Halaman

Selasa, 9 Oktober 2007

...aah! Jesicca



Maaf, entri post aku kali ni ade banyak unsur kejiwangan.. sekadar luahan sahaja..

08 Oktober

Hari ni merupakan hari terakhir aku bersama dengan Jesicca. kerana malam ini, aku terpaksa memulangkan beliaw kepada yang lebih berhak, kepada orang yang dapat menjaga beliaw dengan lebih baik daripada aku, kepada yang haq. tapi apa boleh buat. aku berpegang kepada janji. aku tidak lupa...

Janji yang aku ucapkan adalah untuk ditepati. bukan untuk menyedapkan hati..

Sebenarnye aku ade tulis sedikit pasal Jesicca kat blog aku. cuma maybe korang tidak perasan. ye lah. blog aku ni penuh dengan unsur unsur steganography. penuh dengan unsur tersirat. mase aku first time sampai ke Bukit Indah, bersama Jesicca lah. aku membawa diri ke Gelang Patah, sebenarnye bersama Jesicca jugak.

Hari ni, aku spend mase aku puas puas dengan Jesicca. kami mandi hujan bersama sama sampai kami berdua abis basah kuyup dan lenjan. dengan basah basah ini jugaklah kami pergi ke Ibnu Sina. Sampai sahaja di Ibnu Sina, Herman (RO aku) menyuruh aku call RMC bertanyakan pasal upah kerja kami. agak segan jugak nak call, tapi disebabkan aku agak kekurangan wang, aku pon (dengan tebalnye muke aku) call RMC. die kate cek kami dah kuar and suruh kami pergi ke Fakulti untuk mengambil cek tersebut..

Pada asalnya, aku nak je ajak Jesicca sekali datang bersama aku. tapi melihatkan beliau kesejukkan dan still lagi basah, so, aku pergi berdua sahaja dengan Herman. Alhamdulillah, akhirnya kitorang dapat cek. aku punye siket je. dapat RM1400. tak taw la bile dapat clear cek ni. banyak utang aku nak kene bayar. ingatkan nak gunekan untuk Jesicca, tapi aku kene terima hakikat, Jesicca akan pulang malam ini.. memang tak sempat.



Malamnya.. aku pergi dengan hati yang berdebar debar membawa Jesicca. sampai sahaja di tempat pertemuan, aku memberi salam dan disambut dengan seorang lelaki. kemudian keluar seorang perempuan yang merupakan isteri tercintanya. perbualan kami banyak berfokus kepada Jesicca. bertanya khabar Jesicca dan melihat lihat Jesicca. Jesicca hanya diam seribu bahasa. aku tak nampak ekspressi sedih darinya. mungkin kerana dia juga telah menerima hakikat bahawa beginilah ending kami bersama.. aku pandang Jesicca dan beritahu mereka berdua (suami isteri tersebut)..

Aku: Kalo ade ape ape pasal die ni, tolonglah bagitaw saya.
Mereka: Eh, macam die punye lak. hehehe
Aku: hehe!~

Satu lagi statement yang agak pedih. iye. ekceli guraw guraw je.. tapi.... tah la. aku pulang dan tidak sanggup lagi menoleh belakang. tak apalah. setiap pertemuan akan wujudnya perpisahan. tiada apa yang kekal selain Dia Yang Maha Berkuasa.. selamat tinggal Jesicca..

Sebelum itu, diorang sempat lagi menghulurkan duit raya kepada aku. aku cuba menolak, tapi aku ter-menerimanya. banyak gak duit raya kedua aku nih. dua rat.. (aku dah gunakan siket untuk mengubati hatiku yang lara)..



09 Oktober
Hari ni, aku bangun dengan letih lesu. terlampau banyak berfikir agaknya. aku decide untuk pergi kerja dengan hanya naik bas dan jalan kaki. disebabkan itu, aku bercadang untuk pergi sambil mendengar MP3 aku. pergi ke kedai dan membeli bateri AAA bernilai RM5.90.. tapi sayangnye, rupenye MP3 player aku rosak. ceh. rugi je beli bateri...

