Halaman

Ahad, 28 Disember 2008

11 comments
selamat menyambut tahun baru 1430. semoga tahun ini menjanjikan penambahan amalan yang mulia, berlipat lipat kali ganda (dan kurangkan amalan yang menambahkan dosa, seperti ....)..

۞

this is my 288th post..

Just like the other end of the year. Get out from the door, paused, look at my back for a little while and sigh. What a disappointed year. No achievements and no improvements. Just wasting my time here ;( soooo saddd..

Finished my study?
- Nope.

Get a job?
- Naahh..

Get a lot of money?
- only in my dreams

Car? (Got license and own a car)
- hahaa.. nope

Buy a house?
- not a chance

Going through a happy year?
- hell yeah

Having a strong relationship?
- hell no

shit!

Ever wonder why I nicknamed myself as fa on the net? One, it is from my own name, Fairuz. And secondly, it is taken from French words, Fait Accompli.

fait accompli
lit. accomplished fact; something that has already happened and is thus unlikely to be reversed.


ref here: wikipedia

haih!

Khamis, 25 Disember 2008

kosong

15 comments

(pokok krismas di teratak 42!)


peristiwa tengah malam tadi..

"Ya Allah.. lapanye aku". desis hatiku. aku lihat keliling, tiada sebarang makanan yang boleh di kunyah.. ahh.. tunggu je la kucai dengan fit balik dari majlis makan makan. katanya ada majlis makan makan seafood/steamboat yang ditaja oleh kawan kepada awek kucai.. geram dengan diri sendiri. sudah tahu suka seafood, lagi mahu menolak. tapi segan lah. diorang pergi dengan awek masing masing.. keras lah aku nanti..

sudah pukul dua belas setengah dah ni. lama pula rasanya diorang keluar. aku bersiap siap dan terus turun ke bawah. nekad. kalau diorang belum balik lagi, aku terus pergi makan sensorang. sedihnye makan sensorang mase krismas :p

tik tik tik.. masih berkunci lagi pintu bilik diorang. ah. keluar sahajalah. bukannya aku ni perempuan. tiada siapa pun yang mahu merogol aku. hehee

buka sahaja pintu rumah, aku dikejutkan dengan dua makhluk yang tengah dok menyangkung kat depan pintu..

"hoh, ape korang buat ni? bila korang balik?" tanya aku. "jom g teman aku makan. aku dah lapar giler dah ni", sambil mengignorekan kucai yang cuba memberi jawapan..



sekali rupanya diorang tengah bagi bebola ikan dengan paru kepada anak anak si Putih. "arghh.. kucai! fit! aku dah le lapar. boleh pulak korang bagi makanan lazat tu kat kucing".. sedihnye.. diorang hanya tergelak kecil sambil meneruskan aktiviti tersebut..

kecewa aku. antara aku dan anak anak si Putih, aku sudah tahu di mana tahap aku. lantas aku terus pergi membawa diri sensorang di malam yang gelap...

ketika entri ini di tulis (selepas 20 jam dari peristiwa di atas), masih tiada lagi orang di rumah ini. tinggal aku sorang je lagi dari petang tadi. ah.. tensionnye. boringnye.. lapanye.. mahu saja aku pergi makan di Ulu Tiram. sejam saja perjalanannya. boleh usha awek di sana :p

emm.. it is doable. ah.. nak g Ulu Tiram lah camni:D


(anak anak si Putih dan 'katil' barunya)


۞

All Eyes on MTV Germany - Slipknot Paul Gray



ps: teringat pula entri 'Kosong' oleh Pak Dogol :p

Selasa, 23 Disember 2008

puteri gunung ledang

38 comments
ps: entri kali ini ada banyak gambar. minta maaf kepada sesiapa yang load lambat..

seperti yang telah aku coretkan pada entri yang lepas, hujung minggu lepas telah pon aku penuhi dengan camping kat Gunung Ledang. ni kali kedua pergi ke sana (pertama masa camping pengakap dulu :p). yang pergi adalah aku, fazrol, jay em, mat z (orang kelantan singapore), cupak, onn, nata, fazdi dan nain. 2 kereta dari skudai, satu lagi dari shah alam..

awal awal lagi aku dah kene sound dengan budak budak teratak 61..

