Halaman

Khamis, 25 Jun 2009

Just tell me what to do, ill do it

20 comments
Minggu lepas..

minggu lepas merupakan tarikh keramat bagi budak budak batch aku. mane tak nye. masing masing kene anta thesis end of that week (19 Jun 2009). dan macam biasa la. tak student la kalo tak buat kerje last minit. hehe

so, with addiction with coffee, caffine and nicotine, aku strugle nak siapkan thesis aku sepanjang minggu itu. sampaikan badan aku menggigil - gigil, mata menjadi kabur dan mula emosi tak tentu pasal. akibat paksa diri. tak kira. aku nak abes sem ni gak. penat aku orang dok tanya kat aku "bila mahu habis". aku mahu je habis sekarang, tapi banyak lagi lor nak kene tempuh..

dan seperti biasa la. sebelum submit thesis ke fakulti, kene la disemak dulu oleh penyelia. ye tak.. so, aku hantar 'draft' aku ni ke penyelia aku, iaitu Dr T. pada hari Selasa lepas.

Hari Rabu..

Dr T: Fa, sori la saya tak sempat semak thesis kamu ni. esok la ye..
Aku: orite doktor. no problem..


Hari Khames..

Dr T: Fa, saya nak cakap siket pasal thesis kamu nih..
Aku: errr...


ah sudah. dengan nada yang sebegitu 'lunak' dan berdasarkan kepada pengalaman aku tiga tahun dengan dia, aku sudah dapat bayangkan the worst possible situation: tak lepas..

dia kata dia mahu datang ke opis aku. tapi segan lah. sebab aku dapat bayangkan, mesti aku kene marah. so, better aku pergi terus ke tempat die..

sampai sahaja di bilik isterinya (isterinya pon lecturer matematik juga), habes aku kene hembur. aduuhhh.. dia pulangkan 'corrected-version' of my thesis. tengok sahaja muka hadapan thesis aku, aku dah mula start pening dan terasa mahu muntah darah (akibat terkejut, darah banyak keluar)..



ni apahal sampai title aku pon salah nih. betul ke tak aku buat research neh..

ok takpe. turn to page 1. Bab Pengenalan. bab ini merupakan bab yang paling crucial skali di dalam sesebuah thesis (akan menentukan research tersebut menarik atau tidak). ianya mengandungi problem of statement, objective, scope dan importance of research..



ok. just a little wording problem here..

now we turn to page 2. objective and scope..



uh. TH? objective salah.. scope pon salah. biar betul. ni macam memain je research nih..

tak pe la kot. aku fikir leh ubah ubah siket objective dan scope tu siket. banyak balik nak kene fikir ni, tapi tak pe..

pergi pula ke page 3. importance/kepentingan research..



except for few words, dan beberapa kepentingan yang sebenarnya tidak penting pon..

ok tak pe (apekejadahnye tak pe). ade banyak pembetulan. selesai sedikit Bab 1. masuk pula Bab 2. kajian literasi. bab ni aku masukkan bahagian medic siket..


argh... di potong. tidak di perlukan.. penat aku tulis..

masuk pula ke page 5 dan 6..


juga tidak di perlukan. tak pe. tak pe. sabar. baru 3 page kene potong..

turn to page 7....


emm.. mimik muka aku dah mula berubah siket..

page 8..


uhh.. tertutup sebentar mata aku. hopefully this is just another nightmare..

9..


terkenang aku zaman dulu - dulu. di mana aku berlari lari ke library meredah hujan, print sana, fotostate sini dan tdo disamping buku - buku yang tebal - tebal.. cuma tak sangka pula ianya hanyalah sia sia sahaja.. well.. who knows

10..

akhirnya.. no more cutting.. yeay. bergembira aku mahu sahaja aku melompat lompat di situ :D:D

۞

banyak sangat salah. tapi di atas sifat masa yang siri, and, one by one, I'm gonna make up for all my mistakes.

ekceli aku tak tension sangat pon. dia penyelia aku. dia buat apa yang terbaik untuk melaksanakan tugasnya. aku pula hanyalah student, patut aku buat apa yang terbaik. tapi apa apa hal pon aku berterima kaseh kepada Dr T sebab banyak bantu aku buat resarch ni. ko tak, kalau dia tidak semak, sudah tentu aku kene buat major correction atau paling teruk, failed mase viva nanti. so.. no problemo ;p

