mana kapal belayar kat laut. Bukan maksud kami nak tau macam mana nak sauhkan kapal. Tapi kami nak kene belajar cara reading untuk kapal tersebut. Segala apa attribute yang kapal tu kasi, kene fahamkan. Tak perlu hafal. Tapi fahamkan.

Data informasi kapal tersebut di"capture" oleh AIS, kira macam kat pantai atau kat tanjung punya "receiver". Dia kena ada atas tanah. So kita panggil dia - Sumber AIS = Terrestial.

Dan AIS tu sendiri merujuk kepada Automatic Information System. Dah memang kerja dia untuk dapatkan informasi kapal - kapal yang broadcast AIS data.

Data yang kitorang dapat untuk AIS tu agak banyak. Dari dimensi kapal tersebut, nama kapal tersebut, nombor kapal, dan "call-sign" kapal tu (kira macam no plet kapal tu).

Ok tu straight forward. Tapi yang tak straight forward dia, data macam gambar bawah ni (data AIS kapal macam ni boleh tengok kat marinetraffic.com, tak kan le aku nak letak gambar data dari projek aku.. kann.. kann.. hahah).


Maksud aku confusing, dia ada Course dan True Heading.

Macam aku selalu pesan kat kawan - kawan aku, kalau confuse benda berkaitan dengan numbers ni, tengok unit dia.

Degree.

Maksudnya arah kapal. Betul?

Ok hampir betul. Course atau Course Over Ground (COG) adalah arah dimana TUJUAN kapal tersebut menghala. Bayangkan kalau kat Google Maps tu, dia akan kasi arah pusing ke 30 deg di hadapan. Kita akan buat 30 deg di hadapan. Dan True heading pula, merujuk kepada kapal tu sebenarnya pointing ke arah mana. Ok ni nak kene explain lebih sikit (maksudnya dia kena ada perenggan dia sendiri).

So kalau kapal bergerak kat atas laut, ada banyak faktor nak kene ambil kira. Macam ombak, angin laut dan sebagainya (aku takde idea lagu nak kasi contoh). Ok sikit je explaination dia.

Contoh researcher gunakan True Heading (HDG) dan COG untuk tentukan tsunami [97]

COG dan True Heading tak semestinya sama. Faham kan?

Ok jadi satu lagi persoalan. 0 degree tu, kat mana eh. Atas ke? Bawah ke? Dari pusat bumi ke.

So masa tu, aku pon mula lah mencari - cari dimana 0 degree tu. Ya. 0 degree tu sebenarnya merujuk ke arah utara.

Tapi, tahukah anda, sebenarnya kita ada beberapa jenis utara? Haa aku pon baru tau.


Magnetic North vs Grid North vs True North [98]

Utara tersebut adalah:

  1. Magnetic north. Merujuk kepada arah magnetic bumi kita ni. Dia senget sikit dari utara yang satu lagi.
  2. Grid/Geographic/True North. Merujuk kepada utara berdasarkan (virtual) line yang kita lukis kat atas peta tu. Geolocation yang kita guna yang macam 2°01'01.2"N 102°34'48.6"E tu, merujuk kepada (virtual) line kat peta!

So actually, utara yang kite dok selalu tengok kat kompas tu, bukan utara yang sama macam dalam dalam gambar - gambar yang selalu kite tengok tu. Kompas utara, adalah menunjuk ke Magenetic North. Bukan Grid/Geographic/True North pon..

Gambaran artis, ade megnet dalam bumi kite [99]



The thing is that, benda ni macam inspire aku.

I know what I want, I know where I should be heading (COG). Cuma kadang - kadang badan aku mula ke arah lain (True Heading).

Kalau kapal - kapal moden, dia ada macam - macam sensor dan calculation untuk pastikan kapal tu actually ke arah yang dia sepatutnya dia pergi. Dan aku pulak, mengharapkan rakan2 dan family aku untuk drag aku ke arah jalan yang betul. No cap.

