Halaman

Khamis, 28 Mei 2009

des ar u

19 comments
cerita Ahad lepas..

sebenarnya, dah lama aku dengan اني plan untuk pergi ke Desaru. sudah 2 tahun juga rasanya :D akhirnya tercapai juga pada hari Ahad lepas. tapi... emm. baca dahulu sampai habis entri ini..

pagi ahad lepas, aku bangun pagi dan melihat awan. nicee.. mendung mendung siket. sebagai manusia yang berteknologi (dan manusia yang tak reti baca pergerakkan awan), aku lihat google maps. yeah.. mendung dan mungkin hujan tulisnya. humidity (kelembapan) pula around 68%. cukup nicee.. tak bahang atau sejuk sangat.

disebabkan aku plan untuk pergi ke Desaru tanpa mengetahu jalan mana yang perlu dan jalan mana yang tidak, aku print sahaja dari google maps. malahan juga, aku install Google Maps for Mobile kat cell phone telephone aku nih..




begitu la rupanyanya aku print kat kertas tu. cuma, aku lihat die tulis about 70km untuk ke sana. aku kasihan kat اني sebab nanti die tak dapat nak solat jamak (aku leh le.. rumah aku ke rumah اني dalam 30km). tapi tak pe. kami jalan jalan kat Malaysia saja. nescaya banyak mesjid..

untuk memudahkan pemahaman, aku letak la skali google maps perjalanan aku nih..


View Larger Map


۞ A ke B

dahulu teringat kata kata Yazid [bebelan anak tukang jahit]. katanya kat kota tinggi tu nanti ade traffic light, pastikan masuk simpang ke kanan. ok baiklah.

tapi.. rupanya banyak sangat traffic light kat kota tinggi. ah. mana satu. aku kata kat اني, masuk sahaja ke kanan kat mana mana trafic light :p

kami teruskan perjalanan. kawasan yang agak menyeramkan. hutan dan kelapa sawit sahaja di sekeliling. tak apa. kat kertas ni tulis "Continue on Jalan Jemaluang" and aku rasa betul la sebab jalan yang aku lalu ni memang menuju ke Jemaluang.

tetiba aku terlihat satu objek ni kat tepi tepi jalan. ada banyak jugak..



sapa yang tahu apa benda ni? aku assume, ni tempat tinggal leprikon. hehe

kami teruskan sahaja perjalanan..

terlalu jauh rasanya. dan aku rasa agak ragu ragu. meter perjalanan di kereta اني dah menunjukkan 90km tapi takde petanda lagi pasai Desau. malahan pula, kami berada di Jalan Persekutuan 3 - yang ade tanda . seingat aku, Jalan Persekutuan 3 ni dari Johor Bahru ke Kota Bahru (lihat wikipedia) melalui Pantai Timur. shit. rasa macam salah jalan sahaja.

tiba di B, aku meminta اني untuk berhenti di R&R dan bertanya jalan..

Aku: kak, ni jalan nak ke Desaru ke?
Kak: eh bukan dik. ni dah Mersing dah ni dik..
Aku: APA??? (terkejut beruk)


jauh giler sesat. tersenyum senyum aku kat اني. "kite salah jalan" kataku pada اني. tensen je die. hehe..


۞ B ke C

kali ni, kami main jalan sahaja. peta yang aku print tu ngam ngam je kat Kota Tinggi, tak sampai ke Mersing. tak terfikir boleh sesat sampai Mersing. hehe

kami teruskan saja perjalanan. sehingga jalan aku rasakan makin mengecil. dan tiba di C, aku rasa tak selesa (lagi sekali).. ye la. jalan kecik giler. pastu die tulis jalan ni nak ke Sedili. dan kalo federal road yang aku tau, at least besar la siket macam jalan nak ke Mersing tu. hehe

bertanya pada akak jual makanan kat tepi tu (kat kampung Mawai Baru)..