♫♪♫♪♫♪♫♪♫♫

Sacred Fart Heart.. di ambil dari Webisodes Srubs: Interns



Don't tell me, you trying to sell me
you're taking my song

i get it, as long as i learned it
life's gonna be long

and i'm still learning
so i can turn it around

Just tell me what to do, i'll do it

and i'll be bring it all
what it's take to fight

Dont tell that i wont get through it

it started out all wrong
but ill make it right

۞

ps:
28. this is 2, 3 in 1 story. just chage a little keyword, u'll get another story of mine ;p
29. penatnye..
30. owh btw.. aku tak anta pon thesis aku 19 jun lepas. lantak lah..

Khamis, 18 Jun 2009

Oren (2)

17 comments
ini cerita hari selasa yang lepas..

Malam sebelumnya, tidak seperti biasa, aku pulang dari fakulti pukul 10 malam. biasalah, student.. nak kene anta thesis cepat. tapi sayangnya aku terasa terlampau penat. baru aku tau rasanya macam mana istilah orang berkata 'kerja bagai nak mati'. hampeh betul..

dan tiba sahaja di rumah, kelihatan Si Twoface sedang menanti. mengiau - ngiau. alahai..

۞

owh.. mungkin ada antara kamu semua yang tidak tahu (kalau kamu tidak baca entri sebelum ini). Si Oren minggu lepas telah tercedera, dan melarikan diri sambil berdarah - darah hidung, mulutnya dan matanya. adapun, selepas kejadian itu, Si Twoface pula tetiba menjadi sangat peramah kucingnya. banyak bunyi. rindu adiknya/abangnya kot..


(dari atas ke bawah), Si Putih, Si Twoface dan Si Oren

namun Si Oren tu dah takde. ramai yang berkata dia mungkin sudah meninggal dunia. tak mo. aku bukannya jenis cepat mengalah dalam bab bab ni. atau mungkin cuma tidak dapat menerima hakikat..

۞

kembali kepada cerita sebelum ini.. pulang sahaja dari fakulti dan tiba di Teratak 76, aku mencari - cari Si Twoface. dia datang ke kaki aku. semenjak Si Oren tiada, aku mula terasa sunyi, kecuali suara Si Twoface sahaja.. tak apalah. aku masuk kembali ke Teratak 76..

sekali lagi rasa kesunyian. ciss! aku keluar semula rumah dan berborak sama Si Twoface "hei.. mana adek ko? mana Si Oren? ko tak pergi cari ke.."

Si Twoface hanya mengiau - ngiau sahaja. tak paham. hehe.. tak apalah. aku kembali ke katil, mengenangkan nasib Si Oren (dan mungkin nasibku sebentar tadi ;p)

Malam itu aku tidak dapat tdo. tdo dua jam, kemudian terbangun pula pukul 3 lebih. pelik. kelihatan Panjang juga terbangun, dan Kucai juga terbangun. apa pasal korang tak boleh tdo? lapar kah?

anyhow, diorang mesti ada good reason punya (sebab diorang ni dah bekerja, jarang nampak diorang bangun awal - awal pagi camni). Panjang keluar, mahu mengeteh (minum teh) katanya. Kucai kembali ke kamarnya. dan aku pula, mahu tidur.. tetiba aku terdengar Panjang memanggil aku dari luar rumah. dengan segera, aku pergi ke grill pintu (berkunci lor)..

