Halaman

Jumaat, 29 Jun 2007

3 comments

28th June

datang ke opis pukul 10 pagi. sampai je opis, selongkar beg. "Damn, pendrive aku tertinggal kat umah". terpaksa la balik ke umah amik pendrive, sebab pendrive tu ade sume paper yang nak kene submit. balik dari umah, terus pergi ke Pusat Kesehatan utm, tapi ramai orang. malasnye.. so, balik ke opis terus. sampai pukul 11.

pukul 1 lebih, pergi ke Pusat Kesehatan balik. tak boleh tahan dah ni. sakit giler tekak aku. tak ramai, then doktor cakap aku kene sakit tekak (radang tekak kot). berbekalkan satu beg ubat, pergi pulak ke meranti, mencari makanan. sampai kat opis, makan nasik and makan ubat. then kepala aku terus weng. tertdo dari pukul 2 lebih ke pukul 4 lebih. damn. bangun2 je, aku terdengar ade suara penyelia aku perli perli. hehe "aircond sini sedapkan. kalo tdo memang best". aku terdengar tu, terus tersentak bangun. kot tak aku nak terus sambung tdo. hehe

aku tengok baru 2 helai aku buat paper tu. damn. tulis siket demi siket. pukul 5.30, tetiba ade orang tutup lampu, siap kunci pintu besar. ye la. dah pukul 5 lebih, SEPATUTNYA takde orang stay lagi kat IIS ni. and aku rase die tak perasan aku ade kat dalam tu. damn. aku buat bodo je dalam tu. tak larat aku nak panggil. kemas kemas barang, then terus balik.

malamnye, rumah kosong. takde orang. yazid pergi jumpe kawan die. embon ikut skali kot. kucai pergi dating. nazri pergi kerje. termangu mangu aku sensorang kat dalam umah. tetiba aku terasa nak makan kat tempat selain taman universiti ni. maybe mutiara rini, maybe bukit sutera indah, maybe taman perling.

dengan keadaan laloq, aku start moto, then terus masuk ke mutiara rini, taman ungku aminah, nusa bestari, nusa indah, tampoi indah, taman perling.. tah.. segala taman aku masuk. akhirnya aku sampai balik kat mutiara rini balik. takde satu tempat pon yang aku berkenan nak makan. tengok meter, dah 50km++ aku jalan. hasilnya, yillek!

last last pergi ke jaya jusco, beli perencah nasik goreng and ayam, then buat je nasik goreng. ceh. kalo awal awal camni kan senang.

moral of the story: len kali, set target betul betul nak pergi mane, nak makan kat mane. kene letak target yang betul betul siket. kalo jalan tanpa arah, memang susah la nak dapat hasil. buang masa, tenaga dan duit je. macam tu gak la life kite. at least, kite kene ade target dari short term sampai la ke long term.. ape yang kite kejar kejar kan dalam masa 6 bulan, 6 tahun, or 60 tahun ni?? hidup lagi or tak, itu ketentuanNya. yang penting, kita kene ade landasan untuk bergerak dan destinasi untuk dituju..

hari ni aku demam. damn..(demam dengan damn macam lebih kurang je ejaannye:).. life goes on!

Rabu, 27 Jun 2007

sekadar luahan

24 comments
digalakkan membaca post yazid yang bertajuk True Love

anak kedua aku ni baru masuk darjah satu. kat umah, memang aku ajar die cakap english. mase awal awal die masuk sekolah (darjah satu), then suddenly die kene panggil dengan cekgu dia. cekgu die tanya dia and suruh dia baca something la. tapi sebab anak aku tak faham bahasa melayu, die pon senyap je la. eh, die ni kat umah speaking je dengan aku and abang die, kitorang memang nak die pandai english dari awal lagi.. ok. sambung balik. dah panjang panjang cekgu tu membebel, die still senyap je lagi. hangin la cekgu tu, pastu die terus tampar anak aku. anak aku balik umah bagitau aku. aku pon hangin la. aku pergi balik sekolah tu, carik guru besar sekolah tu. tanye die cekgu mane yang tampar anak aku tu. die kate cekgu tu dah nak pindah ke sekolah lain (tak silap aku, ni guru sandaran je). nasib baik la die mintak maaf. kot tak aku dah report kat polis dah. hangin betul aku. aku sendiri pon tak penah tampar or marah anak aku. diorang ni kan, tak tengok dari sudut positif, tak tengok anak aku tu sebagai bakal representative untuk negara kita.

ini merupakan luahan seseorang tu kat aku and member member yang lain (dah lame dah cerita ni, baru teringat nak post), mase kitorang tengah minum minum. actually terkejut gak aku dengar cerite ni. biasanya tengok kat movie ade la. tapi first time la pulak aku encounter mase real life. tapi disebabkan aku maseh lagi dalam environment baru, aku just mengiakan aje, anggukkan aje, sokongkan aje. aku tak nak la mase awal awal macam ni, orang fikir aku ni melawan (walaupon pada hakikatnya adalah benar). first impression really penting (at least pon, pandangan aku la). tapi aku memang agak kecewa dengan bapak budak tu. ade ke die salahkan cekgu and die tak penah lempang anak die tu. and ade ke patut anak die tak pandai cakap bahasa kebangsaan kita sedangkan budak tu adalah budak melayu. isk..

