Ahad, 28 Disember 2008

selamat menyambut tahun baru 1430. semoga tahun ini menjanjikan penambahan amalan yang mulia, berlipat lipat kali ganda (dan kurangkan amalan yang menambahkan dosa, seperti ....)..

۞

this is my 288th post..

Just like the other end of the year. Get out from the door, paused, look at my back for a little while and sigh. What a disappointed year. No achievements and no improvements. Just wasting my time here ;( soooo saddd..

Finished my study?
- Nope.

Get a job?
- Naahh..

Get a lot of money?
- only in my dreams

Car? (Got license and own a car)
- hahaa.. nope

Buy a house?
- not a chance

Going through a happy year?
- hell yeah

Having a strong relationship?
- hell no

shit!

Ever wonder why I nicknamed myself as fa on the net? One, it is from my own name, Fairuz. And secondly, it is taken from French words, Fait Accompli.

fait accompli
lit. accomplished fact; something that has already happened and is thus unlikely to be reversed.


ref here: wikipedia

haih!

Khamis, 25 Disember 2008

kosong


(pokok krismas di teratak 42!)


peristiwa tengah malam tadi..

"Ya Allah.. lapanye aku". desis hatiku. aku lihat keliling, tiada sebarang makanan yang boleh di kunyah.. ahh.. tunggu je la kucai dengan fit balik dari majlis makan makan. katanya ada majlis makan makan seafood/steamboat yang ditaja oleh kawan kepada awek kucai.. geram dengan diri sendiri. sudah tahu suka seafood, lagi mahu menolak. tapi segan lah. diorang pergi dengan awek masing masing.. keras lah aku nanti..

sudah pukul dua belas setengah dah ni. lama pula rasanya diorang keluar. aku bersiap siap dan terus turun ke bawah. nekad. kalau diorang belum balik lagi, aku terus pergi makan sensorang. sedihnye makan sensorang mase krismas :p

tik tik tik.. masih berkunci lagi pintu bilik diorang. ah. keluar sahajalah. bukannya aku ni perempuan. tiada siapa pun yang mahu merogol aku. hehee

buka sahaja pintu rumah, aku dikejutkan dengan dua makhluk yang tengah dok menyangkung kat depan pintu..

"hoh, ape korang buat ni? bila korang balik?" tanya aku. "jom g teman aku makan. aku dah lapar giler dah ni", sambil mengignorekan kucai yang cuba memberi jawapan..



sekali rupanya diorang tengah bagi bebola ikan dengan paru kepada anak anak si Putih. "arghh.. kucai! fit! aku dah le lapar. boleh pulak korang bagi makanan lazat tu kat kucing".. sedihnye.. diorang hanya tergelak kecil sambil meneruskan aktiviti tersebut..

kecewa aku. antara aku dan anak anak si Putih, aku sudah tahu di mana tahap aku. lantas aku terus pergi membawa diri sensorang di malam yang gelap...

ketika entri ini di tulis (selepas 20 jam dari peristiwa di atas), masih tiada lagi orang di rumah ini. tinggal aku sorang je lagi dari petang tadi. ah.. tensionnye. boringnye.. lapanye.. mahu saja aku pergi makan di Ulu Tiram. sejam saja perjalanannya. boleh usha awek di sana :p

emm.. it is doable. ah.. nak g Ulu Tiram lah camni:D


(anak anak si Putih dan 'katil' barunya)


۞

All Eyes on MTV Germany - Slipknot Paul Gray



ps: teringat pula entri 'Kosong' oleh Pak Dogol :p

Selasa, 23 Disember 2008

puteri gunung ledang

ps: entri kali ini ada banyak gambar. minta maaf kepada sesiapa yang load lambat..

seperti yang telah aku coretkan pada entri yang lepas, hujung minggu lepas telah pon aku penuhi dengan camping kat Gunung Ledang. ni kali kedua pergi ke sana (pertama masa camping pengakap dulu :p). yang pergi adalah aku, fazrol, jay em, mat z (orang kelantan singapore), cupak, onn, nata, fazdi dan nain. 2 kereta dari skudai, satu lagi dari shah alam..

awal awal lagi aku dah kene sound dengan budak budak teratak 61..

