Halaman

Rabu, 11 Disember 2024

Season 4: Oui Mais Non

0 comments

If you know me long enough, you should know that this is my normal playlist.
 

...

"Why am I here in the first place?"

Dulu, kawan aku sorang ni ha yang dok pengaruh aku buat blog ni. 

"Raje, ko buat blog la raje", katanya. Aku cakap la kat dia, aku takde idea nak tulis apa. "Ala ko tulis je apa - apa yang ko nak tulis". Aku cakap balik, "Malas lah aku. Takde insentif untuk aku buat".

But sooner or later, aku terpengaruh jugak dengan arwah Kucai untuk tulis blog. Aku kalau dengan dia ni, aku memang senang sangat terpengaruh. Fear of missing out syndrome gamaknya.

Aku jadikan blog aku ni asalnya untuk aku bersosial dan bercerita to whatever my heart's content.

So here it is. fafa-null2.blogspot.com is here to stay.

 

"Yes, but no. Why am I here in the first place?"

Ok ceritanya, asalnya nama domain blog ni adalah fafa-null.blogspot.com (without the number 2).

Accidently, aku tersalah setting tah macam mana tah kat dalam blogspot ni. So aku tak boleh nak register balik nama fafa-null.blogspot.com tu. Belum start apa - apa lagi tu, dah tak boleh nak register nama yang aku nak tu balik.

Incidentally, aku pulak suke nombor dua. So there is it. fafa-null2.blogspot.com. Masa tu aku suka domain pelik - pelik. Tah macam mana tah aku register kat host.sk. So the actual official url tu is fafa-null2.host.sk. Refer to my first post: https://fafa-null2.blogspot.com/2006/08/blog-post.html


"No no no. Why am I here in the first place?"

Ok the story is that, fafa is basically is aku gelarkan kepada nama aku sendiri. Ala - ala comel gitu hahahah. My real moniker name on the internet (dulu) is Fa Wildchild (even some remnant of my internet footprint is still fa wildchild).

So kalau letak nama fa-wildchild as my URL/domain for my blog, rasa macam tak menarik sangat.

So.. you know me, being me, alang - alang tak menarik tu, aku terus letak nama fafa-null. Kasi betul - betul tak SEO friendly (dulu kalau nama kat domain ada dash, kira tak SEO friendly).

Again, incidentally, time tu best friend aku nick name dia fafa (nama dia farusliza*). Nama fafa blog aku ni takde kaitan dengan dia ok. Aku time tu dah ada awek kot. haha.. 

Also, it should be noted that, dari dulu, orang yang kenal aku through internet memang panggil aku Fa sampai sekarang. Because of the Fa Wildchild and fafa-null2.

And the null? Masa tu aku always keep on preaching that the null (tu computer science punya terminology, atau nothing in math), is not equals to zero. Because as it seems, the inequality is actually not that obvious.

So that is it.


"Wait no. Why am I here in the first place?"

If you are asking me, why we are currently in Season 4? (baca kat header blog aku ni. Aku tau, agak poyo sikit disitu), so let us back up again 18 years ago. 2006.

Masa tu aku baru umur 22 tahun.

Basically setahun jagung. Atau umur aku sekarang ni yang dibahagikan dua!!

So Season 1, aku baru nak mencuba - cuba blog ni. Tengok fun ke tak. Sebab aku ni jenis cepat bosan dengan teknologi. Tapi alhamdulillah, ramai pulak aku dapat kawan kat sini. So melekat la aku menulis tah apa - apa kat sini.

The tagline masa Season 1 tu dulu, is actually Null to Zero. Symbolizing that, it is my journey from nothing, and came out to zero. Why zero? Because if you are come out from nothing, it must be start from zero. The number that hold positive and negative value at the same time. So this journey might show that whether I'm going negative or positive in my life (aku ingat aku ada tulis pasal ni dalam season 4 .

Aku tak explain lebih - lebih masa tu sebab,

  1. Takde orang tanya,
  2. Nobody cares (aku assume je, sebab takde orang tanya pon)
  3. Me just being me. Ikut aku nak explain ke tak. And masa tu aku macam rasa malu jugak nak cerita.. hihihi.

Then, there's something traumatize happens to me in July 2007.

Figure 125: One of records showing the transaction between Null to Zero, to From Zero to Zeroes.

 

So that is when aku tukar tagline aku dari Null to Zero, to, From Zero to Zeros. Basically new season (Season 2) with what I think (or actually hoping) to be a new exciting (story of my) life.

Why zeros? Senang. Sebab masa tu aku tak tau lagi am I going to positive or negative direction. I'm just go with the wind, bak kata pepatah.

So using zeros (basically a vector, or matrices or array/mutidimension array, that filled with zeros), might be an appropriate value. In math, this is normal. Like how you can decompose a matrix to multiple matrices but still actually representing the same value (look at Singular Value Decomposition, LU Decomposition atau Cholesky Decomposition).

Figure 126: Contoh nak decompose matrix M ke tiga matrix berbeza yang resultnya still sama dengan matrix M!

And it's a new possiblity that I hope I can fill it (the zeroes matrix/vectors) with lots of positive energy .

And it is! Sort of..

It is good and interesting period of my blog.

Until time. Until time happens. Semua orang dah mula busy dengan life masing - masing. Semua dah rasa blog is outdated. Out of style.. Masa ni, yang popular dah lebih kepada microblog. Such as twitter and facebook. Including me.

So this blog left unattended with several retries to revive it. But it is not happening. Pindah sana. Pindah sini.. So (as I put it as my Season 3), the period of that time will be called as Transition Period. Pi mai, pi mai.. Tang tu jugak. So I am here to stay.

So the current Season (Season 4), is actually more on how me meluahkan perasaan, in my style. Biasanya aku akan borak lebih kurang macam ni lah dengan arwah Kucai. Ada je cerita pasal equation. Cerita pasal luahan hati. Tapi lepas dia meninggal, aku banyak pendamkan je cerita - cerita aku.

Sebab.. aku tak rasa orang boleh tahan kot dengar cerita aku. And some others (pernah) using my story to bite me.

Dannnn.. Kebetulan pulak aku tengok takde orang baca blog aku ni. So why not. Just sambung je la sini..

Ok x.

 

"You know exactly what I mean. Why am I here in the first place?"

The thing is that, there's quite a lot of thing happens to me in these several weeks. I am actually tired. Sangat penat. Tired of thinking for the uncertainty. Dari kerja sampai ke personal life aku.

I just wanted to start a new chapter.

Silently.

But surely.

But obviously I'm going to maintain the story telling as it is.

It just that internally, aku aim nak ubah sedikit foundation for this blog and for myself.

And yes. I'm going to start now.


And so,

Fuh..

 

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

I'm officially going to close this season and hopefully we can meet in my new season. URL yang sama. Pendekatan yang sama. Foundation yang berbeza.

The closure.

#fairuz

Figure 127: Simpan sikit header blog aku kat dalam ni


PS:

[109] Tajuk post ni ambil dari lagu top yang aku dengar kat Spotify. Oui Mais Non dari SM:LY (lagu dari France, house music remixed). Boleh dengar kat sini: https://www.youtube.com/watch?v=qrTnwzeDs18&ab_channel=SM%3ALY-Topic Literally translated as Yes.. But no.

[110] Gambar SVD tu aku ambil dari sini https://www.researchgate.net/figure/Diagram-of-SVD-and-truncated-SVD-for-feature-transformation_fig3_3457515

Rabu, 4 Disember 2024

The 404th post. The conclusion.

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Kali ni aku nak bercerita sedikit kisah yang aku lalui hari ini. Kisah benar. Dengan menggunakan penggayaan penceritaan seperti awal - awal aku berkecimpung dalam dunia blog.

...

Benda ni dah lama sangat tertangguh. Dari 2015.

