Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Rasa lama dah tak buat entri yang di'label'kan di dalam kategori Sekadar Luahan. Sebelum ni, aku kalau nak tulis perkara yang berat - berat, aku memang akan letak di dalam tag Sekadar Luahan. Tapi macam kebanyakkan post aku lately ni pon memang luahan perasaan aku kan, so aku rasa macam takde bezanya aku label ke tak "Sekadar Luahan" ni.
Tapi kali ni aku nak letak proper post ni sebagai "Sekadar Luahan". Sebab lately ni, dalam beberapa minggu ni, aku rasa agak berat juga nak fikir.
Cerita dia macam ni.. Aku ni sentiasa terfikir setiap manusia ada equation dia sendiri. And by definition, semua orang (termasuk diri aku sendiri) boleh dimulakan definasinya dengan a simple equation yang ni:
\[ f\hat (x) = \epsilon \]
dimana \( \epsilon \) adalah error term atau random component.
Dan macam aku pernah cerita sebelum ni (kat sini: Cerita Random), aku tak percaya kat the real randomness. Random ni aku anggap macam kita malas atau tak tau nak fikir what is the actuality behind those things.
But fret not, aku sentiasa mencari - cari what is my actual equation. And the same way kalau aku tengok orang lain. Lagi lama kita kenal, lagi senang kita boleh nampak his/her equation. Macam ayat yang kita selalu pakai. "Aku dah agak dah kau akan kata/buat macam tu". Kan? Means kita dah dapat tangkap sikit what is the equation for him/her. So kita boleh detail out kan sikit equation kita tu, atau dengan kata lain, kita dah boleh sikit - sikit buat decomposition untuk generic equation tadi, sot that it will become something like this:
\[ f\hat (x) = g(x) + \epsilon \]
Sama lah untuk kita sendiri. Kita pon boleh buat equation untuk diri kita sendiri. And we live by learning example/equation from others. Yang baik jadikan teladan yang buruk dijadikan sempadan. It is easy to see other people by doing observation. Tapi how can actually we define equation untuk diri kita sendiri?
...
Biasalah, aku dari kecik selalu orang tanya, apa azam aku untuk tahun baru? Dan biasa masa orang tanya tu, dalam pemikiran aku selalu terbayang orang sambut new year dengan bersosial sana sini (tengok dari TV). Berparty sana sini. Meriah. Cuma... Itu ke scara nak execute azam on the very first day? Aku walaupon takde la alim mana pon, tapi it doesn't seems right.
At that time pula, aku lagi suka cerita pasal Maal Hijrah. So (aku tak ingat bila aku start), aku mula set azam aku masa Awal Muharram.
Unfortunately, aku ni jenis malas nak mendokumentasikan apa azam aku. So aku pon tak ingat yang dulu - dulu tu aku azam apa.
Since blog aku ni pon memang takde orang baca, so why not aku tulis sedikit dari apa yang aku ingat. Kan? Tipu lah kalau cakap "tak sedih takde orang baca". But I can (and should) take this opportunity untuk tulis apa yang aku nak tulis. No filter. Well.. A little bit filter should be suffice..
...
Ok kita start dengan tahun 1441H (2019-2020): Ravenue
Masa tahun ni, aku memang dah start mula nampak aku ni akan ada masalah kewangan. Tak surut - surut hutang aku. Jadi untuk tahun 1441, aku aim untuk ambil apa - apa kerja part time. Aku target untuk create another alternate ravenue stream untuk aku.
During that time, ada la beberapa job kecik aku dapat. Dan macam - macam jugaklah aku belajar masa tu dengan kawan - kawan aku cara nak create alternate ravanue stream. Sampaikan aku siap beli domain untuk aku sendiri.
Cuma aku ni jenis memilih. Aku biasa accept job yang aku nampak sangat mencabar dan kalau boleh yang ada berkaitan dengan matematik. But i'm trying to go all around area. After all, beggers shouldn't choose. Right?
Dan disebabkan nature aku ni bukannya jenis specialist, so aku banyak kene belajar benda - benda baru. Aku perasan, salah satu area yang aku kene improve masa tahun hijrah ni, adalah ilmu pengetahuan. Aku kene belajar macam - macam benda untuk widenkan job scope aku.