"weh, nak beli bawang putih tak??", tanya fazrol kepada jay em. "nak letak kat setiap khemah eh", sampuk aku pula. "ha. mulut jangan celupar nanti kalo dah naik gunung" sound fazrol dan jay em kat aku. "uupss". ni lagi satu aku risau. mulut aku ni dah le memang celupar abes. camne la nanti kat atas gunung. hehe


ketika nak pergi. aku pergi naik pakai beg sekolah dengan slipar pink kesanyangan aku.. nak tercabut slipar tu. hehe


ini tempat tujuan kami. kolam puteri. mase ni sume semangat nak naik (sebelum pancit di tengah jalan). tanya ranger brapa lama nak sampai kolam puteri ni. "emm.. 40 minit je", balas ranger tersebut. hah.. lame dan tinggi tu.


pesan ranger tersebut kepada kami "kalo dah sampai tempat berpagar tu, itu je lah limit kamu boleh berada. pastu jangan naik lagi sebab tu sudah masuk kawasan Taman Negara".. emm. baiklah!


ni kolam puteri, tempat tujuan kami. agak seram gak. hanya menggunakan dua kayu untuk memisahkan antara kolam dengan air terjun tu. tinggi woo air terjun tu. tingginya lebih 5 tingkat pada anggaran aku.. risau gak kalo aku collapse pastu terhanyut kat sana. hehe


sampai sampai sahaja, masing masing terus memasang khemah. dan kemudian terus memasak. lapa woo.. jangan tak tau, semua yang pergi ni pandai memasak. bujang bujang terlajak la katakan. hehe


rak tempat letak barang. tak stabil langsung.. sape la yang buat tu. hehe.. petang tu kami makan nasik, sardin, rendang dan telur dadar. sedap woo..


habis je makan, ape lagi. berendam la kat kolam puteri :p


malam tu buat bbq dalam gelap gulita.. best. makan sate, daging panggang, kepak ayam, dan kambing.. sayangnye aku tak makan kambeng.. (mase diorang bakar sate ni, aku tengah tdo. sungguh kurang sopan aku ini).


makan malam.. (selepas aku baru bangun tdo)..


keesokkannya (ahad)..


masing masing semangat nak pergi mandi seawal 7 pagi. selepas sarapan sate, kambeng, ayam dan daging, masing masing terus pergi ke kolam puteri. ye la. awal awal macam ni tengah takde orang. sedap gilor mandi. tak kesah nak buat ape pon, takde orang lain yang boleh misjudge. hehe

+ beberapa notable jump!


jump mat z. jump! (mat z antara orang yang paling banyak jump)


aku pon nak gak..


mamat kelantan singapore ni lagi..


jay em jadi superman..


aku dgn onn free jump..


fazdi berjalan di atas air. hehe


jay em tirok. hehe


semua jump. nain terlambat siket. hehe


aku, fazdi dan mat z.. jump!!!


jay em dan fazdi


mat z (yang lain dah tenggelam)


fazdi flying :p


ni bebudak teratak 61. mat z, jay em dan fazrol.


"emm.. bestnye diorang berendek kat dalam air", kata cupak.. cupak jeles la tu..


haa.. best tak bang dok sini? licin tu beb :p


muka muka semangat nak mandi. sila pilih :D

mahu pulang..


tak bestnye kene balik. time ni la mulut masing masing mule celupar. hah. mentang mentang la nak balik. cube kalo tdo satu malam lagi. konfem senyap je. hehehe


singgah makan tengah hari di melaka. siap sesat sesat lagi. dari 'tangkap' ke jasin. pastu dari jasin ke ayer keroh.

+ beberapa notable peristiwa (mostly from my perspective)..

- mat rempit

tengah mengemas ngemas, tetiba dengar bunyik broom broom.. sapa ya. rupa rupanya ada mat rempit kat gunung ledang tu. ceh. sampai kat atas gunung pon korang ade ek. betul la apa yang orang kata. mat rempit berada di mana mana sahaja. kat atas gunung pon ada. hah!