Sikit - sikit ditangguh. Di anjak. Di pindah.

Banyak benda unexpected berlaku.

Banyak benda terbuka sementara nak tunggu conclusion dia.

Too many tears, heartbroken and inner fight all along the way.

Aku nak cerita. Tapi aku tak nak cerita. Tapi nak….

So this time, I’m writing this (I'm writing this at 11:30 AM) while I am going through this.

4 December 2024.

5:30 AM

Aku bangun. Dan fikir sejenak. So the time has come.

Today is the day.

6:30 AM

Aku siap - siap dan terus bergegas untuk keluar, memacu keretaku keluar dari perkarangan rumahku.

"Awal - awal tak kalut", pesan kawan aku, suatu ketika dahulu.

7:50 AM

Aku tiba di tempat yang dijanjikan.

Awal lagi.

Aku tunggu sahaja dalam kereta.

Kalau ikut tentatif, ianya sepatutnya bermula pada jam 9 pagi.

Tapi aku minta kepada diri aku sendiri, untuk bagi aku bertenang dahulu.

Duduk sahaja dalam kereta.

Reda kan minda dahulu.

9:00 AM

Bermula. Aku masuk, penuh dengan pelbagai emosi.

Sehinggakan aku rasa nothing.

What has done, has been done.

Terima sahajalah wahai Fairuz..

10:10AM.

Keputusannya telah diumumkan.

Sealed.

The result? Maintain. Sama macam dulu.

Tak ada perubahan.

Sia - sia sahaja bertarung 9 tahun, fikirku.

Aku keluar - keluar je, ada orang sambut.

  Dia: You, come here. State the result.

Aku explain.

  Dia: Ikut saya ke sana.

Aku follow.

  Dia: You need this and that. Macam mana you datang sini?

  Aku: Naik kereta.

  Dia: I tak akan hantar you balik. You balik sendiri.

Terdiam. Dalam kepala aku dok berkira - kira, dok fikir dan merancang perjalanan pulangku yang belum lagi dimulai.

11:00 AM

Dia bawa aku ke suatu tempat.

  Dia: Dah sarapan?

  Aku: Belum

  Dia: Pergi beli sarapan dulu. Takut lama nanti.

Lepas beli sarapan, dia bawak aku ke satu tempat menunggu.

Menuju ke bangunan bersebelahan.

Di bawa aku ke satu bilik. Di hujung. Bilik ini kemas. Ada sejadah satu. Siap dibentang di tepi bilik.

Aku lihat keliling. Bertutup. Rapi. Seolah - olah…

Emm..

Aku duduk bersila.

Aku menunggu..

Sambil tu aku berfikir. Dan aku memulakan penulisan blog ini.

12:40 PM

Aku tertidur terbangun. Tertidur terbangun. Sakit kepala. Manakan tidak. Tidur duduk sambil menyangkung.

  Dia: Bang, pergi ambil wudhu. Kita gerak lepas solat.

Aku patuh.

1:25 PM

Kami ramai - ramai naik ke satu kenderaan yang disediakan, yang aku lihat telah lama idle.

Dan kami gerak dari situ menuju ke suatu tempat yang agak jauh dari sini.

(ok ni aku sambung lepas aku balik; around 10ish. ya spoiler alert: aku dah balik)

2-ish PM

Sepanjang perjalanan, aku hanya melihat sahaja diluar.

Unfamiliar place.

Biasanya aku excited exploring the unknown.

Tapi kali ini tidak. Perasaan takut lebih tinggi agaknya.

What's going to happens?

I know the objective.

But the process? That is the scariest.

late 2 PM.. sort of.

Ada lagi sorang, lebih lembut sikit dari yang pertama tadi tu.

  Dia: Bang, minta maaf bang. Kena pakai ni bang. Prosidur.

Aku senyum. Faham dan akur.

Aku lihat. Bukan kali pertama aku gunakan ni. The first time was 9 years ago, when it all started..

Sambil dia pakaikan, dia pesan kat aku. "Bang, kitorang ni kira baik lagi ni bang. Lepas ni kami akan pass ke team satu lagi. Diorang ni ganas sikit. Abang ikut je cakap diorang. Jangan melawan". Aku angguk. "Ok" jawabku ringkas.

2 minit lepas tu, dia ulang lagi sekali.

I understand why he keep repeating the same warning. It is like he is trying to tell me the severity of what is going to happens. And I don't know if I'm well prepared enough for this.

Turun sahaja dari kenderaan tu, aku disambut dengan kata - kata agak membencikan disitu.

Aku cuba untuk senyum.

Ada dalam 5 orang duduk depan aku. Dan ada sorang lagi kat belakang aku.

Semua bertanya pelbagai soalan kepada aku.

Sambil brader belakang aku tu selongkar bag silang yang aku selalu bawa tu.

Dua tiga orang tanya soalan yang berbeza kat aku. Serentak.

Aku cuba jawab dulu dari orang yang aku nampak has the most authority of them all.

Tanpa aku sedar, rupanya brader yang kat belakang aku tu pon bercakap kat aku.

"Woi aku cakap kat kau ni. Kau dengar la elok - elok" sambil dia tampar - tampar muka aku.

Aku cuba menjawab soalannya yang sememangnya aku tak dengar tadi.

Dia mula hangin.

Aku nampak dia makin ganas selongkar barang aku.

Dia fedup, dan mula asingkan barang - barang aku yang agak penting.

Barang - barang yang dia rasa berharga. Dia asingkan.

Vape, cables, power bank dan macam - macam lagi barang. Dia terus campak ke tong sampah. Aku rasa lebih RM300 barang aku dia campak ke tong sampah.

Dia belek - belek beg duit aku.

Dan aku perasan, dia stop sekejap dalam 2 saat selepas terlihat gambar anak - anak aku di dalam beg duit aku sebelum dia hentikan selongkar beg duit aku.

Mungkin terlembut sedikit hati dia, fikirku.

"Ok kau pergi masuk ikut pintu tu", katanya. Kasar.

Aku pasrah. Ikut.

Masuk sahaja ke dalam, aku perhatikan satu suasana yang sangat berbeza.

Dan majoriti orang yang kat dalam tu sebenarnya baik baik sahaja.

Selagi aku ikut kata mereka. Fikirku. Don't messed up.

Aku follow proses birokrasi dalam tu.

Semua bagi 1001 soalan.

Aku jawab berhati - hati.

Aku diperli. Aku senyum.

Aku ditolak - tolak. Aku ikut.

Aku diherdik. Aku cuba untuk senyum.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang aku rasakan waktu itu.

Dan setelah objektif aku selesai, aku ternampak ada jam kat dinding situ.

5 PM

"Pergi solat Asar dulu sebelum balik".

Aku sebenarnya dah niat nak pergi Asar kat masjid depan tu kalau semua habis awal.

Tapi baik solat dulu. Aku tak tau bila karenah birokrasi ni selesai.

5:30 PM

Aku keluar dari tempat yang aku masuk tadi. Bersalaman dengan orang yang guide aku keluar.

Penat. Aku rasa aku nak balik terus. Aku nak tamatkan hari ini secepat mungkin.

Tapi kereta aku masih lagi di tempat aku parking pagi tadi.

Aku buka aplikasi Grab dan terus aku set destinasi aku.

RM 100ish. Aku pon iyakan je lah. Aku dah penat.

6:50 PM

Dalam Grab aku tertidur terbangun.

Sakit kepala aku.

Tiba sahaja di parking kereta, aku terus masuk kereta.

“Rasulullah ﷺ bersabda, Bangunlah wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Sunan Abi Dawud, 4986 - rujuk sini)

Amalan yang aku cuba untuk tidak tinggalkan.

Aku set next destination aku ke masjid berdekatan.

