Halaman

Jumaat, 30 Mei 2008

letter

8 comments
aku dahulu selalu konfius dengan perkataan later, letter dan juga leter (?). haha.. sampai la sekarang. ketika aku ingin menulis 'Title' untuk post ini, sanggup aku melihat kamus. ye la. tak nak la orang gelakkan aku. hehe..

semenjak aku bersekolah berasrama dahulu, aku suka menulis surat. cuma biasalah aku ni. kadang kadang rajin. kadang kadang malas. walaupun ketika itu sudah wujud beberapa teknologi yang membolehkan seseorang itu berborak secara 'real time' sama ada melalui chat/mirc (dulu tak kenal ym), email (real time ke?), telefon mudah alih, mahupun telefon awam, tapi kadang kala menggunakan surat ni lebih efisyen (bagi aku suatu ketika dahulu). menulis dengan menggunakan pensil, tulisan yang tersusun, penggunaan metafora yang melampau dan permulaan serta pengakhiran surat yang penuh dengan kiasan, doa dan rasa rendah diri, menjadikan aku amat tertarik dengan seni surat.

namun, yang tak bestnya apabila surat tidak sampai. terutama ketika aku duduk di kolej. hampeh betul. sapa la yang suke amik surat aku tu ;( so after that, aku hanya lebih prefer kepada teknologi yang lebih canggih daripada surat. hehe

ekceli aku dapat beberapa surat best dalam seminggu dua ini. surat pertama datangnya jusco. best gak sebab banyak dapat kad diskaun. hehe.. kad diskaun yang lain tu aku tak kesah sangat. sekadar makanan dan barangan kesehatan dan aku amat tak berminat kepada produk berkaitan camtu (sbb tu aku kurus semacam je ;p) cuma yang amat menarik minat aku adalah kad diskaun barang kemas sehingga 70%. wow. aku nak beli rantai emas la camni. pastu aku nak pakai. hehehe



surat kedua pula datangnya daripada atiqah yang berisi teh dari sabah. hehe. walaupon untuk teratak 42, tapi aku tetap nak amik kredit gak daripada ni. ehehehehe (ps: atiqah, kitorang belum guna lagi teh ni. sebab nak simpan buat perhiasan aje. leh tak? hehe). dan terima kaseh kepada atiqah daripada teratak 42 :)



dan surat ketiga pula datangnya daripada seorang sahabat aku. dan ceritanya bermula camni.. pada suatu petang yang tenang, aku mendapat panggilan daripada nombor hp yang aku tidak kenali.

(Aku = fa, Dia = orang yang tepon tu la)
Dia: Hey fa. ko kenal aku tak?
Aku: Tak. sapa ni?
Dia: Ala. takkan la tak kenal kot.. cuba teka..
Aku: Tak kenal dan terima kasih kerana mencuba (dan aku memang nak letak tepon masa ni)
Dia: Eh jap jap. ini ieda la.
Aku: Ieda mana ek.
Dia: Ala, dulu kan kita satu sekolah kat Alor Gajah..
Aku: Err.. betul tu dulu aku sekolah situ. tapi aku tak ingat la.
Dia: Alaa. tak apalah. bagi alamat boleh tak?
Aku: Boleh. nah amik ni .... (sambil memberikan alamat aku kepadanya)
Dia: ok thanks.
Aku: sama sama :)


dan beberapa minggu kemudian, aku dapat surat jemputan kahwin. seriously aku lupa langsung pasal pangilan tu. aku lihat surat tersebut dan ternyata ianya adalah kad jemputan kahwin. di sampulnya ada tulis 'Norzalizan dan Suhaida'. puas la aku fikir mana satu kawan aku ni. bukak sampul, terus aku cari bahagian alamatnya. Norzalizan dari seremban. dan Suhaida dari alor gajah. hah. baru la aku teringat pasal call tu. dan yang lebih mengkomfemkan adalah comment di friendster aku dan conference ym tadi. minta maaf ieda. sudah bertahun tahun tak jumpa. tak sempat aku nak ingat ko yang mana satu, tup tup ko dah kawin. hehe.. nanti la aku cuba cam balik time majlis perkahwinan ko. :)



itulah. susah kalo jadi kawan aku ni sebab aku ni pelupa :( maaf ye..

dan aku akan pulang ke kampung hari jumaat ni. later. daa~~

Khamis, 29 Mei 2008

seketika..

