Halaman

Jumaat, 26 September 2008

Selamat Hari Raya!

8 comments
satu cerita di pasar Ramadhan taman universiti..

pilot: kawan kawan yang satu batch dengan aku, kebanyakkannye memanggil aku dengan nama panggilan Raju.

ketika pertengahan bulan Ramadhan, aku dan Fazrol pergi ke pasar Ramadhan mencari makanan. kebetulan terjumpe dengan sorang brader ni jaga satu gerai tu. kitorang panggil dia abang xy (bukan nama panggilan yang kitorang pakai pon, samaran je).. kedainya ramai orang. maklumlah, makanan cedap. tapi aku dan fazrol datang ke sana pon bukannye nak beli makanan, saje nak jumpe abg xy..

Fazrol: Abang, ni ha sy bawak Raju sekali ke param.


orang - orang yang sedang menunggu semua memandang aku. mungkin diorang ingat aku ni indians.

Abg Xy: Ha tu la. hari tu abang ade nampak die slalu datang sini. Raju puasa?
Fazrol: Mestila die puasa. Abang puasa tak?


sekali lagi diorang tengok aku. mungkin diorang fikir indians pon puasa gak ke?

Abg Xy: Bagusnye raju puasa. dah brape lame puasa dah ni?
Fazrol: Die tak pernah miss lagi puasa la abg.


aku cume gelak je. saje aku tak nak bercakap biar orang orang lain yang ada kat situ berspekulasi. haha

۞

kadang - kadang yang menariknya pergi ke pasar Ramadhan ni, leh jumpa macam - macam orang. ni ha aku ade terjumpe budak rastafari. kecik kecik lagi dah dreadlock.



wa salute sama lu beb! that's what we called born with dreadlock! rasta bebeh..



۞

semalam aku berbuka puasa bersama sama dengan budak budak forecast utm dulu dulu. best lak. dulu rajin buat aktiviti dengan diorang. mungkin sbb dulu duduk dekat dengan tempat diorang.



yang bagusnye diorang ni, dari dulu lagi nampak union diorang (mostly diorang ni dok serumah). ada apa apa aktiviti, most of them mesti pergi.



ni buka puasa kat Taman Merdeka, JB. makan buffet. sekepala RM 20 - untung untuk orang yang kuat makan dan rugi untuk orang selainya..



۞

ini merupakan post kedua aku di bulan Ramadhan 1429. dan mungkin post aku yang terakhir juga di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah, sekiranya tiada aral melintang, aku akan pulang esok pagi ke kampung halamanku..

oleh yang demikian, di atas kesempatan ini, aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang membaca atau terbaca ayat ini walaupun kita tiada salah. sebab aku rasa macam no point lak nak mintak maaf kat seluruh dunia tapi yang baca/tau hanya beberapa kerat je..

Selamat hari raya. ampun maaf ku pinta =p

wishing u (sekali lagi, yang membaca ayat ni sahaja) for having a great and a pleasant raya season. drive carefully, makan carefully, jalan - jalan carefully, dan apa apa jualah, buat dengan care ;)

ps: gambar ketupat itu diambil dari happyhomemaker88 kat sini

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

aku pergi ke mana - mana, semua pasang lagu raya. ke mana - mana rumah dan mana - mana workspace pon pasang lagu raya. oleh kerana aku tak mo korang rasa keboringan asyik dengar lagu tu je padahal raya lame lagi, ade 4-5 hari lagi, dan inilah blog satu satunya yang takde semangat nak main lagu raya, maka mari kita dengar lagu dari KoЯn. hahaa

aku suke giler lak dengar lagu ni lately. siap menari nari lagi. ye la. lagu yang berasal R&B pastu dibuat rentak metal. mane tak nye.hehe...