- siapa punya ni ya?

sedang aku sebok buat rak tu, tetiba datang fazrol kat aku. "raju, meh sini ko ikut aku", kata fazrol. aku pon mengikut je la die. lalu fazrol menunjukkan kat aku tapak kaki yang besar. terkejut gak aku. kata fazrol kepada aku "aku rasa ni tapak kaki gajah ni, nak bagitau diorang tak?". aku paused sekejap. "tah. bagitau je la kot" kataku.. emm.. risau gak. dalam hati aku berharap jangan la tetiba ada banyak burung terbang. alamat kurang baik tu.. tapi alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku..

- tengah tengah malam..
semua sudah tdo. tinggal aku dan fazrol sahaja yang berborak lagi di luar khemah. masing masing duduk di atas pasir. "sejuk giler la bontot aku", kata fazrol, lantas berdiri di hadapan aku. aku yang memegang lampu handset aku hanya mengiakan aje. aku teringat gak bebudak ni pesan, jangan suluh dan pandang kat atas waktu malam.. tapi disebabkan tindakan reflex aku, tiap kali fazrol bercakap, aku akan menyuluh mukanya dan pandang atas. dan ternampak something benda putih kat atas. "shit", kataku dalam hati. terus aku berborak memandang kaki fazrol. seram giler.. pastu leh lak fazrol cakap "weh raju, ko dengar tak bunyik ape tu?", tanya fazrol.. arrghhh.. celake tul. terus aku ajak fazrol masuk khemah.. tdo. hehe

- kesejukkan atas gunung..
yang selalu aku dengar orang kata sejuk giler kat atas gunung. tapi mungkin malam tu aku termakan daging kambeng, terus panas badan aku. tdo pon berlenggeng je. bukak baju. dan kalo boleh aku nak bukak skali seluar aku.. ngehehehe..

- mamat kelantanese singporean
di RnR Machap..

dengan yakin je cakap "I kat Manchap ni".. emm.. ape la yang die tengah fikir tu. melancap? hehehehe.. kemudian di atas Gunung Ledang pula.. "I dah sampai dah kat Tangkap". emm.. Tangkak dan Tangkap. seb baik tak jauh sangat bunyinye. hehe.. banyak gak la istilah kelantanese singapore yang aku belajar dari dia. "tengkodok" adalah cengkodok. hehehe

- ikan

kat sini pon ada ikan tau. fazrol dapat anak ikan, disaksikan oleh nain yang ade kat sebelah. dan korang yang melihat gambar ini juga turut menjadi saksi.

+++

alhamdulillah, tiada apa apa perkara yang tidak diingini berlaku. semuanya selamat pergi dan pulang. yang sakit sakit pon disebabkan masing masing kurang eksesai. cram sane sini. hehe

best!!~ pasni nak g mane pula ye.. emm :D

Sabtu, 20 Disember 2008

7. fair enough

hari ini..



hari ini agak bz siket. mencari barang barang untuk g camping. ikut hosmet fazrol (jay em dan nata). hehe.. ni first time aku ikut budak budak ni g camping. so, aku just dok diam, dan banyak bertanya. tak de pengalaman beb..

kemudian pergi ke persada johor, ade pc fair..



aaaa... bestnye perang broadband. tapi sayang. harge takde la jatuh sangat pon mase perang ni :p yang bestnye kat persada ni, kalo lalu ikut laluannye, nanti mula mula masuk kat area jual barang barang pc, laptop dan kamera. pastu lalu kat hall yang penuh dengan booth jual speaker (perang speaker lak kat sini.. memekak je. sume nak bukak speaker besar besar. hah).. pastu lak sampai kat kawasan berukband :p



dibeza bezakan mengikut kaler. hijau = meksis, biru = celcom, ungu (atau hitam.. tak ingat lak) = p-satu wimax, dan oren = stremek. waaa... bestnye wimax. laju giler. aku rase pasni nak angkut wimax. tapi yang sedihnye, coverage die tak sampai lagi kat skudai. "hujung bulan 1" kata salesman tu dengan yakin je. hah. sakit gak nak bayar sebulan for nothing. tu pon aku macam yakin tak yakin je sampai bulan 1 nanti kat skudai :p

kemudian ke opening jusco bukit indah..



