Rabu, 31 Oktober 2007

...aah! apabila..

17 comments
...apabila research aku diragui kebenarannya...



pagi tadi aku kene berjumpa seorang lecturer pakar statistik. aku diminta oleh penyelia aku untuk jumpe die untuk membincangkan research yang aku telah jalankan selama 10 bulan ini. untuk memastikan aku berada dilandasan yang betul. untuk membantu research aku yang ade sedikit sangkut ni. tetapi lain pula halnya. dia bertanya adakah data yang aku lakukan ini adalah bertaburan normal. sekiranya tidak bertabur secara normal, maka segala kaedah yang telah aku guna-pakai boleh diragui dan ditolak mentah mentah oleh statistician. yang lebih menyakitkan, ianya perlu dilakukan pada peringkat awal lagi. aku dah buat apa yang patut pada asalnya. telah melakukan segala transformasi yang diperlukan. tetapi ianya seperti tidak cukup. aku telah runkan null hypothesis (H0) dan resultnya amat mengecewakan. lebih banyak rejection daripada acceptance. data aku tidak normal rupanya. pening pala aku. bajet nak abiskan before tahun depan.. tapi.. tah la..


...apabila ada makan makan di institut ibnu sina (iis)...



lepas aku jumpe lecturer tu, aku terus pergi ke iis. ada makan makan untuk semua staff iis. terasa segan giler sebab aku datang paling lambat dan majlis tu seperti menunggu aku, padahal aku ni just a man with null kat iis tu. takde la jadi orang penting pon. dah le aku sahaja yang tidak berpakaian kemas. aku sahaja yang pakai seluar jeans kat situ. yang lain sume pakai kemeja and sluar slack serta kasut kulit. hah. tah la.. yang ada kat pemikiran aku mase tu, "janji aku kenyang dah le". hehe


...apabila liquid nitrogen berada didepan mata aku...



masa aku lepak kat luar iis untuk isap rokok, aku ternampak satu transaksi liquid nitrogen. teringat lak aku ade satu video tu yang menunjukkan overclocking melampau, tapi dengan bantuan liquid nitrogen sebagai bahan penyejuk - ganti heat sink. boleh overclock dari 2.66GHz sehingga 3.2++GHz. dan aku lak terasa nak main main dengan pengewapan liquid nitrogen tu. tapi teringat lak macam mana diorang pecahkan bunga dengan menggunakan liquid nitrogen. jadi takut lak. takut tangan aku pecah. hehe.. or maybe it's only my stupidity je. hehe


...apabila kepala aku sakit gila...



thanks to yazid sebab memperkenalkan lagu Benny Benassi - Satisfaction. best. best bangat. tetiba aku teringin balik dengar lagu lagu disco nih. and again, it's a paradox. tapi paradox yang menggembirakan. maybe sebab aku tertarik dengan bunyik bass die yang giler mantap. lagu lagu seperti Beyonce - Crazy in Love dan Boney M kembali menggegar bilik aku. dari opis sampai la kat umah aku dengar lagu lagu ni. lagu Boney M yang buat best, lagu Rasputin. baca sahajalah liriknya dan korang akan taw pasal apa.. kali ni aku setkan minda aku untuk menerima lagu lagu jenis jenis camni. bak kata pepatah, for future use. hehehehe


...apabila aku ternampak lipas...

hah. ni memang tak leh nak cakap apa la. melompat aku kalo aku nampak lipas. aku takut. takut sangat. boleh lak lipas tu keluar time aku tengah menulis blog ni. mane tak melompatnye aku. last skali, aku bunuh je die. takut.. aku ade pengalaman buruk dengan lipas. boleh buat aku menangis kalo lipas tu naik kat badan aku ;(

Isnin, 29 Oktober 2007

...aah! sudenly...

9 comments
another episode of damn the weekend!