Dan selepas itu, aku terus pulang ke rumah.

Sambil fikirkan apa yang berlaku hari ini.

Dan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Sememangnya aku pasti, ini adalah laluan terbaik untuk aku yang telah direncanakan olehNya.

Doa - doalah semuanya terbaik untuk kita semua, pesanan kawanku.

...

Cuma...

Aku kecewa. Aku tak dapat ceritakan ni ke teman rapat aku.

Kalau tak, mesti aku dah cerita kat dia full no filter.

Nantilah kalau aku ziarah ke kubur dia nanti.

Rindu..

Rabu, 20 November 2024

The Proposition of The Superposition

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Quantum, from the eyes of DALL-E
 

...

2011

Masa ni aku kerja kat UTM sebagai Research Officer. So boss aku time tu, (Prof T), macam biasalah suruh aku explore benda - benda baru.

Ada lah satu hari tu. Perbualan dia lebih kurang macam ni.

    Prof T: Fairuz, you tolong ganti I pergi ke satu seminar ni. Pasal Quantum. Nanti balik you explain balik kat I.

    Aku: Ok baiklah.

Masa tu kat UTM, cerita pasal quantum ni agak hot jugak. Cuma for our Department of Math and our Research Group, ianya masih lagi kurang pendedahan. It is a scarce topik. Even other deparment pon tak tahu sangat pasal ni.

Antara contoh classical quantum yang biasa dengar time tu, adalah experiment Schrödinger's cat.

Citer experiment dia tu lebih kurang macam ni.

Dalam satu sealed box, ada kucing, racun, radioactive dan geiger counter (alat pengesan radioaktif dalam udara). Kalau geiger counter tu detect ada radioactive (ada decaying proses), racun tu akan dilepaskan dan membunuh kucing tersebut. Kalau kita buka box tu untuk tengok kucing tu hidup lagi atau tak (buat observation), basically kita dah kacau the experiment and the outcome jadi tak valid.

So masa kucing tu ada kat dalam sealed box tu dan box tu tak dibuka lagi, basically kucing tu sekarang ada in superposition. Kucing tu basically hidup DAN mati dalam kotak tu.

Figure 122: Schrodinger Cat

Basically that is the idea of superposition from classical quantum mechanic.

So for me, it is a good opportunity to venture and it is a very interesting topic to explore.

Here's the brochure hebahan dia.

Figure 123: Poster Hebahan Seminar EQuaLS5

Not gonna lie, it is really an interesting topik. Sebelum tu aku baca - baca pasal quantum kat internet gitu gini je. So this time, I was exposed directly on how the world is viewing quantum in mathematical sense. Ya ilmu di dunia ni tersangatnya luas...

But unfortunately, tak sampai sebulan lepas tu, aku dapat offer kerja kat Kuala Lumpur. So I completed my report (on this) and my potential works for quantum for our department macam tu je.

Dan aku lupa, apa yang aku letak future plan..

...

13 years later. 2024..

Between now and then, aku ada lah jugak sekali sekala baca balik nota yang aku dapat masa seminar tu. Some of them really drives me till today. Especially from John Baez and his talk on Petri Net.

But that's about it. Baca sahaja. Until, sometime in this year. Bos aku kat tempat kerja sekarang ni (En A).

    Bos aku: Fairuz, I nak you baca proposal ni, understand about this and create a presentation slide about this. Kita nak present ni nanti.

Aku belek - belek dan baca title proposal tu. Something about quantum.

    Bos aku: You know anything about quantum?

    Aku (while aknowledging myself betapa tipisnya ilmu aku pasal quantum): Tak. Saya tak tau.

So bos aku cerita lah pasal quantum from the start. Ok let me try rephrase balik dari cerita dia (feynman technique y'all).

Teknologi yang kita gunakan sekarang ni is based on logic gate. From the logic gate, the basic fundamental dia is the bit of data. So each bit contains either zero atau satu dalam satu satu masa and it cannot be both. The so-called bit ni lah yang building up the whole internet as we know today. Dari bit yang nilainya sama ada kosong, atau satu. But cannot be both.

Now in quantum, it is totally different. Both (or maybe more state) can exists dalam masa yang sama. So untuk satu - satu masa ni, it is possible to be both zero and one. So we call this as superposition (it exists in two state). In theory, it can be more than two state at a time. And in computing space, it is called qubit (in reference to bit tapi dalam bentuk quantum, or quantum bit.. qubit).

Ok tak aku explain?

In math, dia ada operator dia untuk represent quantum.

$$ |\psi\rangle = \alpha_1 |1\rangle + \alpha_2 |2\rangle + \alpha_3 |3\rangle + \ldots + \alpha_n |n\rangle $$

where 

  • \( |\psi\rangle \) is the quantum state untuk superposition tu (remember dia boleh jadi dua atau more state? so this is the notation dia)
  • \( \alpha_n \) is the "amplitudes". so this is the probability for it to exists state mana (ya, maksudnya tak semua sate tu equal.. ada possiblity dia), dan
  • \( |n\rangle \) is the state it self (contoh ni kat state \( n \))

and \( | \alpha_n | ^2 \) is the kebarangkalian untuk dapatkan state \( |n\rangle \) dan syaratnya adalah \( \sum_{i} | \alpha_i | ^2=1, \forall i \in \{1,2,3...,N\} \), sebab macam biasalah, tu kan probability.

Aku rasa la kan.. aku rasa macam cantik sangat equation ni. A single line of equation can represent two or more state at a time.

Seriously cantik.. Sangat..

...

23 Oktober 2024.

Side story - Baca Ikrar

Office Admin (OA) company kitorang whatsapp aku.

    OA: Fairuz, 4/11 boleh baca ikrar tak? Herman baca doa.

    Aku: Saya nervous kak.. huhuhuhu

    OA: Bolehlah

    Aku: Ada candidate lain tak?

Aku senyap kejap. This might be a good opportunity. But also scary.

    Aku sambung: Tapi macam menarik gak.

(aku ni jenis apa yang aku fikir aku taip je terus kadang - kadang.. haha).

    OA: Mesti boleh punya. Ada text. Boleh ya. Nk letak nama.

    Aku: Ok kak. InsyaAllah ok.

    OA: Baik, tq.

Actually, "InsyaAllah ok" tu is my words for me. Nak comfortkan diri. Seram weh. Nak membaca depan - depan ramai orang. Aku ni bukannya jenis biasa berucap kat perhimpunan. Aku masa tu fikir nak baca ikrar pon dah rasa nervous. Huhuhuhuh

And believe me. Aku dah prepare aku punya own kill switch. Kalau aku tak ready, aku call in sick and hopefully akan ada orang boleh ganti.. Sampai macam tu sekali aku fikir.

And so, the supposedly tarikh aku baca ikrar tu, diganjakkan ke minggu seterusnya because some of mixed up from the HR.

Baru aku perasan masa menulis ni. It's quite a nice date actually. 11/11/2024.

So masa tarikh (baru) tu, aku bacalah ikrar depan (more or less) 60% pekerja office aku tu.

Here's the summary from my colleague.

"Macam ketua pengawas". "Baca berita". "Semangat".

And also some of my close friend bagi some tips for improvement.

But hey, at least it is over. Right?

...

That afternoon.

Aku pergi lah makan kat kafe. Ada geng - geng aku duduk sekali kat situ. Lepas tu boss aku dengan boss kepada boss aku makan sekali kat meje yang sama, cuma diorang duduk at the other end (ala satu meje boleh muat dalam 4 kerusi tu je.. tapi sambung 3 meja).

Dalam pukul 2 petang tu, geng - geng aku semua mula la balik. Tinggal aku kat meja hujung kanan, bos kepada bos aku (CEO), duduk kat meje tengah dan boss aku duduk kat meje hujung kiri.

Aku terdengar perbualan diorang.

