Khamis, 12 Jun 2008

The Age that i wish to go back to....

12 comments
sekiranya aku ada kuasa untuk rip the space, i really would like to go to everyday before today, learn my mistake and create a better tomorrow. itu pon sekiranya aku ada kuasa seperti Hiro Nakamura la.

dahulu, thesis aku berkisarkan kepada Siri Masa, iaitu satu subjek matematik, yang mengandungi kaedah kaedah yang digunakan untuk meramal masa depan berdasarkan kepada cerapan data yang dikumpul untuk selang tempoh masa sebelumnya. dan berdasarkan data tersebut, para pengkaji akan menelaah data tersebut untuk meramal 'keadaan' (data yang diguanakan adalah kualitatif) masa hadapan.



maka, berdasarkan kepada kaedah kaedah yang telah aku gunakan (aku buat perbandingan kaedah), antara kesan yang aku dapati adalah cerapan data yang paling hampir dengan masa semasa memberikan impak yang sangat besar kepada masa hadapan yang ingin di ramalkan. katakan aku ingin meramalkan tahun 2009, maka tahun 2008 lebih memberikan impak daripada tahun sebelumnya (apatah lagi tahun 1984).

oleh yang demikian, sekiranya aku diberikan peluang sekali sahaja untuk aku kembali, aku ingin kembali kepada masa ketika aku berumur 23 tahun.

23..
err.. sila rujuk kat archive je la eh. panjang la nak tulis semula disini. hehe

Selasa, 10 Jun 2008

Thank you notes

10 comments
Terima kaseh kepada sesiapa yang wish aku melalui calls, sms, mms, email, private messages/comments (friendster), ucapan, doa ataupun didalam hati. really thankful.

terutama kepada اني, ibu dan ayah aku, adik aku, akak aku, staff staf Bank Al-Rajhi di Taman Molek, president, yazid, jay em, fafa, azah, azie, liyana, ana, robin, farol, danial, ieda, suhailah, amal, rea, liyana jaafar, adik elektroboy, aja, azue, ain, atiqah, siti fairuz, 'budak', sha, bapak, Ee, abeming, rahman, datuk seri, en_me, cat dan kepada mereka yang aku lupa nak mention nama korang kat sini. hehe

Terima kaseh juga kepada اني kerana bagi hadiah Sony MicroVault Tiny dan Lego City: Police Truck (7743). aku sangat sukakannya. dah lama aku impikan nak dapat kedua dua barang ini, dan terima kaseh kepada اني kerana membantu merealisasikan impianku. Terima kaseh juga kepada staff Al-Rajhi sebab bagi hadiah key chain kat aku. hehe.. thanks :)



Terima kaseh juga kepada yazid dan cat kerana bagi aku sebungkus donut dan kueh. thanks :) pandai eh yazid ni. letak kat depan muka aku time aku tengah tdo. hehe



juga terima kaseh kepada اني kerana sudi berjalan jalan dan menemani aku pada hujung minggu ini :)

dan terima kaseh kepada celcom sebab aku dapat call free selama 7 hari :D

Jumaat, 6 Jun 2008

Mesin lipat baju

8 comments
korang penah tak terasa malas nak lipat baju atau terasa baju yang korang lipat tu macam ada yang terlipat besar dan ada yang terlipat kecik.. solution? cuba lihat video ini:

video


sekiranya terdapat masalah tersebut, aku cadangkan korang buat le mesin lipat baju ni ha. bagus. hehe



takde le lame mane pon nak buat ni. cuma yang buatkan ianya lama adalah disebabkan nak carik bekas kotak yang yang tak pakai lagi je. tetapi hasilnya amatlah memberangsangkan. dan sekarang ni aku terasa suka pulak lipat baju, walaupon aku tau baju yang aku lipat tu akan aku pakai beberapa minit kemudian. hehe

ps: untuk download video tersebut, guna rule macam biasa. copy link ini http://downthefiles.host.sk/mesin%20lipat%20baju.avi dan paste kat address bar.

ps ps: video ni dibekalkan oleh cik fafa. aku tak kreatif je. cuma follow je guide tu. hehe

ps ps ps: entri kat bawah ni.. err. nanti aku sambung la lepas ni. hehe.. seronok pulak lipat baju nih :p

Khamis, 5 Jun 2008

Isnin, 2 Jun 2008

selamat..

13 comments
Selamat Pengantin Baru kepada Suhaida dan pasangannya, Norzalizan. Semoga mereka berbahagia sehingga ke syurga kelak :)



di waktu perkahwinan ni, aku baru teringat. dulu aku dan rakan rakan sekampung aku pernah pergi beraya rumah dia. dan apabila masing masing pulang sahaja beraya dari rumah dia, masing masing berpasang angan angan untuk 'cucuk jarum'. tapi sayangnya semua yang terlibat tu dikalahkan. aku cuma gelak je sebab aku mase tu dah berpunya. haha.. well. good luck untuk perkahwinan mereka :)

dan ini pulak kawan aku. namanya hafiz. panggil dia sett. aku g kenduri kawin ni dengan dia.



aku tiba sahaja di kampung, aku try roger kawan kawan aku. mencari mana lagi yang masih berada di kampung. dan baguslah dia ada. merancang dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi untuk ke kenduri kawin tu. hehe

۞

aku beli tiket pulang ke jb seawal aku tiba di melaka pada hari jumaat, untuk mengelakkan kelam kabut mencari tiket pulang. bas DELIMA, jam 2.30 petang hari Ahad di Melaka Sentral. namun, pada hari ahadnya, aku terlewat dan tiba di Melaka Sentral pada pukul 2.35 petang.

(Aku = fa, Dia = driver bas delima pukul 3.00 petang)
Aku: Bang, bas pukul 2.30 petang dah gerak eh.
Dia: Aiseh dik. baru je gerak tadi.
Aku: Laa. ye ke.
Dia: A'ah. kamu kalo awal siket je tadi dah sempat.
Aku: Tak apalah.
Dia: Tapi tiket pukul 3 petang pon dah abis.
Aku: Tak pe. takpe.


so, aku mencari cari la tiket untuk pulang ke JB. di Melaka Sentral tu. seb baik gak ada tiket pukul 5.30 petang. so, untuk mengisi masa lapang tersebut, aku mengajak famili aku berjalan jalan sekitar melaka. kami pergi ke Jeti Melaka River Cruise, Uptown. ekceli aku tak tau pon kat situ adalah UPTOWN. padahal, kat situ dahulunya adalah tempat bas ekspress (sebelum pengishtiharan Melaka Sentral).



pastu pergi berjalan sehingga ke kawasan Taman Rempah. juga aku tak tahu tentang kewujudan taman itu, sehinggalah wujudnya Pesta Melaka yang bertempat tidak jauh dari tempat tadi. atas siket. hehe



Ada sideway walk. mak dan ayah aku kata leh jalan sehingga ke Bandar hilir. wah. jauh giler. baik naik bot je. hehe



anyhow, aku terasa amat berbangga dengan kemajuan pesat melaka untuk menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik. walaupon aku ni anak melaka, tapi aku ni seperti bukan anak melaka. ini adalah kerana aku tak mengikuti langsung perkembangan negeri aku sendiri. hah. tiap kali jalan, aku hanya berleter 'eh, sini bukan ke dulu ada ni dan tu..'. haha.. need to take time rest dan berjalan sepuas puasnya di melaka. hehe..

۞

lagi cerita pasal kunci (berkaitan dengan sini, sini dan sini tapi bukan di situ).

aku berjaya menamatkan siri kunci rumah aku itu. kunci rumah aku tu akhirnya tertinggal kat kampung. hah!