Contohnya macam kes aku ni. It should be enough kalau aku tau what is COG and what is True Heading untuk purpose projek aku. Tapi banyak juga aku spend masa nak fahamkan pasal all the type of north yang ada.

Distracted.

Aku senang sangat distracted kalau buat kerja. Susah nak elak. Mana taknya. I'm still like a child. Semua benda senang untuk buat aku interested nak tau apa. Or in alternate sentences, semua benda senang untuk buat aku distracted aku lol.

True. I wanted to learn lots of things. But at the same time, I also wanted to revise or study benda - benda yang aku dah belajar. Not because of ada ujian ke apa. Tapi sebab aku memang suka macam tu.

Because in the end. Aku tau aku ni senang hilang fokus.

Nak nak pulak, kerja aku ni jenis macam kejap buat projek itu, kejap buat projek ini. Walaupon aku tersangatnya fokus masa buat sesuatu kerja, tapi aku juga tersangatnya senang untuk aku fokus ke kerja lain at the same time.

I know this is my downside. 

Tapi aku tak boleh ubah. Like I said, the nature of my work is like that.

Especially sekarang. Aku ada more than 5 concurrent project yang aku basically kene hand-dirty.  I can highly focused on works but at the same time, I can also easily distracted.

The thing is, macam mana aku nak tau aku bukan distracted? Macam mana aku nak tau aku punya true heading? How should I know my true heading is actually True Heading?

So what should I do?

Set the target.

Aku start dengan set tema aku untuk 1445H adalah untuk focus. Ya. It's already 8 months I'm trying. But anything I do, it must be within this theme.

For every works yang aku buat, aim aku adalah untuk fokus ke hujung jalan.

Kalau untuk kerja, aim aku adalah project successfully delivered. So I should focus on that.

Benda - benda lain yang tak membantu project delivery aku, aku anggap dia sebagai distraction.

Kalau untuk anak - anak kau, aim aku adalah nak pastikan diorang membesar dengan sihat.

Kalau fokus aku untuk nak mengelakkan dari bergaduh, I know what I should do (dis also relates to 1444H punya tema, fixing)..

Dan kalau untuk life aku..

Em..

Emm...

Hahahah.. Aku pon tak tau. Janji aku hidup je kot hahah.


P/S:

[97] Research Paper on Measuring offshore tsunami currents using ship navigation records

[98] Ambil dari slide share. Tapi rasanya dia pon tapau dari sini. (Sumber rajah) Uncharted 101

[99] Sumber rajah: Blog Directional Drilling Art
 

Isnin, 12 Februari 2024

Gate

0 comments

Circa 1996

Aku baru berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka tahun 1996. Masa tu aku kecik lagi. Darjah 6. Ok takde la kecik sangat. Kecik as is masih suka bermain dan "takde la kecik sangat" sebab dah boleh buat keputusan sendiri.

Kalau sebelum tu kat Kuala Lumpur (Gombak Setia to be exact), aku suka explore dan main - main kat luar. Panjat pokok, main longkang, main basikal, jalan kaki berejam. Ya, ada je benda aku buat. Yang penting, time azan Maghrib, dah balik ke rumah (kot tak, mak aku jerit panggil nama kat rumah flat Gombak Setia tu). Tapi aku takde la nak kata banyak kawan. Tapi boleh je bergaul kot dengan budak - budak yang main kat luar tu ha. I mean, it just I'm doing as normal stuff as a kid should be.. I guess.

Tapi kat Melaka pulak, aku duduk jauh dari budak - budak lebih kurang sebaya aku. So in the end, sama ada aku main basikal kat luar, atau aku duduk saja kat rumah.

Tapi sebab naluri aku sebagai budak yang suka explore, mulalah aku main itu ini kat dalam rumah. Masa tu kebetulan pulak, ayah aku ada sebuah kompiter yang dia asalnya dia beli untuk kerja dia. Intel 8086. Tapi sudahnya jadi tempat aku bereksperiment. Belajar guna MS-DOS command prompt. Belajar buat batch script. Belajar Lotus-1-2-3, WordStar dan macam - macam lagi lah.