    Bos aku: Aku dah nekad. Kalau diorang bagi surat suruh aku pindah, kat situ jugak aku resign.

Tersentak aku. CEO aku pon senyap.

    CEO: Jangan macam tu. Kalau kau resign, company aku rugi, company diorang pon rugi.

I think I know what is this all about.

You see. There's been some rumours yang bos aku akan diarahkan untuk pindah to our sister company. Tiap kali aku tanya boss aku pasal rumours tu, dia cakap "takde apa. you jangan risau. I tak lari punya".

But this time, I feel like it is real. Ye lah, siap cakap depan CEO macam tu kan.

Aku masa tu try la korek sikit cerita tu..

Unfortunately, both my boss and my CEO kata "tak apa. you jangan risau. pandai - pandailah kami handle".

..

12th November, 2024

For the next three days (12 Nov sampai 14 Nov 2024) tu, aku ada training kat luar.

Unease.

Aku dok terfikir pasal perbualan diorang kat kafe tu.

Kebetulan ada kawan office aku yang pergi sekali ke training tu.

    Kawan: Aku dengar boss kau nak kene pindah ke our sister company.

    Aku: Aku pon baru dengar semalam. Tapi aku tak dapat detail.

    Kawan: Untung la kau. Lepas tu senang lah kau terus naik pangkat.

Aku senyap.

One of the main reason I stayed this company for a long time is because I can create my enjoyment kerja kat sini.

I have seen macam mana bos aku punya kerja. Banyak jumpa orang sana sini. Nego sana sini. Hari - hari fikir nak carik ravenue untuk pastikan all of our staff still ada kerja lagi for next year.

Pening. Dan seram. Benda dah melibatkan periuk nasi orang. Walaupon chances untuk aku ganti tempat bos aku tu is basically slim to none (for sure aku rasa CEO aku akan hire orang lain), but the probability is still there.

And I don't want to take the resposibility apa yang boss aku tanggung sekarang ni.

...

14th November, 2024

Aku skip training. Sanggup.

Reason dia satu je. I need to know how the actual story (yang pasal boss aku nak tinggalkan kitorang tu la).

Walaupon aku tau boss aku tak akan cerita detail pasal cerita tu, but only I know how to make him talk.

So boss aku pon cerita lah.

To simply put; Boss aku kata dia properly decline the offer. And that was it. End of story (katanya).

But I think it is not that simple. But time will tell..

...

18 November, 2024

Takde hujan takde ribut. Tetiba aku dapat email around 2:30 PM.

    Dear All,

 

    Kindly be informed that [my boss name here] will be on leave from 19 – 21 November 2024.

 

    In his absence, Fairuz will deputise for him.

 

    Thank you.

Email macam ni, kali kedua aku dapat. Sebelum ni, bulan Jun hari tu.

Aku senyap.

Aku cuba meneruskan hari tersebut dengan cukup berhati - hati dan bersahaja. Adalah juga certain - certain issue yang aku rasa tak perlu nak peningkan kepala bos aku, aku buat decision sendiri.

And I wonder..

...

Believe it or not. All these situation is really put me on a strange side. And weirdly enough. Aku rasa macam superposition tu betul - betul berlaku kat aku.

Masa aku dioffer untuk baca ikrar tu, on one side, aku rasa takut sangat. Not ready. Not my thing nak bercakap kat depan orang ramai. Walaupon hanya baca skrip.. But at the same time, aku sangat nak mencuba. Public speaking. Ni kelemahan aku. And I have the opportunity to face it.

Basically masa tu, I'm living in the two state scenario. Aku nak baca ikrar and at the same time aku tak nak. Aku tak nak, tapi aku nak jugak. 

So I let the time slips by and hopefully everything is ok. And alhamdulillah. Semua ok.

And the same thing goes masa aku dengar citer pasal boss aku nak kene transfer tu. Dan masa aku dideputisekan.

I really don't want to. But what if it is really happens? During that time, aku tak tau apa decision boss aku. So I see it as in a superposition state. Aku tak tau. Memang tak tau apa.

So what can I do, I just let it be. Hidup je lah dengan dua (or more) state ni.

Just like Schrödinger's Cat punya experiment...

...

You see.. In Ancient American, ada satu cerita rakyat ni.

One evening an old Cherokee told his grandson about a battle that goes on inside people.

He said, "My son, the battle is between two "wolves" inside us all.

One is Evil. It is anger, envy, jealousy, sorrow, regret, greed, arrogance, self-pity, guilt, resentment, inferiority, lies, false pride, superiority, and ego.

The other is good. It is joy, peace, love, hope, serenity, humility, kindness, benevolence, empathy, generosity, truth, compassion and faith."

The grandson thought about it for a minute and then asked his grandfather: "Which wolf wins?"

The old Cherokee simply replied, "The one you feed." 

Figure 124: The Tale of Two Wolves

The thing is that, I also do believe that we always living in multiple state at the same time. The one yang win is actually the one with more probabilty like the \( \alpha_n \).

So what can I do?

It is simple actually. Mana yang kita boleh drive, kita cuba. Macam cerita serigala atas tu. The one that we feed. We are actually always facing the superposition state!

But we also need to know that..

Aturan kehidupan kita ni tak pernah salah. Allah SWT dah atur hidup kita ni terbaik untuk kita. Kita hanya perlu rajin panjatkan kesyukuran kita dan sentiasa mengingati Nya.. InsyaAllah, semua akan ok.

Wallahu a'lam..

Khamis, 14 November 2024

The Missing Value Proposition

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

(Saje nak letak cover untuk topik ni)

Beberapa minggu lepas. Ada la sorang budak Data Scientist aku ni, panggil aku mintak pendapat. Dia cakap, dia ada dapat data dari Database Administrator kitorang. Tapi ada data yang tak de. So dia tanya pendapat aku. Ni pasal nak buat forecasting/prediction.

"Nak buang ke row yang takde data ni"

Senyap sekejap. Basically projek yang kitorang tengah working tu, ada missing data.

So Missing Data is actually kinda interesting. Untuk kita yang kerja gunakan data dari data entry, memang akan jarang jumpa missing data.

Kalau data tu datangnya dari source macam sensor ke apa, ya it is possible untuk jumpa missing data. Data yang ditransmit guna UDP, of course akan ada missing data. Ataupon ada database corrupt, means there is a high possibility untuk jumpa missing data.

Basically, kalau missing data ni, biasanya disebabkan system error. Tersangatlah jarang jumpa missing data dari application yang dah go live or live in production (otherwise we call it as bad application design!).

So missing data ni dia macam ni. Tengok kat figure bawah ni.

Figure 116: Example Data with Missing Value [106]

Basically in Python, NaN tu maksudnya Not a Number. So biasanya kalau data takde dari database, atau pon data tu kat dalam database dia store sebagai NULL, so in python, dia akan treat as a None atau NaN (because null is not a number, depending on the library jugak lah). In other language, biasanya dia akan letak sebagai NULL.

There quite a lots of way to fill in the missing value.

But why tho? Kenapa nak buat fill in the missing value? Tak boleh ke guna as is sahaja.

Usually when we wanted to make an analysis of the data (like statistics or put it on some equation), kita tak boleh nak letak NULL atau NaN kat dalam data kita. Tak jalan. Kalau kira kat kertas pon sama. Kita nak kira apa kalau ada some value tu NULL?

So we need to find a way to fill in the missing value.

Banyak method. But I don't want to explain the method (I left it as an exercise to the reader hahahh). But more on the technique.

Determine the nature of the data.

Ni feveret aku. Katakanlah kita tahu (till some extent) yang data tu adalah derived dari some sort of distribution, we can use the distribution properties to fill in the value. Like for an example, data tu kita tau dia adalah Normal Distribution. So aku letak je mean value sebagai dia punya filler.