8 comments
tadi aku pergi makan ke sebuah gerai di Taman Universiti, Skudai (tempat tersebut lebih dikenali sebagai Payung) bersama sama dengan Encik Kucai. disebabkan kedai kegemaran kami tutup (Kedai Pak Lah), maka kami membuat pilihan untuk makan di salah satu lagi kedai yang menjadi tempat kebiasaan kami.. duduk sahaja disitu, disambut ramah oleh si gadis yang mengambil order.

disebabkan aku sudah lama tidak merasa masakkan berlauk sambal, maka aku memilih nasi putih dan ayam sambal. dan kucai pula memilih nasik putih dan lauk paprik..

masa yang dinantikan telah pun tiba. dia datang dan menghantar dua lauk dan sepinggan nasi. aku berasa pelik. kerana aku telah order lauk yang berbeza dengan kucai, tetapi kelihatan kedua dua lauk itu adalah serupa..

(Aku = fa, dia = penghantar makanan/waitress)
Aku: Ni lauk apa?
Dia: Paprik.
Aku: Owh. satu lagi tu lauk apa?
Dia: Juga lauk paprik.
Aku: Rasanya kamu salah antar. tadi saya pesan sambal ayam.


Kemudian dia melihat balik kertas order tersebut, dan mengambil semula lauk tu dan terus ke dapur. dengan berpandukan teknik 'mencuri curi tengok', aku melihat dia bercakap kepada seseorang di dapur, then dia pergi mengambil nasi dan kemudian mengambil lauk yang sama dan dihidangkan dihadapan aku.

pelik lak. tadi kata lauk tu adalah paprik. tetapi tetiba je jadi sambal ayam.
(Aku = fa, dia = penghantar makanan/waitress)
Aku: Ini lauk apa?
Dia: Sambal ayam.
Aku: oo..


demi mengelakkan prasangka negatif..

(Aku = fa, dia = kucai)
Aku: Cai, ko cuba rasa ni lauk aku ni. lain ke dengan lauk ko
Dia: Jap.. slurpp... emm. sama je kot.
Aku: Sama eh.
Dia: Aku punya deria rasa dah rosak. jadi aku tak leh nak bezakan makanan. hehe


aku pon makan je lah. ekceli memang sama pon lauk aku dan kucai dan aku tak de la marah pon. cuma sekadar ingin menulis sesuatu sahaja di blog ini.. hehe

۞

dan ketika aku dan kucai pulang ke rumah, sampai sahaja di depan pintu, kami berpandangan sesama sendiri. damn. masing masing terlupa bawak kunci rumah. disebabkan ego kami tinggi (tidak menggunakan talian hayat walaupon kredit ada beriban riban), kami menggunakan apa sahaja yang ada di luar rumah untuk 'memancing' kunci yang terletak di meja depan umah.



galah dan hanger menjadi pilihan kucai dan aku menggunakan batang penyodok sampah. dengan persefahaman yang tinggi, kami berjaya membuka pintu. hehe..



tapi peristiwa penggalahan dan penghangeran kami ini banyak mengembalikan nostalgia pahit aku, kucai dan rakan rakan seperjuangan di sekolah dahulu. aah. biarlah ia menjadi titik hitam di siri masa dahulu diselibungi dengan terang bulan malam ini..

ps: aku sebenarnya merangka untuk menulis artikel pasal web 2.0, artikel artikel komputer yang telah lama aku karangkan dan artikel mengenai JB. tapi nanti la eh. macam tak menarik je sume tu untuk aku sambung. hehe

۞

maaf. link kat post sebelum ni (lagu estrella - stay) masih tidak dapat dibaiki. leh upload tapi takleh donlod. nah... boleh cuba lagi di sini: http://downthefiles.host.sk/Estrella%20-%20Stay.mp3. right click, pilih Copy Link Location (utk Firefox) ataw Copy Shortcut (utk IE) ataw Copy Link (utk Safari). kemudian paste di address box dan tekan enter guna jari hantu kaki.

last choice. donlod di Rapidshare (klik free, tunggu dua minit dan masukkan abjad yang ada kucing. kalo Happy hour, just pilih je download).