Oren! menjerit aku setelah terlihat kelibatnya. Alhamdulillah, Si Oren hidup lagi. aku teringat Kucai! aku panggil Kucai.. "Kucai, Oren dah balik". terus terbangun kucai dan bergegas ke grill pintu. "cepat Kucai, bukak pintu grill ni".. aku tak sanggup lihat Si Oren sebegini. dan aku melihat badannya sangat kotor dan berbau agak busuk. sudah tentu (agaknya la) dia lari menyorok di mana - mana..

mana engko pergi?

mungkin kerana Si Oren terlalu letih, dia hanya berjalan perlahan sahaja. kurang stamina. aku dan Kucai cepat - cepat memberikan air minuman kepadanya (letak dalam bekas) dan letak sedikit makanan. habis satu bekas air tu, aku isi lagi skali (di campur dengan air mineral Kucai). haus sangat la tu..

sayangnya aku tak tau apa yang terjadi pada Si Oren dalam masa seminggu ni.. walaupun puas kami mencari, tapi apa kan daya.. tidak berjumpa juga.. tapi bersyukur juga akhirnya dia pulang juga ke sini.

sekarang ni, Si Oren juga menjadi peramah pula, dan Si Twoface mula menjadi pendiam. aku sedar seolah - olah Si Twoface macam tak puas hati ada 'kucing baru' yang disayangi di rumah ini. sebab Si Twoface macam tak kenal dah Si Oren ni. mungkin sebab Si Oren ni seminggu main kat longkang (???) atau mungkin aku perasan je. tapi logik la.. sape yang suke berkongsi kaseh? sangatnya pedih..

۞

aku ceritakan pada ibuku. katanya kalau dah macam tu, mungkin Si Twoface jeles.. ibuku berkata "kucing ko tu jeles tu ngah. haha". ye kot ;p

ps:
22. sudah 3 hari. Si Oren maseh kelihatan biasa sahaja. baguslah. semoga tiada apa apa perkara buruk yang berlaku lagi..
23. kalau mahu, lihat gambar oren mase tu di sini..
24. sebenarnya dahulu aku tak beberapa suka sangat kucing. tapi disebakan ade sorang budak ni suke sangat kucing, aku pon terpengaruh.. aku agak je die suke kucing sebab gambar friendster die banyak gambar kucing dan die suke bercerita pasal kucing die ;p
25. terima kaseh kepada kamu yang memberi moral support sebelum ini :)
26. ha. call this lazy, dejavu or what-so-ever. aku memang asalnya copy paste dari entri sebelum ini. saje saje je..
27. gambar yang ade tiga ekor kucing tu sebenarnya lain dari gambar yang ada panda entri sebelum ini.. tak caya, perati betul - betul metadata/EXIF gambar tu (wikipedia)

Jumaat, 12 Jun 2009

Oren

16 comments
ini cerita hari selasa yang lepas..

Malam sebelumnya, seperti biasa, aku tidur dalam pukul 2 lebih pagi. biasalah, student.. apa kira. tapi sayangnya pukul 4.45 pagi aku terbangun kerana di belakang bilik aku ade kucing bergaduh besar. di hadapan rumah pula terdengar kucing jantan mana tah tengah menggatal mengiau ngiau.. dan beberapa ketika kemudian, ada bunyi anjing menyalak. hampeh betul..

dan di sebabkan dah awal camni aku terbangun, ada baiknya sekiranya aku tunggu sahaja sehingga Subuh dan kemudian terus ke fakulti..

۞

owh.. mungkin ada antara kamu semua yang tidak tahu. semasa kami pindah di Teratak 76, kami juga membawa kucing kucing kami. Si Putih (betina) dan anak - anaknya iaitu Si Oren (jantan) dan Si Twoface (juga jantan). adapun, kedua - dua ekor anak kucing ini sangatlah pendiam kucingnya. tidak banyak bunyi. senang sedikit mahu menjaganya..


(dari atas ke bawah), Si Putih, Si Twoface dan Si Oren


namun Si Putih tu dah takde. pulang ke Teratak 42 rasanya. tak apalah, lagi pun Si Putih memang berasal dari sana. cuma anak - anaknya nampak bergumbira di rumah baru ini..

۞

kembali kepada cerita sebelum ini.. pulang sahaja di fakulti dan tiba di Teratak 76, aku mencari - cari Si Twoface dan Si Oren. pelik. selalunya dioranglah yang menyambut ketibaan aku.. tak apalah. aku masuk kembali ke Teratak 76..

sekali lagi rasa tidak selesa. ciss! aku keluar semula rumah dan memanggil "Orennnn... Twofaceeee...."..

lega sedikit. kelihatan kelibat si oren yang sedang melintas jalan.. tapi.. apa yang merah merah di mulutnya itu ya? aku fikir, mesti Si Oren ni tengah kerjakan tikus sebentar tadi..