Dari situ jugak lah aku mula belajar how computer works (pergi Public Library Alor Gajah weh carik buku pasal kompiter). Masa tu jugak aku belajar ada Integrated Chips (IC) kat dalam tu. Dan kebetulan (lagi) pulak, ayah aku sebelum tu memang kerja as System Integrator (I mean, the real deal. Macam nak kene integrate sistem Jepun dan sistem Amerika!).

Ini adalah chips. Atau aku panggil IC.

So kat rumah, dia adalah simpan set of chips/IC. Ada jugak majalah berkaitan dengan elektronik, IC dan pasal nak buat lampu lip-lap lip-lap tu. Aku pon, apa lagi. Mula la tengok - tengok chip tu. Mula lah belajar pasal logic gate. Belajar soldering itu ini.

I kid you not. Masa tu aku takde la pandai english (darjah 6 kot), tapi aku bukak je buku datasheet dari National Semiconductor pasal logic. Apa susah kan? Kat IC tu ada nombor, so aku carik la nombor tu kat dalam buku ni. Contoh IC tu "label" dia DM74LS14N, so aku carik DM74LS14N dalam buku ni.

Sebijik macam ni ha. Nanti kalau aku balik kampung aku carik ada lagi tak buku ni.

So kalau aku bukak kat datasheet tu, aku nampak la dia punya detail macam ni. Apa pin configuration dia, dan apa logic dia.

Datasheet for 7414

Dan IC ni ada banyak jenis/family. Ada CMOS, ada DTL, ada TTL. And amongst of all types of chips, aku berminat kat satu family type of chips ni. TTL. Transistor-Transistor Logic. Sebab dia senang. 5 volts. Input true or false. Output true or false. Senang. Straight forward.

Dan aku sangat berminat pasal logic gates tu. Kat dalam datasheet tu, memang akan ada tulis apa input dan apa expected output. Yang tu kita panggil sebagai truth table. Ada satu (atau beberapa input), dan apa expected output dia.

Contoh Truth Table untuk NAND Gate. A, B tu input. Q tu output.
 
Ok. So itulah mainan aku masa kecik. Tengok IC, carik kat datasheet, tengok Truth Table dia, lepas tu try la solder IC tu combine macam nak combine empat NAND Gate untuk jadikan satu XOR Gate dan macam - macam lagi lah.
 
...
 
Circa 1998ish

Tapi ada beberapa ketika, aku perasan, kadang - kadang output dia macam tak beberapa cantik macam aku harapkan. Contoh kalau time aku dah integrate gate logic aku dengan board aku yang lain, aku perasan benda dia macam kadang - kadang dia tak stable.

It should be as straight forward as it is right? Low and High. Ada dua state sahaja.

Rupanya, tak semestinya input tu 5v akan produce ke High. Possible jugak kalau input tu 4v dia akan treat as high. Kene baca manual dia.

Rajah di atas menunjukkan kalau voltage dia kurang dari \( V_T \) dia akan treat input tu as Low dan kalau dia lebih dari \( V_T \) dia akan treat input tu as High.

It just that, kebanyakkan sistem aku ada input dari analog. 


I'm not saying that this is a bad thing. It just that I need to understand correctly to ensure that my system is producing a predictable and measurable outcome.

Tu dia!
 
And yes. That is a sigmoid function. Atau dalam project management IT, diorang selalu sebut sebagai S-Curve. Ok aku malas pulak nak citer pasal sigmoid function tu. Sebelum aku tulis post ni, aku memang ingat nak citer. Tapi nanti macam drag lagi panjang pulak. Lain kali eh.
 
...

Now. Lately (read as, since I'm late 30 years old), aku perasan behaviour aku macam behaving lebih kurang macam mana Logic Gate ni berfungsi.

Ok. Low state tak semestinya tak bagus. High state tak semestinya bagus. But for binary sistem, we just have two state. A atau B. Satu atau Kosong. Tu je.
 
Dulu, aku ada momentum untuk rajin upload post kat blogger, facebook atau apa - apa social media, just to interact with my friends - we put it as in High state. Dan lepas beberapa ketika, aku rasa macam jadi makin malas pulak - and we put it as Low state.
 