Jumaat, 23 Mei 2008

Google Reader

6 comments
Well, time has never been a friend...
- Frank (Everybody Loves Raymond)


it's really been a while. thanks to google reader, aku ada 52 post perlu di baca.



dan sesungguhnya aku amat mengrekemenkan kepada kamu yang blog-addict untuk menggunakan Google Reader. because it's online, it's free and best of all, it's from google XD

ps: sedang dunia berkira kira mengenai feature Web 3.0, masih ada lagi yang cuba menolak kewujudan Web 2.0. :sigh:

ps ps: Download Estrella - Stay from here

Jumaat, 16 Mei 2008

Stay

14 comments


Dalam sebulan dua yang lepas, aku telah memohon untuk meminta claim bagi kerja yang telah aku siapkan. tidak banyak pon. RM 1000 sahaja. sebarang claim dengan menggunakan geran perlu dilakukan melalui RMC, UTM.. well, bagi korang yang dah lama mengikuti perkembangan blog ini dan bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri, mungkin korang sudah tau betapa peritnya karenah birokrasi di RMC, UTM. shit. shit.. and shit.

aku amat memerlukan wang tersebut (sebanyak RM 1000) untuk perkara penting pada Isnin minggu depan. dan untuk mendapatkan claim tersesebut, aku terpaksa berurusan dengan seorang pegawai di RMC.. namnya Kak F (ya, biar dia cari di google dan jumpa pada post ini). macam biasalah apabila berurusan di RMC. janji yang diberikan adalah semuanya akan selesai dalam masa 2 minggu. dan ada certain people kat sana yang aku respect sebab still dapat menunaikan janji tersebut. tapi tidak semua..

so, hari selasa yang lepas, aku pergilah ke RMC untuk bertanyakan cek tersebut. dan dia kata belum selesai lagi. pegawai dia belum sign lagi. shit. apakejadahnya orang dah submit lebih sebulan kat situ, and ko masih simpan lagi?

ya. aku tau la korang banyak kerje. takkan la tiap kali kitorang nak submit something kat situ, tiap tiap hari nak kene follow up. dah itu kerja ko. buat la. mentang mentang la kami ni student. kalo aku ada pangkat dato', datuk or adik ko, baru ko buat cepat eh..

tak paham aku. baru je aku ingatkan aku nak stay kat utm lagi beberapa tahun. tapi nampak gaya camni, letih dan lenguh semangat aku. punyalah kat dalam official website dia tulis dapat ISO lah, dapat award lah. hah. pelik aku.

tapi.. apa apahal pon, semoga diorang rajin rajin la bantu kami. bukan aku aje yang kuat mengutuk diorang. tanya sahaja mereka (terutamanya student) yang pernah berurusan kat RMC. memang best kutuk korang. sebab kami kutuk korang pon bertempat dan bersebab yang tepat.

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

Estrella - Stay.mp3 with lyrics/dengan lirik



Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]
Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay

Selasa, 13 Mei 2008

Ternyata

16 comments
There is nothing more dreadful than imagination without taste.
Johann Wolfgang von Goethe



di suatu petang yang tenang..

sedang aku asyik menonton carita Spongebob, tetiba aku terdengar lagu birthday ni daripada handphone aku. berbantukan teknologi CLIP, rupanya Dr T (penyelia aku) yang telefon. berderau gak aku..