...suddenly, ade sejambak piala di atas meja makan..



actually ini adalah piala kemenangan tempat ketiga band LTB (Lorong Terbabas) di pertandingan Asean Beat (battle of the band) peringkat Negeri Johor. negeri johor tu beb. bukan peringkat cikai cikai.. and aku turut berbangga kerana salah seorang ahli teratak 42 merupakan vokalis band tersebut (Nazri aka Geweng Terbabas) serta teratak kami sentiasa dilawati oleh ahli ahli band ini. taniah kepada Geweng Terbabas (vokalis), Shukran Terbabas (lead gitaris), Azri Terbabas (2nd gitaris), Anuar Terbabas (drummer) dan Panjang Terbabas (basis dan merupakan Ketua Band. hehe). korang memang best. tak lupa jugak kepada diehard fan, iaitu Encik Yazid kerana banyak memberi informasi mengenai band tersebut di dalam blog beliaw. thanks and taniah weh. dapat RM500, huluq2 la siket. hehe


...suddenly, ade seekor beruang di atas katil aku...



aku ekceli tak suka patung. amat tak suka. sehinggakan mase aku dapat lucky draw dalam Mekrosop Scripting Game, aku dah berhajat nak buang je patung tu. hehe (tapi sayangnye sampai sekarang masih lagi tak sampai sampai patung tu...). tadi mase aku pergi jumpe sha kat kolej perdana untuk jamuan hari raya kat sana, die ade bagi aku beruang. die kate die amik beruang tu kat jusco. tiada code bar, tiada tanda hak milik. tiada tanda barang baru (kerana tagnya yang telah pudar) dan definitely bukan dari zoo (duh). nampak seperti barangan lama. barangan yang ditinggalkan. disebabkan beruang ni cute, maka die amik satu dan bagi aku satu (ade tige beruang ekceli, tapi beruang ketiga tu terlalu besar. hehe). so, thanks to cik sha for this beruang. tetiba aku rasa amat gembira walawpon it's kinda paradox.


...suddenly, rahsia amy search ada di tangan aku...



semasa pergi menemani Geweng Terbabas pergi ke umahnye di plentong tengah, kami singgah sebentar di kedai ayahnya. kedai yang aku fikirkan amat macho sekali. kerana kedai tersebut didirikan sepenuhnya oleh ayah Geweng Terbabas sendiri. memang kagum aku dengan orang yang pandai bertukang nih. dan apabila kami berada kedainya, ternampak kopi ali guar, kopi yang diiklankan oleh Amy Search sendiri. haha. dis nite, aku menyalahi undang undang aku sendiri. kerana sepatutnya malam ini (seperti malam malam sebelumnya), aku akan menikmati air melo sebelum tdo. tetapi kali ini aku terasa nak rasa lak kopi ni. hehe.. 20kkal/kcal untuk hidangan malam ini :)


... suddenly, i fell very bad dis nite (takde kene mengene langsung dengan cerita mahupun pix2 di atas). minta maaf... (sekadar luahan)



Lenaku dibuai
Bayangan seribu bintang
Kasih tertumpah dibingkai awan
Demi kemilau sang mentari
Yang tak bisa mengerti

Biar ku titipkan
Keperihan pelayaran
Hingga terdaya ku melafazkan
Salju sebening kasihku
Kepada mu oh kekasih

Ingin ku buktikan
Keyakinan dalam diri
Ku punya jiwa nan suci
Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku

Oh... pedihnya terpanah arjunamu
Terbelenggu aku di dalam menunggu
Bergelora rintihan asmaramu
Di pelantar rindu yang menghempas

Namun kerana tulusmu
Masih mampu aku berdiri
Demi naluri yang sama
Kita masih di sini

Demi naluri aku masih di sini

XPDC: Aku masih di sini

Jumaat, 26 Oktober 2007

Hepi birthday~

2 comments
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada cik X yang ke-22. semoga beliaw menjadi lebih tabah dan matang dalam mengharungi suka duka kehidupan serta tekun dan sabar dalam menunaikan ibadah.



serta...



what a coincidence for this 100th post :)

Khamis, 25 Oktober 2007

...aah! sekadar luahan...