"weh, nak beli bawang putih tak??", tanya fazrol kepada jay em. "nak letak kat setiap khemah eh", sampuk aku pula. "ha. mulut jangan celupar nanti kalo dah naik gunung" sound fazrol dan jay em kat aku. "uupss". ni lagi satu aku risau. mulut aku ni dah le memang celupar abes. camne la nanti kat atas gunung. hehe


ketika nak pergi. aku pergi naik pakai beg sekolah dengan slipar pink kesanyangan aku.. nak tercabut slipar tu. hehe


ini tempat tujuan kami. kolam puteri. mase ni sume semangat nak naik (sebelum pancit di tengah jalan). tanya ranger brapa lama nak sampai kolam puteri ni. "emm.. 40 minit je", balas ranger tersebut. hah.. lame dan tinggi tu.


pesan ranger tersebut kepada kami "kalo dah sampai tempat berpagar tu, itu je lah limit kamu boleh berada. pastu jangan naik lagi sebab tu sudah masuk kawasan Taman Negara".. emm. baiklah!


ni kolam puteri, tempat tujuan kami. agak seram gak. hanya menggunakan dua kayu untuk memisahkan antara kolam dengan air terjun tu. tinggi woo air terjun tu. tingginya lebih 5 tingkat pada anggaran aku.. risau gak kalo aku collapse pastu terhanyut kat sana. hehe


sampai sampai sahaja, masing masing terus memasang khemah. dan kemudian terus memasak. lapa woo.. jangan tak tau, semua yang pergi ni pandai memasak. bujang bujang terlajak la katakan. hehe


rak tempat letak barang. tak stabil langsung.. sape la yang buat tu. hehe.. petang tu kami makan nasik, sardin, rendang dan telur dadar. sedap woo..


habis je makan, ape lagi. berendam la kat kolam puteri :p


malam tu buat bbq dalam gelap gulita.. best. makan sate, daging panggang, kepak ayam, dan kambing.. sayangnye aku tak makan kambeng.. (mase diorang bakar sate ni, aku tengah tdo. sungguh kurang sopan aku ini).


makan malam.. (selepas aku baru bangun tdo)..


keesokkannya (ahad)..


masing masing semangat nak pergi mandi seawal 7 pagi. selepas sarapan sate, kambeng, ayam dan daging, masing masing terus pergi ke kolam puteri. ye la. awal awal macam ni tengah takde orang. sedap gilor mandi. tak kesah nak buat ape pon, takde orang lain yang boleh misjudge. hehe

+ beberapa notable jump!


jump mat z. jump! (mat z antara orang yang paling banyak jump)


aku pon nak gak..


mamat kelantan singapore ni lagi..


jay em jadi superman..


aku dgn onn free jump..


fazdi berjalan di atas air. hehe


jay em tirok. hehe


semua jump. nain terlambat siket. hehe


aku, fazdi dan mat z.. jump!!!


jay em dan fazdi


mat z (yang lain dah tenggelam)


fazdi flying :p


ni bebudak teratak 61. mat z, jay em dan fazrol.


"emm.. bestnye diorang berendek kat dalam air", kata cupak.. cupak jeles la tu..


haa.. best tak bang dok sini? licin tu beb :p


muka muka semangat nak mandi. sila pilih :D

mahu pulang..


tak bestnye kene balik. time ni la mulut masing masing mule celupar. hah. mentang mentang la nak balik. cube kalo tdo satu malam lagi. konfem senyap je. hehehe


singgah makan tengah hari di melaka. siap sesat sesat lagi. dari 'tangkap' ke jasin. pastu dari jasin ke ayer keroh.

+ beberapa notable peristiwa (mostly from my perspective)..

- mat rempit

tengah mengemas ngemas, tetiba dengar bunyik broom broom.. sapa ya. rupa rupanya ada mat rempit kat gunung ledang tu. ceh. sampai kat atas gunung pon korang ade ek. betul la apa yang orang kata. mat rempit berada di mana mana sahaja. kat atas gunung pon ada. hah!

- siapa punya ni ya?

sedang aku sebok buat rak tu, tetiba datang fazrol kat aku. "raju, meh sini ko ikut aku", kata fazrol. aku pon mengikut je la die. lalu fazrol menunjukkan kat aku tapak kaki yang besar. terkejut gak aku. kata fazrol kepada aku "aku rasa ni tapak kaki gajah ni, nak bagitau diorang tak?". aku paused sekejap. "tah. bagitau je la kot" kataku.. emm.. risau gak. dalam hati aku berharap jangan la tetiba ada banyak burung terbang. alamat kurang baik tu.. tapi alhamdulillah tiada apa apa yang berlaku..