Dr T: Fairuz.. kamu ada kat mana?
Aku: Saya ada kat Taman Universiti. Nape doktor?
Dr T: Saya nak mintak bantuan kamu ni.
Aku: Ok..


then kami terus berbual sampai la aku berjanji untuk datang ke iis pada keesokkan harinya. selesai sahaja, aku terus berasa lega. di dalam group kami memang camtu. tiap kali penyelia kami telefon, kami akan berderau darah dan panik kecuali seorang, iaitu bekas Pegawai aku - Herman.


aku sangkakan aku dapat tengok cerita spongebob abis. tapi rupanya tidak..

sekali lagi telefon aku berdering. dan skali lagi telefon aku menunjukkan bahawa Dr T yang menelefon. dan juga sekali lagi juga darah aku berderau..

Dr T: Saya nak jumpa kamu sekarang boleh?
Aku: Err.. Saya ada kat rumah la doktor.
Dr T: Tak apa. Saya datang ke rumah kamu sekarang.
Aku: Ok baiklah.


selesai perbualan kami yang kedua itu, terus sahaja aku matikan tv dan otak aku hanya fikir satu perkara sahaja, iaitu KEMAS. aku mulakan dengan bilik aku dahulu. tapi disebabkan bilik aku memang dah kemas, so aku tak touch banyak sangat. aku banyak kemas 'kawasan di dalam pandangan', iaitu dari garaj, ruang tamu dan juga tangga. berpeluh gak aku kemas..

detik yang dinantikan pun tiba..

sedang aku cuba mengurangkan kadar degupan jantung aku dengan menelefon اني, terlihat kereta perdana parking di depan rumah. terus sahaja aku menyambut ketibaannya dan membawanya ke bilik aku..

dia tidak komen banyak mengenai Teratak 42, kecuali berkata..

Dr T: Rumah kamu ni ok la. takde la sepah sangat. biasalah student camni..


aku berasa lega.

setelah Dr T pulang, aku terfikir balik apa yang dia kata..

Selepas Kemas = Teratak 42 adalah rumah Student
Waktu Normal = Tidak/Belum Kemas

hatta yang sedemikian rupa, maka rumah kami biasanya pada keadaan low dari rumah student! IPOH PARIT! guys. we need to tidy up our house regularly!

ps: terima kaseh kepada yazid kerana membantu aku menyapu tadi. thanks.
ps ps: also thanks to اني ;)

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

Estrella. satu lagi band indie dari malaysia. berasaskan kepada genre jazz, band yang ditubuhkan pada tahun 2006 ni telah mengeluarkan albumnya sendiri pada penghujung 2007 sambil mengetengahkan dua singles yang bertajuk 'Stay' dan 'Ternyata'. really enjoy their music. rilexing.. dan liriknya amat best skali.

aku dedicate this song to that girl. aku tau dia pernah dengar lagu ni before this, but i just want to show it to the world (sementara masa masih ada ;)

Estrella - Ternyata.mp3 berserta lirik/with lyrics



Aku lihat dia pandangan pertama
Ternyata indah
Senyuman, Liriknya

Ku ingin dia, saat pertama
Berjumpa, dengannya
Membuat ku gelisah

c/o
Waktu berlalu hari demi hari
Hati ku dambakannya
Untuk bercinta lagi


MySpace/Estrella

Rabu, 7 Mei 2008

Earth Day

11 comments


22hb April dimaktubkan sebagai Hari Bumi, atau Earth Day untuk setiap tahun (bermula dari tahun 1970) sebagai tanda untuk kesedaran bagi kempen menyelamatkan bumi.


why must Earth Day falls on 22nd April?
If we look back at 1970, US senator at that time call for a environmental non-violent protest to be held in 22nd April which cause over 20 millions protestor joining it. Walaupun beberapa pengkritik mengatakan bahawa aktiviti itu dipilih sebagai mengalihkan pandangan dunia daripada peperangan yang berlaku di Vietnam, namun aktiviti ini dilihat sebagai satu titik permulaan yang bagus...

more? read this. (point aku sama je kalo aku tulis balik kat sini)..

and why must not only on 22nd April?
bukan hanya ketika 22 haribulan April diperlukan sebagai hari 'kesedaran' kita untuk membantu mengurangkan beban kepada bumi. usaha seterusnya patut dilakukan dengan konsistant..

