Rabu, 30 April 2008

Al-Fatihah

10 comments
Menerima sms dari Yazid pada pukul 1.08pm, 30 April 2008..

Atok perempuan aq br meninggal. Al fatihah


Al-fatihah kepada beliau. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman..

ps: yazid telah balik ke rumahnya di negeri sembilan tadi.

You Gotta Do What You Gotta Do

9 comments

Jumaat, 25 April 2008

He's A Mod

18 comments
Minggu ni aku demam. arghhh.. banyak kerje aku tertangguh. apa apahal pon, aku harapkan agar aku cepat sembuh dari demam ni, iaitu sebelum malam ni dan sabtu (esok) pagi.

Kali ni, aku nak cerita pasal demam aku yang berlangsung pada Disember 2006. ya. kisah itu belum lagi di tulis di alam maya. so, aku nak reveal la ni.. hehe (chewah)..



۞

Disember 2006..

Mase tu, aku demam teruk giler. maklumlah.. musim hujan dan musim aku main hujan. dan masa tu jugak aku baru sahaja beberapa bulan memulakan kerja dibawah Dr T. dan disebabkan itu, maka aku terpaksalah menunjukkan progress yang baik (maklum lah, masuk guna kabel, tak mo la memalukan kabel aku tu.. hehe). so, tengah demam demam pon, aku gagahkan juga diri ini untuk ke fakulti pada hari Sabtu pagi (mase tu hujan gak).

Masuk sahaja di fakulti, kelihatan pegawai aku dah ada kat sana. berborak sebentar dengan dia..

Herman: Nah..
Aku: Apa ni?
Herman: Yang ko mintak hari tu la..
Aku: Ha??


aku bau sebungkus plastik yang dia bagi tu kat aku. bau vanilla (macam rokok yang aku hisap tu). kat plastik tu semua tulisan chinese.

Aku: Man, ni perencah untuk minuman ke? bagus lah. aku tengah haus ni..
Herman: Woi. bukan la. itu racun semut!!
Aku: Laa. seb baik aku tak minum..


so, aku pergi la cuci tangan aku balik. dah le demam. kang termakan racun semut, lagi parah lak aku... and so, aku lepak di situ dari pagi sampai ke pagi esoknya (ahad). herman balik awal, sebab dia dah siapkan kerjanya..

tengah hari (ahad) tu, aku keluar dari opis. ye lah. dah la demam, pastu tak tdo lak tu. aku dengan mamai mamai pon, aku g la keluar (mahu pulang), kunci pintu opis sambil bawak racun semut tu. on the way nak ke moto, aku simpan racun tu dalam poket seluar. dan aku nyalakan rokok..

sedang aku bawak moto tu, aku terasa bibir aku kebas.

Aku: Shit!!


Aku teringat lak semasa aku simpan racun semut tu kat dalam poket seluar aku tu, aku terus isap rokok tanpa basuh tangan. damn!! RACUN SEMUT KAT BIBIR AKU!!!

aku sampai sahaja di bilik, aku terus pergi cuci mulut aku. cuci ala kadar je. sebab time tu aku lapar. dan perlu makan ubat. aku ajak member aku pergi makan (namanya Fahni). dan ketika perjalanan dari Kolej Tun dr Ismail ke Meranti, aku terasa pula lidah aku kebas kebas. sekarang ni RACUN SEMUT KAT LIDAH AKU, DAN NAK MASUK KE PERUT AKU!!!

Aku: Shit!! Shit!!


sampai Meranti, aku kumur kumur sebentar, dan terus mencari makanan. aku pon tak tau apa yang aku fikirkan masa tu, padahal lidah dan bibir aku rasa semacam dah..

lepas sahaja makan, di meranti masih hujan lagi. perut aku pulak tetiba sahaja rasa panas. Dang!! RACUN SEMUT DAH ADA KAT DALAM PERUT AKU!!

aku terpaksa tunggu hujan reda dahulu. lama gak la tunggu kat situ, dari pukul 1 petang sampai pukul 4 petang. aku dah nak pengsan pengsan dah. semua orang aku tanya "camna nak buang racun semut kat dalam badan??" dan semuanya menggelengkan kepala (sambil tergelak gelak). dang!

pukul 4 petang.. hujan masih belum lagi berenti. aku ternampak, rakan satu persekolahan dengan aku datang ke meranti menaikki kereta stria. namanya Ikhwan, dan nama gelarannya adalah Awe.