Aku: kak, jalan ni nak ke Desaru eh..
Kak: a'ah.
Aku: (terdiam seketika) kalo masuk simpang tadi boleh ke?
Kak: jalan terus ni pon boleh jugak.
Aku: kalau saya mahu lalu Bandar Penawar?
Kak: ha, ikut simpang tadi..
Aku: Ok. terima kaseh ya..


۞ C ke D

entah macam mana, aku terfikir pasal Teluk Rumania. aku rasa tempat ni menarik gak. aku rasa laaa... sampai di Bandar Penawar, ada simpang ke kiri untuk ke Desaru. اني bertanya "nak masuk tak simpang ni".. aku kata teruskan sahaja. kita lihat lihat dahulu di Teluk Rumania.



terasa sangat gembira sebab sampai di destinasi. kami pon bejalan pelan pelan je kat sini, mencari jalan untuk ke tepi pantai. masuk di satu lorong, ternampak pokok ru dan laut. yes!! tapi jalan tu jalan mati lak.. siap ade budak budak kecik lagi main main kat situ. budak budak tu bertanya "abang nak pergi mana?". aku senyum je dan menjawab dengan pertanyaan lain "kami nak pergi ke tepi laut. tapi camne eh". diorang sarankan aku letak sahaja kete kat jalan tu, pastu redah hutan dan semak samun. sampai la kat pantai. haha.. pastu mak diorang pula datang. "kalo kamu nak pergi ke pantai, cuba pergi ke tempat burung unta".. aku pon mengiakan aje.



sampai sahaja di ostrich park, aku tanya nyonya yang jaga tu, tanya dia ni leh g ke tepi pantai ke? di jawab, tak leh sebab ada anjing dua ekor yang sangat garang. tetiba je aku dengar bunyi anjing berbunyi. wah. biar betul nyonya ni. die leh set ke anjing tu kasi berbunyi. hehe

nyonya tu kata, pergi kat Batu Layar. aku kata kat اني, tak apa lah. kita jalan jalan lagi..

۞ D ke E

kat sini sebenarnya bukan Batu Layar. aku tak tau apa nama tempat ni. nak pergi, kene masuk ke dalam hutan lalang yang lagi tinggi dari aku.. korang tengok sajalah macam mana kami parking.. dan kalo nak tau, kat blakang tempat aku amik gambar ni, ada cliff. tinggi giler. akibat hakisan laut..



tapi kawasan sini sangatnya cantik..



cuma aku rasa bahaya (berdasarkan sampah sampah yang kelihatan - menunjukkan air naik sampai situ).

aku ajak اني balik.. naik sahaja kete, aku terperasan yang aku lupa tarik hand brake mase berenti tadi. ya Allah. bahayanya..

۞ E ke F

kali ni kami tiba di Batu Layar (walaupon sesat sesat di kampung nelayan di situ).. walaupon agak menarik juga, tapi masih ada banyak sampah.. tapi agak ramai juga yang mandi manda di situ. siap ada budak budak lagi buat BBQ. haha



اني berjalan tanpa pakai kasut. katanya nak merasa pasir pantai. aku melarangnya, sambil berkata takut ada kaca kaca pecah (old story of my famili).. tapi akhirnya bukannya kaca yang melekat kat kaki اني, tapi..



minyak! the hell? camna diorang leh mandi sedangkan kawasan tu berminyak?

aku berkata pada اني, sudah. cukup. pasni kite tak payah singgah singgah lagi. terus sahaja ke Desaru, tempat yang dikenali sesuai untuk bermandi manda..

۞ F ke G

akhirnya! at last! sampai juga kami di Desaru. sangatnya gembira. menyanyi nyanyi lagi kami.. mencari tempat parking (RM 3 untuk sebijik kereta).



dan sedang kami berjalan jalan, اني terlihat awan yang amat pelik sambil memberitahu aku.. lihat atas!



hoh! ape kejadah tu? ada pelangi kat awan. dan camna awan tu leh membulat camtu? yang pelangi tu, dapat agak la sebab biasan cahaya. tapi part awan tu?

ok tak pa. itu kita biarkan sains yang menjawabnya ;p dan aktiviti di pantai.. tipulah kalo duduk kat tepi pantai tapi tak main pasir. 'aku dan اني' membuat apartment untuk orang orang lepricon guna pasir pantai.. haha. macho tak?



dan kami sama sama melihat suasana yang nyaman ini (sambil memakan eskrem roti) sebelum berangkat pulang..



dan tidak lupa juga mengambil gambar meter perjalanan sebelum berangkat pulang (tensen aku orang tak percaya aku dgn اني sesat sampai ke mersing)..



dan dari Desaru ke Ulu Tiram pula,



hampeh. 100km tu untuk sesat!