tak perlu lagi kot aku nak pos gambar jusco bukit indah. dulu dah pos dah (time takde orang.. kat sini). puas hati sebab besar giler. tapi tak puas gak sebab takde wayang (walaupon aku baru 5 kali tengok wayang dalam 24 tahun ni). hari ini hari pembukaannye. memang besar giler. lalu kat sutera mall dengan jusco taman universiti hah.. kosong je. tak ramai langsung manusia di sini.. ramai ramai g meraikan jusco bukit indah kot :p

insyaAllah, esok pagi pagi aku dengan budak ni akan gerak ke Gunung Ledang. nak g camping. kalo tak leh camping kat sane, plan kedua lak, pergi ke Pengkalan Balak. boleh jumpe اني :p

doakan supaya kami selamat pergi, bergembira dan pulang ya :)

۞

tag dari yazid lagi..

7 Ciri Perempuan Idaman;
1. sedap mata aku memandang. bak kata pepatah, dari mata, jatuh ke hati :p
2. Percaya, memahami dan terima seadanya siapa aku ini.. ini sahaja sudah memadai..

7 Wanita / Lelaki Yang Pernah Di Minat
hehehe.. takkan la nak paste kat sini. buat naya ja..

7 Perasaan Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Saya Minati;
1. gembira. nanti aku asyik tersenyum je.. hehe
2. berdebar debar. :D
3. segan dan termalu malu sendirian. hehe
4. risau dengan penampilan diri sendiri. pakaian yang aku pakai ni sesuai tak, rambut aku ni kusut ke, cara jalan aku kekok ke, tangan kanan ke aku isap rokok atau tangan kiri? hah..

7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Orang Yang Tersayang;
1. tepi pantai. mana mana pantai yang indah, yang masih belum dicemari lagi.. (ade ke??)
2. gunung gunung yang tinggi untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza..
3. mana mana shopping complex. suka melihat telatah manusia disekeliling..
4. antartika. kerana hanya akan tinggal kami berdua sahaja di sana (tapi mungkin ada saintis sekali kat sane kot.. sebok je diorang nih)
5. bulan. melihat pantulan cahaya matahari dari bumi bersama sama. sedangkan indah aku melihat bulan dari bumi ini, sudah pastilah lagi indah sekiranya melihatnya dari bulan itu sendiri.... kot
6. bermuda triangle. menyelami misteri bersama sama. mana tau boleh jumpa kapal perang dunia kedua ke..
7. tempat yang romatik. dari restoran yang ditempah khas untuk kami berdua sahaja (bukan kedai mamak, macam restoran kat atas menara kl tu ke) sehinggalah berjalan jalan ke Italy.

7 Barangan / Sesuatu Istimewa Yang Mungkin Dihadiahkan Buat Orang Yang Tersayang;
emm.. ianya hanya akan menjadi istimewa sekiranya si dia sahaja yang mengetahui dan menerimanya. kalo ada orang lain yang dapat gak dari aku, takdelah istimewa sangat pon.

7 Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Orang Tersayang;
1. Amelina - Semakin Rindu Semakin Asyik
2. 4U2C - Darling I love you
3. Juliet The Orange - Eyelash
4. J. Mizan - Hari Ini Dan Semalam
5. Deddy Dores & Mayang Sari - Jangan Pisahkan
6. Intoxicated - Possibility
7. Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir

7 Mereka Yang Di Tag
mana mana 7 blogger yang rajin melaksanakan tag ini..

..

bagi aku, percaya, memahami dan menerima seadanya tu sangat penting ketika masa mula mula ingin menjalinkan hubungan intim (dan mengimprove atau at least mengekalkan hubungan). memang lah takde semua perkara yang boleh kita terima masa awal awal, tapi tu yang pentingnya percaya dan memahami. aku tak suke sangat orang yang suke aku ubah itu ini semata mata untuk mencintainya (terutama ketika awal awal bercinta). take times la dammit. kalo betul betul dia trust kat aku and terima aku as whole, barulah aku boleh cuba untuk berubah. walaupon kami ada limited time sahaja untuk bercinta..

percaya atau tidak, diatas sebab tu lah baru aku rasa worth untuk berubah. fair enough. dia kata dia nak tengok aku besarkan badan, hah.. amik ko. sampai 10 kilogram berat aku bertambah. (dulu berat aku sebelum puasa 38kg je). tapi ekceli still nampak kurus lagi.. tinggi aku 165cm. nak kene tambah lagi 10 kg kot. hehehe