But this is more on traditional approach. Dengan best pakai kalau data tu kita ambil statistik, contoh aku ambil data ketinggian pekerja office aku tapi ada sorang ni tak nak share tinggi dia berapa...

Other approach yang aku suka pakai is actually do interpolation.

Interpolation.

Ni sangat berguna kalau kita ada data yang secara series (atau berturutan, atau dalam subjek matematik masa aku Form 5 dulu, dia panggil sebagai jujukan aritmetik.. sort of..).

Aku suka cara ni. Kita try fahamkan macam mana bentuk nature data dia dan kita boleh agak - agak kat mana kedudukan value tu. Contoh macam kita ada data ni. Sumber dua - dua figure ni dari [107].

Figure 117: Missing data kat tengah - tengah tu

Tapi sebab kita dapat gambaran dia macam mana dengan mata kasar, so kita boleh nicely fitkan dia dalam interpolation equation dia supanya jadi macam ni.

Figure 118: Interpolation untuk agak - agak value missing data tu.

Cumaaaaa... Interpolation ni memang tersangatnya cantik kalau jadi. Tapi nak buat dia.. sakit kepala jugak. Satu, katakan dia ada 10 data, so kita punya polinomial tu boleh naik sampai ke 10 degree (kalau betul - betul nak tepat), dan kemudian kene solvekan guna linear equation untuk dapatkan coefficient dia tu semua tu... Biasa orang akan limitkan ke 3 degree je (cubic polinomial untuk avoid complexity).

Dan dua, kalau data tu ada noise, dia akan follow sekali noise tu. Dan kadang - kadang dia overfitting. Dan kita kene set boundary, so kita assume data kita tu dalam boundary. Dan mungkin aku banyak sangat fikir. Haha..

Atau... Teknik ketiga adalah,

Machine Learning.

Ha ni budak - budak data scientist suke la ni. Pakai machine learning untuk fill in the blank. Ni contoh guna K-Nearest Neighbour untuk fill in missing value (source [108]).

Figure 119: Filling missing value guna KNN Imputation
 

Senang. Cumaaaa.. Satu kadang - kadang jawapan dia bukan deterministic. Maksudnya kalau aku buat second run, the point mungkin akan pergi ke tempat lain. Dan Dua, kalau nak betul - betul tepat, kena ada data yang banyak (ni standard masalah guna Machine Learning atau Deep Learning).

Tapi, jangan lupa satu lagi teknik yang aku rasa menjadi pilihan hati ramai orang.

Buang the missing value.

Senang kan? So buang je row tu. Tak payah nak pening kepala. But of course, this is my least preferred option. 

Sebabnya, katakan kita ada data kat Figure 117 tu, kalau aku buang, dia punya trend akan lari. Lagi lah pulak kalau kita buat time series punya data. Dan kalau kita guna teknik pertama tu (statistical approach), kita hilang satu N. Rugi weh.

...

So there's quite lots of technique that can be used untuk masalah kita ni.

Berbalik ke cerita budak Data Scientist kita.

"Nak buang ke row yang takde data ni. Kalau tak, tak boleh nak buat forecast ni."

Aku senyap. Sebab that is the least favourite technique aku.

Tapi tu pendapat aku. So tak boleh la nak impose opinion aku to others kan...

So aku tanya lagi.

"Tak boleh ke guna cara lain. Pakai machine learning ke?"

Dia cakap, "Macam tak sesuai. Sebab data sikit sangat". Fair enough.

"Ada tengok tak macam mana distribution data tu? Distribution normal ke. Atau gaussian like ke"

Dia terdiam. Aku pon terdiam. "Nak pakai method mana satu?" True. Banyak sangat method yang ada.

Aku sambung. "Ok cuba u tunjuk kat I, macam mana data yang you ada tu".

I kid you not. Data dia macam lebih kurang macam ni (ni sample aku buat sendiri):

Figure 120: The real missing data

Banyak sangat missing data tu. Untuk data dari Januari 2018 sehingga ke Disember 2023, ada lebih kurang belas - belas je data dia.

Sakit kepala aku tengok.

Aku start tanya dia pasal data tu.

Aku: "Memang ni je ke data dia?"

DS: "Ya tu je data yang Database Admin kasi."

Aku: "Memang nature data ni macam ni ke?"

DS: "Yang lain tu memang takde data. Sebab ni data duit. Diorang buat belian dalam sekali dua je dalam setahun."

Senyap kejap.

"So boleh ke saya buang je yang kosong ni?"

Aku, "No. Yang kosong tu, isi je as kosong. Lepas tu you run beberapa model untuk forecasting."

DS, "Tapi nanti bukan ke error dia tinggi sangat nanti"

Aku, "Ya memang akan dapat error yang tinggi. But try to find method and parameter yang buat dia paling rendah. And of course dia punya RMSE value dia tu tinggi. Boleh jadi \( 1 x 10^{10} \). But it is what it is. Kalau kita buang row tu, basically kita tukar the nature of the data."

Kemudian aku terangkan kat dia.

That is actually not a missing value. Data dia ada. Cuma data yang kosong tu sebenarnya ada nilai. Dan nilai tu adalah kosong!

Figure 121: .. which actually a zero filled data

Missing value, is that data tu ada tapi hilang. But in our case, data dia ada. Cuma data dia kosong. Dan mungkin Database Admin aku tak letak dalam row sebab, ye lah. Orang tak masukkan dalam sistem. So database admin aku letak NULL dalam database dia.

And,

NULL is not zero and zero is not NULL. The translation between real life data and system/application data is totally different.

...

So several days ago, aku balik kampung sambil drive santai - santai lalu jalan lama. Sambil - sambil tu aku terfikirlah pasal masalah ni.

Because somewhat, aku ter-relatekan problem ni dengan real life aku.

Me. Yang sentiasa mencari - cari jawapan dalam kehidupan di sekeliling aku.

Me. Yang sentiasa rasakan ada missing value dalam life aku yang aku nak kene fill in kan.

I know the technique. In fact, bukan ke aku baru je listkan tadi.

But now I'm thinking.

Is it really a missing value? Or actually it is actually just a proposition.

You see.. In math, when we don't know whether if it is true or false, we call it as proposition.

The basic building blocks of logic are propositions. A proposition is a declarative statement, which is either true or false but not both; that is, it has a well-defined truth value. In addition, it is sometimes difficult to know if a sentence is a proposition, and if it is a proposition, it may not be known for some reason whether it is true or false. The area of logic that deals with propositions is called propositional logic. - Grami, A. (n.d.). Discrete Mathematics: Essentials and Applications. Academic Press. [109]
So, is it true that I'm just searching for a missing value? Or maybe the value is there after all. And the value is actually zero?

...

The problem is that, I think that I can find the answer.

Tapi kita ni manusia biasa beb. Pemikiran kita ni limited. We can't comprehend something that is beyond our control and beyond our understanding.

Dunia ni luas. Aku ni cuma sorang hamba Nya yang kerdil. Aku tak mampu nak articulate semuanya. Kita buat yang terbaik, dan masa yang sama, kita berserah sahaja semuanya kepada Allah Yang Maha Esa.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Aku bertawakal (berserah diri) kepada Allah, tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah.

Wallahu a'lam bissawab..

...

[106]: Figure tu aku google "missing value" dari internet. Malas nak buat sendiri. Source: https://www.analyticsvidhya.com/blog/2021/04/beginners-guide-to-missing-value-ratio-and-its-implementation/

[107]: Figure - figure tu aku amik dari website ni: https://www.kdnuggets.com/how-to-deal-with-missing-data-using-interpolation-techniques-in-pandas

[108]: Figure tu dari sini https://www.geeksforgeeks.org/k-nearest-neighbours/

Selasa, 22 Oktober 2024

Penganggar Saksama

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Dulu masa belajar Statistik 1 (basic, the most basic statistic.. 101), ada la satu topik ni. Penganggar. Atau omputihnya, Estimation Value.