- tengah tengah malam..
semua sudah tdo. tinggal aku dan fazrol sahaja yang berborak lagi di luar khemah. masing masing duduk di atas pasir. "sejuk giler la bontot aku", kata fazrol, lantas berdiri di hadapan aku. aku yang memegang lampu handset aku hanya mengiakan aje. aku teringat gak bebudak ni pesan, jangan suluh dan pandang kat atas waktu malam.. tapi disebabkan tindakan reflex aku, tiap kali fazrol bercakap, aku akan menyuluh mukanya dan pandang atas. dan ternampak something benda putih kat atas. "shit", kataku dalam hati. terus aku berborak memandang kaki fazrol. seram giler.. pastu leh lak fazrol cakap "weh raju, ko dengar tak bunyik ape tu?", tanya fazrol.. arrghhh.. celake tul. terus aku ajak fazrol masuk khemah.. tdo. hehe

- kesejukkan atas gunung..
yang selalu aku dengar orang kata sejuk giler kat atas gunung. tapi mungkin malam tu aku termakan daging kambeng, terus panas badan aku. tdo pon berlenggeng je. bukak baju. dan kalo boleh aku nak bukak skali seluar aku.. ngehehehe..

- mamat kelantanese singporean
di RnR Machap..

dengan yakin je cakap "I kat Manchap ni".. emm.. ape la yang die tengah fikir tu. melancap? hehehehe.. kemudian di atas Gunung Ledang pula.. "I dah sampai dah kat Tangkap". emm.. Tangkak dan Tangkap. seb baik tak jauh sangat bunyinye. hehe.. banyak gak la istilah kelantanese singapore yang aku belajar dari dia. "tengkodok" adalah cengkodok. hehehe

- ikan

kat sini pon ada ikan tau. fazrol dapat anak ikan, disaksikan oleh nain yang ade kat sebelah. dan korang yang melihat gambar ini juga turut menjadi saksi.

+++

alhamdulillah, tiada apa apa perkara yang tidak diingini berlaku. semuanya selamat pergi dan pulang. yang sakit sakit pon disebabkan masing masing kurang eksesai. cram sane sini. hehe

best!!~ pasni nak g mane pula ye.. emm :D

Sabtu, 20 Disember 2008

7. fair enough

6 comments
hari ini..



hari ini agak bz siket. mencari barang barang untuk g camping. ikut hosmet fazrol (jay em dan nata). hehe.. ni first time aku ikut budak budak ni g camping. so, aku just dok diam, dan banyak bertanya. tak de pengalaman beb..

kemudian pergi ke persada johor, ade pc fair..



aaaa... bestnye perang broadband. tapi sayang. harge takde la jatuh sangat pon mase perang ni :p yang bestnye kat persada ni, kalo lalu ikut laluannye, nanti mula mula masuk kat area jual barang barang pc, laptop dan kamera. pastu lalu kat hall yang penuh dengan booth jual speaker (perang speaker lak kat sini.. memekak je. sume nak bukak speaker besar besar. hah).. pastu lak sampai kat kawasan berukband :p



dibeza bezakan mengikut kaler. hijau = meksis, biru = celcom, ungu (atau hitam.. tak ingat lak) = p-satu wimax, dan oren = stremek. waaa... bestnye wimax. laju giler. aku rase pasni nak angkut wimax. tapi yang sedihnye, coverage die tak sampai lagi kat skudai. "hujung bulan 1" kata salesman tu dengan yakin je. hah. sakit gak nak bayar sebulan for nothing. tu pon aku macam yakin tak yakin je sampai bulan 1 nanti kat skudai :p

kemudian ke opening jusco bukit indah..



tak perlu lagi kot aku nak pos gambar jusco bukit indah. dulu dah pos dah (time takde orang.. kat sini). puas hati sebab besar giler. tapi tak puas gak sebab takde wayang (walaupon aku baru 5 kali tengok wayang dalam 24 tahun ni). hari ini hari pembukaannye. memang besar giler. lalu kat sutera mall dengan jusco taman universiti hah.. kosong je. tak ramai langsung manusia di sini.. ramai ramai g meraikan jusco bukit indah kot :p

insyaAllah, esok pagi pagi aku dengan budak ni akan gerak ke Gunung Ledang. nak g camping. kalo tak leh camping kat sane, plan kedua lak, pergi ke Pengkalan Balak. boleh jumpe اني :p

doakan supaya kami selamat pergi, bergembira dan pulang ya :)

۞

tag dari yazid lagi..

7 Ciri Perempuan Idaman;
1. sedap mata aku memandang. bak kata pepatah, dari mata, jatuh ke hati :p
2. Percaya, memahami dan terima seadanya siapa aku ini.. ini sahaja sudah memadai..