3 comments
apabila aku membaca blog sha, teringat lak aku zaman dulu dulu. aku suke giler berfalsafah. pantang sahaja nampak pemandangan yang indah. mula lah aku berfikir jauh dan cuba kaitkan dengan apa yang aku lihat..



kadang kala, rumput/lalang juga boleh mengubah persepsi kehidupan kita :) walaupun ia berada dibawah, namun janganlah menghina ia.. kerana suatu hari nanti, (biasanya) jasad kita akan ditanam lagi bawah darinya.. tidaklah sehingga kita perlu menyanjung tinggi ia. tetapi cukuplah dengan menghormatinya, sebagai mana kita menghormati makhluk Allah yang lain :)

serta taniah kepada mereka yang telah melalui perit getir presentation untuk projek sarjana muda, terutama kepada cik x. beliaw berkata "pasni aku akan kembali mengganas. haha (gelak jahat)" \:D/

sempena posting aku yang ke 99 ni, aku ingin mengajak korang sume untuk check sama ada korang dah daftar dengan SPR ataw tak kat sini. sape sape yang rase dah cukup umur, jangan lupa daftar sekiranya korang tak daftar lagi. dan kepada sesiapa yang dah daftar, semaklah tempat korang mengundi nanti (lokaliti???).. aku punye:

MEDAN  KETERANGAN
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 135 / 07 / 09 / 001 - AYER PANAS
Parlimen : 135 - ALOR GAJAH
Negeri : MELAKA
Status Rekod: DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Sebarang pertanyaan : info@spr.gov.my


(c) Hakcipta Terpelihara SPR 2007

*edited*
ps: saja testing camera adek aku..

ps ps: lepas presentation nih, kene berusaha lak untuk finalize penulisan tesis :)

ps ps ps: really waiting untuk penghapusan sistem two party

ps ps ps ps: memang kagum dengan ilmuan islam dahulu kala. ramai diantara mereka yang berjaya menguasai lebih dari satu bidang. bile la aku nak sampai ke tahap multi-displin..

Ahad, 21 Oktober 2007

...aah! raya...

10 comments
…aah! the silence was deafening,
it resemble the turning point of a struggle.

And the dream goes on...


Kekecewaan sebelum raya..

patutnye cek aku dah clear pada hari rabu petang (10/10). tapi sehingga hari jumaat tu, tak clear clear gak. aku pon tertanya tanya gak, what the criter. setelah menghabiskan kredit hp aku sebanyak RM20, akhirnya aku dapat satu jawapan. lihat sahajalah pic dibawah ini.



korang bayangkan lah esok nak raya, pastu aku kene pergi ke cawangan bank yang aku bukak akaun tu (kat Jalan Hang Tuah, Bandar Melaka) untuk selesaikan. lepas tu kene menghadap mereka yang bekerja kelam kabut dikaunter (disebabkan oleh ramai staff yang dah cuti), kene buat tak layan oleh akak 'kaunselor' yang jaga pasal pinjaman selama 10++ minit sebab die tengah layan call sugadedi die pakai telepon opis - dah nampak aku duduk kat depan die, die boleh lak buat bodoh je and sambung borak borak jiwang dengan someone called dato' (**** ** u 2). and then, bertambah kecewa mase aku kene isik balik form tu (untuk kali kedua), sebab die tulis cek aku as "rejected"/brendorsement. hah..

tapi aku sepatutnye bersyukur. sebab aku bukak akaun kat melake dan kebetulan aku dah ade kat melake (kalo aku bukak akaun kat utm skudai ni, naya aku nak kene berulang alik). serta aku patut bersyukur sebab at least aku dapat gak duit untuk survive (walopon lambat giler :)

Kegembiraan ketika raya..



Buat BBQ malam raya. ade daging, ayam, kambing, udang dengan potato ape tah (ade layer cheese kat atas potato tu).



Raya pertama. thanks to yazid, ati, alan and adik adik ati serta dak sett kerana menjadi rakan rakan terawal melawat aku. lepak dengan yazid, ati dan adik adik ati dari pukul 8 lebih sehingga pukul 12 dan lepak dengan alan dari pukul 9 sampai pukul 3 pagi serta lepak dengan dak sett dari pukul 12 sehingga 3 pagi. hehe



Raya kedua. gigi, heri dan dak sett datang beraya kat umah. roger dak meir, kitorang sound awal awal: "weh, kitorang nak datang beraya ni. sediakan makan berat berat". namun, akibat terlewat sangat (datang beraya pukul 10 malam), maka terpaksalah makan kat tangga rumah sahaja. hehe



Raya ketiga. beraya di rumah sedara sambil membawa propoganda "Ganjil" dari Serdang. yang duduk kat sebelah aku tu adalah abang zaidi, sebelah die adalah siti hajar (adik die merangkap makcik aku) dan adik aku.