Si Oren datang ke aku. aku makin risau. Si Oren yang pendiam itu mengiau ngiau. laparkah Si Oren? apa yang dia mahu?

merah merah di mulut Si Oren itu sememangnya darah. tapi.. darah itu keluarnya dari mulut dan hidung si Oren!! Ya Allah. apa yang dah jadi?? kelam kabut aku masuk semula ke rumah dan mengoyakkan tuala aku. aku mahu membersihkan darah di mulunya, tapi Si Oren cuba melarikan diri.. segera aku menangkapnya balik.

aku teringat! kucai!! aku menalifon kucai, meminta dia cepat balik. kucai kata dia kat Taman Daya lagi, baru on the way nak balik.. ahhh.. lambat sangat. aku menalifon pula Cik Lin.. datang cepat. tolong aku bawak Si Oren pergi klinik.. aku tak sanggup lihat Si Oren sebegini. dan aku melihat air matanya berwarna pink. sudah tentu itu air matanya dan darah yang terkeluar..

mana diorang ni?

mungkin kerana Si Oren tidak tahan, dia melarikan diri dari aku. dan time tu pulak la kucing rumah sebelah tetiba melompat kat Si Oren. bergaduh. celake betul.. dan Si Oren terus melarikan diri..

sayangnya aku tak dapat mencari Si Oren kembali.. walaupun Kucai dan Lin turut membantu mencari, tapi apa kan daya.. tidak berjumpa juga..

۞

aku ceritakan pada ibuku. katanya kalau dah hidung berdarah tu, memang sah la kene racun. aku cakap kat ibu, Si Oren tu dah lari, tak dapat tangkap.. ibuku berkata "kucing kalau dah nazak sangat, die pergi jauh jauh. die tak nak mati depan tuannya".. sedihnyee..

kalaulah aku ni berhati keras dan mengetahui yang dia sedang nazak, mahu sahaja aku pancung kepalanya, supaya dia tidak sengsara.. tapi.. sape beb yang boleh buat camtu..

dan sekarang ni, kasehan aku melihat Si Twoface. dia pon sudah menjadi makin peramah. mengiau sana sini. dan semakin manja.. aihh..

ps:
19. sudah 3 hari. masih lagi tidak ketemui..
20. kalau mahu, lihat gambar oren mase tu di sini..
21. sebenarnya dahulu aku tak beberapa suka sangat kucing. tapi disebakan ade sorang budak ni suke sangat kucing, aku pon terpengaruh..

Selasa, 9 Jun 2009

taniah

19 comments

yg underline tu je aku dapat pergi..

taniah diucapkan kepada mereka yang berkahwin dalam beberapa minggu ini dan minta maaf kepada mana mana yang aku miss.

۞ 30/5

untuk ke kenduri Alang, aku bermula dengan menaiki bas dan turun di hadapan rumah Syikin. kami bersama sama pergi ke Paya Rumput, Alor Gajah Melaka menaiki kereta Syikin. ha. Syikin ni ex-classmate aku dulu dulu. turut serta adalah emak Syikin dan Syima (juga ex-classmate aku... kot). plannya senang sahaja. aku tumpang Syikin, kemudian minta tolong dia drop aku di mana mana bus stop..

sedang aku menaiki kereta bersama Syikin, aku teringat pula pasal pendrive aku.. selongkat selongkar beg aku, dan... ya Allah. tertinggal pendrive kat umah kat kampung! tersenyum senyum aku. aku tanya Syikin, apa plan dia lepas pergi ke kenduri Alang, die kate die nak pergi ke rumah kawan emak die, juga ada kenduri kawin di Bachang, Melaka. nak tak nak, terpaksa la aku bertebal muka ikut mereka sekali dan meminta Syikin untuk anta aku ke kampung aku semula.. ha!

beberapa ketika di dalam kereta Syikin..

Syikin kelihatan tidak tahu sangat jalan mana yang perlu masuk dan yang mana yang tidak. mak Syikin cakap kat aku..