7 Wanita / Lelaki Yang Pernah Di Minat
hehehe.. takkan la nak paste kat sini. buat naya ja..

7 Perasaan Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Saya Minati;
1. gembira. nanti aku asyik tersenyum je.. hehe
2. berdebar debar. :D
3. segan dan termalu malu sendirian. hehe
4. risau dengan penampilan diri sendiri. pakaian yang aku pakai ni sesuai tak, rambut aku ni kusut ke, cara jalan aku kekok ke, tangan kanan ke aku isap rokok atau tangan kiri? hah..

7 Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Orang Yang Tersayang;
1. tepi pantai. mana mana pantai yang indah, yang masih belum dicemari lagi.. (ade ke??)
2. gunung gunung yang tinggi untuk melihat dunia dari sudut yang berbeza..
3. mana mana shopping complex. suka melihat telatah manusia disekeliling..
4. antartika. kerana hanya akan tinggal kami berdua sahaja di sana (tapi mungkin ada saintis sekali kat sane kot.. sebok je diorang nih)
5. bulan. melihat pantulan cahaya matahari dari bumi bersama sama. sedangkan indah aku melihat bulan dari bumi ini, sudah pastilah lagi indah sekiranya melihatnya dari bulan itu sendiri.... kot
6. bermuda triangle. menyelami misteri bersama sama. mana tau boleh jumpa kapal perang dunia kedua ke..
7. tempat yang romatik. dari restoran yang ditempah khas untuk kami berdua sahaja (bukan kedai mamak, macam restoran kat atas menara kl tu ke) sehinggalah berjalan jalan ke Italy.

7 Barangan / Sesuatu Istimewa Yang Mungkin Dihadiahkan Buat Orang Yang Tersayang;
emm.. ianya hanya akan menjadi istimewa sekiranya si dia sahaja yang mengetahui dan menerimanya. kalo ada orang lain yang dapat gak dari aku, takdelah istimewa sangat pon.

7 Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Orang Tersayang;
1. Amelina - Semakin Rindu Semakin Asyik
2. 4U2C - Darling I love you
3. Juliet The Orange - Eyelash
4. J. Mizan - Hari Ini Dan Semalam
5. Deddy Dores & Mayang Sari - Jangan Pisahkan
6. Intoxicated - Possibility
7. Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir

7 Mereka Yang Di Tag
mana mana 7 blogger yang rajin melaksanakan tag ini..

..

bagi aku, percaya, memahami dan menerima seadanya tu sangat penting ketika masa mula mula ingin menjalinkan hubungan intim (dan mengimprove atau at least mengekalkan hubungan). memang lah takde semua perkara yang boleh kita terima masa awal awal, tapi tu yang pentingnya percaya dan memahami. aku tak suke sangat orang yang suke aku ubah itu ini semata mata untuk mencintainya (terutama ketika awal awal bercinta). take times la dammit. kalo betul betul dia trust kat aku and terima aku as whole, barulah aku boleh cuba untuk berubah. walaupon kami ada limited time sahaja untuk bercinta..

percaya atau tidak, diatas sebab tu lah baru aku rasa worth untuk berubah. fair enough. dia kata dia nak tengok aku besarkan badan, hah.. amik ko. sampai 10 kilogram berat aku bertambah. (dulu berat aku sebelum puasa 38kg je). tapi ekceli still nampak kurus lagi.. tinggi aku 165cm. nak kene tambah lagi 10 kg kot. hehehe

Rabu, 17 Disember 2008

taniah to both Fairuz

9 comments
13 haribulan Disember 2008..



taniah diucapkan kepada siti fairuz dan faidzal di atas perkahwinan mereka. semoga berbahagia hingga ke syurga kelak.



juga taniah diucapkan kepada mohd fairuz dan shida zhulia kerana berjaya membawa cinta mereka dari Tingkatan 5 dahulu (2001) sehingga ke atas pelamin. boleh menjadi inspirasi kepada budak budak sekolah sekarang untuk bercinta lama lama :p juga diharapkan agar mereka berbahagia selama lamanya :)

۞

sebenarnya, agak lama juga aku bersama sama ahli teratak 42 melakukan aktiviti bersama. dan hari ini, setelah seminggu plan bersama Yazid, Geweng (hah Geweng, plan je lebih, bukannye pergi pon.. haha), Kucai, Skem dan Arep, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. mendapat dua jemputan kahwin. satu di Muar (Siti Fairuz dan Faidzal) dan satu lagi di Rengit (Mohd Fairuz dan Shida Zhulia). sebenarnya ada banyak lagi jemputan, cuma kad yang sampai ditangan aku hanyalah dua ni sahaja. rule of thumb, kalo dapat jemputan (kad kahwin), mesti cuba sedaya upaya untuk pergi selagi tiada aral yang melintang.