Yang lain, takde gambar best. except aku blajar teknik pergambaran super macro/close up. hehe

owh.. good luck kepada cik x yang akan membentangkan thesis beliau pada 24 Oktober ini. semoga dipermudahkan urusannya dan berjaya dengan bergaya dan cemerlang. nah, 4 leaf clover untuk cik x :):)

Selasa, 9 Oktober 2007

...aah! Jesicca

17 comments


Maaf, entri post aku kali ni ade banyak unsur kejiwangan.. sekadar luahan sahaja..

08 Oktober

Hari ni merupakan hari terakhir aku bersama dengan Jesicca. kerana malam ini, aku terpaksa memulangkan beliaw kepada yang lebih berhak, kepada orang yang dapat menjaga beliaw dengan lebih baik daripada aku, kepada yang haq. tapi apa boleh buat. aku berpegang kepada janji. aku tidak lupa...

Janji yang aku ucapkan adalah untuk ditepati. bukan untuk menyedapkan hati..

Sebenarnye aku ade tulis sedikit pasal Jesicca kat blog aku. cuma maybe korang tidak perasan. ye lah. blog aku ni penuh dengan unsur unsur steganography. penuh dengan unsur tersirat. mase aku first time sampai ke Bukit Indah, bersama Jesicca lah. aku membawa diri ke Gelang Patah, sebenarnye bersama Jesicca jugak.

Hari ni, aku spend mase aku puas puas dengan Jesicca. kami mandi hujan bersama sama sampai kami berdua abis basah kuyup dan lenjan. dengan basah basah ini jugaklah kami pergi ke Ibnu Sina. Sampai sahaja di Ibnu Sina, Herman (RO aku) menyuruh aku call RMC bertanyakan pasal upah kerja kami. agak segan jugak nak call, tapi disebabkan aku agak kekurangan wang, aku pon (dengan tebalnye muke aku) call RMC. die kate cek kami dah kuar and suruh kami pergi ke Fakulti untuk mengambil cek tersebut..

Pada asalnya, aku nak je ajak Jesicca sekali datang bersama aku. tapi melihatkan beliau kesejukkan dan still lagi basah, so, aku pergi berdua sahaja dengan Herman. Alhamdulillah, akhirnya kitorang dapat cek. aku punye siket je. dapat RM1400. tak taw la bile dapat clear cek ni. banyak utang aku nak kene bayar. ingatkan nak gunekan untuk Jesicca, tapi aku kene terima hakikat, Jesicca akan pulang malam ini.. memang tak sempat.



Malamnya.. aku pergi dengan hati yang berdebar debar membawa Jesicca. sampai sahaja di tempat pertemuan, aku memberi salam dan disambut dengan seorang lelaki. kemudian keluar seorang perempuan yang merupakan isteri tercintanya. perbualan kami banyak berfokus kepada Jesicca. bertanya khabar Jesicca dan melihat lihat Jesicca. Jesicca hanya diam seribu bahasa. aku tak nampak ekspressi sedih darinya. mungkin kerana dia juga telah menerima hakikat bahawa beginilah ending kami bersama.. aku pandang Jesicca dan beritahu mereka berdua (suami isteri tersebut)..

Aku: Kalo ade ape ape pasal die ni, tolonglah bagitaw saya.
Mereka: Eh, macam die punye lak. hehehe
Aku: hehe!~

Satu lagi statement yang agak pedih. iye. ekceli guraw guraw je.. tapi.... tah la. aku pulang dan tidak sanggup lagi menoleh belakang. tak apalah. setiap pertemuan akan wujudnya perpisahan. tiada apa yang kekal selain Dia Yang Maha Berkuasa.. selamat tinggal Jesicca..

Sebelum itu, diorang sempat lagi menghulurkan duit raya kepada aku. aku cuba menolak, tapi aku ter-menerimanya. banyak gak duit raya kedua aku nih. dua rat.. (aku dah gunakan siket untuk mengubati hatiku yang lara)..



09 Oktober
Hari ni, aku bangun dengan letih lesu. terlampau banyak berfikir agaknya. aku decide untuk pergi kerja dengan hanya naik bas dan jalan kaki. disebabkan itu, aku bercadang untuk pergi sambil mendengar MP3 aku. pergi ke kedai dan membeli bateri AAA bernilai RM5.90.. tapi sayangnye, rupenye MP3 player aku rosak. ceh. rugi je beli bateri...