Aku: Awe, mintak tolong hantar aku ke klinik boleh?
Awe: Klinik tutup la ari ni.
Aku: Klinik luar pon tak pe la.
Awe: Bukan ke kene bayar.
Aku: Takpe. aku nak pergi cepat ni..
Awe: Laa.. kenapanya? ko demam kan? tengok mata pon dah tau.
Aku: bukan demam sahaja, tapi termakan racun semut sekali.
Awe: hahahaha!!
Aku: (sedih je)


Then, aku, Awe dan kawan aku tu terus pergi ke Poliklinik Penawar di Taman Sri Pulai. masuk sahaja, aku terus pergi register kat tempat register tu.

Nurse: Awak sakit apa?
Aku: Demam.
Nurse: Ok. ada apa apa lagi tak?


Awe dan Fahni dari jauh cakap "racun.. racun".. aku pon gelak je. hehe

jumpa doktor kat dalam. selepas doktor tu check aku..

Doktor: Ok. nanti kamu makan ubat ni, dan pastikan kamu habiskan anti-biotik walaupun kamu dah baik demam.
Aku: baiklah.
Doktor: Ada apa apa lagi?
Aku: Ada.
Doktor: Apa dia?
Aku: Saya termakan racun semut.


Ayat aku tadi tu menyebabkan doktor dan nurse yang lalu lalu kat blakang dia menahan mulut mereka selama bebearapa saat sebelum masing masing tak tahan gelakkan aku. cis..

doktor tersebut check dengan lebih lanjut, tanya kat aku racun jenis apa yang aku makan dan 'kesan' daripada racun semut tu. kemudian dia bagi ubat lain..

dua hari lepas tu, aku kene marah dengan Dr T, sebab dia ingatkan aku tak buat kerja. nak aje aku cakap kat Dr T tu, "Doktor, saya makan racun semut sebab tak tahan kerja". hehehe.. sengal. nak gak melawak time orang tengah mengamuk ;p

۞

walaupun ketika kena tu, aku rasa sangat takut, tapi lama kelamaan aku rasa pengalaman aku ni klakar pulak. mana tak nya. racun semut yang sama ni, aku bagi ke semut, habis semua organisasi/kolonial semut tu mati. dan tiap kali orang gelakkan aku, aku tanya balik kat diorang "korang penah makan racun semut tak? korang berani tak makan racun semut? haha..". ini adalah kerana kesan racun semut itu terlampau kuat. tapi alhamdulillah, aku selamat juga ;)

۞

aku nkak carik indipendent test. tapi leh lak terkuar pasal ni. hah. jawab aje. dan resultnye:

Cool and Collected
Congratulations! You scored 44!


You are not clingy and you are not cold. You are just cool and comfortable in many social situation. You can be aloof if you want, but are not so married to the idea that you can't be a friend. Good Job. this is the best possible score for this test.

Link: The Independence Test


♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

Rasanya tak perlu lagi aku perkenalkan nita. ini lagu beliau dahulu, bertajuk Nita - He's A Mod di ambil dari album Boys and Girls, 1 + 1 = 3.



he's a mod
he's a mod
he's a mod
yeah yeah yeah yeah
he's a mod
he's a mod
yeah yeah
he's a mod
he's a mod
he won't change anymore

boy now listen to me
i've got something to say
if you chop and change anymore
i won't have the feeling to stay

girls you wanted to drag
in your black leather corduroy
after being a rocker for a week
he's a mod and i wanna know why

he's a mod
cause i wanted his love
i told him i'd do anything
he took advantage of my trust
lost and completely alone

to girls that he wants to know
he said that i'm just a friend
after being a rocker for a week
he's a mod and i wanna know why.

Rabu, 23 April 2008

A Tangible Kind of Thing

11 comments
Korang penah nampak tak Unit Tenusu UTM? aku cari kat google, dulu ada orang buat cadangan kat kluang johor. dunno why sekarang dia letak kat utm. kat sini:



۞

selasa pagi..

sedang aku enak enak tdo (dalam pukul 7.45pagi), aku dikejutkan dengan panggilan dari yazid. Mase tu aku tengah mamai, aku dengar suara yazid

Yazid: Weh brader, aku eksiden.


wah. sempat gak aku terfikir, sejak bila lak aku jadi golongan brader brader ni. hehe..tapi ekceli yazid cakap..