Figure 113: Screenshot dari Buku Kerja Satistik (Modul Pengajaran), terbitan UTM, 2001.


So kononnya aku baca balik buku ni sebab (kononnya) nak polishkan balik foundation aku. But, I mean, yeah. The first paragraph tu nampak innocent sangat. Perenggan kedua dah mula kabur - kabur (what's with firasat on math). Perenggan ketiga, satu nombor tunggal katanya. Tapi dalam example - example lepas tu, semua anggaran titik tu adalah variable. Apakahhh

Terus terang aku cakap, sampai la ni aku kadang - kadang masih lagi confuse pasal Estimation Value ni.

But unbeknownst upon me, I'm actually using it a lot. I mean a lot - lot alot.

So let me try to break it down. The estimation value (titik penganggar) digunakan kalau kita tak boleh nak dapatkan anggaran populasi dari sedikit sampel yang kita ada.

In statistik, this is actually quite crucial. So contohnya aku nak ukur average petrol used untuk kereta kat Malaysia ni (usually measured in either Litre per 100 km or kilometer per Litre, in this example, kita guna L/100km).

I can say that, it is impossible untuk ambil data semua manusia di Malaysia ini dan dapatkan nilai L/100km kat kereta diorang.

So what statistician do, is to get the best estimator value, based on apa sample set yang ada. Ok remember that ayat, we will revise it later.

Sekarang ni, kalau aku pergi kat website data.gov.my (particularly at here), kita boleh nampak statistik pengeluaran kereta macam ni (top 10).

Figure 114: Pengeluar dan model kereta paling hangat pada 2024 (data sehingga 30 september 2024).. Gituu

So from here, aku boleh gunakan Top 10 ni untuk dapatkan average L/100KM dengan let say, 72 Perodua Bezza, 64 Perodua Axia, dan sebagainya.

Why Top 10? Hahah sebab data tu je yang aku jumpa. Malas nak carik lagi. But for the actual statistician, they can use any dimension reduction technique. So instead nak gunakan I think about more than 500 jenis/model kereta, they can just pick the one that is statistically significant.

Ok back to our story.

So basically dia ada cara kira dia nak dapatkan berapa enough sample size yang diperlukan.

From there, kita boleh dapatkan ESTIMATED value untuk penggunaan petrol untuk kereta di Malaysia.

Ok? Obviously the math is straight forward.

Let say \( E \left [ X \right ] \) is the estimated value, and \( X \) is the penggunaan petrol dalam unit L/100KM. So...

$$ E\left [ X \right ] = \frac{1}{n} \sum_{i=1}^{n} X_i $$

Easy actually.. kan?

And the standard deviation dia pula,

$$ s=\sqrt{ \frac{1}{n-1} \sum_{i=1}^{n} \left ( X_i - E \left [ X \right ] \right ) }  $$

But actually ni yang sebenarnya aku tak beberapa paham dulu. So the \( E \left [ X \right ] \) is actually the same calculation for average for population, or we call it as mean value, the \( \mu \).

Dan kalau untuk estimation, kita fancy kan \( \mu \) tu pakai topi, jadi \( \hat{\mu} \) (ingat tak, sebelum ni aku ada pernah citer pasal estimation value ni?) (also i kid you not, memang sebut \( \hat{\mu} \) ni sebagai miu hat.. haha)

But the equation is the same.

Yang beza kat standard deviation tu. Itu pon sebab,

  1. Simbol standard deviation untuk population ialah \( \sigma \) manakala untuk sample ialah \( s \).
  2. Dan untuk \( \left ( n - 1 \right ) \) pula adalah untuk correction jadikan dia unbiased. Panjang citer ni. Aku tak rasa aku akan cover ni sebab aku tak terer sangat macam mana proof dia.

Ok point no 2 tu, kita nak jadikan dia supaya unbiased sebab kita nak ianya berdekatan dengan nilai sebenar dia (remember we are still talking about estimator?).

 

Figure 115: Unbiased vs biased, imprecise vs precise [104]
 

 

So what actually make it different?

Data. Data aku collect dari sample, just a part of populasi.

Tujuan. Aku nak dapatkan anggaran without knowing the real value (of population).

But actually the most important part yang selalu kita terlupa (even in this post)... Is the total sample is enough to be estimator for the true population?

A.k.a, sampel kita tu cukup ke??

...

Ok some things happens for me in these several weeks.

Not one, not two, tapi quite numbers of people cakap kat aku, "Fairuz, you ni takde banyak kerja kan?"

I'm stunned.

Aku ni, nampak free sangat ke sampai orang ingat aku ni takde banyak kerja?

Ok I'm not saying that aku ni free je. But to be honest, kerja aku ni memang sampai tak cukup tangan. Sampai aku banyak pass kerje - kerje aku ke team member aku.

But I'm not the kind yang citer kat orang pasal aku buat itu, aku buat ini. Yang paragraph aku citer kat atas tu pon, cuma reader aku je yang baca (aku tak rasa budak office aku baca blog aku ni.. in fact, aku tak rasa ada orang pon baca blog aku ni lol).

Kadang - kadang aku terfikir juga, why did they think like that?

Ok I'm not really the kind of guy in seeking for others validation.

Cuma what kind of signal yang aku emit sampai diorang boleh anggap macam tu?

Aku cuma duduk kat tempat aku, dan keluar kalau aku ada hal. Bukan aku jenis merayau - rayau borak2 kat tempat lain (kecuali kalau aku balik dari meeting, ada lah aku menyinggah tanya khabar).

So aku anggap, diorang ni actually tak dapat sample yang betul.

I mean, aku jumpa diorang pon waktu - waktu tertentu je..

So obviously diorang tak dapat sample yang banyak, which makes it as a biased estimator.

Right?

Rightt??

...

Jumaat lepas.

Pagi jumaat tu, aku diarahkan oleh bos aku untuk support dia time dia ada meeting dengan board of directors. Basically nanti, bos aku akan explain (berdiri) sambil tunjuk kat skrin projector, dan aku exist kat situ untuk tekan - tekan kompiter. You know, support bos aku.

Tapi,

Disebabkan paygrade aku rendah, so aku tak boleh la nak duduk kat dalam bilik meeting tu for the whole meeting. Aku kene la stay kat luar from 10:00 AM (ah sudahnya turn aku masuk pukul 12:00 tengah hari).

So while waiting outside bilik meeting tu, aku kadang - kadang aku keluar masuk sebab tak nak badan keras. Kena kasi gerak - gerak sikit.

Tetiba tu, ada la sorang kawan aku lalu situ tanya, "Weh ko buat apa depan bilik meeting board of directors tu? Ko join sekali ke meeting tu?".

But me, my nature not telling what my work is, aku berseloroh cakap kat dia, "Aku tukang jaga pintu. BOD lalu, aku bukakkan pintu".

And we both laugh (get it? sebab tu macam sikap mengampu).

Tapi aku tak nak citer apa keje aku. Sebab aku rasa kalau aku cakap tu, macam panjang pulak jadinya. Aku malas nak borak to be honest weh.

...

So it hit me.

Actually, kawan2 aku (yang bukan budak department aku), kalau tanya aku buat project mana sekarang, aku simply jawab "Tak de ape sangat"

  1. Nature of my job, kebanyakkan bos aku punya projek, dia tak kasi aku bagitahu kat orang lain, even dalam department kitorang sendiri pon tak tau projek apa kitorang tengah buat.
  2. Aku malas nak borak panjang - panjang pasal kerje aku. Cukuplah aku kene melayan drama dalam projek - projek aku ni.
  3. Aku rasa macam poyo sangat nak cakap aku buat itu, aku buat ini. Really not my style.