Naik bas ke UTM, sampai di Pondok Pengawal, aku turun berjalan kaki terus menuju ke Ibnu Sina, melalui Fakulti Alam Bina, mendaki bukit Fakulti Sains Komputer (FSKSM), mendaki lagi di Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKKKSA), dan akhirnya mendaki bukit Ibnu Sina. kalo korang dok kat UTM, mesti korang taw betapa letihnye 30 minit berjalan kaki dengan laluan tersebut. lepas sahaja aku berbual dengan penyelia aku, aku turun semula dari Ibnu Sina, dan menuruni bukit FKKKSA, turun lagi FKSM, mendaki pula Fakulti Pengurusan dan sampai di Fakulti Sains. tapi sayangnye aku terlepas bas ke Taman Universiti. telefon Geweng untuk bertanya sama ada dia datang utm ataw tak, pastu die kate die dah ade kat utm, kat FKKKSA. terpaksalah berpatah balik ke FKKKSA. sampai di FSKSM, terjumpe kucai, dengan tujuan yang sama = iaitu nak g ke Geweng. hehe. sampai sahaja di FKKKSA, sedara aku lak tepon soh aku datang kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sebab die dah nak balik dengan famili die. kene lah aku patah balik ke KTDI dan balik semula ke FKKKSA. kaki dah bergetar getar dah ni. seb baik la aku pose. kot tak aku rase mau 8 batang rokok aku dah bakar. tapi kire best gak jumpe sedara aku tu. dapat lagi duit raya se rat. hehe



tak taw lah. kucai kate aku ni bergerak atas kuasa minda. mungkin gak. mungkin kerana ingin melupakan Jesicca. singgah sebentar di bazar Ramadhan UTM, kami membalun pelbagai lauk pauk. giler tamak. sambal ayam + kari ayam + sup soo un + pucuk ubi masak lemak + ikan sekor + daging masak kicap + ikan bilis + telur satu slice + nasik 3 bungkus = RM4.00. giler murah..



itulah. orang kata, kalo tengah depress makan banyak.. tak apalah. tetiba rasa seronok pulak dengar lagu indie ni - lagu Hiba by Hujan (thanks tox for this song:)..

Yeh yeh...oh hiba

Memang waktu ini kaulah temanku
Memang hidup apa-apa ajal yang kau temu
Memang tuhan sayang kamu
Ku tatap gambar wajahmu

Harus ku teruskan hidup
Walaupun perit tanpa mu
Akan ku peluk erat memori kau dan aku

Harus ku teruskan hidup
Walaupun perit tanpa mu
Ku doakan agar engkau sentiasa bahagia disana


ari ni cik x jugak turut terasa sedih atas kepergian Jesicca. siap beli heels kaler merah, tribute untuk Jesicca lagi.. katanya...

saye bli merah sbb tingat kat jesica




yeah.. aku harapkan agar Jesicca dijaga baik. selamat tinggal jesicca. thanks for everythings......


Ni picture Jesicca kalo korang nak tengok. kat sini..



سلامت هاري راي عيد الفطري
معاف ظاهير دان باطين

Sabtu, 6 Oktober 2007

...aah!

9 comments


Duhai bonda duhai ayahanda
Dengarlah rayuan anakanda
Yang jauh di mata

Tanpa ku sedari airmata ku mengalir
Terdengar ayat suci seruan takbir
Betapa daku gembira dekat di samping keluarga
Di pagi mulia hari raya

Kan ku sujud di kakimu bila kita bertemu
Kan ku cium tangan mu ku pohon restu
Oh maafkan daku kesalahan diri ku

Walau jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa
Doa ku sepanjang masa agar kau bahagia
Ku pohon restu dari mu oh ayah dan ibu
Agar tercapai cita ku membela nasib mu


Aku jumpe ayat besh dari sha..

Lelaki tewas kerana wanita, pangkat dan wang. Wanita tewas kerana ego yang dicipta oleh mereka sendiri. Menidakkan banyak perkara-perkara yang hak.


taken from blog beliaw.

Rabu, 3 Oktober 2007

...aah! irony...