Yazid: Weh, aku eksiden kat Brother. (Brother adalah nama kedai)


tapi disebabkan aku tengah mamai (keadaan di mana otak tidak dapat berkomunikasi dengan organ aku secara tepat disebabkan neuron neuron sume belum warmup lagi). terus aku bangun, basuh muka dan pergi kejut kucai. aku dan kucai bergegas keluar dari rumah. naik moto dan aku masukkan gear 1, then suddenly yazid telefon lagi.

Yazid: Tak pelah. dah selesai. thanks btw..


kami terlambat la pulak. tak apalah. semoga kerete kamu itu yazid cepat sembuh. dapat la pergi ke pasir gudang selalu. dok gitu yazid?



(gambar di atas menunjukkan brader kucai sedang mencari brader brader lain pulak).

۞

isnin lepas..

aku nak selesaikan cepat class aku tu (anta assignment yang dah siap, tapi tak siap). setelah selesai binding semua, aku bergegas ke bilik Dr. An..

Dr An: Ha, fairuz. puas saya call kamu dari tadi. saya siap mintak no telefon kamu lagi dari wati.
Aku: Ha? kenapa pula doktor? (terasa macam orang penting lak aku ni)
Dr An: Puas saya cari individual assignment kamu. saya takut tercicir je kat mana mana.
Aku: Eh tak la doktor. ni ha ada kat saya.
Dr An: Eh, camna kamu tak anta lagi?


Hah! nampak sangat hari tu memang dia tengah pening. setelah berborak untuk beberapa ketika, akhirnya aku berjaya selesaikan kekeliruan antara kami. aku tak kesah sangat aku dapat gred brapa, yang penting aku dah lepas. penat giler nak menghadapi satu kelas ni..

\:D/

۞

aku dan أني terjumpa bas kuda kepang di downtown jb..



♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

Juliet The Orange - A Tangible Kind of Thing. download di sini

Minta maaf sesangat kualiti lagu ni tak beberapa baik sangat. record dari kaset.. maaf ya..



Lirik:
You walked in as I blistered my skin
You walked in as I needed something credible
Crushable
Laughable is what you are
Misery, misery
Odyssey Goddess Sanctuary, sanctuary
Do you know that you lit up a spark ?
Scented candles and fireworks beyond this dream
Symphony
Heavenly is what you are
Bury me, bury me
Deep in your suitcase
Conciously, conciously

( 1 )
This is what we call
A tangible kind of thing
You know what I mean
This is what we call
A love that's merged with reality
I'll walk right into your dreams
Into your dreams
Drab, baby now we're so far apart
Letters and phone calls
Die beneath my sacred lips Aeroplanes
I only wish that I had wings
Feathered or gauzy I really don't care
Fly with me, fly with me

( repeat 1 )

Carry a picture of me
When you're high in the sky
Let me be the one who haunts your plea
Don't look back no more
Remember whose heart you're for
Let me be the one who haunts your plea

( repeat 1 )

Ahad, 20 April 2008

CCCP!

18 comments
A common tactic by politicians in the West is to repeat lies often enough until people start believing them. Seems that some people try the same tactic while posting online...
AbuBasim from Esato

* dapat dari forum esato ketika diorang sedang berdebat ;p

ini adalah lagi kesinambungan cerita the class

minggu ni aku banyak menghabiskan masa dengan berdepan bersama assignment aku je. banyak gilor nak kene taip. haih. seb baik la ni adalah kerja terakhir aku untuk kelas ni.. cuma bagai mana nak menghadapi kerja terakhir ni je la yang banyak menguji kesabaran aku..

Ketika aku mencari information mengenai USSR (Союз Советских Социалистических Республик) di wikipedia, boleh la pulak time ni ada mangkuk mana yang gatal sangat gi edit. siol laa..



tarikh akhir yang dinyatakan oleh Dr An adalah hari jumaat (18 April 2008). hari jumaat itu juga aku pergi ke kedai fotostate di meranti untuk binding selepas solat jumaat. tetapi, ni lagi satu sengalnye..



ade ke patut dia pergi buat lubang kat sebelah kanan. ingat aku tulis jawi ataw arab ke? haih..

