Rabu, 17 Disember 2008

taniah to both Fairuz

13 haribulan Disember 2008..



taniah diucapkan kepada siti fairuz dan faidzal di atas perkahwinan mereka. semoga berbahagia hingga ke syurga kelak.



juga taniah diucapkan kepada mohd fairuz dan shida zhulia kerana berjaya membawa cinta mereka dari Tingkatan 5 dahulu (2001) sehingga ke atas pelamin. boleh menjadi inspirasi kepada budak budak sekolah sekarang untuk bercinta lama lama :p juga diharapkan agar mereka berbahagia selama lamanya :)

۞

sebenarnya, agak lama juga aku bersama sama ahli teratak 42 melakukan aktiviti bersama. dan hari ini, setelah seminggu plan bersama Yazid, Geweng (hah Geweng, plan je lebih, bukannye pergi pon.. haha), Kucai, Skem dan Arep, akhirnya hari yang dinantikan telah tiba. mendapat dua jemputan kahwin. satu di Muar (Siti Fairuz dan Faidzal) dan satu lagi di Rengit (Mohd Fairuz dan Shida Zhulia). sebenarnya ada banyak lagi jemputan, cuma kad yang sampai ditangan aku hanyalah dua ni sahaja. rule of thumb, kalo dapat jemputan (kad kahwin), mesti cuba sedaya upaya untuk pergi selagi tiada aral yang melintang.

aku, kucai, skem dan ila menuju ke destinasi dengan menaiki kereta yazid. dan diikuti pula dengan arep (dan aweknye), john dan buaye.



setibanya kami di hentian Machap untuk menuggu kereta john, kucai berkata pada aku "jom isap rokok kat atas tangki". aku iye kan aje. agak lama juga tak naik tangki. dahulu (ketika Tingkatan 5), aku dan kucai gemar menaiki tangki air di sekolah. masing masing ada tujuan sendiri. bagi aku, aku sukakan cabaran. dari menaiki tangki besi yang berkarat (disekolah dulu la, kat R & R Machap ni tangga batu. tak thrill sungguh), sehinggalah menghadapi angin lintang di kawasan tangki (kat sini kene hati hati siket, takut melayang je ke bawah. hehe).. (lagi cerita daripada kucai di blog barunya di sini).

setelah sampai di puncak tangki, baru aku 'terasa' kembali perasaan dahulu ketika di atas tangki sekolah. aku gemar berada di tempat tinggi (selagi tempat itu berpagar). aku suka memerhatikan telatah mereka yang berada di bawah. kerana (setakat yang aku perasan), tiada seorang pon yang tahu kami berada di sana (kecuali yazid setelah kami bagitau dia)..

lumrah alam. setiap yang berlaku boleh dimetaforkan dan diaplikasikan kepada kehidupan seharian. seronok berada di puncak. sejuk kerana angin yang kuat. melihat manusia manusia yang lain di bawah dengan angkuh (kerana mereka berada dibawah). mungkin inilah perasaannya apabila seseorang itu berdarjat tinggi. mewah, khayal dan mudah terleka didalam 'kelembutan' buaian angin.

adakah ini resmi padi? adakah ini caranya padi menunduk setelah berisi? atau apakah ini hanya padi yang sekadar menunggu untuk ditampi?

9 ulasan:

  1. macam sonoknyerrr kat atas tangki air tewww.. nanti me nak panjat jugakksss larrr.. ehehe

    BalasPadam
  2. Aku x takut tempat tinggi
    Tapi perasaan gayat tu tetap ada
    Takut jugak lupa diri
    Bila rezeki berlipat ganda

    BalasPadam
  3. this entry is deep~~

    dari cerita pasal kahwin boleh jadi cerita pasal metafor. cool!

    mungkin sebab itu yang di atas kena turun ke bawah sekali-sekala dan sebaliknya. agar masing-masing boleh rasa kedua-duanya.

    BalasPadam
  4. hahaha. dapat juga jumpa diaorg sekali sekala

    budak-budak jb memang cool jadi je kalu plan

    thanks fa

    BalasPadam
  5. Ye. Bila orang kasi jemputan kawen, kita kena pegi. Nanti kita kawen baru ramai orang datang. Eheh. Eh. Kita as in, dengan pasangan masing2. :P

    BalasPadam
  6. en_me..
    boleh sahaja. nanti amik gambar lawa lawa tau :p

    sTefEnO..
    lumrah manunsia. bila berada ditempat tinggi, mudah lupa kepada yang dibawah. moga moga kita dijauhkan dari perangai sebegini..

    missyizzati..
    ya. tapi kalo dah sedap dok kat atas, nak ke turun pulak?

    yazid..
    ya. tapi sayang budak budak kl tak ramai yg turun..

    atiqah..
    haa. tepat tu. tapi nanti kalo kita yg kawin, kene mark muka muka yang datang. nanti kenduri mereka, kita pula kene datang.. eh. 'kita' bukan maksud sy dan kamu tau!

    BalasPadam
  7. fairuz tuan punya blog ni bila lagi? hehe~

    BalasPadam
  8. it's complicated (pinjam istilah friendster :p)

    BalasPadam
  9. oke bro, me dah panjat tangki air itteww.. bravo to me

    BalasPadam

terima kaseh :)