34 comments
Internet

Selasa 25hb September. mase tu dalam pukul 5 pagi, sedang aku mengumpul bahan bahan di internet untuk interview keesokkan paginya setelah pulang bersahur di kafe kolej 9, tetiba aku mendapati pc aku tak dapat nak 'netting' with internet. d*mn. time aku tengah sibok nak carik bahan, time tu la takde. bahan yang dapat sekadar 4 page je. dah le interview keesokkan harinya. dan interview itu sendiri bertempat di Melaka, dan aku kurang minat bermain internet di area sini under several reason.. hah..

Rabu (malam) tu, telefon kucai, membincangkan hal hal rumah. termasuklah internet. die kate internet takde lagi.. yeah. chances untuk aku pulang ke skudai ari khamis semakin kurang.. after several decision, aku decide untuk pulang hujung minggu..

Selasa 2hb Oktober. setelah selesai menyiapkan kerja aku untuk hari ini, aku pulang semula ke rumah (kat taman universiti ni ha), untuk berehat sebentar sebelum kembali ke utm (bazar ramadhan) untuk mencari bahan berbuka puasa. penat. badan aku rasa penat gila akibat penangan ubat dari cik x. duduk sahaja di pc aku, then aku nampak icon Wifi Adapter aku berkelip kelip, menandakan adanya packet yang dihantar dan diterima di antara pc aku dan router (router jiranku yang baik hati). tidak lah mengharap sangat (sebab before ni slalu kene tipu), tapi aku bukak je la internet explorer aku. then.. walla.. igoogle terpampang di skrin monitor.. berlari aku turun ke bawah memberikan berita kepada kucai dan yazid yang berada di bawah. yeay!! we're back online bebeh~~



Gaji

Rabu (26hb). setelah selesai interview aku tu, terus aku pergi ke CIMB di jalan hang tuah. kerana sepatutnya hari ini la dapat duit gaji. dah le bulan lepas tak dapat. dengan semangat yang mengatasi kesabaran, aku semak baki akaun aku.. ade RM54.XX. aah! untuk menyedapkan hati, aku assume je gaji bulan ni maybe masuk esok. tak apalah. aku call kucai.. dia cakap "gaji aku dah masuk dah". mm. tak apalah. aku tepon herman pulak, untuk mendapatkan conformation dia. herman kata "kite memang tak dapat gaji la bulan ni".. aah. sedihnye.. beraya tanpa duit is NOT the best X( tambah lagi satu alasan untuk lewat pulang ke johor...

Selasa 2hb. setelah selesai menyiapkan dan menghantar work aku kepada penyelia aku, then dia berkata "Raja, u jangan risaw. i dah suruh diorang selesaikan duit u before raya nih".. Alhamdulillah. semoga everythings went ok.. aku nak pergi ke perak, lumut, pulau pangkor raya ni kalo dapat duit. kalo dapat duit la.. hehe

Tiket

Tiada apa yang lebih menggembirakan buat mak aku apabila anaknya lepak kat umah. so, mak aku memang setuju je aku balik jb lambat. hehe..

Sabtu 29hb. aku bangun petang, then terus pergi ke mak aku.

aku: mak, esok angah nak kuar awal. nak beli tiket awal. takut jadi macam 2 minggu lepas, tak de tiket kat tampin tuh.
mak: mak dah beli lah. mak dah bagi kat ko tadi.
aku: wah. mane ade. takde pon.
mak: ade la. ko siap mengamuk ngamuk lagi tadi.
aku: takde la. kalo ade, mesti angah dah perasan.
mak: cube ko pergi tengok kat dalam beg duit ko.

hah. dengan ketidak percayaan itu, aku check la balik beg duit aku untuk menyangkal dakwaan ibu aku tu. bukak je beg duit, then nampak ade tiket transnasional. hehe.. tersipu sipu malu aku dengan mak aku pastu. hehe..

Ahad 30hb. kat dalam kete, mase mak and ayah aku nak antar aku g ke stesen bas. seingat aku tiket bas pukul 10.45am dari tampin. then..

ayah: tiket pukul brapa?
aku: pukul 10.45am
mak: mane ade. pukul 11.45am la.
aku: eh. pukul 10.45am la.
mak: cube ko tengok balik tiket tu. degil betul la. aku yang belikan tiket tu taw.

tak puas hati lagi. aku check balik tiket tu, then nampak clearly die tulih 11.45am. hehe.. sekali lagi aku malu kat mak aku..



mak, maafkan angah mak... selamat menunggu hari raya~~