Dia: ala. sori la bang. abang ada bawak pendrive tak? saya printkan balik..
Aku: takde. pendrive ada kat umah..
Dia: alaa. camne ni ek..
Aku: (dengan nada tensen). camne kamu boleh careless ni?
Dia: tadi abang bagi terbalik. tu yang saya bind terbalik gak..
Aku: wah? ko nak salahkan aku lak?
Dia: (terdiam)


terus aku blah dari situ. kang kalo aku mengamuk kang, hancur lak bisnes ko. dah la ramai orang tu. takkan la aku nak marah marah orang pompuan depan orang ramai. kesian lak kat dia nanti.. dah la aku datang UTM tadi tumpang orang, pastu nak balik naik teksi lak. hah

and so, aku terus pergi carik Dr An. aku cakap kat dia budak tu bind tak betul. aku tunjuk lagi aku punya file tu. mase tu Dr An tengah kelam kabut..

Aku: Doktor.. emm saya antar minggu depan boleh?
Dr An: boleh. tapi kamu jangan anta lewat sangat.
Aku: tak doktor. saya antar ari isnin depan.
Dr An: isnin? tu dah lewat sangat dah tu..


aku terdiam. tadi (3 saaat sebelum itu) dia gak kata anta minggu depan boleh. dan aku nak anta hari pertama minggu depan, leh lak dia kata lewat sangat tu. haih.. pening aku.. nampak sangat dia tengah pening. so, aku assume boleh je la tu. hehehe

tapi kiranya aku bernasib baik jugak la. sebab baru aku perasan kat bahagian dedication aku tu. aku tulis ni:



rmfa: To my lovely family, ani and friends..


maksud aku 'bernasib baik' adalah kerana nama sebenar Dr. An adalah Doktor Norhani. takut la nanti aku berskandal dengan dia lak. dah la kat opis tadi sebelum aku blah, dia ber bye bye and lambai tata dengan aku. aku pon lambai je la balik (di hadapan kerani kerani and orang kat opis tu). hah! yang aku maksudkan ani ni, bukan Dr. An. tapi asmahani (أني), yang banyak membantu aku (dari segi fizikal dan mental) ;p

۞

hujung minggu ni aku fill masa aku dengan melepak bersama أني (asmahani tau, bukan Dr An). she's really a good girl. really admire her. melepak dari city square, kotaraya dan sehinggalah ke jusco taman universiti, sebelum menghantarnya pulang semula.

sudah lama aku mengidam untuk makan makan di dalam Secret Resipi. sebelum ni, hanya bungkus dan bawa makan ke rumah (atau tepi tangga) sahaja.



satu pengajaran yang didapati adalah, sekiranya makan berdua sambil makan kek cheese-based, jangan la gatal sangat amik dua slice atau dua lebih. tak larat punye. hehe

thanks to أني, for creating this such wonderfull weekends ;)

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

again, kali ni aku tak nak letak lagi pasal malaysia music scene. post after this la ye. aku nak share dengan korang mengenai video choir. iaitu Grand Children Choir's CCCP. kalo korang ada semangat patriotik, mesti korang dapat rasanya tempiasnya sekali. damn. it's really great!



Lirik (translated) according to Mibaasd
Let them run
Stepping over the puddles,
And the water will flow like a river.
And it's not clear to the passers-by
On this unweatherable day,
Why I'm so happy.

I play my accordion,
In the view of the passers-by...
Unfortunately, a birthday
Is only once a year.

refrain

Suddenly a wizard flies in
In a light blue helicopter
And shows a movie for free.
He's stopping by for the birthday
And he'll probably leave
Me a present of 500 Eskimo bars.

Sabtu, 12 April 2008

Possibilities

13 comments
Seketika berym bersama geweng..

fa wildchild: ape macam kat offshore
fa wildchild: ade awek baik tak
fa wildchild: haha
nazri ahmad: seram
nazri ahmad: gersang
nazri ahmad: kenyang
fa wildchild: hahaha
fa wildchild: leh aku tulis kat blog nih
nazri ahmad: tlis la kat blog


Tahun ni, aku bakal menyaksikan banyak kawan kawan dan mereka yang rapat dengan aku mengambil another big step dalam life diorang. iaitu bertunang (dan ada juga yang terus mahu bernikah). taniah diucapkan kepada mereka. walaupon ada yang tak confirm tarikh lagi (hehe), tapi baguslah perancangan korang. seronok. sebab diorang dapat mengikat dengan orang yang mereka cintai..

