Halaman

Rabu, 3 Januari 2024

Relationship

...

Respons kawan aku lepas dia baca last entry aku.

Me: Memang (aku) aim nak jadi mathematician

Kawan aku: Then that's a good enuf reason to carry on!! Do it for yourself.

Yup2. Do it for yourself.

...

Aku tak pernah kerja kat company IT sebelum2 ni. Tapi kalau kat company kami, biasa kami ada dua organization chart. Satu, org chart department. Dan untuk setiap department ada department head, yang akan report kepada division head. Kadang2 direction company aku ni sengal sikit. Sebelum ni department -> division -> CEO. Sekarang ni Division -> Sector -> CEO. Aku pon tak paham. Tapi cenggitu lah lebih kurang.

And this Organization Chart untuk "departmen"t ni, only being used for claim purpose, mintak cuti, set KPI.. Basically macam company non-IT jugalah (kot). Something yang setiap normal company ada.

And then, we have another org chart. Project org chart.

This org chart is basically our bread and butter. Sebab kitorang semua kerja adalah berdasarkan project based. Everyday kitorang akan tumpukan works kitorang towards project tu punya aim, goal dan objektif. Senang citer, takde projek, takde duit. Takde duit, contract tak sambung. Kejam kan. Tapi tulah realiti kehidupan.

Ok so maksudnya yang department org chart tu, just macam untuk cukup syarat kami kerja di syarikat kami. Haha. Tu pendapat aku lah.

...

Ok yang aku nak cerita ni, pasal kami punya project org chart. Biasanya, cenggini lah.

 



Akan ada ahli berikut (skip pon takpe.. panjang ni):

1. Project Director: Dia yang akan basically set KPI untuk projek ni. Biasa mana2 projek kitorang pergi, dia akan set satu je: Jangan kasi rugi. Haha. Dan kalau ada isu yang kritikal sahaja dia akan tanya ke Project Manager atau Solution Architect/Technical Lead dengan Requirements Lead. Basically kalau dia dah masuk campur tu, memang bahaya lah. Tunggu je lah sorang2 kene belasah.

2.  Project Manager: Dia yang akan menguruskan perjalanan the whole project (ye lah.. manager kann). So everything dari segi project contract, benda yang separutnya kita promise to deliver ke client kita. Means that, dari money flow project, resources, timeline and everything non technical to the project. Nak claim pon, dia first level approve ke tak.

3. Then we have the (or team of) Solution Architect/Technical Lead. This are the guy yang akan handle all the technical aspect to the project. Dari infra/hardware, software, security of the system, data flow.. those technical details. Both of them handle strategic bersama2 dengan project manager. Cara nk handle, apa yg deliver etc. Beza dia, biasa Technical Lead akan more on detail dan jadi mentor, while Solution Architect more on strategic planning.  At least at our company yang aku nampak la. Also should be noted that, TL/SA more on breadths of knowledge. Kene tau dari infra, deployment, coding dengan analysis. SA good enough tau surface tapi TL kene tau sikit detail sebab dia yang akan mentor team dia.

4. Business Analyst Lead. Kalau apa2 yang berkaitan dengan requirements dari user, dia yang akan sync kan dengan team dia dan assign ke siapa module apa. Biasanya dia pon akan kene buat requirements jugak. Ni yang client facing. Memang jumpa direct client/SME untuk tau ape yang diorang nak sebenarnya.

5. Business Analyst. Dia yang akan collect requirements direct dari user dan dokumenkan. Speciality dia, dia paham apa yang user nak dan ability to convert it to Word document and pass it to Developers.

6. Technical Writer. Technically, dia tak akan communicate direct ke user, cuma dokumen2 dia tu akan diguna pakai oleh user. Contoh macam User Manual, Technical Manual, etc.. Specialist untuk tulis document, pastu orang baca boleh paham.

7. Developer Lead. Tokey developer. Biasa datang dari golongan senior yang sebelum ni keje dia adalah specialist untuk development. Boleh jadi dia specialist untuk buat web, portal, dashboard. Lagi banyak speciality dia, lagi senang dia jadi lead.

8. Developer. Biasanya dia specialist untuk satu - satu bahagian. Contoh specialist untuk buat portal integrasi, boleh jadi specialist untuk integration.

9. Infra. Kalau project based, at least dalam project kami, dia lebih kepada nak uruskan deployment, CI/CD (yang klik sekali, terus deploy ke server). Sediakan VM, prepare those connection and all.

10. Database Admin. Eheheheh.. Ni takut sikit nak cakap lebih2. Specialist dalam data structure and data management. Aku tak tau kenapa tapi biasanya role ni, perempuan yang pegang. Tapi betul gak. Kau mintak satu column ni, terus bising dia. Satu column je pon. Table aku nak buat sendiri pon dia tak kasi. Stress aku tau tak.

Ok enuf citer pasal org chart.

---

Dulu, aku suka jalan - jalan bersendirian. Naik bas, jalan kaki, naik basikal. Tah. Sebab aku suka tengok interaction antara orang. Nampak dia punya relationship based dari lenggok bahasa badan dia.

Kat sekolah pon sama. Biasanya senang nak nampak orang ni rapat dengan orang tu ke, orang ni tak suka dengan orang tu ke.

So benda ni berkaitan dengan relationship dynamic. A tak ngam dengan B. B ngam dengan C tapi dia tak tau pon A tak suka dia. So its kinda two way atau birectional graph. B to A yes tak semestinya A to B yes. 

 

 

So A, B dan C tu kita panggil dia sebagai nodes, dan A to B, or B to A tu are links, or edges.

