If There Was A Single Day I Could Live,
A Single Breath I Could Take,
I'd Trade All The Others Away - Lamb of God: Laid to Rest
Cerita sebelum aku balik kampung.. Rabu 12 septaku kene deal (blajar) dengan seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan. deal mengenai sesi SPSS, untuk defend kerje thesis aku nih. so, aku bagi la msg kat dia..
Msg aku:
Salam..puan atie,boleh sy tau bila puan free.sbb sy ingin belajar SPSS dgn puan -fa
Dia reply:
Jumaat pkl 10.30. Dah bgn ke masa tu?
Mak aih. hakikat itu memang sungguh pahit. sampai ke fakulti pengurusan rupanya cerita mengenai aku suke datang keje sesukehati aku je. haha. ni la akibatnya diberikan kebebasan yang terlampau. aku buat rilex je. aku reply balik..
Aku reply balik:
Dah bgn kot.ok.terima kaseh.nanti sy dtg ke sana.
Then die kate ok. kakak aku soh aku balik hujung minggu. and aku teringin sangat nak balik memandangkan aku dah lame tak jumpe kakak aku. tak pe la. nanti pepandai la aku running ke hulu ke hilir, sambil cuba mengelakkan jadi lebai malang. hehehe..
Khamis - keesokkan harinya..Aku dapat msg dari Puan Atie:
Asm raja, sori..esok sy x blh jumpa u. Nanti bila sy free, i let u know. So sori..
Hah. betapa gembiranya aku, sebab at least ade ruang longgar untuk aku running ke kampung jumaat itu. cadangnye nak bawak kawan aku skali, tetapi die ade hal pulak. emm.. takpe lah. lain kali je la aku bawak die..
Jumaat dan seterusnya - di kampungkuTiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada balik kampung. dan lebih menggembirakan apabila semua adik beradik aku and sedara sedara rapat aku turut serta balik ke kampung.
Akak aku balik ke kampung sambil memberikan hadiah kepada adikku, iaitu camera digital Olympus. dan akak aku sendiri membeli sebuah kamera Nikon dan sebuah laptop jenama Dell. bestnye diorang. aku still belum ada apa apa aset lagi yang boleh dibanggakan. tak apa lah. adik aku memang memerlukan kamera digital since kursusnya (architecture) memerlukan gambar sebagai referencenya dan kakak aku pula memerlukan laptop untuk pembelajaran dan fun serta camera untuk errr... event bulan 12 nih. hihi
Dah lame lak rasanya tak buat senaman
ringan ketika berpuasa. sementara nak menunggu azan Maghrib, aku, adik and kakak aku, sedara sedara aku sama sama bergotong royong membersehkan persekitaran kawasan rumah. penat gak. tapi yang bestnye apabila bermain dengan api. dan yang lagi best apabila melakukan pembakaran secara terbuka tanpa rasa bersalah. hah.. cemerlang sungguh aku ni diwaktu pose. haha
pic ni, dari kanan adalah abang zaidi, mizi dan aku. err.. teringat lak macam mana dulu aku dan mizi menyambut hari raya pertama di kampung tahun lepas. hari raya pertama tahun lepas, seperti juga tahun tahun lepas, kami 3 keluarga hanya duduk duduk sahaja dirumah. dan ketika waktu malamnya, (mungkin) akibat terlalu tense disebabkan dah hari raya tapi tak de plan ke mana mana, aku mengutarakan pandangan.
pukul 10 lebih..
Aku: Weh mizi, jom kite pergi 7/11 kat alor gajah jap. aku nak beli tembakaw rokok.
Mizi: Ok gak. jauh tak alor gajah?
Aku: Dalam 10 minit kalo naik moto nih. kalo naik kete, 5 minit je.
Mizi: Jom..
dengan menaiki moto Honda Fame yang dipinjamkan oleh jiran aku, maka kitorang pon pergi la ke 7/11. dan setelah sampai di 7/11 alor gajah..
Mizi: Jauh tak mesjid tanah dari sini?
Aku: Tak jauh sangat la. dalam 20 minit. kenapa?
Mizi: Jom kite g jalan jalan ke sana.
Aku: Jom..
Namun aku terlupa bahawa 20 minit tu adalah dengan menaiki kete. kete yang best. tapi kitorang naik moto. moto (pinjam) yang dah agak uzur. bawak 50kmph je dah bergegar satu dunia dan tidak lupa juga dengan kesejukkan malam yang menggigit seluruh tubuh. tak plan pon nak pergi jauh. pakai baju nipis..
Setelah 40 minit. dalam pukul 11 lebih di mesjid tanah. seperti bandar mati. juga seperti bandar alor gajah. sunyi..
Aku: Ni la die Mesjid tanah..
Mizi: Owh..
Aku: Lepak lepak nak. cari kedai minum..
Mizi: Ok gak..
Kehulu kehilir mencari port yang best. tapi takde. so kitorang decide nak melihat lihat Matrix Londang yang slalu disebut sebutkan. dan kebetulan ada kedai minum kat situ. lepak sebentar dan minum minum sambil berborak borak. mizi tengah layan sms dengan member die. and kebetulan member die ade kat kampung dan ajak kitorang beraya umah die..
Mizi: Jauh tak Pengkalan balak dari sini?
Aku: tak kot. napa?
Mizi: Kite g kampung kalip nak? kat pengkalan balak.
Aku: pergi beraya?
Mizi: a'ah.
Aku: selamber. jom..
dan tepat pukul 1 pagi, kitorang sampai ke umah (kampung) kalip. dan disambut oleh kalip dengan makanan rendang dan lemang disertakan dengan pelita diluar rumah (segan nak masuk umah orang pepagi buta). pukul 2 pagi balik ke rumah dan sampai di rumah pukul 2 lebih disambut oleh kerisawan famili aku. hehe.. itulah rumah pertama kitorang pergi beraya pada raya pertama malam raya kedua tahun lepas. hah. raya kali ni, rasanya macam nak buat macam ni gak. sebab rasa macam fun lak. hehehehe
ref:
BBC Global Dimming video,
Wikipedia