Word Up - Korn

Yo pretty ladies around the world
Got a weird thing to show yourself
So tell all the boys and girls
Tell your brother, your sister and your mamma too
We're about to go down
And you know just what to do
Wave your hands in the air like you don't care
Glide by the people as they start to look and stare
Do your dance, do your dance, do your dance quick mom
Come on baby tell me what's the word

Word up (up up) everybody say
When you hear the call you've got to get it under way
Word up (up up) it's the code word
No matter where you say it you know that you'll be heard

Now all you sucker DJ's who think you're fly
There's got to be a reason and we know the reason why
You try to put on those airs and act real cool
But you got to realize that you're acting like fools
If there's music we can use it
Be free to dance
We don't have the time for psychological romance
No romance, no romance, no romance for me mama
Come on baby tell me what's the word

Word up (up up) everybody say
When you hear the call you've got to get it under way
Word up (up up) it's the code word
No matter where you say it you know that you'll be heard

Word up (up up) everybody say
When you hear the call you've got to get it under way
Word up (up up) it's the code word
No matter where you say it you know that you'll be heard

Word up (up up) everybody say
When you hear the call you've got to get it under way
Word up (up up) it's the code word
No matter where you say it you know that you'll be heard

Ahad, 7 September 2008

Teratak 42 bolos lagi (another shit happens)

14 comments
Ini merupakan satu lagi kisah kecurian di Teratak 42 yang berlaku ari ni

... kalau nak di ikutkan, semenjak penubuhan Teratak 42 dari zaman dahulu kala, ini merupakan kes ketiga kecurian yang besar camni telah berlaku. yang pertama, kecurian moto yamaha 125ZR pada awal disember 2007, yang kedua pula adalah kehilangan kamera Nikon saudara kucai pada bulan Jun tahun ini (rujuk di blog beliau di sini) dan kali ini pula, kecurian wallet, camera dan handphone 4 penghuni Teratak 42.

yang hilang adalah seperti berikut:
- Kucai: dompet (ade duit RM 400, duit Rare item, dengan tiket balik raya (priceless))
- Ali (Adik yazid): dompet (ade RM 2)
- Fitri: dompet dan handphone (ori Sony E K 850i, dulu die beli hp ni RM 1800 woo)
- Panjang: dompet, handphone motorolla dan camera olympus.. camera ni baru beli woo (anggaran kehilangan: RM 1200)

sungguh kasihan kepada mereka. terutama kucai. dah la kucai dah berenti kerja bulan 6 dulu. malam semalam orang bayar hutang kat dia, tak sempat dia nak merasa. bak kata kucai

That was the best 30 second of my life. Tengah duit dah betul betul takde, tetiba ada orang nak bayar hutang. Pas tdo, ilang terus duit aku... waaaa (efek sedih)


juga kesian pada panjang kerana banyak gambar gambar kerja yang ada dalam kamera beliau. dan juga kepada mereka yang lain yang turut menjadi mangsa kebuasan nafsu binatang di bulan Ramadhan ini, sehingga menyebabkan kehilangan Kad ATM, Lesen Memandu dan juga IC.

dan aku pula? alhamdulillah barang aku selamat. aku tdo berkuncikan bilik tadi. so, takde ape la..

owh.. nanti aku sambung lagi. aku nak ikut diorang g balai polis.

ps: ekceli kat Teratak 42 tak de sambungan Wifi. ni pon aku pinjam modem (beruk band) cik saudari yang kiut lagi miut, أني ;p

۞

update (08 09 2008 | 06 47 p)

ade gak member aku mintak details ceritanya.. so.. this is the details:

06 09 2008

malam itu, selepas berbuka, Yazid terus pergi ke Pasir Gudang. ada kerja katanya. dalam malam yang sama pula, si Geweng ketuk ketuk depan rumah. nak amik barang. maklumlah, dalam tengah hari/petang esok dia akan pergi berlayar ke laut. dan bagi ahli teratak yang lain, hanya satu malam yang biasa. masing masing keluar berdating.. yang ada dirumah pula sibuk main game dan internet.