Kebetulan pula masa awal - awal tahun 2020, HR email aku kasi free akses akaun Coursera (online learning platform tu) untuk setahun (Januari 2020 sampai Disember 2020). So apa lagi. Aku polish knowledge aku on math and in the same time, aku alignkan dengan aim aku untuk create alternate ravenue stream.
So now, myself would be something like this.
\[ f\hat (x) = ARS(x) + \epsilon \]
where ARS is my speciality on creating alternate ravenue stream. Ok but not really successful. Kalau nak ikutkan as is current moment, it already become only a small fraction of myself.
But moving on to the next year.
...
Tahun 1442H (2020-2021). I'm craving for knowledge. Masa tu pulak zaman PKP. Aku pulak beli macam - macam barang elektronik untuk aku belajar - belajar benda baru.
So masa Awal Muharram 1442H, aku letak aim aku untuk increase my knowledge. Account coursera tu aku gunakan sepenuhnya. Buku - buku matematik lama - lama aku bawak balik ke rumah sini. So aku kejap baca buku math, kejap try and error kat barang - barang elektronik aku tu..
So sekarang I have this,
\[ f\hat (x) = K(x) + ARS(x) + \epsilon \]
where \( K(x) \) is my habit on learning new things.Dan kebetulan pulak masa awal - awal zaman covid tu, masa bulan March 2020 tu, aku punya dada punyalah makin sakit dan doktor kata jantung aku ada problem. Doktor kata, aku kene banyak buat aktiviti cardio.
So I'm splitted. Aku rasa macam aku tak cukup masa. Banyak sangat benda aku nak belajar. In the same time, aku kene jaga kesihatan aku.
Kalau aku buat cardio atau exercise, aku habis dalam sejam kat situ. Tak sempat nak belajar.
Now, you, who is knowing me, mesti tau kan apa aku buat sudahnya. Aku belajar sekali the optimum way untuk get the best of exercise untuk problem jantung aku.
Two birds in one stone. Aku belajar dan sambil tu aku experimen (exercise) dengan badan aku.
Then I realised, aku boleh pergi jauh. Just need tuning je kat execise aku.
...
Jadinya, masa tahun 1443H (2021-2022) aku set untuk tumpukan kat kesihatan aku. So aku belajar and try improve my exercise dan mula belajar masak makanan yang sihat2 (jaga diet).
Aku bahagikan aku punya target exercise aku kepada tiga bahagian. Cardio, Core dan Body Strength. Aku belajar dan -listen to my body- untuk tiga - tiga exercise tu. Sambil - sambil tu aku main skali sekala basketball. Not for the skillz, tapi untuk cardio. Melompat sana sini. Sorang - sorang. Apa aku kesah kan? Ex bos aku sampai sekarang dok perli - perli aku nampak aku main basketball sorang - sorang. Haha
For this year, I have this,
\[ f\hat (x) = EX(x) + K(x) + ARS(x) + \epsilon \]
where \( EX(x) \) is my passion on health.
Now if you are wondering if I'm still doing this after 3 years or so, you'd be surprise tak kalau I cakap yes. I AM still doing this till today.
Tapi kan,
Korang sekarang nampak kan macam mana? From within a year, aku aim untuk sesuatu dan kemudiannya aku akan tetiba ada muncul secondary mission, effect from the main mission. Then the secondary mission tu aku akan jadikan sebagai main mission untuk aku punya next year.
Dan korang yang pernah nampak macam mana fitness influencer kat luar sana tu kan, kejap kata boleh buat cara ni, yang group satu lagi kata tak boleh. So the whole time aku buat aku punya exercise tu, aku penuh dengan nak fixkan workout aku. Nak fix kan form aku. Nak fix kan jadual aku.
So in the end, my secondary mission is to fix. I need to properly learn how to do the correct way (btw, health science ni banyak sangat research paper dia), and i need to fix myself.
...
In a way, aku perasan aku punya passion on health tu sebenarnya lebih kepada fix. Fixing my broken body. Aku juga perasan banyak jugak sikap aku aku kene fixkan. Banyak perkara yang aku lalai. Jadi, azam untuk 1444H (2022-2023) adalah fix.
You see. Korang perasan tak, badan kita ni sentiasa akan membantu kita untuk hidup lebih lama. Kalau dah lewat malam, badan akan bagi signal untuk berehat/tidur dengan cara mengantuk. Kalau banyak sangat gula, mula la gigi sakit dengan badan sakit.