۞ ke Teratak 42

penat. seriously sangatnya penat. sebab lepas sampai ke Ulu Tiram, turn aku pula untuk pulang sorang ke Teratak 42. takde la jauh mana pon, cuma 30km je. sampai sahaja di Taman Universiti, aku sudah berangan untuk baring di atas tilam empuk aku..

tapi.. tiba sahaja di Teratak 42..



the hell? sapa yang kunci rumah ni? dah la kunci camtu, pastu terus blah! serious shit aku mengamuk sensorang depan rumah tu. hampeh..

۞ ps:

13. cik اني yang drive sepanjang perjalanan yang di google maps itu. aku hanya dok sebelah je. hehe

14. entri kali ini sangatnya panjang ya.. ;p

15. pintu depan Teratak 42 rosak. boleh sahaja di tolak untuk buka menggunakan tangan walaupun pintunya berkunci.. len kali, guna la mangga pagar. jangan pakai kunci sendirik!

16. pintu Teratak 42 sudah dibetulkan beberapa hari lepas.

17. owh jangan tanya camna aku tau Malaysia Federal Route tu. dulu aku presiden Kelab Keselamatan Jalan Raya kat Sekolah Gombak 2 XD

Isnin, 11 Mei 2009

seketika bersama ibuku (2)

15 comments
Pada tahun 2001 yang lepas..

ketika ini, aku berada di Tingkatan 5. belajar di salah sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air..


gambar hiasan. classmate aku (5 science 8)


sedang aku nyenyak tidur di dalam kelas, tetiba, Cikgu Baharom menghentak meja aku, untuk mengejutkan aku yang sedang lena dibuai mimpi..

Cikgu: Fa! bangun!
Aku: Ah!


terkejut aku dan lantas terus berdiri. shit! sudah brape lame dah aku tidur. kedengaran budak - budak kelas aku tergelak - gelak, seolah - olah mengejek aku. hampeh!

terus aku pergi ke belakang kelas, mengambil buku rujukan Pendidikan Islam aku yang tersusun rapi di rak belakang.. sekembalinya aku ke meje aku, aku perhatikan Cikgu Baharom. dia hanya memerhatikan gelagat aku. mukanya ada tanda tersenyum senyum. ku lihat di kiri, kelihatan buku rujukan Matematik Tambahan di meja Danial. begitu juga dengan di meja Geweng yang berada di kanan aku..

aarrgghh!! sekarang sudah kelas Matematik Tambahan. sudah dua kelas gamaknya aku tertidur. tiada apa yang boleh aku lakukan. hanya tersenyum sahaja pada Cikgu Baharom.. ngeee~~ :D

Cikgu Baharom berkata pada aku "Tu kat belakang tu, Cikgu Nik nak jumpa kamu". Dengan terkebil kebil aku mencari mana dia. Terus aku ke belakang sekali lagi sambil menggosok gosok mata ku. ye la. baru bangun tidur. konfem - konfem laa ade tahi mata. haha!

