Halaman

Isnin, 2 Jun 2008

selamat..

Selamat Pengantin Baru kepada Suhaida dan pasangannya, Norzalizan. Semoga mereka berbahagia sehingga ke syurga kelak :)



di waktu perkahwinan ni, aku baru teringat. dulu aku dan rakan rakan sekampung aku pernah pergi beraya rumah dia. dan apabila masing masing pulang sahaja beraya dari rumah dia, masing masing berpasang angan angan untuk 'cucuk jarum'. tapi sayangnya semua yang terlibat tu dikalahkan. aku cuma gelak je sebab aku mase tu dah berpunya. haha.. well. good luck untuk perkahwinan mereka :)

dan ini pulak kawan aku. namanya hafiz. panggil dia sett. aku g kenduri kawin ni dengan dia.



aku tiba sahaja di kampung, aku try roger kawan kawan aku. mencari mana lagi yang masih berada di kampung. dan baguslah dia ada. merancang dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi untuk ke kenduri kawin tu. hehe

۞

aku beli tiket pulang ke jb seawal aku tiba di melaka pada hari jumaat, untuk mengelakkan kelam kabut mencari tiket pulang. bas DELIMA, jam 2.30 petang hari Ahad di Melaka Sentral. namun, pada hari ahadnya, aku terlewat dan tiba di Melaka Sentral pada pukul 2.35 petang.

(Aku = fa, Dia = driver bas delima pukul 3.00 petang)
Aku: Bang, bas pukul 2.30 petang dah gerak eh.
Dia: Aiseh dik. baru je gerak tadi.
Aku: Laa. ye ke.
Dia: A'ah. kamu kalo awal siket je tadi dah sempat.
Aku: Tak apalah.
Dia: Tapi tiket pukul 3 petang pon dah abis.
Aku: Tak pe. takpe.


so, aku mencari cari la tiket untuk pulang ke JB. di Melaka Sentral tu. seb baik gak ada tiket pukul 5.30 petang. so, untuk mengisi masa lapang tersebut, aku mengajak famili aku berjalan jalan sekitar melaka. kami pergi ke Jeti Melaka River Cruise, Uptown. ekceli aku tak tau pon kat situ adalah UPTOWN. padahal, kat situ dahulunya adalah tempat bas ekspress (sebelum pengishtiharan Melaka Sentral).



pastu pergi berjalan sehingga ke kawasan Taman Rempah. juga aku tak tahu tentang kewujudan taman itu, sehinggalah wujudnya Pesta Melaka yang bertempat tidak jauh dari tempat tadi. atas siket. hehe



Ada sideway walk. mak dan ayah aku kata leh jalan sehingga ke Bandar hilir. wah. jauh giler. baik naik bot je. hehe



anyhow, aku terasa amat berbangga dengan kemajuan pesat melaka untuk menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik. walaupon aku ni anak melaka, tapi aku ni seperti bukan anak melaka. ini adalah kerana aku tak mengikuti langsung perkembangan negeri aku sendiri. hah. tiap kali jalan, aku hanya berleter 'eh, sini bukan ke dulu ada ni dan tu..'. haha.. need to take time rest dan berjalan sepuas puasnya di melaka. hehe..

۞

lagi cerita pasal kunci (berkaitan dengan sini, sini dan sini tapi bukan di situ).

aku berjaya menamatkan siri kunci rumah aku itu. kunci rumah aku tu akhirnya tertinggal kat kampung. hah!

13 ulasan:

  1. selamat pengantin baru: semoga bahagia selamanya.

    Pasal melaka tu, aku rasa melaka boleh jadi bandar yang cantik. Cumanya kenalah jaga betul-betul. satu sikap yang paling teruk adalah kita suka buang sampah merata-rata. Tu yang buat jadi tak cantik tu.

    BalasPadam
  2. tapi yang bagusnya aku perasan ada management yang kawal kebersihan sungai tu sekarang. tiap tiap jam, ada satu sampan akan lalu kat sungai tu untuk mengangkut sampah sampah yang ada kat sungat.

    tapi of coz la sungai dan sidewalk tu sahaja yang dijaga. kat kawasan lain, masih lagi di atas kesedaran bersama...

    BalasPadam
  3. uh oh..aiseh. takpela. melaka, akan ku sampai jua. hik hik.

    hehe. bye2 kunci! ;p

    BalasPadam
  4. same cantik and same padan r pengantin tu..

    bile aku nk kawen neh..

    BalasPadam
  5. akk...aku pun nak g makan nasik org kawen gakk...kawenla pat, nnti aku leh lantak makan nasik minyak melaka.

    melaka smakin m'bangun. johor aje aku rasa xda perubahan sangat. hm..

    BalasPadam
  6. selamat pengantin baru, semoga kekal ke akhir hayat!

    melaka..owh, suka sangat ke melaka sebab kebanyakan tempat dan bangunan di sana masih rapi terjaga, cantik. mujur beberapa tahun kebelakangan ni selalu ke stadium hoki bukit serindit, kalau tak entah bila pula akan sampai ke melaka. first time dtg melaka masa zaman sek. rendah dulu je :)

    BalasPadam
  7. selamat, selamat!

    kamu bila lagi bro? ha ha ha!

    lamanya tak gi melaka. ingat nak singgah jap la before balik jb kang. huhu

    BalasPadam
  8. missyizzati..
    silakan. jemput le datang ;p kunci tu pon cakap 'bye bye' hehe

    tz..
    yup. baguslah. ko tunggu masa je dia balik kan? pastu kawin la. hehe

    circleinspoon..
    tu la. aku memang nak kawen cecepat pon. hehe..
    johor ada la. ko akan rasa banyak perubahan kat jb if ko lama tak g jalan2 kat situ..

    kakok..
    semoga begitulah hendakNya :)
    ya. rasanya pon itu sebab melaka ingin dikekalkan sebagai bandaraya bersejarah. tak bersejarah la kalo bangunan tak kekal. hehe. jemput la datang. pesta sungai melaka tu abis lambat lagi. 7 jun ni kot. hehe

    atiqah..
    sabar. sabar. kalo dah kawin, tak kemana nasik minyak tu. hehe
    mari mari singgah melake. amik snap bebanyak. jangan lupa singgah Pusat Pelancongan Air Panas Gadek ;p

    BalasPadam
  9. org ittew nombor 8 sekali lagi?
    wah.....!

    erm, aku blum lagi menjejakkan kaki ke bumi melaka....bila nk pegi ni???

    BalasPadam
  10. Selamat pengantin baru;)huhu,kepada pasangan iteww..
    erk,bro bila lagi?mcm dah bau nasi mnyk ni?uhuhu:)

    em,bestnye jalan2 melaka:)

    BalasPadam
  11. president..
    saye ke no lapan tu? hehe
    mari datang ke melaka. datang je bila kamu nak grad nanti. hehe

    princess liyana..
    selamat ;p ye ke? rasanya kamu terbau nasik minyak kamu sendiri nih. hehe

    BalasPadam
  12. Kenduri aku jangan tak datang plak nanti..

    BalasPadam
  13. baiklah. insyaAllah. bagi taw awal awal la ye. hehe

    BalasPadam

terima kaseh :)