So the implication is that,

  1. "Takde apa sangat" might be translated as takde keje.

So that is it! Aku dapat jawapannya.

Bukan sebab sample size tak cukup. Tapi data yang aku kasi tu salah. So tak kesah it is biased or not, but garbage in, garbage out. Aku bagi input yang garbage, menghadap la aku dengan conclusion yang tak betul.

Huwaaa..

...

Maybe la kan, aku kena ease kan sikit kalau aku borak - borak dengan kawan - kawan aku. Mungkin aku sikit - sikit selit apa kerja yang aku buat sekarang.

Aku tanyalah pendapat kat kawan aku. Kawan aku simple je jawapan dia. Kita ni tak perlu nak cerita kat orang apa kerja yang kita lakukan. Cukuplah bos tau apa kerja yang kita buat.

Betul.

Tak perlu nak citer pum pang pum pang kat orang apa yang kita buat. Tiada manfaatnya.

And believe it or not, masa khutbah jumaat minggu lepas ada topik somewhat related to this.

Kalimah tayyibah membawa maksud apa sahaja perkataan, pertuturan, ucapan dan perbualan yang baik, berhemah, sopan atau apa sahaja yang mendatangkan manfaat, kebaikan duniawi dan ukhrawi beserta kemaslahatan kepada penuturnya, juga manusia lain yang berinteraksi dengannya.

Benarlah ungkapan Pepatah Melayu yang mengingatkan kita, “Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa”. Binasalah badan yang mulutnya berbicara tanpa kawalan dan pedoman. Sewajarnya, setiap Muslim berhati-hati dan berwaspada terhadap bicara lisan dan tulisannya.

Renungi hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah radiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya seseorang yang berbicara sesuatu perkataan yang diredai Allah SWT meskipun tanpa disedarinya, lalu Allah SWT mengangkat darjatnya lantaran perkataannya itu. Begitu juga, seseorang yang berbicara sesuatu perkataan yang dimurkai Allah SWT tanpa memikirkannya, maka dengan perkataan itu dia dihumban ke neraka Jahannam.” [105]

...

I'm not saying that I am good. I just wanted to be a better person. 

I'm aiming to start by stop saying unnecessary thing, and hopefully it will lead to my estimated value (as a person), to be a good value.

Something that my kids can be proud of. 

InsyaAllah. Bukan sahaja untuk aku. Tapi untuk kita semua..

...

Source:

[104]: Brader ni just nice je buat gambar unbiased vs biased. Sumber gambar tu kat researchgate ni, https://www.researchgate.net/publication/228553055_Statistical_techniques_for_sampling_and_monitoring_natural_resources

[105] Teks khutbah Jumaat 18 Oktober, 2024: https://drive.google.com/file/d/1Kx7zN3LlYNZ3hRFJMq_xzCzfiKkabi8G/view atau list arkib: https://www.jawi.gov.my/index.php/component/content/article?id=4533&Itemid=472

Selasa, 27 Ogos 2024

Re: Setia (alt, Setia Part 2)

0 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Ok. This is my response to my (own) previous blog post (Setia).

Lets do this!

...

> To be honest, aku ni bukanlah jenis ambil kisah dengan apa yang orang kata pasal aku.

But I'm actually making a blog post mengenai apa yang orang kata pasal aku. In a way, quite hiprokasi juga lah. Haha.

>  Aku tak tau kenapa terdesaknya sampai aku carik sekali kat buku Meta-Analysis tu

Aku memang saja suka selak - selak buku itu ini tengok - tengok apa yang menarik.

>  Figure 106.

Ok. I have a decent computer. So patutnya aku boleh lukis gambar yang lebih cantik.

Like this.

Figure 108: Is actually Figure 106, cuma lebih cantik. Setiap orang suka pada kecantikkan bukan?

Ok this figure is actually generated using python dengan bantuan ChatGPT (remember, my new best friend haha). So it does look kinda nice.

> Now, whenever kita accelerate, akan ada traction sikit. We call it as a gradient.

Yang ni yang aku nak eksplain lebih sikit. Sebab lepas aku baca balik blog post aku tu, aku rasa aku banyak skip the important part. 

Gradient is the titik perubahan atau slope sesuatu function kat mana - mana point kat line tu.

Now what i have skipped, is that the tangent. The line yang aku tulis tu is actually the tangent. So tangent line, is a line, yang kalau kat titik gradient tu, akan ada satu line yang perpindicular (90 degree) dari titik tersebut.

Bak kata lecturer aku dalam 20 tahun lepas, dia kata kalau kita draw betul - betul, dia cantik je bersentuhan line tu dengan function \( f(x) \) tu.

 Ok kita tengok contoh sikit.


Figure 109: Graf untuk \( f(x) = x^5 - 5^3 +4x \) dan \( f'(x) \)

\( f'(x) \) atau \( df(x)/dx \) tidak menunjukkan gradient sangat kalau kita tengok tu, tapi kalau kita tengok kat graph kat bawah ni,

Figure 110: Gradient dan tangent - contoh.

So kita boleh tengok gradient di titik \( x= -0.5\), \( x=0.5\) dan \( x=1.75 \). Macam kat \( x= -0.5\) kita nampak gradient dia menaik sedikit, sama macam kat \( x= 0.5\). Tapi kat \(x = 1.75 \) dia menaik banyak.

How how can we actually measure the perubahan. It is easy actually. Kita draw satu line yang perpendicular dan sentuh nicely kat \( f(x) \) tu.

Atau, kalau kita nak tengok perubahan dia, boleh try tengok kat gif ni.

Figure 111: Animasi gradient kat setiap titik (titik merah tu) dan tangent line dia (line oren tu).

Ok sekarang kita faham kan?

> \( \text{faithful, atau, }f \text{ is when } \frac{d }{dt}=c \label{faithful_1}\tag{3} \)

Walaupon menggunakan \(  \frac{d }{dt} \) tu bukan satu kesalahan besar, but usually we need to add something to the 'upper' \( d \) so that we know what is we are differianting against.

So the more better way is,

\[ \frac{dy }{dt}=c + \epsilon \]

where \( y \) we define as our feelings/closeness to something/somebody.

> For second one, in our case, the \( \epsilon \) has become uncontrolled, and has change the meaning of the equation itself.

Sebelum tu kita dah define, kalau kita dah masuk stage setia, the differential untuk diri kita is actually constant.

Kalau kat Figure 108 tu, yang second part (lepas dari \(x = 7.5\)) tu kita mark dia sebagai setia sebab there's no gradient in there.. In a way, setia.

But when we said that the \( \epislon \) has become uncontrolled, what i mean is like this.

Figure 112: When \( \epsilon \) has become too large, it change the trejectory and make me, tak setia dah.

Naturally, in mathematics, \( \epsilon \) is considered as a small value that is quite crucial untuk pastikan sesuatu hasil atau equation yang kita bina tu is OK.

So what I'm trying to say is that, when \( \epsilon \) has change its own meaning, thus changing the whole point of being setia.

...

Right.

So basically this is my problem. Aku cuba nak ketengahkan idea aku. Kadang - kadang masa aku cakap tu, aku banyak skip a lot of important part sebab nak make this entry as an easy reading.

Tapi oversimplify tu yang banyak memakan diri. Lots of details yang hilang. Lots of story is changed.

Tapi kalau aku letak detail sangat, aku rasa macam buat entry aku makin complicated pulak.

> Ok saja nak share macam mana thought process aku untuk benda - benda macam ni... That is why aku tak banyak kawan!

True. Aku susah sikit nak bercakap dan duduk di antara oversimplify and overcomplicated concept. Either im going to extreme explaining or just simply skip all the details.

What I actually want is, bersahaja (moderate) in everything.