Oh ya. Cikgu Nik adalah guru kaunselor sekolah aku. cikgu ni tersangatnya super baik. tetapi, bagi pelajar picisan seperti aku ini, perkataan 'beware!' amatlah sesuai untuk diassociate dengannya, sekiranya dipanggil. kerana dia juga menguruskan pasal hal ehwal displin pelajar!

berjumpa sahaja Cikgu Nik, aku dimarahinya. "Apa kamu ni tidur dalam kelas? malam tadi kamu buat apa kat asrama? ni kenapa serabai je ni??". aku seperti orang yang baru bangun akibat dibaling batu. pening kepala aku nak jawab satu - satu. kemudian Cikgu Nik berkata.. "Fa.. mak kamu ade kat office saya". terkejut beruk aku. kenapa ibuku datang ke sini?

rupanya, kes aku dua tiga minggu lepas masih belum lagi selesai. aku ditangkap kerana keluar sekolah tanpa kebenaran (fly). dan ibuku perlu menjadi penjamin aku. kalau tidak, mungkin aku akan digantung atau diberhentikan! kejam sungguh sekolah aku ini..

sampai di office, ibu aku tersenyum menyambut aku. dengan penuh perasaan serba salah, aku terus bergegas mencium tangan ibuku.. dan setelah Cikgu Nik membaca kes aku dihadapan ibu aku, aku mengaku bersalah disaksikan ibu aku, ibuku bersiap untuk pulang. kejap sahaja rupanya. tidak sampai 30 minit..

aku menemani ibu aku sampai ke hujung bangunan pentadbiran..

Aku: Mak datang sini dengan ayah ke?
Ibu: tak lah. ayah ko kerje kat Batu Pahat. mak datang naik bas je..


sekali lagi tersentak dada aku. dari rumah aku ke sekolah aku, ade gak la dalam 3 ke 5 jam pejalanan. kalau pergi dan balik, dalam 6 ke 10 jam juga (bas di Bakri sangatnya kurang, malah, lembab pula tu).

Aku: meh angah teman mak sampai pintu pagar..
Ibu: eh takpe lah. angah ade kelas kan? cepat g masuk kelas.
Aku: alaa tak pe laa. boleh aje skip.
Ibu: dah dah. jangan ngade ngade. mak nak balik terus dah ni..
Aku: ye la..


setelah bersalam salaman, mencium pipi ibuku, ibuku terus beransur pulang. dan aku pula.. aku hanya memerhatikan sahaja ibuku berjalan di bawah sinaran matahari (masa tu, tengah hari). panas di luar sana! sangatya contra dengan hati ku ini. hujan, ribut dan taufan. terasa sebak. ingin menagis pon ada. terlalu banyaknya aku menyusahkan ibuku.

inilah antara situasi yang paling berat sekali aku rasakan. aku tidak kesah sekiranya aku di belasah, tapi aku tidak larat untuk diseksa begini. pedih. pukullah aku. seksa lah aku. aku lagi suka kesakitan fizikal dari kesan emosi sebegini..

sehingga kini. peristiwa tersebut masih segar di ingatan ku. dari kecil sehingga kini (malam semalam), aku masih lagi menyusahkan ibuku..

۞

wahai ibuku..

terima kasih kerana membesarkan aku. walaupon perangai aku ini sungguh liar, kau tetap tabah mendidik aku. walaupun aku kerap menconteng arang, kau tetap percaya kepada aku. engkau tetap mengharap agar arang yang aku contegkan itu akan menjadi lukisan abstrak yang tidak ternilai harganya kelak..

aku amatlah bertuah.. segala kesilapan aku, tetap ditegur. aku bukannya anak yang dibebaskan dari segala kesalahan. setiap kesalahan aku, pasti ada consequencenya dari mu. kerana itulah aku berterima kaseh. jika tidak, pasti aku sudah lupa daratan.. jika tidak, sudah pasti aku kini merempat di jalanan.. atau jika tidak, sudah tentulah aku hanyut dibawa arus zaman..

akan ku dahulukan setiap doa untukmu. akan ku harapkan agar engkau sentiasa sehat walafiat di kampung. akan ku mencari mu dahulu setiap kali aku pulang ke kampung.. nantikanlah kepulangan anakmu ini. pulang membawa sejuta kemaafan yang terbuku di dada.


yang benar..
anakmu yang #2..


gambar raya



emm.. sekadar luahan..

ps:
11. mak, kalau angah balik kampung nanti, angah nak makan sambal yang mak masak eh. sedapppp~
12. selamat hari ibu kepada semua ibu - ibu di dunia ini..