Dan disebabkan benda ni private sangat, aku tak pernah cerita pasal ni kat orang lain. Seriously. Aku just observe je tingkah laku memasing.. Sebab maybe bagi mata aku at least, benda tu nampak sangat macam mana orang tu suka atau tak suka dengan orang tu berdasarkan dari cara perbualan, dari cara percakapan, dari cara dia hidekan information. Maybe for me it is quite obvious sebab aku dari kecik kot aku suke buat camni.

...

Ok nak jadikan cerita, projek kitorang sekarang ni sangatlah haywire (ingat tak yang keserabutan aku citer pasal jumpa SME Engineering tu - ya project sama). Haywire bukan sahaja dari kitorang nak kene deal dengan client. Malasahnya, disebabkan problem yang kitorang nak kene dengan client yang tah ape2 ni, dia boleh ignite kepada pergaduhan dalaman dalam projek kami.

So everybody is not happy with anybody.

But I warned my development team: Biar diorang gaduh tak puas hati sesama diorang. Kita buat kerje kita.

Unfortunately, disebabkan diorang tu bergaduh agak dingin jugak (takde la sampai baling kerusi, tapi more on mengadu sana sini), kitorang team development ni agak susah nak buat kerje. Tiap kali tanya je, mula la ada sesi luahan perasaan. Stress tau tak. Kitorang nak buat coding je. Tolonglah.

And more unfortunately, masa projek ni awal2 start, aku dah nampak dah si dia ni tak suka dengan si dia ni. And thus, a faction was build.

Aku tersangkut. Dua2 ok dengan aku. Dua2 mengadu kat aku. Dan paling tak bestnya, task yang aku dapat tu dijadikan sebagai pemangkin pergaduhan mereka. "Bukan ni patutnya dia buat ke? Apasal ko tak lawan?", said one team. "Biar je dia nak cakap apa, janji u boleh tolong i", said the other team.

Bruh... Aku nak buat keje aku je.. But in all the seriousness, aku malas nak layan. Tapi lenggok bahasa dan cara dioarang tu, terlalu obvious sangat.

Korang bayangkanlah. Masa online meeting dengan client ni.

Akak 1: So kita patutnya buat itu ini, dan kemudian..

Akak 2: Tapi kita tak boleh buat itu (menyampuk masa akak 1 tengah cakap)

Akak 1: Eh I tengah bercakap ni, you boleh diam tak?

Ha masa meeting depan client. Semua terdiam. Client kitorang pecah kesunyian "Janganlah korang bergaduh2 depan kitorang. Masalah rumah tangga korang, korang setelkan kat tempat korang, jangan bawak masuk ke dalam meeting dengan kitorang ni"

 Malu tau tak.

Yang lagi tak best, akak 1 tu cerita kat aku "Ha ko tengok tu, sampai client pon pening nak layan akak ko sorang tu". Akak 2 pulak sejam pastu datang citer kat aku "Eh akak 1 ni dah kenapa nak marah I depan client".

Nak aku cakap ape. Aku ye kan je la..

...

So benda ni makin out of hand..

Satu hari tu, tah macam mana tah, Project Director (PD) aku jumpa aku.

PD: Fairuz. Apa citer dengan project you ni? I dengar sampai bergaduh depan client.

Ah sudah. Aku boleh agak akak mana yang mengadu kat PD aku (berdasarkan PD aku citer) dan akak mana yang citer kat bos dia.

Aku: Tu lah. Diorang ni tak boleh nak duduk satu meeting sama2. Gaduh je.

Ya betul tu.

PD: You lukis relationship diagram sikit kat project you ni.

In all my life, takde sorang pon pernah mintak relationship diagram. Believe me, in spite of all the pergaduhan, aku excited giler masa PD aku mintak aku lukis tu.

Aku siap amik tisu kat meje aku dan cekau mana2 pensil ada kat tempat aku, terus aku lukis. 

So aku lukis la si akak 1 ni, tak puas hati dengan akak 2 ni sebab dia kata akak 2 ni itu ini. Akak 2 ni pulak tak suka dengan akak 1 ni sebab dia melawan, tak nak dengar cakap dia.

Korang bayangkanlah sampai punya excited aku citer sampai aku boleh bukak cerita relationship between semua orang dalam project ni dan sampai ke client punya relationship macam abang 1 ikut je cakap abang 2 tapi dia kadang2 hiding information. 

Gitu aku citer. Excited punya pasal.

Tapi kan. Sudahnya,

PD: Korang kene buat team building ni.

Punye lah setengah jam aku citer, tu je conclusion dia. Haha. Tapi dia pon ada cakap pening nak handle ni. Apatah lagi kitorang yang nak kene menghadap ni.

...

But maybe.. I should intervene awal2 masa aku dah nampak something is not right.

But the things is, aku tak suka masuk campur pasal relationship orang. Seriously.

But I really do take all precaution dari apa yang aku observe tu. Like I see the problem with akak 1 and akak 2, so I issue a decree to my team, jangan masuk campur.

Also it is like I can see what is happening between he and her, even though they denied it, but I won't say a thing and I try my best not to kacau. I just trying to do what is right for everyone.

...

Kawan aku dulu pernah cakap, I should treat it as a blessing for me, to be able to see it clearly orang (I know he talk about scanning people, but, well.. more or less). Throw a word or two, dengar intonasi suara dia, dapat agak what is going on..

But lately... 

I'm feeling it more like a curse.

I can see it.

But I can't say anything.

I know it.

But I can't speak to anyone...

Betapa aku rindunya dengan kawan aku tu.. Kalau dia ada, dia je la tempat luahan aku pasal anything. And I really meant anything... Al Fatihah.. Sahabat.. Kalau dia ada, dah lama aku mintak pendapat dia dulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kaseh :)