Yes I'm still doing that. I'm still setia with the concept.

Because I know, that will surely help me to be a better person.

Isnin, 19 Ogos 2024

Setia

3 comments

Bismillahirrahmanirrahiim. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

...

Hari tu, ade la aku keluar dengan kawan - kawan aku naik satu kereta. So aku pon ceritalah kat diorang, "Kalau boleh, masa aku jalan kaki kat tepi jalan ni ha (tunjuk kat jalan besar nak masuk ke area Taman Teknologi Malaysia), kalau boleh aku nak blend dengan background. Tak nak orang nampak aku. Sebab kalau aku tengah jalan kaki, mesti maksudnya aku tengah takde mood nak berborak. Nak melayan kepala aku". Kisah aku panjang lebar nak justify kenapa aku jalan kaki situ sebelum - sebelum ni.

Tetiba member aku kat belakang.

"You ni kan Fairuz. Kalau orang tengok you dari luar, nampak you ni takda apa pon sangat. So I rasa la kan, you ni nak kena jadi setia".

Oit takde angin lintang angin el nino la nina, tetiba suruh aku setia. Tergelak kitorang dalam kereta tu.

Actually aku tau datangnya dari mana, dia tetiba suruh aku setia. Dalam 10 minit lebih kurang sebelum tu aku ada citer pasal something dalam kereta tu, which easily mislead untuk orang anggap aku tak setia. So aku assume situ lah yang dia tetiba suruh aku setia.

To be honest, aku ni bukanlah jenis ambil kisah dengan apa yang orang kata pasal aku. Cuma kalau ada part macam kewangan tu, aku tau aku akan dengar dari sorang dua kawan aku. Kalau bab pemakaian, obviously aku dengar cakap family aku. But in general, aku tak kesah pon apa orang kata.

Korang pernah dengar kan pasal ayah, anak dia dan keldai tu. Camtulah ceritanya. Buat apa nak dengar dan mengikut sangat apa orang kata kan...

...

Definition

Tapi sejak beberapa hari ni, aku dok terfikir pasal kata kawan aku tu.

Setia.

Tapi bukan pasal aku nak meragui kesetiaan aku.

Tapi lebih kepada, how do we actually define setia tu. You know. How can we actually fit the "setia" into our mathematical model or our logical thinking in my search for modelling ourself.

So first thing first. Macam biasalah, aku carik kat online Kamus Dewan dan Pustaka. Dia tulis camni.

1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat: anak-anak mudanya menuruti langkah bapanya dgn rajin dan tekun dan para gadisnya menuruti cara ibunya dgn patuh dan ~; .... (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ok tak membantu sangat. Macam mana nak buat equation untuk teguh hati atau berpegang teguh tu?

Maybe I need to go deeper. Or should I say. Maybe I need to search it in PHYSICAL BOOK.

Yea you heard me.

So mencarilah aku kat buku - buku aku yang bersepah tu. Siap target nak carik dalam kotak atau balik ke Melaka carik sampai dapat.

Because I need an answer. Badly.

^ Figure 104: Aku tak tau kenapa terdesaknya sampai aku carik sekali kat buku Meta-Analysis tu

Puas lah jugak aku baca - baca. Carik - carik.

Dan akhirnya. Aku jumpa. Kat dalam Webster All In-One Dictionary & Thesaurus.

 

^ Figure 105: Patut awal - awal lagi aku carik kat dictionary. SMH.

faithful: True and constant in affection or allegiance.

There is it. True and constant.

...

Before Setia.

Ok now we know what the true meaning of setia. Then we can easily make a build up to sampai mana tahap boleh dikatakan setia.

Of course. Takde la seseorang ni boleh tiba - tiba dia terus jadi setia. There must be a way or path untuk setia.

Usually, there's up and down before somebody tu setia towards something/someone. The ups and down ni, maybe lebih kepada perasaan/feelings atau lebih kepada whatever yang membuatkan seseorang tertarik kepada that something/someone.

Contoh, in search of kedai makan yang aku rasa sedap sangat, before that, aku mencari - cari kedai makan mana yang ok. Ada yang jumpa ok. Ada jumpa yang so-so. Ada jumpa yang tak sedap. Sampai lah aku jumpa kedai makan yang betul - betul aku rasa suka. And thereafter, aku sentiasa makan kat kedai tu (setia).

Weirdly enough, this is something like another part of metaheuristic technique (tapi dulu aku belajar dalam subject AI) which is called Simulated Annealing. Temperature dia naik turun sampai la ke satu tahap dia akan stabil.

^ Figure 106: Simulated Annealing, plotted in timeline (where \( t \) is time - over the time).

So yang stabil tu, is actualy the part where it become setia.

...

Setia.

Now. How to know that dia dah sampai ke stage setia. Take a look at hint yang kita dapat dari definasi truthful tu.

True and constant.

How do we know that is setia (true and constant).

It is easy actually.

The opposite of constant is variable.

Ok tak membantu sangat.

But try to take a look at the definition of differential (pembezaan, ala yang dy dx tu). It is on how to measure the change, or rate.

Contohnya, kalau kita bawak kereta (kereta auto. kalau pakai kereta manual transmission, contoh ni tak jadi).

Kat \( t=0\), speed kita \( s=0 \text{ kmph} \)

Kat \( t=1\), speed kita \( s=10 \text{ kmph} \)

Kat \( t=2\), speed kita \( s=20 \text{ kmph} \)

dan kat \( t=3\), speed kita \( s=30 \text{ kmph} \)

So tetiba kita tekan minyak sikit dan kat \( t=4\), speed kita \( s=60 \text{ kmph} \) lepas tu \( t=5\), speed kita \( s=70 \text{ kmph} \)  dan akhir sekali \( t=6\), speed kita \( s=100 \text{ kmph} \)

* with equal interval between \( t_i \) and \( t_{i+1} \) of course.

So kita akan dapat graph cenggini.

^ Figure 107: Kelajuan kereta vs masa

Now, whenever kita accelerate, akan ada traction sikit. We call it as a gradient. Tu kita boleh nampak kat between \( t=4 \) dan \( t=5 \), dan seterusnya (aku mark kat Figure 107 as 1 2 dan 3).

Now, during the given time, the gradient is not zero.

Tapi masa dia build up tu, between \( t=0 \) sehingga \( t=3 \), gradient dia kosong.

Or in other word,

\[ \text{faithful, atau, }f \text{ is when } \frac{d }{dt}=c \label{faithful_1}\tag{3} \]

where \( c \) is a constant and \( t \) is obviously time.

Fuh.

Puas hati aku.

But obviously, our faithfulness will always be tested. So, the better way to inteprate it instead of $\ref{faithful_1}$ is by adding just some small changes, let say \( \pm\epsilon \) where \( \epsilon \) is a small number as usual.

So to improve $\ref{faithful_1}$, we now have it as,

\[ \frac{d }{dt}=c \pm\epsilon \label{faithful_2}\tag{4} \]

...

Moving on..

And of course. Setiap yang ada di dunia ini ada expiry date dia.

So when does this setia is stopped.

Again, by the definition yang kita buat tadi, the setia is stopped when there's a gradient yang besar yang membuatkan either setia is either dropped or the differential is not a constant anymore. Dropped because the subject itself, sudah tiada (mati).

Or the differential is not a constant anymore, because the feeling has changed.

For second one, in our case, the \( \epsilon \) has become uncontrolled, and has change the meaning of the equation itself.

...

Time is ticking. If you wanted to make your setia as far as you can go, please control your own \( \epsilon \).

Because once the feeling is changed, some gate will be closed (ref: look at my story on gate previously)..

And when that time happens, you know it is hard to make it stablize again.

...

Ok saja nak share macam mana thought process aku untuk benda - benda macam ni... That is why aku tak banyak kawan!