apa yang kita dapat lakukan?
lihat persekitaran kita terlebih dahulu. bagi mereka yang seperjuangan dengan aku, iaitu mereka yang menghabiskan masa lebih daripada 2 jam sehari berhadapan dengan komputer, maka adalah lebih baik sekiranya aku mulakan dengan komputer. ya..
alat yang 'kebanyakkan' kita gunakan untuk blogging. dan ada diantara kita (termasuk aku) mencari makan dengan menggunakan komputer dan menjadikan ianya antara alatan yang penting di dalam kehidupan seharian. majalah CHIP keluaran April 2008 mengetengahkan mengenai Green Computing (gambar di ambil daripada majalah CHIP mukasurat38/39). seriously kalo aku tak baca artikel tersebut, aku juga bersikap 'like hell i care'.

how to know which device is best and which one is wrost?
simple. just calculate the power consumption for each of device. berpandukan kepada majalah CHIP, aku akan letakkan the best device and its best power consumption.

+ Monitor: 0.1W
+ PC: 1.0W
+ Multifunction Device: 2.6W
+ Sound System: 3.0W
+ WiFi Router: 2.0W
+ Television: 0.1W


dan untuk mengira sendiri brapa kuasa yang digunakan adalah mudah, hanya gunakan Watt Meter untuk mengira berapa banyak kuasa elektrik yang digunakan (ya, aku tau.. tak semua orang ada meter ini). atau lebih mudah, melihat kepada bil elektrik bulanan anda. brapa banyak korang pakai. sebagai contoh, Teratak 42 menggunakan serendah 346kWh dan paling tinggi 502kWh. too much? yup. definitely..

healthy shopping
apabila kita bercakap mengenai hari bumi dan global warming, sudah tentu ini akan dikaitkan dengan pembebasan CO2 (CO2 emission).

bak kata orang politik, UBAH GAYA HIDUP. apa yang boleh diubah? macam biasa, mulakan dengan persekitaran kita dahulu. kalo setakat nak pergi ke kedai runcit (7/11 ke, JUSCO ke), apa kata pergi ke sana dengan berjalan kaki, menaiki bas ke, berkongsi kenderaan ke. dan sekiranya membeli barang yang sedikit sahaja, tidak perlulah menggunakan plastik. guna reuseable bag.

optimal use by the safe way
plastik plastik, kertas kertas. gunakan sebaik baik mungkin. kertas yang terpakai (terutama kertas yang diprint satu muka sehelai itu),

boleh digunakan untuk tedious calculation. plastik plastik boleh digunakan untuk membungkus apa apa. 'nothing' can just be thrown away.

best way of life is practice bit by bit
memang lah kalo nak buat semua sekali gus, terasa agak menyusahkan. jadi apa yang perlu, sekali sekala, cubalah untuk beringat sedikit. apalah salahnya kalo pergi shopping, then teringat lak kat entri aku ni. hehehe.. dan alang alang ingin membeli barangan elektrik, apalah salahnya mencari device yang kurang menggunakan elektrik.

itu sahaja dari aku. dan ini adalah slide presentation aku (ketika kelas Seminar Isu Isu Global) mengenai Causes of Global Warming..


ps: entri kali ini tiada sisipan audio. sekurang kurangnya korang tak perlu nak on kan speaker korang dan mengurangkan penggunaan elektrik :)
ps ps: entri ini memang sengaja dibuat bukan pada tarikh 22 April. semoga mesej yang ingin disampaikan ini adalah jelas dan nyata.