Tahun ni juga, akak aku bakal dinikahi dengan tunangnya (mengikut perancangan, akhir tahun ini). baguslah kepada akak aku dan tunangnya. wish u all the best. not only for my sis and her tunang, also for all of them (mentioned above). wish perhubungan korang sume kekal. nah, amik 4 leaf clover ni sebagai simbol untuk hope, faith, love and luck..


dan aku pula.. emm. still betting on the possibility. only time will tell..

ekceli, time will tell nothing except based on what we've done. so, aku kene la berusaha bersungguh sungguh :)

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

Hari ni rasa macam penat lak nak tulis pasal music scene. hehe.. just listen to ol' Intoxicated - Possibilities ;p



Everytime I look at you
I wish you look my way (wish you look my way)
And it flash me that dozen smile
that really makes my day
But of course it's just a dream
a dream that won't come true
And for a required love
I wrote this song for you

I always think of how'd it be
if we were together
you and me holding hands
it's a dream
I can picture it right now
you and me
It's a dream
It's a possibility

When I look out of my window
I hope you look up at me (hope you look up at me)
if only you could read my heart
my love so true you'll see
how empty my life would be
if I don't have you
and for a required love
I wrote this song for you

I always think of how'd it be
if we were together
you and me holding hands
It's a dream
I can picture it right now
you and me
It's a dream
It's a possibility

you and me
It's a dream
It's a possibility

you and me
It's a dream
It's a possibility

Rabu, 9 April 2008

Blooddrunk 2008

10 comments
Semalam..

Orang selalu confuse mengenai cuti semalam, terutamanya orang yang bukan berasal dari Johor. rata - rata mengatakan semalam adalah hari hol, tetapi sebenarnye hari keputeraan sultan. hari hol adalah hari pemangkatan sultan yang terdahulu (Sultan Ismail)..

aku, fitri, kucai dan yazid duduk sahaja di rumah, semalam. kadang kala, terasa boring pula sebab tetiba ada cuti di tengah tengah minggu. tak dapat nak plan nak lari ke mana mana..

petang itu, ada la sorang mamat tu bergaya pakai kasut baru dia kat dalam bilik aku. siap soh aku amik gambar lagi. hangin je aku. tau le tu kasut baru. kalo lempang karang, nangis lak. encik kucai gak yang nak kene pujuk. wahaha



malam tu, dalam pukul 10 malam aku bangun, aku sedar yazid dah takde kat umah. pergi ke pasir gudang le tu, detik aku di dalam hati. haha. aku pula, pukul 12 pergi ke ulu tiram. dan ketika aku berenti berehat sebentar di 7E Shell di bawah Jusco Tebraw (12.30 malam), aku terlihat sebuah kereta yang aku rasa macam aku kenal je.



ceh. kete yazid ada disini juga rupanya. dan rupanya kami pergi ke satu arah yang sama, satu tujuan yang sama, cuma approach sahaja berbeza. mereka berkereta, dan mereka berjalan jalan. aku cuma sampai dan duduk sahaja.. sorry..

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

sudah banyak post aku letak pasal band indie kan? bukanlah aku sudah melupakan band band lain, tapi aku cuma ingin merasa wave yang berlaku di malaysia. di dunia, pelbagai wave telah melanda di negara negara asing. Scandinavian death metal - wave/musim death metal yang melanda di finland, sweden dan juga norway. alaa, negara yang bendera meraka tanda cross di tengah tengah tu.. band yang terlibat termasuklah Children of Bodom dan arch enemy.. di british pula, new wave of british heavy metal (sudah lama, sejak zaman led zapplin lagi). dan di amerika pula - new wave of american heavy metal (1990an, dipelopori oleh groove metal, Lamb of God).

7 April 2008, Children of Bodom telah melancarkan satu lagi album studio mereka bertajuk Blooddrunk. album ini jugak menampilkan single diorang, Tie My Rope. aku suke band ni. sebab bunyik keyboard dia yang best giler (Keyboardist - Warman). riff yang laju laju.. lagu lagu COB ni banyak ke arah kematian dan juga grim reaper. hehe. sape yang minat Children of bodom, mari dengar Children of Bodom - Blooddrunk:



They said drinking is a way to die.
But at the end, dying is a way to drink.
Blooddrunk

I'll break or dance, let you decide.
Too much of foreign you bring on by.
Do you have something to blame in such short time?
You are the one crying.