07 09 2008

Sekitar Subuh..
Di pulang dari kerja. ya.. dia kerja di Singapore, jadi dia balik sangat lewat, hampir subuh katanya. dan seperti ahli teratak42 yang lain, dia juga terikat dengan regulation kami. sapa sapa yang balik lewat, mesti kunci pintu pagar (semenjak peristiwa kecurian pertama tahun lepas)

dan aku pula ketika itu, aku duduk menyendiri di dalam bilik, struggle nak menyiapkan Thesis aku (dah berbuih mulut penyelia aku sound soh aku hantar cepat.. dan berbuih jugak mulut aku nak siapkan cepat).. aku duduk di bilik sahaja dari pukul 12 tgh malam. tak mahu keluar bilik, kerana bilik aku sudah ada persiapan makan makan dan minum minum. siap ada pizza hut lagi kat bilik aku ni ha.. hehe

Sekitar 7.00am
Aku dah penat nak fikir pasal thesis ni. aku perlukan rehat. aku bukak Cerita Back To The Future, then baring sampai cerita abis dalam pukul 8.30++am. dan telah menjadi sikap aku, dari aku balik tadi, aku terus kunci pintu sampai aku tertdo..

Pada 10.30am
Aku dikejutkan oleh Di. dengan nada gelabah, dia kata rumah kami dimasukki pencuri. aku bangun, aku terus bergegas ke bawah. terdengar cerita daripada mereka seperti ini:

Kucai bangun dan terus cari wallet dia sebab dia nak keluar. since dia tak jumpa wallet dia, dia kejut fitri (sebab fitri lagi hafal kedudukan barang kucai dari kucai sendiri). fitri bangun je, fitri toleh ke tepi dan perasan handphonenya tiada. since fitri ni adalah cikgu matematik, dengan menggunakan induction, dia cakap handphone dengan wallet dia kene curik. dia ajak kucai kejut hosmet yang lain. termasuklah panjang. panjang bangun je, terus carik handphone dia. lesap. cari wallet. juga lesap. dan yang paling pelik sekali, kamera baru dia juga turut lesap. sedih..

Kucai ada mention, masa dia bangun je, dia ada perasan pintu rumah dan pagar terbuka luas ketika masing masing yang lain semua tengah tdo.

sangat pelik kan? seperti pencuri tersebut ada kunci rumah kami pula..

kemudian, mangsa mangsa kecurian terus bergegas ke balai polis taman universiti untuk membuat laporan. aku dan di (bukan mangsa) turut pergi ke balai polis untuk bantuan siasatan. tengah harinya pula, kami di ajak bertemu bersama dengan Inspektor Puan ape tah kat Balai Polis Skudai.. yang pergi, aku, kucai dan fitri (menaiki kereta fitri). panjang, ali, di dan kawan di (naik kereta ali)..

2.00pm
disebabkan di dan kawannya ada kerja petang itu, so mereka yang tak terlibat (termasuk aku) request untuk balik rumah. penat woo tak tdo dari semalam. seb baik lah kawan di ada lesen bawak kete, so pinjam kete ali dan terus ke teratak 42. tapi di dan kawannya tak balik terus. dia kata nak pergi jumpa kawan dia kejap kat penyiaran. pelik gak aku. tadi diorang gak yang tdo kat balai polis tu and kata nak balik cepat.. tak apalah. yang penting aku dapat tdo.

6.50pm
damn. bangun lambat. sedang aku berlari untuk keluar mencari juadah berbuka, aku ternampak kucai. aku tanya dia apa cite? die kate die dah dapat balik dah wallet die. seb baik sume lesen, tiket bas dan kad atm dia ada.. usah ditanya pasal duit tu ada ke tak.. kucai kata, ada sorang budak jumpe wallet die kat belakang dewan taman universiti, bagi kat bapak dia dan bagi kat di yang ade kat depan umah petang tadi..

baguslah untuk kucai. semoga yang lain semua tak putus asa berdoa agar dikembalikan barangannya yang hilang...