pagi tadi aku kene berjumpa seorang lecturer pakar statistik. aku diminta oleh penyelia aku untuk jumpe die untuk membincangkan research yang aku telah jalankan selama 10 bulan ini. untuk memastikan aku berada dilandasan yang betul. untuk membantu research aku yang ade sedikit sangkut ni. tetapi lain pula halnya. dia bertanya adakah data yang aku lakukan ini adalah bertaburan normal. sekiranya tidak bertabur secara normal, maka segala kaedah yang telah aku guna-pakai boleh diragui dan ditolak mentah mentah oleh statistician. yang lebih menyakitkan, ianya perlu dilakukan pada peringkat awal lagi. aku dah buat apa yang patut pada asalnya. telah melakukan segala transformasi yang diperlukan. tetapi ianya seperti tidak cukup. aku telah runkan null hypothesis (H0) dan resultnya amat mengecewakan. lebih banyak rejection daripada acceptance. data aku tidak normal rupanya. pening pala aku. bajet nak abiskan before tahun depan.. tapi.. tah la..
...apabila ada makan makan di institut ibnu sina (iis)...
lepas aku jumpe lecturer tu, aku terus pergi ke iis. ada makan makan untuk semua staff iis. terasa segan giler sebab aku datang paling lambat dan majlis tu seperti menunggu aku, padahal aku ni just a man with null kat iis tu. takde la jadi orang penting pon. dah le aku sahaja yang tidak berpakaian kemas. aku sahaja yang pakai seluar jeans kat situ. yang lain sume pakai kemeja and sluar slack serta kasut kulit. hah. tah la.. yang ada kat pemikiran aku mase tu, "janji aku kenyang dah le". hehe
...apabila liquid nitrogen berada didepan mata aku...
masa aku lepak kat luar iis untuk isap rokok, aku ternampak satu transaksi liquid nitrogen. teringat lak aku ade satu video tu yang menunjukkan overclocking melampau, tapi dengan bantuan liquid nitrogen sebagai bahan penyejuk - ganti heat sink. boleh overclock dari 2.66GHz sehingga 3.2++GHz. dan aku lak terasa nak main main dengan pengewapan liquid nitrogen tu. tapi teringat lak macam mana diorang pecahkan bunga dengan menggunakan liquid nitrogen. jadi takut lak. takut tangan aku pecah. hehe.. or maybe it's only my stupidity je. hehe
...apabila kepala aku sakit gila...
thanks to yazid sebab memperkenalkan lagu Benny Benassi - Satisfaction. best. best bangat. tetiba aku teringin balik dengar lagu lagu disco nih. and again, it's a paradox. tapi paradox yang menggembirakan. maybe sebab aku tertarik dengan bunyik bass die yang giler mantap. lagu lagu seperti Beyonce - Crazy in Love dan Boney M kembali menggegar bilik aku. dari opis sampai la kat umah aku dengar lagu lagu ni. lagu Boney M yang buat best, lagu Rasputin. baca sahajalah liriknya dan korang akan taw pasal apa.. kali ni aku setkan minda aku untuk menerima lagu lagu jenis jenis camni. bak kata pepatah, for future use. hehehehe
...apabila aku ternampak lipas...
hah. ni memang tak leh nak cakap apa la. melompat aku kalo aku nampak lipas. aku takut. takut sangat. boleh lak lipas tu keluar time aku tengah menulis blog ni. mane tak melompatnye aku. last skali, aku bunuh je die. takut.. aku ade pengalaman buruk dengan lipas. boleh buat aku menangis kalo lipas tu naik kat badan aku ;(