so, let see...
cekgu tu: memang tak patut tampar budak tu. takkan la sebab die tak boleh cakap bahasa melayu die pergi tampar. kalo budak tu ade sakit ke ape, tak ke jadi kes naye. tapi, try tengok dari pandangan cekgu tu, maybe sebab die sayangkan budak tu, sebab tu die tampar. kalo die tak care dengan budak tu, die pedulik ape dengan budak tu. ko boleh cakap ke, ape ke, mind ur own bisnes laa (ni kalo die tak care la).

budak tu: takkan la nak senyap je. kalo dah pandai sangat speaking, cakap je kat cekgu tu "sorry teacher, you are no match for me to teach me how to speak". hehehe (kalo budak tu cakap kat aku macam ni, memang aku lempang je die, tak kire la die ade sakit ke ape). takde lah. at least speak la kat cekgu tu, bagi tau yang ko tak faham. tapi, try tengok dari pandangan budak tu, maybe die tak faham langsung ape yang cekgu die terangkan. and bagi die, lebih baik senyap dari kuar speaking english. nanti tak pasal pasal dituduh berlagak. nak jadi low profile la ni.

bapak budak tu: a'ah. ye lah. sayang sangat la dengan anak ko tu. tak pasal pasal keluar cerita anakku sazali season 2. and pandangan dari bapak budak ni plak, maybe sebab die sayang sangat anak dia, dia tak nak ade ape ape terjadi kat anak dia. dia nak manjakan sangat anak dia, sebab tu dia mengamuk anak dia kene lempang. and maybe bapak budak ni pandang terlampau jauh ke hadapan, die tau anak dia ada potensi untuk pergi jauh, so dia ajar anak dia ni speaking english in the first place.

aku: hell yeah.. someday, i'll become a father. not sooner, but maybe later. aku just nak ambil cerita ni sebagai pengajaran and try amik positive values from all aspect. still ade possibility untuk aku jadi macam bapak budak tu. if i do, aku terpaksa mintak tolong korang printkan post ni, then tunjukkan kat aku. jangan risau, aku belanje la sekali. hehehe..

Isnin, 25 Jun 2007

gelang terpatah

9 comments
Damn the weekend

Ahad 24th June

Takde kerje di waktu weekend. tengah kepala aku kusut masai, aku teringin lak nak mencari pantai. tetiba aku teringat kawan aku ade cakap kat aku yang die penah handle satu kem motivasi kat gelang patah, siap ade mandi kat laut lagi. so, dengan tak prepare ape ape, aku terus pergi ke gelang patah dari rumah aku pukul 5 petang dengan harapan, dapat mencari pantai untuk menenangkan hati aku. damn..

Sampai kat gelang patah (ikut jalan lama, lalu mutiara rini), aku dah terkedu kedu sensorang. tak tau mane arah yang aku nak tuju. so, aku pon pergi lah tanya kat pegawai keselamatan satu kilang tu. aku anggar umur dia dalam 50an.

aku: salam. pakcik, tumpang tanya boleh?
dia: ... (pandang aku dengan pelik)
aku: err.. kat mana pantai paling dekat ek?
dia: awak nak pergi kat pantai ape?
aku: tak kesah.
dia: ha. awak jalan je terus sampai ade satu signboard tu tulis Saujana. awak masuk simpang tu.
aku: oo. ok. jauh tak pakcik?
dia: tak jauh pon. dalam 8km je.
aku: ok. tk

Then aku terus berjalan (ekceli naik moto (pinjam) aku tu la) straight seperti yang diberi tahu. dari jalan besar, jadi makin kecil. lame lame jadi jalan kampung yang muat dua kete myvi je. simpang dah banyak dah lepas, tapi tak jumpa gak simpang tu. dah jauh lebih 20km, still tak jumpe. damn..

then aku terjumpa simpang tulis "Restoran Saujana". lega hati aku. tak sabar nak tengok pantai. tapi sampai je kat pantai tu, terasa kecewa gila. "pantai" tu tak seindah pantai yang aku harapkan. damn..



duduk kejap 5 minit, then aku check condition moto aku (pinjam) tu. tengok 2T, damn kering. tengok minyak, damn tinggal 1/4. tengok bateri hp aku, damn tinggal less 10%. tengok begduit aku, damn tinggal rm13. tengok pantai, damn damn damn.. terasa macam tak sempat je nak balik. uuuuu (efek sedih)



then aku terus cari arah pulang. kali ni aku try naik highway, ikut port tanjung pelepas. tapi sadly to say, aku leh lak sesat sampai ke taman perling, then naik highway ke pasir gudang. melilau nak carik pam minyak, akhirnya jumpe kat pasir gudang highway 3 (??). sepanjang aku naik highway dari ptp, sampai highway pasir gudang baru jumpe pam minyak. damn.. dah le nak balik ke taman universiti nak kene patah balik ke belakang. damn damn..