That is just the small thing. On the more serious notes - macam kerja, dulu aku suka melengah - lengahkan kerja (low state). Up to one point, aku rasa stress dan marah sangat dengan diri aku. So aku sekarang ni rajin nak buat keje secepat mungkin (high state). Again, the state tak menunjukkan satu bagus dan satu lagi tak bagus. Siapkan kerja secepat mungkin, means aku kene sacrifice something. And for this, masa aku. Aku nak siapkan keje aku secepat mungkin, aku kene buat keje sampai tengah malam.
 
And the more I try to understand myself, the more I become more.. depressed.

Sebab, ianya akan mengundang ke satu soalan besar.

Apa yang trigger perubahan tersebut? Macam logic gate, senang. Aku tengok kat truth table dia je. Tau expected input and expected output. But for me?

...

For simple thingy macam doomscrolling kat social media tu, benda yang boleh trigger aku dari stop doomscrolling kat social media adalah aku rasa makin stress tengok kawan - kawan aku post atau repost something yang pasal benda yang tak pasti. Benda yang menimbulkan pergaduhan.

It is just as simple as that.

Tapi kalau benda makin berat, macam procrastination kerja tu, aku start cepat siapkan task aku sebab aku tau, kalau aku slow, benda ni akan impact kat office mate aku.

So kali ni agak berat sikit.

Jadinya, makin berat atau makin besar perkara tu, aku perlukan force yang makin kuat atau makin berat untuk aku tukar state aku.

Newton First Law: Inertia.
Newton's first law states that every object will remain at rest or in uniform motion in a straight line unless compelled to change its state by the action of an external force. This tendency to resist changes in a state of motion is inertia.

Lagi besar object tu, lagi tinggi force kene pakai untuk tukar state tu.
 
Dan kadang - kadang, ia memerlukan trauma untuk aku tukar state tu.

And how I define it is big or small? It is actually quite straight forward. Based on how big the impact is to my future and anyone close to me.

...

But it is not that simple.

Contoh, even though aku ni jenis nampak macam sentiasa cerita semua benda secara open, tapi sebenarnya apa yang aku cerita tu is actually histories atau facts sahaja.

To actually cerita or opened up apa - apa from deep of my heart, i need something. Something yang boleh buat aku percaya kat seseorang tu. Something that I think it is worth trading for. Dan kadang - kadang aku main - main dulu, test dulu sikit - sikit. Sampai aku rasa betul - betul aku boleh open up dan rasa selesa kalau open up tu - no remorse.. Macam graf kat bawah ni.


Once aku dah percaya kat seseorang tu, memang it is point of no return. Aku akan percaya 100% ke dia untuk aku cerita.

"Langit tak sentiasa cerah"

You are right. Kalau dah state aku percaya kat orang tu at High state, tak semestinya ianya akan kekal High.

Dan kalau nak tukar state dari aku percaya (high) ke state Low, there's a big trade off jugak. Macam Newton First Law tu cakap. So for the case untuk aku drop my open up aku tu,  there's only one way to change the state.

Trauma.

Dia punya sakit tu.. bukan kat badan. Tapi kat mental. Kalau dah kena tu, aku sendiri pon tak tau macam mana nak fix. Sekali aku tak percaya tu, aku memang akan mendiamkan diri atau mengelak dari berborak pasal tu.
 


"Time heals all wounds"

I really wish it is as simple as that.
 
...

Ok kalau aku cakap pasal open up dan kepercayaan tu. Tak bermaksud kalau aku percaya kat orang tu, aku leh citer apa saja. This is where it is quite unique.

Aku percaya kat kawan aku untuk citer anything dalam hati aku pasal kerja or a specific topic, tapi tak bermaksud I can tell him/her about my family.

I just need to clearly to understand. Which gate I can open and which gate I will close.
 
That is all.

"Forgive. But never forget"

This is something that I reply on twitter that might interest to who ever come across to my page.



Percayalah...