Selasa, 6 Mei 2008

What You Need

10 comments
I am certain there is too much certainty in the world.


aku telah selamat pulang ke kampung (jumaat lepas) dan selamat pulang semula ke kota (yang kejam) ini semalam. tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada bersama sama keluarga dan menikmati keindahan kawasan desa yang indah lagi permai. dan banyak perkara menarik yang berlaku ketika di kampung, cuma aku rasa better aku simpankan dahulu kerana ketiadaan sumber visual yang dapat aku sisipkan sekali di dalam entri ini.

tahukah kamu bahawa kami di teratak 42 telah mengadakan propoganda kami dengan menempah baju teratak 42? (sila lihat post yazid dan kucai)

Dan sedara aku (Miji) pernah bercakap kat aku:
Mizi: Ko pakai baju ganjil tu kat mana mana sebagai pembawa propoganda Serdang




ya, baju ganjil yang didesign oleh azfar rupanya adalah satu propoganda dari sana. hehe

dan ketika aku menaikki bas dari Melaka Sentral ke kampung aku, aku terlihat propoganda di dalam bas melaka pula..



aku tak tau pulak kat melaka diorang sedang sibuk aktiviti MENCINTAI PAU. pau kacang? pau daging? atau adakah 'PAU' tersebut sebagai sesuatu perkara yang tersembunyi (steganography??) tidak pula aku ketahui. hah!

(sekadar merepek di tengah malam ini)..

۞

ketika aku pulang ke kampung, seperti biasa, aku akan bawak kedua dua hard disk aku, cable IDE-to-USB, pendrive aku dan juga beberapa alatan komputer lain untuk dipasangkan ke komputer adik dan laptop kakak aku sementara aku lepak lepak di kampung.

dan seperti biasalah, pendrive aku tu mengandungi segala dokumen berkaitan dengan research, kerja kerja (workspace) part time aku dan juga beberapa tools. sentiasa buat backup untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku. tapi biasanya aku buat backup hari Ahad/Isnin atau ketika pendrive aku tu digunakan untuk menyucikan komputer orang lain daripada serangan virus..

isnin..
aku baru perasan rupanya pendrive aku tu tertinggal di kampung. aku lupa nak amik semalam ketika mengemas. hah. aku lihat balik semua backup di dalam komputer aku, rupanya kali terakhir aku backup adalah isnin minggu lepas. dang! aku call adik aku petang semalam..

Aku: Diah, pendrive angah ada kat ko ke? ko dah balik ke umah sewa ko kan?
Adik: A'ah. ada kat adik ni ha. adik ada kat umah sewa.
Aku: Ko leh tak tolong burnkan semua isi dalam pendrive tu dan bagi kat angah?
Adik: Ok.
Aku: Tapi ko tolong backupkan la sume barang barang dalam tu eh.
Adik: Ok.
Aku: Thanks.
Adik: Ok..


terasa lak aku nape die jawab macam pasif je. pastu mak aku call aku..

Aku: Mak, pendrive angah tertinggal la kat kampung. tapi sekarang ada kat adik.
Mak: Laa. Mak ingatkan ko memang nak bagi kat dia.
Aku: Angah memang nak bagi kat dia. tapi lupa nak amik barang dalam tu. so, ingatkan tak jadi nak bagi dia.
Mak: Adik ko tu dah siap cakap kat mak dah 'Mak, angah bagi pendrive die kat adik~'.
Aku: Ye ke.. hehe


ekceli, aku telah berjanji dengan adik aku untuk memberinya pendrive aku tu kat dia apabila aku pulang ke kampung, janji dua bulan lepas. dia amat sukakan design pendrive aku tu. hehe.. maaf ye adikku kerana menyusahkan mu. tak apa. kamu bagi sahaja angah cd yang dah burn tu, pendrive itu kamu ambil ya :)

nasib baik la tak jadi macam dulu dulu ni. hehe

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫



Prana. band Prana ni, dah lama gak ada kat malaysia. Albumnya yang bertajuk "Have A Nice Jaywalk" (direleasekan under recording Posse Records) ini telah dipasarkan pada tahun 1999. sekarang diorang sudah mengeluarkan album mereka yang ketiga bertitlekan "Disc 3". sudah lama aku mencari album ni. so, mari sama sama menikmati rentak reggae dari Kuala Lumpur ini :)

Prana - What You Need

Jumaat, 2 Mei 2008

:)

7 comments
Selamat tinggal kota yang kejam. aku mahu pulang ke kampung, demi mencari ketenangan dan merasa keheningan desa :)

and yeah. ini yang dimaksudkan oleh poster 'you gotta do, what you gotta do' ;p