Halaman

Selasa, 8 Mac 2011

Kehadapan, Fa Wildchild...

8 comments
Salah satu soalan feveret yang selalu aku dapat mase interview adalah: What did u see in urself for the next 5 years...

Walaupon aku boleh jawab dengan selamber je, but frankly, aku rasa ape yang jawab selama ni adalah apa yang aku impikan mengenai apa yang ada pada aku 5 tahun akan datang. Bukan ape yang aku forecast ape yang jadi kat aku mase tu, dan bukan ape yang aku achieve mase tu..

Maka, untuk mengingatkan aku yang berada di masa hadapan, aku nak menulis surat kepada diri aku sendiri. And of kos la, this post diinspirasikan dari blog payid, dari episod S05E10 cerita How I Met (others before i met) Your Mother, dari cerita Back To The Future dan the fact yang dah lebih setahun aku tak menulis surat tidak rasmi..

Hopefully, aku dapat membacanya semula mase birthday aku 4th Ramadhan 1435 (3 tahun akan datang.. lame sangat pulak nak tunggu 5 tahun).


۞

Alamat semasa
.......


Kehadapan (future) Fa Wildchild. Hai. Apa khabar? Semoga kau sehat sejahtera. Kalau tak sehat, well, u got what u deserve. Beribu - ribu orang dah pesan soh kau berhenti merokok. Tapi tak nak gak. Degil. Padan muke..

(future) Fa Wildchild,
So, how are you doing in the future? Hopefully, all good and all is according to your (me, the past one) plans. Adapun kehadiran warkah ini bukanlah untuk mengingatkan kau, betapa losernye kau 3 tahun lepas. Damn it. Now, i really hope to hear a better story from my future self. Kalau tak, kalau kau masih belum mengenali erti kehidupan, kalau kau masih lagi terumbang - ambing mencari hala tuju, sila lempang diri sendiri dua kali.

Even tho baru 3 tahun sudah berlalu, but i really hope yang kau sudah mengambil big turn for your life. Remember those two big turn yang kau selalu bercerita kat kawan - kawan kau? Having a pretty damn good job, and of course, eventually dapat a real nice wife. Ape? Kerje kau tak best? Padan muke. Orang soh belajar betul - betul, die tak nak, memain je lebih. Sila lempang diri sendiri dua kali.

Aku tak nak la tetapkan siape atau ape ciri - ciri wanita idaman kau. Tapi yang penting, dia pakai spek mata. Dan baik dari segi hatinya dan berperwatakan yang menarik. Kau pon tau kan, bukannya senang kau nak mengorat orang. Bukannya kau ada ability jumpe orang dan terus cakap "Jom kapel" (Pernah sekali je.. and please keep that number).. No worries tho. Kau dah besar panjang.. Tau ape yang kau buat sendiri..

As for psychological issue, kau dah dapat explaination ke, kenapa kau tetiba lost in thought? Still tidur 10 ke 12 jam sehari? Kenapa kau tengah jalan - jalan, pastu kau berenti, dan menulis/melakar kat langit? Gile kau. Tu memang macam dah tak betul dah. Kalau kau makin teruk, jangan segan - segan nak carik bantuan. Kalau dah terlampau teruk.. Well. U are really an idiot, sebab sempat lagi nak baca surat ni..

Adakah kau masih lagi in contact dengan kawan - kawan baik kau? You know, the one yang selalu tolong kau time kau susah. Sila hubungi mereka sekarang. At least, wish le selamat berpuasa..

Oh. Jangan lupe mase 3 tahun lepas, kau punye la semangat kau nak berenti bercakap macam kau tengah buat programming. Banyak sangat if-else clause, for/while loop. Maybe sebab tu kau slalu crack, stuck dalam infinite loop. Haha..

And lastly, always remember ape yang kau impikan dari kecil dulu. Nak jadi saintis. Nak jadi orang yang berguna. Dan at least, sebelum kau mati, kau ada contribution kepada masyarakat. Dan jangan lupe kenapa kau nak jadi camtu..

Semoga kita berjumpa lagi.. Stay well and stay safe. Semoga maju jaya.

Yang Benar,

(Past) Fa Wildchild
3 RabiulAkhir 1432

ps: Happy birthday ke 31. Kalau kau sekarang ni tengah (atau baru balik) dari birthday party, shame on you. Dah straight 27 tahun kau dapat kekalkan sambutan birthday tanpa actually sambutan birthday, and you want to waste it for your 31st year? Seriously. Shame on you..