So I'm bring it out to external. Basically aku betulkan mindset aku. Apa yang aku rasa aku buat tak betul, aku fix. Contohnya, aku ni kan jenis suka cakap lepas je. So kadang - kadang masa aku gurau dengan kawan - kawan office aku, aku terlepas cakap, boleh nampak dari muka diorang yang diorang rasa tak selesa atau terasa. So aku kene fix perangai aku tu.
Banyak lagi aku cuba fix time tu. From time mangement aku (and Im fixing it by tabling my works). Aku nak kene fix lagi relationship aku.
Cuma kali ni susah sikit. Sebab in order aku nak fix diri aku sendiri, aku kene tengok what is my behaviour yang kene tukar. Dan aku kene observe the outcome if it is ok or not.
So there is it. My secondary mission. Aku kene fokus. Focus on fixing and focus on the process. Dan fix badan aku untuk fokus!
...
Hence my 1445H (2023-2024) azam is to focus. Lebih - lebih lagi aku ni jenis yang senang distracted. Aku dah fix perangai aku dengan buat timetable kerja aku. Tapi sebab tak fokus sangat, aku kejap usik itu kejap usik ini.
During my previous year (masa azam aku nak fix), aku perasan aku tak boleh duduk menghadap satu benda tu terlalu lama. So aku kene splitkan sikit dengan rehat sikit. So that is how I can regain on my focus.
So focus aku bukan untuk masa aku kerja sahaja. Samalah macam kat rumah. Aku focus untuk jam 6 petang sampai 7 petang, aku akan fokus kan untuk buat ABC. Malam sikit 10 ke 12 aku focus untuk benda lain pulak. Dan weekend aku fokus untuk keluarga aku.
Now, I'm not saying it is successful. In fact, it is far from it.
Dan mungkin aku terlalu fokuskan untuk fokus, aku tak perasan what is my secondary mission aku. Sekarang ni dah penghujung tahun 1445. Tapi aku belum dapat set lagi what it will be for my next year.
Depress aku tau tak.
Aku sampai fikir betul ke path yang aku buat ni. Kene ke aku renew my azam tiap - tiap tahun. What if I put null as my next azam? I'm tired and I'm depressed.
Then there it is.
Masa khutbah jumaat minggu lepas. Kebetulan (atau suratan), khutbah solat jumaat bertajuk Audit Diri Pencetus Kecermelangan. Salah satu langkah yang perlu diambil kita, adalah merancang tindakan dan usaha-usaha yang membawa kecemerlangan. Sedikit petikan dari khutbah tersebut,
Jadi itulah jawapannya.
Yes I should proceed.
And yes. Aku dah dapat idea apa yang aku kene improve. Aku terlalai. Padahal memang tu antara part yang aku fokus dan nak fix dari dulu lagi. So sekarang aku kene make it as my main mission.
Cuma aku sekarang ni takut. Betul ke aku nak set azam aku 1446H tu??? I know if I failed, I'm the only one to blame. Aku takut aku letak harapan tinggi sangat, takut usaha aku tak semana apa pon..
Apa pon, aku dah mula set kat kepala aku untuk azam aku 1446H aku tu. I need this. I have to do this. I wanted to be better...
Finally, another petikan dari khutbah tersebut,
Sesungguhnya dengan muhasabah kita melakar perubahan dan mencapai kejayaan. Kehidupan yang penuh dengan cabaran ini perlu dimulakan dengan kesedaran lalu dimuatkan dengan perjuangan membina kecemerlangan dan kebahagian. Peribahasa Melayu mengingatkan; "umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk
junjung." Ertinya setiap sesuatu mesti dilalui secara bertahap bagi mencapai kesempurnaan dan kejayaan.
So I do not need to terus lompat ke dalam dan assume semuanya akan ok. I need to do it step by step... Little by little..
Dan kepada sesiapa yang membaca sehingga ke perenggan akhir ni, doakan lah aku agar dapat melaksanakan azam 1446H aku dengan penuh kesungguhan. Dan semoga kita semua sama - sama sentiasa diberkan petunjuk dan hidayah untuk menjadi lebih baik.
InsyaAllah.
PS:
[103] Teks khutbah solat jumaat tu boleh di dapati dari link ni: Google Drive. Atau boleh terus ke list khutbah solat jumaat untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kat sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kaseh :)