aku, kucai, skem dan ila menuju ke destinasi dengan menaiki kereta yazid. dan diikuti pula dengan arep (dan aweknye), john dan buaye.



setibanya kami di hentian Machap untuk menuggu kereta john, kucai berkata pada aku "jom isap rokok kat atas tangki". aku iye kan aje. agak lama juga tak naik tangki. dahulu (ketika Tingkatan 5), aku dan kucai gemar menaiki tangki air di sekolah. masing masing ada tujuan sendiri. bagi aku, aku sukakan cabaran. dari menaiki tangki besi yang berkarat (disekolah dulu la, kat R & R Machap ni tangga batu. tak thrill sungguh), sehinggalah menghadapi angin lintang di kawasan tangki (kat sini kene hati hati siket, takut melayang je ke bawah. hehe).. (lagi cerita daripada kucai di blog barunya di sini).

setelah sampai di puncak tangki, baru aku 'terasa' kembali perasaan dahulu ketika di atas tangki sekolah. aku gemar berada di tempat tinggi (selagi tempat itu berpagar). aku suka memerhatikan telatah mereka yang berada di bawah. kerana (setakat yang aku perasan), tiada seorang pon yang tahu kami berada di sana (kecuali yazid setelah kami bagitau dia)..

lumrah alam. setiap yang berlaku boleh dimetaforkan dan diaplikasikan kepada kehidupan seharian. seronok berada di puncak. sejuk kerana angin yang kuat. melihat manusia manusia yang lain di bawah dengan angkuh (kerana mereka berada dibawah). mungkin inilah perasaannya apabila seseorang itu berdarjat tinggi. mewah, khayal dan mudah terleka didalam 'kelembutan' buaian angin.

adakah ini resmi padi? adakah ini caranya padi menunduk setelah berisi? atau apakah ini hanya padi yang sekadar menunggu untuk ditampi?

Selasa, 2 Disember 2008

Bukit Indah (Jusco/AEON)

14 comments
Lately, aku kurang sangat berjalan. Penanda minyak motor aku pon dari dua minggu lepas, masih lagi di atas tanda separuh tanki (setelah diisi penuh dua minggu lepas). Maka, aku mengambil 'peluang keemasan' ini untuk memberikan sebab untuk berjalan ke tempat tempat yang aku gemari, tempat yang dapat membantu aku melapangkan fikiran, dan juga tempat yang aku enjoy sensorang (walaupon enjoy aku cumalah berjalan kaki sahaja). dan salah satu tempatnya adalah Bukit Indah.



Dulu aku ade gak cerita pasal bukit indah gak kat sini. Cuma kali ini, lebih menumpu kepada Jusco baru yang dibina berhampiran dengan Center of Bukit Indah. Dari piramid besi (penanda Bukit Indah), dapat diperhatikan bangunan Jusco tersergam indah.



bangunan yang agak besar, aku anggarkan keluasannya sekurang kurangnya yang hampir sama seperti Jusco Tebrau. maaf, gambar tak lawa sangat. pakai kamera handphone aku je.. dah tu, amik gambar time tengah dawn. lagi la tak lawa jadinya.



di sebelah pintu masuk jusco tebrau, kelihatan kedai KFC dan pekerja pekerjanya sedang bertungkus lumus untuk membuat 'arrangement'. setakat ni, aku cuma dapat confirmkan dengan mata aku, memang ada KFC di Jusco Bukit Indah. kedai lain? tidak ku ketahui..



Ini pulak main entrance. lawa. terutama ketika waktu tengah senja senja, cahaya dari lampu lampu di dalam jusco yang memberikan impak timbul kepada simbol jusco di hadapan. dan ya, ada tiga tingkat!

cuma.. tak tau lah bila perasmian jusco ni. hopefully cepat, dan aku rasa mungkin dalam bulan ini atau at least pon bulan depan. ye la. management mana yang suke tangguh tangguh opening. hehe


...

kan best kalo kat umah aku ade kerusi macam kat video bawah ni. tak perlu jalan jalan jalan jejauh. tapi, sekiranya ada, tak dapat la aku nak kurangkan minyak moto dan tak dapat la aku nak pos entri yang macam ni lagi :p