Jumaat, 8 Mei 2009

seketika di hari jumaat...

14 comments
seketika solat jumaat sebentar tadi..

sedang aku berjalan menuju ke selipar aku, aku perhatikan ade sorang mamat ni dok usha je selipar pink aku. "ha.. nak kutuk selipar pink aku la tu" aku mengutuk dia di dalam hati, walaupon aku berada di dalam mesjid.

tiba - tiba.. *ketang* bunyik pelanggaran kaki dan besi..
rupanya jari kaki aku tersangkut pada bucu besi penutup longkang.

aaaaa... sakitnye.... x(



sehingga entri ini di tulis, jari kaki aku itu masih lagi berdenyut denyut sebagai peringatan. ya. peringatan! peringatan kepada aku dan kamu semua yang memakai selipar pink.. sila jalan berhati hati, pandang ke bawah! jangan pandang mamat lain! XD

۞

seketika ber'ym' bersama geweng

geweng: peciter?
aku: takde citer
aku: lusa aku g kl
geweng: watpe?
aku: ari sabtu ni anep kawin kat semenyih
geweng: sape lg yg terdekat
geweng: ko patut letak takwim kawen bdk2 ni kat blog
geweng: pastu updet selalu
aku: aaaaaa
aku: malassssnnnyyyaaaa
aku: ye laaa


ok. oleh yang demikian, aku meletakkan takwim kat sidebar aku.



asalnya nak buat guna http://www.itypeit.net/.. tapi disebabkan siket je line boleh letak, terpaksa la buat manually.

kalau siapa yang takmo tarikhnya di paparkan, bagitau aku. tq

hah~ kan banyak giler clash!

ps:

9. aku letak mane yg aku dijemput sahaja.. sama ada jemputan dari empunya badan, bapak/mak empunya badan atau wakil yang diketahui sah sahaja.

۞

sebenarnye. 8 minggu lepas aku dah buat tag ni (yang berasal dari aishii). ingatkan nak publish terus, tapi tak best lak kalo takde follow up story. hehe

1. Do you think you are HOT?
Tidak. aku hanyalah insan biasa yang termaktub didalam 95% normal distribution.

2. Upload your fav pic



banyak lagi yang aku suke.. banyak letak kat album frenster je.

3. Why do you like this pic?
terasa lak macam aku ni macho. siap dulu rajin aku buat pic ni as wallpaper aku. admire dengan diri sendirik. biase la, aku ni kan self centered bastard.

4. When was the last time you ate Pizza
baru je lepas makan pizza. orang belanje. hehehee

5. The last song you listen to
Rolling Stones - Under My Thumb

6. People I Tag
(sebenarnya malas nak tag orang, tapi kene letak untuk jawab soalan berikutnye lak)
Teratak 61
Teratak 42
Ani
Intan

7. Who is No. 1?
Fazrol, Jay em dan Mat Zack

8. No. 3 is having relationship with?
guess who? :p

9. Say something about no. 2
mari pindah x(

10. How about no. 4?
what about 4? she's ok. baik dan suke belanje orang (hari tu die blanje topup.. weee~ x). semoga dimurahkan rezekinya.. dan lain kali belanje lagi ehh.. heheee

۞

Now.. here it is.. Rolling Stones - Under my thumb




ps:

10. lirik rolling stones - under my thumb

Under my thumb
The girl who once had me down
Under my thumb
The girl who once pushed me around

Its down to me
The difference in the clothes she wears
Down to me, the change has come,
Shes under my thumb

Aint it the truth baby?