Naik bas ke UTM, sampai di Pondok Pengawal, aku turun berjalan kaki terus menuju ke Ibnu Sina, melalui Fakulti Alam Bina, mendaki bukit Fakulti Sains Komputer (FSKSM), mendaki lagi di Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKKKSA), dan akhirnya mendaki bukit Ibnu Sina. kalo korang dok kat UTM, mesti korang taw betapa letihnye 30 minit berjalan kaki dengan laluan tersebut. lepas sahaja aku berbual dengan penyelia aku, aku turun semula dari Ibnu Sina, dan menuruni bukit FKKKSA, turun lagi FKSM, mendaki pula Fakulti Pengurusan dan sampai di Fakulti Sains. tapi sayangnye aku terlepas bas ke Taman Universiti. telefon Geweng untuk bertanya sama ada dia datang utm ataw tak, pastu die kate die dah ade kat utm, kat FKKKSA. terpaksalah berpatah balik ke FKKKSA. sampai di FSKSM, terjumpe kucai, dengan tujuan yang sama = iaitu nak g ke Geweng. hehe. sampai sahaja di FKKKSA, sedara aku lak tepon soh aku datang kat Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) sebab die dah nak balik dengan famili die. kene lah aku patah balik ke KTDI dan balik semula ke FKKKSA. kaki dah bergetar getar dah ni. seb baik la aku pose. kot tak aku rase mau 8 batang rokok aku dah bakar. tapi kire best gak jumpe sedara aku tu. dapat lagi duit raya se rat. hehe



tak taw lah. kucai kate aku ni bergerak atas kuasa minda. mungkin gak. mungkin kerana ingin melupakan Jesicca. singgah sebentar di bazar Ramadhan UTM, kami membalun pelbagai lauk pauk. giler tamak. sambal ayam + kari ayam + sup soo un + pucuk ubi masak lemak + ikan sekor + daging masak kicap + ikan bilis + telur satu slice + nasik 3 bungkus = RM4.00. giler murah..



itulah. orang kata, kalo tengah depress makan banyak.. tak apalah. tetiba rasa seronok pulak dengar lagu indie ni - lagu Hiba by Hujan (thanks tox for this song:)..

Yeh yeh...oh hiba

Memang waktu ini kaulah temanku
Memang hidup apa-apa ajal yang kau temu
Memang tuhan sayang kamu
Ku tatap gambar wajahmu

Harus ku teruskan hidup
Walaupun perit tanpa mu
Akan ku peluk erat memori kau dan aku

Harus ku teruskan hidup
Walaupun perit tanpa mu
Ku doakan agar engkau sentiasa bahagia disana


ari ni cik x jugak turut terasa sedih atas kepergian Jesicca. siap beli heels kaler merah, tribute untuk Jesicca lagi.. katanya...

saye bli merah sbb tingat kat jesica




yeah.. aku harapkan agar Jesicca dijaga baik. selamat tinggal jesicca. thanks for everythings......


Ni picture Jesicca kalo korang nak tengok. kat sini..



سلامت هاري راي عيد الفطري
معاف ظاهير دان باطين

17 ulasan:

  1. wow.. advertlet jugak die wahaha.. sideincome tu.. mari kita menambah site income sesama sendiri ;)
    hahah
    rezeki rezeki... murah rezeki ko bulan ni.. semoga ko dimurahkan rezeki.. sabar.. sabar.. sabar

    BalasPadam
  2. kan jesica bayak gak tlg saye.. :)

    BalasPadam
  3. yup. orang yang rapat dengan saya, biasanya macam tu jugak :)

    thanks..

    BalasPadam
  4. welcome to the club
    "Manusia akan menghargai kebahagian apabila berada di dalam penderitaan"
    ~Rendang Untuk Mertua~

    BalasPadam
  5. yeah.. i'll always remember..

    thanks yazid and ati :)

    BalasPadam
  6. aju..kite x sempat bergambar ngan jesica.. :C

    BalasPadam
  7. oh no!!!
    aku tertipu!!!!!!!!

    aku ingatkan jesicca ni budak pompuan yg cium tangan tu..
    rupa2nyer, motor??????

    BalasPadam
  8. lepas ko cakap ko clash ngn jesika.. aku terpkir .. kalo bukan jesika tu kucing ko.. mesti moto ko.. rupenye. betol tekaan aku.. tapi tak sempat nak bgtau ari tu..sbb ko sibuk nak g mandi(selepas beberapa ari tak mandi..kotnye la)

    ajit.. ko tengok crita rendang untuk mertua tu ea.. gile sedey kan..

    BalasPadam
  9. sedih la...
    dah aq layan sorang, diaorg semua sibuk dengan internet.

    BalasPadam
  10. president..
    jgn marah. tapi sedih gak woo jesicca dah takde.. :(

    tz..
    yeah. as expected from u. eh. aku mase tu nak mandi sebab nak g jusco. pagi dan petang tu aku dah mandi la..

    yazid..
    mase tu kitorang tengah menghargai semasa internet free maseh ada :)

    BalasPadam
  11. kalu ada movie/drama sedih jgn kasi aq tgok sorang2 tak pasal aq beremosi

    BalasPadam
  12. betul tu cik president. yazid emo. wahahaaa..

    BalasPadam

terima kaseh :)