Makcik: Ni ha, soh je la si Fa ni bawak..
Aku: Hehe.. makcik. saye takde lesen kete.
Makcik: Laa. umur dah brape sekarang?
Aku: Sebaya dengan Syikin, 25 tahun..
Makcik: Dah 25 tahun takde lesen kete lagi?


abeh aku kene bebel. hehe.. kemudiannya..

Makcik: Tu masuk kat simpang depan tu ha nanti boleh keluar kat Sungai Putet.
Syikin: Bukan lah mak. tu bukan keluar kat Batu Berendam.
Makcik: Iye lah. mak tau la. tak caya tanya si Fa ni ha.
Aku: Err... makcik. sy lagi la tak tau jalan kat Melaka ni ha.
Makcik: Eh.. kata duduk kat Alor Gajah.
Aku: A'ah dok situ. tapi tang jalan Melaka ni, memang tak tau.. hehe


sekali lagi aku kene bebel. hehe. sorry lorr..

sayangnya aku tak mengambil gambar pon kat kenduri ni. and truthfully speaking, aku sangatnya jarang pergi ke kenduri kawin ex-schoolmate Sekolah Dol Said. korang tak bagitau pon aku..

taniah kepada Alang dan suaminya ;)

۞ 31/05

lepas kenduri alang tu, aku terus balik JB. asalnya nak kemas kemas barang, kerana seingat aku Kucai kata lori pindah nak datang hari Ahad ni. tapi tak jadi pula. aku teringat kenduri kahwin abeming (sarmi). kata kat kucai, "Cai, ada berani tak pergi Benut naik moto?". kucai mengiakan aje. aku semak dengan google maps, hanya 74km sahaja. emm.. boleh la ni.. sedangkan Desaru telah ku redah (tapi tu naik kete dan اني yang bawak.. hehe).

sedang dalam perjalanan, memang terasa sangat jauh. hampeh. ye la. dah la naik moto. lalu highway lak tu. penat sungguh. namun kami sampai juga tiba di destinasi :D



taniah kepada abeming dan isterinya :D

۞ 06/06

aku pergi ke kenduri kawin si dia ditemani Lina. hehe.. lame dah tak jumpe Lina ni. juga ex-schoolmate Sekolah Muar aku. banyak gak la pengalaman die jadi cekgu yang aku dengar. dia mengajar di Miri, Serawak. die ni sampaikan nak pergi ke sekolah tu naik perahu, cell phone telephone die jatuh sungai dan yang paling best, bilangan pelajar kat sekolah tu = 20 orang je. rumah sewa die pulak, adalah rumah panjang. hehee

emm. dan taniah kepada si dia dan suaminya ;p

۞ 07/06

kali ni, aku cuba plan betul betul. aku, kucai dan aweknya bergerak dari Teratak 76 (ya, kami sekarang sudah tidak tinggal lagi di Teratak 42) menaiki kereta Baizah. mengambil Suraya di Airport Senai (yazid.. ko patut rasa bangga ada gak member ko sanggup yang datang naik kapal terbang ni ha). berjumpa dengan Geweng di sekitar Rengit dan menunggu Joe di kenduri kawin itu..

walaupon dah rancang betul betul, tapi agak kelam kabut juga. akibat tak tau Skem sudah ada kereta, aku sudah membayangkan aku perlu pergi naik moto je. akibat aku silentkan cell phone telephone aku, Geweng sesat di sekitar Rengit. akibat Sue tertinggal hadiah untuk Yazid dan Cat, aku nak je soh die naik flight balik, g amik hadiah. hehe.. dan akibat aku gagal memberikan poskod rumah Yazid, Joe lambat tiba. tapi takpe. yang penting semua sampai dan sempat bermesra mesra dengan Yazid. hehe


Ex Teratak 42: Bebelan Anak Tukang Jahit, Betik Busuk, Emphbone, Nur Nilam Kaseh dan Skeleton Coffee


dan bebudak kelas Sc 8. Kucai, Geweng, Yazid (Yazid ni kelas jiran), Suraya dan Baizah.

taniah Yazid dan Cat. semoga berbahagia selama lamanya ;D

۞

ps:

18. ;)