Under my thumb
The squirmin dog whos just had her day
Under my thumb
A girl who has just changed her ways

Its down to me, yes it is
The way she does just what shes told
Down to me, the change has come
Shes under my thumb
Ah, ah, say its alright

Under my thumb
A siamese cat of a girl
Under my thumb
Shes the sweetest, hmmm, pet in the world

Its down to me
The way she talks when shes spoken to
Down to me, the change has come,
Shes under my thumb
Ah, take it easy baby
Yeah

Its down to me, oh yeah
The way she talks when shes spoken to
Down to me, the change has come,
Shes under my thumb
Yeah, it feels alright

Under my thumb
Her eyes are just kept to herself
Under my thumb, well i
I can still look at someone else

Its down to me, oh thats what I said
The way she talks when shes spoken to
Down to me, the change has come,
Shes under my thumb
Say, its alright.

Say its all...
Say its all...

Take it easy baby
Take it easy baby
Feels alright
Take it, take it easy baby

Selasa, 5 Mei 2009

Here goes mutton (2)

14 comments
Tiba sahaja di Serdang, aku disambut dengan pakcik aku. Seketika berborak dengan pakcik aku:

Pakcik: Anak along dah ade kat umah dah.
Aku: Seriously? bila lahir?
Pakcik: Dah 10 hari dah..
Aku: Waaa.. taniah taniah :D

Tiba sahaja di rumah, aku terlihat anak pertama pakcik Zaidi..

waaa.. comeynyee... Zaim namanya. tapi aku ni takut siket nak pegang baby..



maaf pic tak cantik. untuk gambar yang lebih jelas, lawati blog En. Zaidi di sini: + Tukang Kaba

۞


esoknya pula.. pukul 10 pagi..

Farol: woi, jom ikut aku g sarapan
Aku: ha? bukan ke ko tengah kerje?
Farol: tak pe.. aku lapa nih.

bestnye keje kerajaan. dah la si Farol tu jadi imam kat mesjid UPM.. ngee :p

malam tu, Pakcik aku (Mizi), Farol, Naem dan G-Jai bawak aku g Uptown Shah Alam. dari dulu lagi teringin nak pergi ke pasar lewat malam uptown/downtown. dan ni kali ke dua aku g pasar sebegini.. kali pertama aku g downtown JB 2 minggu lepas :p



waaa.. ini rupanya uptown Shah Alam yang digembar gemburkan itu. menarik. tapi tak cukup menarik untuk mengkopakkan duit aku :p hampeh.. lastly, diorang gak yang berbelanja sakan kat situ.. bukannye aku.

۞


dan hari ahadnya, aku pulang ke kampung. minta tolong pakcik aku turunkan aku di Stesen Komuter Serdang. tiba sahaja di sana, aku nampak ramai sangat orang berkumpul sambil melihat bawah tren. malah, aku juga perasan tren tersebut berhenti (anggaran) 20 meter dari tempat yang sepatutnya. OMG! what the hell?

aku tanya brader depan aku..

Aku: bro, ape cite tu?
Bro: tak tau la.
Aku: ade orang jatuh ke?
Bro: ye kot. apa kata kamu amik gambar kat situ..

emm.. maleh aku. baik aku teruskan beratur kat sini. dah la Stesen Komuter Serdang ni slalu ramai giler. tapi ape yang aku rasakan, mungkin brader tu jatuh kot..

setelah beli tiket dan masuk, aku perasan that unlucky guy terbaring. tangannya bergerak perlahan.. sempat gak aku snap sekeping..



aku tanya pakcik KTM situ..

Aku: pakcik, apa sudah jadi?
Dia: Ooohh.. itu saya tak boleh cerita. itu semua kita serahkan kepada pihak polis.

Ceh.. cara dia jawab tu macam aku ni pemberita lak.. so.. the mystery goes on..

۞


Sampai di Seremban, aku naik pula bas Southern untuk ke Tampin. yang bestnye naik bas di area Negeri Sembilan dan Melaka ni, adalah kelebihannya untuk merokok di dalam bas :D tapi aku ni takde la kejam sangat isap rokok-yang-tak-sedap-untuk-dibau. aku isap rokok SKL, perasa strawberi..



kebetulan pula blakang aku ni budak budak perempuan keluar outing. 5 orang rasanya. terdengar diorang berbual di belakang.. disebabkan aku berada didepan diorang, aku tak dapat agak sapa yang bercakap (just let P1 = 1st girl, P2 = 2nd girl)

P1: Wanginya bau..
P2: A'ah la wangi.
P1: Rokok brader tu kot (confirm mase ni tunjuk kat aku)
P2: brader tu mesti isap rokok SKL.

wah.. budak budak perempuan sekolah pon tau pasal rokok.

P1: SKL? Sekolah Kebangsaan Lumut?
P2: SKL! SKL tu rokoklah (sambil meninggikan suara)

hampeh. cakap pelan pelan sudah.. semua penumpang dok pandang aku sekarang nih..

P1: memang ada bau wangi eh
P2: a'ah.. die ade macam macam perisa. ada strawberi, anggur..

bile mase lak SKL ade perisa anggur?? pakai petik je..

P1: rokok lain takde bau macam ni ke
P2: ade gak la. abang aku isap macam macam rokok. camel, dunhill..

dan bile mase lak camel dan dunhill ade perisa camni..

hmm.. budak budak ni... pakai petik je cerita die..

lepas tukar satu lagi bas, aku tiba di rumah. yeay!



ps:
6. kredit gambar uptown kepada shafieza.fotopages.com
7. hari Selasa ni adek aku konvo. taniah buat beliau..
8. aku cuti sampai hari rabu. yeay!! lame giler cuti :D:D

Sabtu, 2 Mei 2009

Here goes mutton

16 comments
Hehe..ini adalah merupakan kali pertama cubaan aku menulis entri blog dengan menggunakan cell phone telephone aku..ya.ya..aku tau.living in this time of age,ini bukanlah lagi suatu perkara yg baru.tp ianya sangat baru bagi aku.selama ini aku hanya mampu melihat org update blog dlm ketapi.kali ini,aku berkesempatan menjadi seperti mereka.cuma aku skrg ni menaiki bas,bukan ketapi ;p

..nnt krg aku edit la balik..nk tdo jap ;p

۞


gambar ni takde kaitan dengan entri ini. cuma aku suka gambar ni (narcissism)


ok.. ni sambungannya. tapi ni tulis kat pc umah sedara aku.. tak tau napa masuk sahaja di kuala lumpur, terus tak boleh main internet lagi melalui cell phone telephone aku. a fluke?? maybe..

...

setelah berjumpa dengan Huda di Sogo, aku bergegas untuk pulang ke puduraya. beg aku ditinggalkan di sana. keluar sahaja dari Sogo, aku melihat kiri dan kanan. owh shit. mana satu jalan nak ke puduraya nih.

pejam mata. bayangkan diri ini seperti burung gagak. ya. ke kiri sudah tentu ke bulatan pahang. maksudnya aku kene ke kanan.

sekali lagi, jumpa unfamiliar road. another shit! guna rule orang yang sesat. jalan berpandukan matahari/bulan.

sayangnya, ketika itu sudah maghrib. tiada matahari juga tiada bulan yang kelihatan. haiyya. tiada cara lain. jalan berpandukan awan (rule sendirik).

lagi sekali sayangnya, otak aku seolah olah defy bahawa awan itu bergerak. hampeh. bertambah sesat aku..

tapi yang bagusnya sebab aku jalan berpandangkan atas, aku tetiba ternampak logo bangunan maybank.. betapa gembiranya aku. ingin sahaja aku melutut tanda bersyukur kerana berpeluang untuk keluar dari sini. brisk~


bangunan maybank. kredit imej jatuh kepada: kuala-lumpur-city-guide.com


۞

owh lagi satu pengunguman. 2 Mei ini adalah Majlis Persandingan antara Mohd Haniff Osman dan Maria. sesiapa yang geng aku, mari lah dijemput hadir di Semenyih (anep soh aku bawak geng geng aku). marilah sama kita memeriahkan lagi Majlis Persandingan ini, terutama mereka yang satu batch dengan aku (MRSM, Forecast dan UTM).. marii :D

ps:

5. title diambil dari cerita Sheep in The Big City S02E12. aku sangat suke kartun kambeng ini :p