pukul 7 lebih baru sampai umah. damn penat giler. macam nak patah tulang blakang. cerite kat nazri (hosmet aku), die geleng kepale je dengar cite aku. hehe. die kate "kalo la aku diberi pilihan nak lepak kat pantai mane, aku pilih pontian je sebab lagi dekat. tak pon pantai lido".
ceh, tak teringat lak aku pasal pontian or tempat lain. mind set aku dah tertumpu kat gelang patah je.. damn

but at least mase jejalan tu, aku sempat menyanyi sambil menangis (akibat helmet takde visor), meluahkan perasaan sensorang, melompat lompat atas moto (maklum la, moto scoot). and several things to ponder.. let see


  • Mind set. kalo kite dah setkan minda kite and yakin, memang boleh berjaya (selagi diizinkanNya). walaupon banyak halangan, sesat ke, ape ke, as long as we try to think positive, there's always ade jalan. katakan lah kalo aku dah start fikir negative mase aku nak pergi tu, aku rasa memang tak sampai la aku ke tepi "pantai yang indah tu". dengan mindset yang negatif, akan menyebabkan mudah marah marah, dan tak peka kat sekeliling. bahaya bagi pemandu moto. malah leh juga menyebabkan ilang semangat..

  • Harapan. tak leh nak mengharap sesuatu tu terlalu tinggi. sebab sometimes when harapan tu betrey ur self, sendiri yang merana.

  • Expactation. expactation and harapan (hope) adalah dua bende berbeza. tak leh nak expact something is like something. tak leh nak expact yang pantai tu terlalu indah untuk dinikmati.

  • Sabar. amongst all, sabar la yang paling penting. let say if aku ni tak sabar. aku rasa aku dah sangkut kat pekan gelang patah tu memarah sebab tak jumpe pantai. padahal jauh lagi. kalo aku tak sabar, aku dah bawak laju and merbahayakan diri aku (and orang ramai) sebab jalan kat situ banyak lubang and banyak lori besar besar.



Ithnin, 25th June
pagi tadi, RO aku call, die soh datang cepat sebab penyelia aku soh datang and kate NC nak buat visit. penat giler tunggu sampai 1.30 ptg, akhirnya dikhabarkan die tak jadi datang. damn..

ari ni layan lagu KRU - Diari Metropolitan. lirik die best sangat..



...

Adakah hidupku satu gurauan
Sekadar penuhkan pementasan
Diriku tak perlu belas kasihan
Bersendiri ku menyepi di sini
Jangan kau cuba mendekati
Kamu juga pentingkan diri sendiri
Mengakulah ini realiti
Yang lemah 'kan mati, gagah berlari

Sepuluh tahun pengalaman
Anak jalanan juga punya prinsip dan pegangan
Inilah dia syarat pertama
Jika gua tak kacau lu, lu jangan kacau gua

Apa jua kau berkata
Beranilah juga tanggung risikonya
Aku masih muda, umur dua tiga
Jangan kerana mulut badan binasa

Dan janganlah kau cuba menyekat dan beri nasihat
Kerna mungkin kini masanya sudah terlewat
Biarku dengan caraku nanti hidup kau juga akan tidak menentu
Walaupun apa kau fikirkan

Aku masih menaruh sedikit harapan
Agar diari lebih bererti
Anak metropolitan tak perlu berdosa lagi


damn. life goes on..

Jumaat, 22 Jun 2007

Welcome to IIS

12 comments

Today masuk hari yang ke 3 aku duduk kat IIS (Institut Ibnu Sina). Too much pros and cons kalo nak ubah space yang baru. Anyhow, aku still lagi rindu dengan office lame aku. Let see..

    Plus
  • Aku dapat blajar cara nak seswaikan diri dengan environment baru.

  • Chances untuk dapat jadi staff permenent kat sini tinggi giler if aku ade history dengan kawasan sini.

  • Ni kawasan research. so, environment research kat sini lagi terasa berbanding dengan bilik lama.

  • Dapat space yang lagi besar.

  • Sume ahli group kitorang akhirnya ditempatkan kat satu kawasan.

  • Semangat nak siapkan kerje aku tetiba rasa bertambah.

  • Dekat dengan bilik penyelia.

  • Dekat dengan tempat isap rokok. hehehe

  • Aku ekceli suke gile kalo jalan nak ke lab aku. sebab nanti kene lalu lab fizik. best giler tengok lab diorang banyak equipment.