Degenerate, throwing the wreck of life.
Someone is spilling your own blood.
That's very hot, scars already made.
Ready for another drink anyone?

They talk to you but no we don't.
We thought maybe you've come to far.
Day over day, they should get it hard
Yes we die, they could never stop.

BLOODDRUNK
Wasted again.
Decide or play with faith.
BLOODDRUNK
You call me insane.
Determine the truth with a razor blade.

Degenerate, dropping the wreck of life.
Someone is spilling your own blood.
That's very hot, scars already made.
Ready for another drink anyone?

BLOODDRUNK
Wasted again.
Decide or play with faith.
BLOODDRUNK
You call me insane.
Determine the truth with a razor blade.

BLOODDRUNK
Wasted again.
Decide or play with faith.
BLOODDRUNK
You call me insane.
Determine the truth with a razor blade.


Reference:
MySpace Children of Bodom: MS
for more info about children of bodom mp3, album, discography, guitars, tabs etc etc, check this link:

Ahad, 6 April 2008

Nice Stupid Playground

16 comments
Rumah terbakar, nampak asapnya..
Hati terbakar, siapa yang tahu..
- Kapal Karam (ekceli, Bok Ku2/Gitu Gitu Apek)


This weekend aku banyak berjalan sahaja. hehe

Tema utama percutian kali ini adalah Hutan Bandar MPJBT, yang terletak di Mutiara Rini. we're having really fun time there. seronok. dulu dulu (ketika Ogos, 2007), cuma ada taman permainan kat atas bukit tu, dan tasik di bawah. ni picture dedulu. titi yang giler old..



dan ni pulak titi yang baru sahaja aku pergi. lawa..



banyak gak la yang berubah kat titi ni.. dan bukan sahaja di titi ini. malahan, di keseluruhan taman tu..



(kiri = dulu dulu/tahun lepas, kanan = tahun ni). kat Hutan Bandar MPJBT ni ada park untuk majlis - majlis perbandaran/daerah kat johor dan untuk negeri - negeri di Malaysia. sempat gak la aku naik ke sume tempat tu (walaupon tak siap lagi) ;p

walaupun minggu ni aku banyak berjalan sahaja (except hari Ahad yang aku penuhi dengan tdo sahaja), tapi at least aku rasa amat berbaloi. kerana aku sudah menghadapi bulan March yang penuh dengan works. bulan 3 2008 dah berlalu. yeay~

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

Dua post sebelum ni aku dah letak pasal band indie yang tengah top sekarang ni. so, sekarang aku nak letak lagu indie yang agak lama gak la bertapak kat persada musik malaysia. aku rasa korang sume mesti penah dengar kan band 'Nice Stupid Playground' (NSP). band yang dahulu top ketika album '1 + 1 = 3', tahun 1997. album yang pernah memenangi platinum award ini dan telah menaikkan nama band - band lain seperti Juliet The Orange (dulu namanya Brodwyn), Nita (solo), O@G (mase tu memang dah top) dan juga Intoxicated. Lagu lagu NSP ni best, dengar macam riang ria sahaja. tapi liriknya banyak gak la yang sedih sedih ;p

Sekarang ni, NSP dah keluarkan album diorang sendiri (A Beautiful Life) beberapa tahun lepas. tapi disebabkan aku lagi suka dengan lagu lama dia (Stereo Girl), so kali ni aku letak lagu tu.. donlod: Nice Stupid Playground - Stereo Girl.mp3



As I open the door then it started to rain
And the TV is gone for another day

What I feel was sour the otherside
Do you feel the cryin'?
(Stay..) Stay for a while..
We can make it happen(ooh..ooh..)
Gonna have too much fun(we gonna have too much fun)

(Stay..) Stay for tonight..
Gonna make things happen(ooh..ooh)
Gonna have some teenage fun..

I remember the way you slept last night
It's gonna be alright..
You're a stereo girl..