Rabu, 17 Disember 2008

taniah to both Fairuz

13 haribulan Disember 2008..



taniah diucapkan kepada siti fairuz dan faidzal di atas perkahwinan mereka. semoga berbahagia hingga ke syurga kelak.



juga taniah diucapkan kepada mohd fairuz dan shida zhulia kerana berjaya membawa cinta mereka dari Tingkatan 5 dahulu (2001) sehingga ke atas pelamin. boleh menjadi inspirasi kepada budak budak sekolah sekarang untuk bercinta lama lama :p juga diharapkan agar mereka berbahagia selama lamanya :)

۞

sebenarnya, agak lama juga aku bersama sama ahli teratak 42 melakukan aktiviti bersama. dan hari ini, setelah seminggu plan bersama Yazid, Geweng (hah Geweng, plan je lebih, bukannye pergi pon.. haha), Kucai, Skem dan Arep, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. mendapat dua jemputan kahwin. satu di Muar (Siti Fairuz dan Faidzal) dan satu lagi di Rengit (Mohd Fairuz dan Shida Zhulia). sebenarnya ada banyak lagi jemputan, cuma kad yang sampai ditangan aku hanyalah dua ni sahaja. rule of thumb, kalo dapat jemputan (kad kahwin), mesti cuba sedaya upaya untuk pergi selagi tiada aral yang melintang.

aku, kucai, skem dan ila menuju ke destinasi dengan menaiki kereta yazid. dan diikuti pula dengan arep (dan aweknye), john dan buaye.



setibanya kami di hentian Machap untuk menuggu kereta john, kucai berkata pada aku "jom isap rokok kat atas tangki". aku iye kan aje. agak lama juga tak naik tangki. dahulu (ketika Tingkatan 5), aku dan kucai gemar menaiki tangki air di sekolah. masing masing ada tujuan sendiri. bagi aku, aku sukakan cabaran. dari menaiki tangki besi yang berkarat (disekolah dulu la, kat R & R Machap ni tangga batu. tak thrill sungguh), sehinggalah menghadapi angin lintang di kawasan tangki (kat sini kene hati hati siket, takut melayang je ke bawah. hehe).. (lagi cerita daripada kucai di blog barunya di sini).

setelah sampai di puncak tangki, baru aku 'terasa' kembali perasaan dahulu ketika di atas tangki sekolah. aku gemar berada di tempat tinggi (selagi tempat itu berpagar). aku suka memerhatikan telatah mereka yang berada di bawah. kerana (setakat yang aku perasan), tiada seorang pon yang tahu kami berada di sana (kecuali yazid setelah kami bagitau dia)..

lumrah alam. setiap yang berlaku boleh dimetaforkan dan diaplikasikan kepada kehidupan seharian. seronok berada di puncak. sejuk kerana angin yang kuat. melihat manusia manusia yang lain di bawah dengan angkuh (kerana mereka berada dibawah). mungkin inilah perasaannya apabila seseorang itu berdarjat tinggi. mewah, khayal dan mudah terleka didalam 'kelembutan' buaian angin.

adakah ini resmi padi? adakah ini caranya padi menunduk setelah berisi? atau apakah ini hanya padi yang sekadar menunggu untuk ditampi?

Khamis, 11 Disember 2008

Ten ten Fifteen

ten ten: tag dari en. yazid..

a) Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng-tag dia.
1. dulu yang aku ingat masa kat mrsm, yazid ni dok sebelah kelas aku. pastu aku tengok die pendiam je.
2. mase awal awal yazid berada kat utm ni, mesti aku dan yang lain confuse die dengan yazid 'relax' budak kelas aku. name same. perangai (kat mrsm) due due pon same. hehe
3. pandai bab bab amik gambar. banyak gak aku belajar dari dia pasal photography.
4. juga berpengetahuan tinggi bab bab hal ehwal semasa. juga banyak menerima input pasal ni dari dia.
5. dok kat nogori sombilan tapi tak ghoti cakap nogori.
6. founder teratak 42.
7. suke barangan berjenama.
8. suke beli barang yang ori sahaja. kecuali mp3 yang banyak rip dari internet atau pc orang lain dan movie/series/drama.
9. mamat ni memang seorang yang pandai bergaya. tengok je la picture die kat frenster tu. hehe
10. badan die 5-pax. satu lagi ilang mane tah (die ngadu kat aku). hahahaa

b) Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. About yourself.
1. suke tdo.
2. emo. haha
3. suke tengok awek yang tinggi dan pakai spek. hehe
4. suke main main dengan benda yang berkaitan dengan logik/komputer which yields to programming.
5. pemalas no satu (pinjam kata kata dari ibuku yang slalu ditujukan untuk aku)
6. suke buat hal sendiri kat mana mana.
7. suke jalan jalan sensorang.
8. egoistic, insecure, narcissistic, pessimistic, psycho and self-centered bastard. plus hater.
9. always wishing, never trying.
10. nak tag tuan/puan punya blog blog berikut (yang tak pernah jumpe/borak dengan aku face-to-face, yang lain nak buat pon boleh jugak):
Deep Inside Liyana's Heart [Liyana]
diriku tapak sulaiman [azie]
heartprintsofmine [missyizzati]
I am me [Atiqah]
itu, ini dan itu [peyus]
Memang Lumayan [yginsaf]
This Is My Today Episode [Stefeno]
..::versus resesif::.. [Liyana]

ps: bukan mandatori.

Fifteen: tag dari cik president lak.

The Rules
1. Cmpose a list of your top 15 sexiest famous men.
2. Collect one picture of each guy on your list
3. Post them in your journal
4. Tag people to do the same

disebabkan aku takde pon pandang mana mana lelaki adalah seksi, maka aku ubah kepada 15 sexiest famous women. dan juga tak semestinya gambar je, siap video skali aku letak. boleh kan aje. haha

15. Breann McGregor



Breann McGregor ni ekceli pornstar. dah la lawa. nice balance of tan. cybergirl of 2007 (playboy). hehehe.. mungkin ni sahaja dah dapat menerangkan sexy and kefamousan die :p

14. Azumi Kawashima



azumi juga seorang pornstar (AV/adult video japan). dengan gaya lembut die, fuhh memang sungguh sexy dan famous (pornstar la katakan :)

13. Patricia Heaton



hah. tengok je video kat atas. sexy tak? damn! (tapi tu mase die mude mude dulu laa)


12. Anette Olzon, vokalis Nightwish



penyanyi nightwish ni pon sexy gak. dah la suare die sedap. hehe

11. Heather Graham



haaa.. ni antara pelakon yang aku suke tengok. slalu lah ulang ulang citer scrubs yang ade part die berlakon (as Molly). plus ade movie yang betul betul menampakkan sexy die. hehe

10. niki heroes



kalo korang tengok cerita Heroes mesti korang tau kan sapa niki sanders ni. tapi sayangnye watak niki dah mati dah. tapi ade adik kembar die. cume adik kembar die ni tak seksi pon :(

9. awek gedik mmu



hahaha.. aku tak tau la dari mane tah datangnye video ni dedulu kat pc aku. sape tah bawak. btw, aku suke tengok awek yang mase kat 0:15 ke 0:19 tu. sape kate diorang tak popular. seingat aku la, dulu famous sangat video diorang ni. hah

8. Sharon den Adel, vokalis Withn Temptation



ni lagi satu penanyi metal wanita. suke suara nyaring die dengan dressing die. theehehe

7. Tara Reid



kat dalam scrubs, suare die (bagi aku) agak seksi siket. hehe

6. alizee




yang aku ingat, video alizee top (kat utm) ni sezaman dengan video awek awek gedik mmu tu. tengok la video die. memang seksi abis. hehehe

5. model kamera



aku tak kenal pon sape die. tapi pic ni aku grab dari website mane tah. minolta tak silap aku. lawa giler. aku siap letak pic ni as wallpaper aku. famous kot orangnye. hehee

4. amy mastura



comey and cute. sangatnya kecewa mase dengar die nak kawin. tu yang buat aku kurus giler tu kot :p


3. Awek UTM



emm.. budak lelaki ramai yang ada koleksi video pasal awek ni kot, terutama yang dok kat utm ni ha.. hehehe

2. nora danish



cute giler. antara wanita idaman aku nih :p

1. awek utm

haaa.. yang sorang lagi awek utm ni memang takde picturenye dan aku tak tau namanya. biar aku gambarkan die. die tinggi (kepala aku paras bahu die), putih putih, slalu nampak die buat rambut ponytail and ada gaya macam model gak kot. aku suke sangat tengok awek ni. dulu selalu nampak die kat pasar Ramadhan kat utm 2 tahun lepas dan 3 tahun lepas. tapi tahun ni tak nampak die kat pasar Ramadhan (mungkin sebab tahun ni aku kurang g pasar ramadhan utm kot). baru baru ni nampak die kat jusco dengan restoran singgah selalu. berdebar debar kalo aku jumpe die. dan kalo aku rajin, aku jadi stalker. ikut je die dari blakang. hahaha.. famous? ye kot. sebab tiap kali die lalu je, biasanya lelaki lain di sekeliling akan menoleh memandang die.. termasuklah aku (stalker memang la kene sentiasa pandang target die kan? :p)

aku teringat lak cerita Jay Em dengan Fazrol mase diorang praktikal kat mane tah. mase lunch, diorang g la makan dan kat kedai tu lak majoritinya lelaki. macam biasa la, suasana hingar bingar kat kedai makan tu. pastu tetiba suasana jadi senyap. bukan yang malaikat lalu, cuma seorang wanita yang diorang definiasikan sebagai tersangatnya lawa, sampai semua orang berenti makan dan usha je awek tu. senyap dan sunyi memenuhi ruang dan segala mata ditumpukan kepada seorang wanita sahaja. cuma yang tak bestnye, pakwe die takde lah hensem mane pon (siap sume meje dok kutuk pakwe die tu). - ni cerita dari diorang.

walaupon awek yang aku ceritakan ini takde lah sampai tahap begitu sekali, tapi tah la. awek ni memang lawa and sexy. mungkin sebab ni la satu satunya awek yang tersenarai kat sini yang pernah aku jumpe face-to-face. plus, aku rase macam nak berkenalan je kalo jumpe die. hehehe. (tu pon kalo aku berani la)

jutaan taniah kepada (nama beliau) yang dapat tempat pertama daripada blog fafa-null2.blogspot.com! ribuan taniah juga kepada yang tersenarai. kepada yang tidak tersenarai, terima kaseh kerana mencuba. sila cuba lagi di dalam tag yang akan datang :p


ps ps: baru aku perasan, kecuali yang no 1 ni, yang lain sume aku tak penah jumpe live. dan takde pon kawan aku dalam list ni (saje taknak letak, biar korang angkat bakul sendiri). hehehee

dan sekarang, kepada tuan/puan punya blog yang tersenarai dibawah, dipersilakan buat juga fifteen ni (dan kalo rajin ten ten tu). hehe

Bebelan Anak Tukang Jahit [Yajit]
Emphbone Blog [Emphbone]
Melintasi Arus Masa [Geweng]
sKeLEtON cOfFeE [Joe]
~Menempuh Arus Masa~ [Kucai]
~ ZEN Territory ~[Fitri]
Aishii - The Otherside [Sha]
Aku BudAK FELDA [Helmi]
aku punya pasal [G-man]
Biarkan aku terbang bebas [Zati]
CircleInSpoon [Sue]
dareToBeDifferent [t]
Deep Inside Liyana's Heart [Liyana]
Diriku Pak Dogol! [Sarmi]
diriku tapak sulaiman [azie]
Eyes Only [President]
heartprintsofmine [missyizzati]
I am me [Atiqah]
itu, ini dan itu [peyus]
Memang Lumayan [yginsaf]
My name is alan [Alan kot]
Not a cinderalla story! [Ati]
Only God Knows Why [Kakok]
Other Side of The World [Nana]
Perjalanan 1712 [Ninja]
the al-chemist [G-man]
This Is My Today Episode [Stefeno]
twinkle twinkle little star [yara]
~Chucky ~Marine~ [Asmah]
+ Tukang Kaba [Abg Zaidi]
| spanky > dxeno | [Fox Kid]
..::versus resesif::.. [Liyana]
{ art of living } [Niki Lala]

ps ps ps: juga bukan mandatori