  • Senyap (orang kata tempat research patutnye senyap. bukan seperti kat office lame tu, asyik bising dengan gosip gosip liar - orang luar bergosip, dengar sampai kat dalam opis kitorang leh dengar. waaa)



    Minus
  • Tempat ni jauh giler dari kawasan padat kat utm. so, terasa macam hounted plak tempat ni.. sunyi and seram seram sejuk je.

  • Ni tempat orang orang nobel (orang yang kaya kaya, pandai pandai, bijak bijak). terasa macam bukan tempat aku. tiap kali aku lalu kawasan ramai orang, diorang akan pandang aku semacam. damn. ade nasik tertinggal ke kat mulut aku?

  • Still rindu sesangat dengan office lame aku. sebab tempat tu la aku jatuh and bangun.

  • Aku tak pandai berkawan!

  • Jauh dari mesjid. dah la rumah pon jauh dari mesjid. rindu...

  • Takde tempat parking motor. parking untuk keje je ade. damn. ape, diorang assume sume yang masuk sini kaye kaye ke?

  • Tutup pukul 5 or 6 petang. tak dapat la aku nak stay sampai pepagi buta kat sini.

  • Pantry jauh. tak bestnye..

  • Aku kira kira dalam 10-20km gak pergi balik dari umah aku ke opis aku ni. banyak gila pakai minyak

  • Terasa aku makin memerlukan transport sendirik.

  • Kalo hujan, terperangkap la kat sini tanpa boleh wat ape ape. damn.

  • Segan gile aku nak melalak kat sini sebab tetiba je boleh ade pelawat masuk.

  • Ni aku tengok R.O. aku dah mundar mandir tak tau nak wat ape.



Let see, perkara perkara yang aku miss kat office lame aku.

  • Tempat pertama aku memulakan projek ni.

  • Tempat yang aku slalu leh datang dengan sesukahati aku je.

  • Tempat aku melalak melepaskan perasaan.

  • Tempat nak mendonlod donlod, a man with null pon start dari situ, berforum.

  • Tempat aku kenal ramai orang, dari aci yang slalu tolong bersihkan kawasan koridor tu (many thanks to her), sampai ke ketua jabatan. dari kawan aku ke kawan kepada kawan aku yang kini menjadi kawan aku, kawan baik aku and awex aku.

  • Tempat aku kene kick dari utm.

  • Tempat aku diaccept balik dari utm.

  • Tempat aku dan member member aku berkumpul main kad. wahaha. main daun terup kat opis pukul 12 tengah malam sampai pukul 4.30 pagi. what a night..

  • Dulu time aku takde komputer, tu je la tempat aku nak wat sume keje aku

  • Rindu, sebab waktu tengah tengah malam ade bunyik something menyanyi kat depan bilik office tu.



Macam mana skali pon, aku tak sepatutnye takut accept environment baru. tak patut takut menerima orang baru. tak patut menolak chances yang ade di depan aku. tak patut mencipta banyak alasan.. damn..

Selasa, 19 Jun 2007

:(

5 comments
mood aku jadi sedih gak dalam sehari dua ni.


  1. Ayah kepada Din (faziruddin) meninggal dunia disebabkan strok. semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman

  2. Sedara aku dan bininya yang tengah sarat mengandung dibunuh. semoga beliau sekeluarga dicucuri rahmat olehNya

  3. aku banyak menyakiti tz...



aku copy dari keratan akhbar mengenai sedara aku tu. (copy dari utusan mesia online)

Suami isteri mati dibunuh

SEREMBAN 18 Jun – Sepasang suami isteri ditemui mati dibunuh dengan kejam di rumah sewa mereka di Taman Desa Anggerik, Senawang dekat sini, hari ini.

Pasangan suami isteri itu, Syed Herie Azimi Syed Kassim, 25, dan Aniza Ayob, 24, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan beberapa kesan tikaman di badan dan tengkuk di ruang tamu rumah teres berkenaan.

Aniza merupakan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Seremban manakala Syed Herie tidak bekerja.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh rakan mereka, Mohd. Shafiq Ahmad Zaki, 22, dan Mohd. Fazli Kamarul, 21, pukul 2.20 petang ini yang datang ke rumah mangsa selepas tiga hari gagal menghubungi Syed Herie.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Huzir Mohamad berkata, polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis percaya ini bukan kes samun kerana barang kemas yang dipakai oleh Aniza masih ada dan rumah pasangan itu juga tidak digeledah.

"Namun, kereta Satria milik mangsa didapati hilang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, polis akan menyiasat perkara itu dan mencari maklumat yang boleh mengaitkan kehilangan kereta berkenaan dengan kes pembunuhan kedua-dua mangsa.

Mayat Syed Herie ditemui dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah itu manakala mayat isteri mangsa terbaring di depan televisyen tidak jauh daripada mayat suaminya.

Difahamkan, terdapat enam kesan tikaman di bahagian rusuk dan perut Syed Herie manakala terdapat satu kesan tikaman di bahagian tengkuk Aniza.

"Polis akan menyiasat dari segala aspek dan setakat ini, kita tidak menemui senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan ini," ujarnya.

Mayat pasangan suami isteri itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja‘afar untuk bedah siasat.

"Kita berharap orang ramai dapat menghubungi polis untuk membantu siasatan," ujar beliau.

Pasangan suami isteri ini mendirikan rumah tangga pada 15 September 2006 dan Aniza yang sarat mengandung tujuh bulan pernah keguguran sebelum ini.

Mereka menyewa rumah berkenaan sejak dua bulan lalu.

Jumaat, 15 Jun 2007

7 comments
Rabu 13th June

Chapter: Life goes on

+ Scooter
Petang: Tengah aku sedap sedap bawak lelaju (tak laju sangat ekceli, dalam 60kmph je) scooter (yang dipinjamkan kat aku) tetiba tayar moto pancit. nasib baik dah dekat dengan area umah aku (dalam 7 minit jalan kaki, kat projet taman universiti). aku dah agak dah since mase aku amik selekoh tadi terasa macam tayar blakang aku ni lari. seb baik tak jatuh. so aku matikan enjin and tolak ke 7e kat projet tu. then balik jalan kaki. sebab aku tak larat nak tolak scoot tu. tak seperti moto moto yang biase aku bawak, terasa berat gile. baru tolak dalam 10 meter, badan aku dah berpeluh giler. aku decide nak tolak lepas maghrib memandangkan masa tu banyak kete. morale: moto scooter berat giler.

+ Tayar
Maghrib: Yazid nak ikut aku g tolong tolak scoot tu. bersama sama aku and yazid pergi tolak scoot tu. sampai dekat dengan kedai moto berhampiran caltex. thanks yazid and sorry bebanyak sebab menyusahkan ko. then makenik tu tengok tengokkan moto tu. die kate tayar rosak, nanti makan tiub, so die rekemen aku tukar tayar sekali. aku pon dengan yakin je kate ok, tapi padahal dalam begduit aku ade rm30 je. aku tanye die total tayar + tiub adalah = rm 67. aku nak pergi bank, tapi yazid pakse aku pinjam duit die rm 40. sorry yazid, nanti aku bayar balik ae rm 93.33 ko.

+ Makan
Malam: Lepas tolak moto tu, komfem la lapa giler. aku, yazid and embun pergi makan kat payung taman sri putri. aku order nasik goreng ikan masin and telur mata. damn. lapa giler. dah dapat makanan, kitorang pon start la makan. dalam beberapa suap aku makan (tak sampai 10 sudu), tetiba ade lipas terbang ke meje kitorang, lalu depan embun and landing bebetul atas nasik aku. melompat aku. damn. betul betul mematikan selera aku makan. terus tak jadi aku makan and terus kitorang pergi bayar. log perbualan aku dengan kak casher tu:

aku: nasik goreng ikan masin dan nes tarik (telur mata tu yazid bayarkan)
kak: rm 4++ (tak ingat exact hingget aku kene bayar)
aku: kak, tadi mase saya makan, ade lipas terbang kat makanan saya. tak lalu saya nak makan kat sini.

then aku tengok akak tu senyum and diam je sambil bagi duit baki kat aku. damn you. mampos aku takmo makan kat payung sri putri tu lagi. tak bersih langsung.

Khamis 14th June

Chapter: Things to Ponder

+ Mimpi
dari smalam (hari rabu) tu aku tak leh tdo. maybe sistem rehat pada badan aku terganggu sebab terkejut tengok lipas landing kat makanan aku. dalam pukul 12.45 tengah hari (or some says petang), aku tertido kejap and sempat aku mimpi. aku mimpi member member and people yang rapat denga aku, datang and blame aku sebab aku banyak menyusahkan diorang. pukul 1 petang aku terbangun and still terigau igau mimpi tu. damn

+ Bad Omen
pukul 2.15petang, aku decide nak pergi office. then turun tangga nak bukak pintu, aku teringat kunci moto aku (pinjam) tertinggal kat atas. aku amik and mase nak statkan moto tu, kunci aku terjatuh.

kalo korang yang selalu tengok cite omputeh, korang mesti perasan nanti time ade satu scene tu di mana ade kunci jatuh and masing masing (ramai) berpandangan antara satu sama lain (disertakan dengan muzik yang seram), seolah olah ade petanda yang tak baik.

aku pon macam tu gak. except aku ade sensorang kat umah tu and takde background muzik, so aku pandang cermin tingkap tu je la (seolah olah berpandangan 'antara satu sama lain'). start moto, aku jalan terus and sampai simpang keluar taman aku. ke kiri = utm, ke kanan = mutiara rini. aku macam teragak agak nak pergi mane. aku terus ke kanan. actually mak aku marah kalo aku teragak agak nak kuar. die kate tak elok. better tak payah kuar.

+ Mercedes
tengah aku jalan nak ke mutiara rini, aku ternampak ade beberapa orang tengah tolak sebuah kete Mercedes. terfikir lak aku.

walau sehebat mane pon kete tu, tapi kalo takde minyak or tak pandai jaga, tak guna gak. macam tu la boleh aku try applykan kepada kite (manusia). setinggi tinggi mane pon darjat kite, kite still kene jaga our innerself. tak leh lupa daratan. mak aku selalu tegur, die kate antara aku and adik beradik aku, aku ni la yang ade possibality yang tinggi untuk lupa daratan. hidung aku pon jenis kebawah, macam bengkok ke bawah <- ni firasat orang melayu la. blakang tengkuk aku, ade lekuk ke dalam <- firasat orang cina. firasat firasat yang menunjukkan aku ni sombong. wahahahaha (gelak, tapi actually sedih)

+ Moto
lepas masuk mutiara rini, aku masuk lagi ke area damai jaya. aku nak improvekan logik otak aku dengan naik moto. aku jalan kat jalan ni, aku patutnye leh expect keluar mana (berdasarkan logik dan sedikit ilmu geografi). nak memantapkan otak aku. but...

aku sebenarnye sesat kat bandar selesa jaya. wahaha. aku tak tau jalan kuar and yang aku tau, aku dah jauh masuk ke dalam. then suddenly moto aku (pinjam) tetiba mati kat satu area yang hutan di kiri and kawasan lapang (deserted island) dikanan serta ade anjing liar dekat sebelah aku. aku try start startkan moto, alhamdulillah ok and terus blah dari situ. lagi sekali aku terfikir

tak semestinya kete memahal nak kene jaga. walaupon moto aku (pinjam) ni sekadar moto biasa je (scoot vs100 suzuki merah: JEC 4060), but still nak kene jaga elok elok gak. macam tu gak manusia, tak perlu lah nak tunggu dah hebat hebat or menuding orang yang berharta/berdarjat/berjawatan tinggi. kite kene gak tengok diri kite sendiri. walaupon tak sehebat mereka, at least kite kene jaga gak. dah la. malas aku nak tulis pepanjang. aku (and otak aku) ni pon bukannye betul sangat.

taniah kat kakak alan sebab nak bertunang esok (16 June) and taniah kat fafa sebab dapat anugerah dekan. hehe..

a lot of things happens actually, but at least there's some sign to remind us for somethings to be taken care of. sebab tu datangnya sign ke kite sendiri. well.... life goes on (dammit).

Selasa, 12 Jun 2007

From May to June

3 comments
Kedai studio jamming countach (countach studio) kat taman universiti, skudai terbakar. damn

Rabu, 6 Jun 2007

From May to June

5 comments
Chapter 3: Another with null

Isnin 4hb

Petang tu, aku running carik public phone nak tepon RMC nak uruskan pasal duit aku. kaliling utm aku carik, takde satu pon ok. damn. nak tak nak aku try call pakai hp aku (mahal gile, damn).

aku: salam. boleh saya cakap dengan kak lin (akak yang slalu uruskan kewangan aku tu la)
dia: wslm. maaf la dik. kak lin takde.
aku: boleh saya tau bile die ade?
dia: die pergi kursus. 13hb ni baru balik.
aku: oo. ok. boleh saya tau saya kene kontek sapa untuk uruskan pasal RSG?
dia: awak try kontek kak suzie.
aku: boleh bagi kontek number die?
dia: awak pakai je no ni k.
aku: owh. leh tolong panggilkan dia tak?
dia: dia pon takda la. cuti. esok baru ade kot.
aku: damn. apasal sume orang cuti ni?? (kata aku dalam hati la)

pastu aku tepon tu, aku nak kene running pergi pejabat kolej, nak pulangkan kunci bilik. dengan berpeluh peluh aku jalan ke ktdi, sampai je kat depan pejabat kolej tu, ade sign "Tutup". damn. damn. damn (kata aku dalam hati lagi)...

~~~

Petang tu, setelah buat caf, petang tu aku kene praktikkan. aku pilih no 4. Tumpang herman ke taman teratai (depan umah die ade bus stop) then naik bas ke taman u.

pukul 6.35pm sampai taman teratai, aku terus tunggu bas. damn. pukul 7.25 baru bas aku sampai. terasa penat giler nak balik..

Selasa 5hb

Bangun cam biasa, siap siap nak g utm. turun bas je, terus jalan kaki ke RMC. pastu terus carik kak suzie. aku bagi tau die problem aku, then die tulis kat satu ketas kecik. dah sudah tu, aku tengok die letak ketas tu kat tempat banyak banyak ketas lain. damn. aku terasa macam terpaksa mengharungi karenah birokrasi lagi.

dari RMC terus ke pejabat kolej ktdi. jumpa puan meri. aku cakap kat dia, aku nak aku punye yuran asrama ni ditolak ke sem depan. then die try godek2 komputer die. asyik kuar error je. nampak berubah muka dia. dah terus jadi macam bad mood je. minta maaf puan meri. saya banyak menyusahkan orang...

petang tu test no 2 pulak. bas dari utm ke sri skudai, then bas ke taman u pulak. memang terasa lagi skali penat and mahal. ni nak kene fikir bebetul ni path aku nak balik..

Rabu 6hb

Pagi pagi je, t kejut aku bangun. seronok gila aku tengok orang lain hepi hepi je. aku pon rasa seronok je. many thanks to tz for all :)

Isnin, 4 Jun 2007

From May to June

20 comments
Chapter 2: Moved

Jumaat 1hb
Patang tu dah janji dengan penyelia nak present paper aku. then, lepas present, die ajak g ibnu sina - tempat baru aku nanti. damn jauh gila. aku rase macam tak larat je kalo tiap tiap ari nak naik ke sana jalan kaki :(

pastu kene ubah bilik tu dari:

ke (amik contoh lab fizik):

aku pon pelik. camne la orang math nak letak penuh machinary camtu. kalo letak workstation ke, server ke boleh la.

petang tu aku budjet nak tunggu bas utm, tapi disebabkan embun dah tunggu kat fakulti, so, aku pon terpaksa la aku membatalkan hasrat aku. hati orang perlu dijaga. tak pa lah. lain kali aku test.

malam: yazid ajak g jj tebrau city. besar giler. macam jj alpha angle kat wangsa maju. balik tu ingatkan nak g uptown jb, tapi sesat la. wahaha. tengok yazid beli barang banyak giler. waaaaa kagum aku.


Sabtu 2hb
Tengah hari tu g kenduri kawin Nat. hehe.. aku rase macam aku ni nameless lak. ramai orang yang aku tak kenal kat sane and orang pon tak kenal aku. quite fair la tu.


Yazid and embun g terbrau city lagi malam tu. so, malam tu aku jalan kaki sensorang dari umah ke jj taman u. ingakan jauh sangat, rupenye dekat je. dalam 10 - 15 minit dah sampai. kire ok la tu.

Ahad 3hb
Sume orang tak de kat umah. Yazid and Embun g tebrau lagi. rajin giler diorang g sane. petang hujan lebat giler. takut giler aku sbb hujan disertakan dengan guruh2.

Malam: dapat call for my birthday from tz and mak aku. thanks :)

Isnin 4hb
Aku bangun dengan cuba melihat dunia ni malaui satu perspektif baru. maybe this is my motto untuk umur aku 23 tahun. melayan nazri a.k.a geweng tengah tengah hari. akibatnye aku kene g keje pukul 1.20 petang.

1.50pm aku vs pak gad
aku: salam. cik, tumpang tanye boleh?
pak gad: wslm. ha. ape masalahnye
aku: pak cik ade prasan tak bas dari utm ke tmn u slalu pukul brape?
pak gad: rasanya takde lagi la dik. sebab sekarang ni waktu cutikan.
aku: oo. memang takde la ni ek.
pak gad: a'ah. ape kate kalo awak nak balik nanti awak tunggu je kat sini. kalo ade nampak kawan awak, awak tumpang la die. tak pon naik teksi.
aku: wahahaha. nak pulak aku naik teksi (cakap dalam hati la)
aku: ok. tk pakcik

damn. takde bas ke tmn u. so, aku try wat consider all factor (caf):

  1. Jalan Kaki. ni aku rase seswai untuk hari yang aku rasa tension or bad m0od.aku rasa penat, aku leh lupakan masalah aku. just situasi jalan kat taman u tu aku rasa terlampau bahaya. kete sume laju laju seolah olah mengejar masa dihadapan mereka.

  2. Naik bas. aku naik bas dari utm ke sri skudai. then dari sri skudai aku naik bas patah balik ke taman u pulak. damn. kos aku agak dalam RM 3.00 and 30 minit abis. tapi the advantange is aku dapat jalan2. hehe

  3. Tumpang Embun or yazid. pilihan yang save duit and masa. the only thing is aku terpaksa depend kat orang lain. aku tau diorang ni ok je, tapi aku yang macam tak ok. segan. sampai bile aku nak tumpang. sekali sekala takpe la kot.

  4. Tumpang Herman (RO aku) ke taman sri pulai then naik bas dari taman sri pulai ke taman u. save duit siket tapi still depends kat orang. aku kene balik ikut time die nak balik. wahaha

  5. If anything happens, let say aku penat gile tak larat nak jalan kaki, duit kat tangan takde, member member aku sume dah balik, so aku just stay kat opis ni la sampai datang miracle. wahahahahaha

Jumaat, 1 Jun 2007

From May to June

8 comments
Chapter 1: Moving
(gambar yang disediakan ni sume sekadar hiasan je. hehehe)

Selasa 29hb.

(aksi obscene aku)


Lepas hd aku terbakar, aku dah duduk termenung je kat komputer aku. what the hell? ape aku nak wat dengan pc aku kalo dah camni jadinye?? :( sedih giler aku mengenangkan situasi waktu ni. dah bilik aku ni satu satunye tempat yang bagi aku feel untuk buat keje. kalo kat opis ni, jangan harap la aku nak wat keje. environment tak seswai langsung. environment yang seswai untuk aku main internet je. hehehe

petang aku g opis jap, nak clearkan harddisk aku. terpaksa la buang banyak info dari hdd aku untuk buat space untuk operating system aku. 15G je dapat. damn. banyak gile barang aku kumpul, terpaksa burn cam tu je. malam tu aku ajak yazid kuar g carik sound card. masuk je kedai komputer cytech...

aku: boss, bagi sound card paling murah skali yang u ada..
dia: nah, rm23..

aku usha usha kotak die, then aku cakap "boleh la ni. at least leh idup gak".

balik bilik je terus usha usha chip sound card aku tu. damn lucky. upenye sound card creative die bagi. yes. tercapai gak impian aku nak dapat soundcard creative (walopun yang murah gile. hehe). then aku setup komputer aku. setup os, then terus install driver. yes. berjaya gak. ade gak kuar bunyik kat pc aku.. :):)

Rabu 30hb.

Tak banyak cite. aku banyak abiskan masa dengan tdo and pindahkan barang je.


(ashtray baru aku di office. hehehe)


Khamis 31hb.
Hari yang agak gentar bagi aku. sebab aku kene jumpe penyelia aku hari ni. die call aku waktu petang. dalam pukul 5.00 ptg

dr. : fa, awak ada kat mana ni?
aku : saya kat bilik research dr.
dr. : so macam mana dengan progress research awak?
aku : ok je.
dr. : saya nak jumpa awak boleh?
aku : err.. saya nak pindahkan barang petang ni dr. kalo esok petang lepas jumaat leh tak?
dr. : ha. ok. ok.
aku : thanks dr.

letak je tepon, aku terasa macam pelik gile. ade plak penyelia kene buat appointment dengan student die. aku rase serba salah gile. tak pe la. nanti esok (jumaat) pepandai la aku adjust.

malam. dah abis pindah barang sume ke umah sewa. yes. akhirnya impian aku sejak masuk utm tercapai. barang bilik aku still lagi bersepah (malu nak letak pics.. hehe). tdo dengan lena malam tadi. sejuknye~~ tak sabar nak dapat tv dari tokey rumah.

Jumaat 1hb
Bangun pagi,still terasa kenyang lagi. tapi teringin nak makan gak. godek2 dapur, then terus buat roti telur. tah tak tau nape otak aku kali ni macam banyak fikir lak, abis hangus roti aku. waaaa ;(



pukul 9.30pagi jalan kaki ke stesen bas tmn u. aku perasan satu bas dah lalu (tak sempat naik, tengok dari jauh je). letak kat notes aku bas pukul 9.30pagi. tunggu 10 minit, satu lagi bas gerak. damn. 10minutes interval for each bas. leh tahan. 9.40pagi naik bas dari stesen bas tmn u. rage tiket: RM 1.00



10.00pagi baru sampai bus stand depan pintu utama utm. wow. 20minit gak naik bas dari taman u ke utm. jalan kaki daki bukit (berpeluh aku) sampai opis pukul 10.10pagi. kire ok la ni. petang ni nak usha bas utm ke tmn u lak. yeah~~

♪♫♫♪♫♫♫♪♫♫♪♫♪♪♫♪♪♫♪♫♪♪♫♪♫♫♪♫♫♪♫♪

at least dapat gak pindah dari utm ke luar. aku tak tau la kalo orang lain camne, tapi at least kali ni aku nak kene learn stand on my own feet. aku tdo pakai banyak sangat bantal. ade orang kata kat aku, tdo banyak sangat bantal ni macam menunjukkan banyak depends on orang lain. yup, aku rasa pun camtu..

    motif aku keluar.
  • aku nak blajar berjimat. kalo duduk kolej, aku tak reti reti nak berjimat. komputer tak penah off. lampu sentiasa bukak. karen aku gune melampau lampau.

  • aku nak blajar manage idup aku bebetul. kalo duduk kat kolej, sesukahati aku je nak g opis pukul brape pukul brape. kalo dok luar ni, banyak bende aku nak kene konsider, bas, kemudahan bergerak, kuderat aku larat or tak.

  • aku nak blajar bilik aku sentiasa kemas. kalo dok kolej, bilik aku macam kene gempa bumi. just seminggu sekali aku kemas. like hell. kali ni aku dok umah sewa dengan orang lain, aku nak timbulkan rasa segan kalo bilik aku bersepah giler. wahaha

  • aku nak blajar limitkan life aku yang aku rasa sebelum ni terlampau enjoy sangat. asyik dok leka je.


ni aku kire as gambling (gamble on my life). kalo aku berjaya, aku dapat reward gile gile macam ape yang aku nak. kalo tak, life aku jadi haru biru. time will tell.