Selamat Pengantin Baru kepada Suhaida dan pasangannya, Norzalizan. Semoga mereka berbahagia sehingga ke syurga kelak :)

di waktu perkahwinan ni, aku baru teringat. dulu aku dan rakan rakan sekampung aku pernah pergi beraya rumah dia. dan apabila masing masing pulang sahaja beraya dari rumah dia, masing masing berpasang angan angan untuk 'cucuk jarum'. tapi sayangnya semua yang terlibat tu dikalahkan. aku cuma gelak je sebab aku mase tu dah berpunya. haha.. well. good luck untuk perkahwinan mereka :)
dan ini pulak kawan aku. namanya hafiz. panggil dia sett. aku g kenduri kawin ni dengan dia.

aku tiba sahaja di kampung, aku try roger kawan kawan aku. mencari mana lagi yang masih berada di kampung. dan baguslah dia ada. merancang dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi untuk ke kenduri kawin tu. hehe
۞
aku beli tiket pulang ke jb seawal aku tiba di melaka pada hari jumaat, untuk mengelakkan kelam kabut mencari tiket pulang. bas DELIMA, jam 2.30 petang hari Ahad di Melaka Sentral. namun, pada hari ahadnya, aku terlewat dan tiba di Melaka Sentral pada pukul 2.35 petang.
(Aku = fa, Dia = driver bas delima pukul 3.00 petang)
Aku: Bang, bas pukul 2.30 petang dah gerak eh.
Dia: Aiseh dik. baru je gerak tadi.
Aku: Laa. ye ke.
Dia: A'ah. kamu kalo awal siket je tadi dah sempat.
Aku: Tak apalah.
Dia: Tapi tiket pukul 3 petang pon dah abis.
Aku: Tak pe. takpe.
so, aku mencari cari la tiket untuk pulang ke JB. di Melaka Sentral tu. seb baik gak ada tiket pukul 5.30 petang. so, untuk mengisi masa lapang tersebut, aku mengajak famili aku berjalan jalan sekitar melaka. kami pergi ke Jeti Melaka River Cruise, Uptown. ekceli aku tak tau pon kat situ adalah UPTOWN. padahal, kat situ dahulunya adalah tempat bas ekspress (sebelum pengishtiharan Melaka Sentral).

pastu pergi berjalan sehingga ke kawasan Taman Rempah. juga aku tak tahu tentang kewujudan taman itu, sehinggalah wujudnya Pesta Melaka yang bertempat tidak jauh dari tempat tadi. atas siket. hehe

Ada sideway walk. mak dan ayah aku kata leh jalan sehingga ke Bandar hilir. wah. jauh giler. baik naik bot je. hehe

anyhow, aku terasa amat berbangga dengan kemajuan pesat melaka untuk menjadi satu destinasi pelancongan yang menarik. walaupon aku ni anak melaka, tapi aku ni seperti bukan anak melaka. ini adalah kerana aku tak mengikuti langsung perkembangan negeri aku sendiri. hah. tiap kali jalan, aku hanya berleter 'eh, sini bukan ke dulu ada ni dan tu..'. haha.. need to take time rest dan berjalan sepuas puasnya di melaka. hehe..
۞
lagi cerita pasal kunci (berkaitan dengan
sini,
sini dan
sini tapi bukan di
situ).
aku berjaya menamatkan siri kunci rumah aku itu. kunci rumah aku tu akhirnya tertinggal kat kampung. hah!