Reference:
MySpace Nice Stupid Playground: MS
Album 1 + 1 = 3: Felix Ent

Jumaat, 4 April 2008

dinornakuzekan

14 comments
aku rasa lain kali la aku cerita pasal presentation aku ek. sebab berat sangat ceritanya. hehe

۞

aku amat berterima kaseh kepada mereka yang membantu aku merungkai misteri salah taip pada post before this. hehe.. ni ada lagi satu challange. korang rasa apa yang aku nak tulis pada words 'dinornakuzekan'. aku dan penyelia aku (Dr T) puas fikirkan, masih lagi tak dapat figure out ;( padahal ni la tesis aku..



aku amik solution: padam sahaja line tersebut. tapi still wonder gak, apekejadahnye bende 'dinornakuzekan' tu. dari segi karangan ayat, aku rasa itu term biasa sahaja. bukan term math or what so ever ;p

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

Again with the indie band. the term 'indie' tu, bukan membawa kepada jenis jenis genre yang tertentu. tetapi more kepada indipendent daripada sebarang kontrak dengan syarikat rakaman. this is taken from wikipedia:

In popular music, independent music, often abbreviated as indie, is a term used to describe genres, scenes, subcultures, styles and other cultural attributes in music, characterized by their independence from major commercial record labels and their autonomous, do-it-yourself approach to recording and publishing.


dan seperti yang aku terangkan tadi, band band indie ni membawa kepada genre genre yang berbeza. To name a few, list band indie malaysia is Hujan, Meet Uncle Hussain, Couple dan mana mana lagi band yang biasanya akan sertai gig mereka.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbezaan mainstream, indie dan juga underground, boleh rujuk kat Malaysia Local Act, which is clearly translated version from ceGhap.

Ok. ni lagu mp3 dan lirik Hujan - Aku Skandal (versi Akustik). layannn



Kan Ku Berikan Semua
Agar Kau Gembira Sentiasa

Engkau Tetap Pergi
Pergi Meninggalkan Ku Sendiri

Jangan Di Simpan Tiada Rahsia
Katakan Saja Ku Terima

Engkau Tetap Pergi
Pergi Meninggalkan Ku Sendiri

Waktu Duka Dulu Kita Lalui Bersama
Bahgia Bagaikan Malam Di Temani Bintang Terang
Hancur Hati Bila Kau Undurkan Diri
Meninggalkan Daku
Meninggalkan Ku Sendiri

Senyuman Manis Dibawa Angin
Ku Tunggu Dikau Terasa Dingin

Engkau Tetap Pergi
Pergi Meninggalkan Ku Sendiri

Jangan Di Simpan Tiada Rahsia
Katakan Saja Ku Terima

Engkau Tetap Pergi
Pergi Meninggalkan Ku Sendiri


ps: ya. aku tau. penulisan aku banyak error. hehe

Selasa, 1 April 2008

Por favor

17 comments
aku ada beberapa perkara nak mintak tolong..

1st.

ni mesej yang aku dapat (mase tu aku tengah nak tdo):

Jap.. Hosmet dh kemas umh.hehe.b'kurg la skit keje.. ;p


and aku pulak terus reply macam ni:

Hehe.. br jewhtb a :-)


korang leh tolong aku tak, figure out ape the hellnye yang aku cuba tulis?? yang peliknye 'Hehe' dan ':-)' betul lak. penat aku dan yajit fikrikan. haha


2nd.

ari rabu 2 April (esok) aku kene present aku punye ass. as i stated before, my ass is really at stake. tolonglah doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar esok.. waaaa~

♫♫♪♫♪♪♫♪♫♪♫♫

Band Meet Uncle Hussain.. mesti korang penah dengar kan? menurut yajit, band indie ni dah lama dah bertapak di Malaysia. namun, disebabkan 'new wave' (kemunculan band band indie di Malaysia) yang baru meningkat dan kini sering kali diputarkan di radio, maka kami predict kemungkinan music scene malaysia akan masuk ke alam 'indie' (and aku really hope akan menamatkan zaman penjajahan band indonesia di malaysia. hey, band malaysia pon bagus gak ape... maleh aku nak cite pasal syarikat rakaman malaysia nih). dan yang bestnye, vokalis MUH ni memang tinggi pitchnya. susah gak nak bawak jamm. hehe. ok. long story short. mari dengar lagu MUH nih ;)



Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya bonekan yang enkau sering mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahlah engkau fikirkan
Cukuplah cukup oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua