Rabu, 19 Januari 2011

Quick Decisions

Lately, aku rasa aku makin cepat marah - marah. Makin cepat rase tensen. Mungkin darah muda aku mendidih - didih. Atau aku dah mula lost faith in humanity? Atau..

Ok tak kesah la. Tapi tak tensen ke korang kalau tengah que kat ATM Machine [49], pastu orang yang tengah gune mesin tu, boleh pulak dok fikir lame - lame.. Dah tengok baki dia, dok kira - kira depan mesin. Dah tekan nak keluar duit brape, padam. Pastu tukar nilai. Pastu padam balik.. Eeee. Nak - nak pulak kalau masa aku nak cepat. Come on la. I didn't have all the time in the world.. Tak boleh ke mase korang on the way pergi ATM, dah siapkan algorthm dulu macam ni {Kalau duit banyak, keluarkan RM100. Kalau tak cukup, balik je la..}

video
[50]

So, this is the story about.. ape yang aku tulis kat atas tu..

Pada suatu hari, aku pergi le ke ATM yang terletak berdekatan dengan mesjid. Mase tu orang tengah azan, aku pulak tengah rush nak keluarkan duit dulu, pastu bajet dapat la terus pergi solat berjemaah. Nak cepat, sebab nak elakkan masbuk sebab ada masa lagi dalam 10 minit sebelum start solat.

Sampai je kat depan ATM, ada segerombolan girls berkumpul dekat depan ATM. Ok tak pe. Beratur la kejap.

5 minit berlalu..

Tak habis - habis lagi dorang ni. Pastu aku baru perasan, skrin mesin tu bukannya kat dalam menu (ala menu yang keluar lepas kad dimasukkan), tapi skrin tu 'idle', sambil tunjuk iklan CIMB. Ishhh.. Ni yang panas ni. Korang dok depan mesin tu reramai buat ape? Kalau tak gune, ke tepi la..


Yea. Skrin die macam ni. [51]

Kalau diorang ni lelaki, boleh gak aku gune kaedah kereta memotong kereta lain. Potong kerete -> rasa tak lepas -> himpit kerete lain tu -> angkat tangan (sorry) -> jalan sambil buat tak tau.. Tapi diorang ni perempuan beb. Ade gak aku di tuduh ganguan seksual.

Seperti biawak yang nak bergaduh, aku cuba kembangkan besarkan badan aku, kerutkan dahi, sambil guna suara dalam (kalau nak marah gune suara biase aku, tu suara comel, orang tak takut).

"Dik, kalau tak pakai ATM, boleh tak tolong ke tepi?" sambil pandang tajam.

Mungkin sebab diorang takut tengok aku, dorang macam termangu - mangu sambil ke tepi dan pandang je kat aku.. Hah. Kemarahan yang memudahkan kehidupan aku.. So aku masukkan kad ATM aku..

Beberapa minit kemudian.. Skrin masih lagi tunjuk idle macam ni:


Yea. Masih lagi macam ni. [51]

Pastu, salah sorang girls yang reramai tadi tanya aku.. "Kad abang PON kene telan jugak ke?"

Ha? Ape pasal ada perkataan PON? Aku bertanya, "Yang korang reremai depan ATM tadi sebab kad korang kene telan ke?", sambil kalut.. Dia menjawab ringkas, "Ha'ah".

Dammit. Dammit. Dammit.

If only aku berlemah lembut, minta dorang ke tepi dengan nada yang baik, mungkin kad ATM aku tak kene telan. Mungkin kalau aku tak fill otak aku dengan nafsu amarah, mungkin aku boleh analisis kenapa dorang ramai - ramai berkumpul depan ATM tu. Dan mungkin kalau aku pergi terus ke mesjid, takde la aku marah - marah macam ni..

Hah!! Lagi sekali marah dengan diri sendiri.

ps:
49. ATM stands for Auto Teller Machine. Kalau sebut ATM machine, tak ke jadi Auto Teller Machine machine.
50. Video ini di ambil dari citer Scrubs, Musim kesatu, Episod keempat.. Best giler Scrubs mase ade JD.
51. Imej ini di ambil dari website CIMB Clicks Singapore (http://www.cimbclicks.com.sg).

15 ulasan:

  1. tu la. orang marah selalu rugi. marah tu sifat syaitan. hurm..saya xdapat bayangan awak marah fa. awak boleh marah rupanye nye. huu~

    BalasPadam
  2. Kalau dengan kawan - kawan, takdenye nak nampak saya marah. Saya marah dengan orang yang tak kenal je..

    Tapi kan, kadang - kadang marah tu la yang menjadi motivasi orang lain untuk berkerja keras. hehe

    BalasPadam
  3. hahaha...lawak jgk kisah ko ni...

    marah boleh memotivasikn org lain utk lebih cpt berenti keje la...hehe

    BalasPadam
  4. emm...kesian!

    xpa Fa, ni pengajaran supaya kawal marah lain kali..be cool, man!

    ^_^

    BalasPadam
  5. Woohh. lame tak dengar citer abeming. tak semestinya. kene lah gunakan marah dengan sebaiknya ;)

    susah la president. i'm hot (stuff) ;p

    BalasPadam
  6. hehehehe lenkali bleh gunakan taktik 2 in 1.

    buat2 tny, nape dik, ada apa y boleh sy bantu ke?

    chances are:
    1. maybe bleh berkenalan ngan gadis2 tersebut
    2. kad atm akan terselamat.

    hehehe. apepun, the past is past apa y jadik bleh jadikan tauladan. huhuhu. (mcm cerita sang kancil lak ada moral2 neh)

    BalasPadam
  7. Noulha. Taktik tersebut hanya sesuai kalau one-on-one je. Kalau reramai, tak terhafalnye name - name diorang.

    Ya. Boleh dijadikan sempadan dan ingatan.. Sile berkenalan dahulu ye ;p

    BalasPadam
  8. terbaek lah Bang!

    -kudozu

    BalasPadam
  9. haha

    tu la
    jgn cepat marah

    tp mmg geram pun kalo jumpa org2 yg lambat2 depan AT machine <--ni baru betul kan? :D

    beratur punye lama, dah depan mesin tu baru terhegeh2 nak cari kad
    haish rasa mcm nak tolong selongkar beg dia.
    kan?
    kan?

    BalasPadam
  10. sabar! ada hikmahnya kalo bersabar.

    BalasPadam
  11. Rose..
    AT machine.. Betul, tapi pelik giler bunyi nye. Hehe

    Ha. Tau tak pe. Penat je mata kalau tengok die camtu. Dah la penat tunggu dia, pastu penat nak tengok dia terhegeh - hegeh nak carik..

    Tz..
    Ya memang ada hikmahnya kalau bersabar. Tapi tu kira bersabar ape. Kalau tak bersabar, dah mengamok sorang - sorang dah. Haha

    BalasPadam
  12. haha..gilo..
    kan ke lebih baik menegur dgn senyuman terukir di bibir..muka manis bak susu cair??
    katekan lah...

    "adik..ok ke tak mesin nie??" (sambil jari menunjuk ke arah mesin di dinding)

    ataupun..

    "bule..sy(@abg) nk gune plak x?"

    huhu..for sure..senyuman dibalas..
    dan dari mata..turun ke hati..hehee

    BalasPadam
  13. Haha.. Bahaya tu. Bahaya. Nanti ada gak menjadi sesi pengoratan..

    Tapi kan. Kalau nafsu marah dah menguasai akal, ade plak nak fikir tanya baik - baik camtu. Me aint that good..

    Kene belajar bersabar dahulu, baru dapat keluarkan ayat - ayat seperti tersebut.. And hopefully, pasni, ada la gadis - gadis comel yang kene telan kad ATM depan aku. Maybe nafsu amarah aku dapat convert jadi nafsu menggatal, dan dapat membantu menyelamatkan kad ATM aku. Heee

    BalasPadam
  14. komen Fa yg paling last mmg x blh blah..ahahaha~
    lawak la Fa..!
    terbaik punya..hehe

    BalasPadam

terima kaseh :)