Jumaat, 13 Julai 2007

ahaha


Chapter: Birokrasi

Hari ni, masuk hari ke 5 aku berurusan dengan SPS dan RMC. aku bukannya tak suka dengan RMC and SPS tu, dua dua tu bagus. satu merupakan 'institut' yang menguruskan pelajar pelajar ambil lanjutan ijazah dan satu lagi pusat pengurusan penyelidikan yang berpaksikan UTM. tapi...

ok, aku kene menguruskan sambungan kontrak aku since bulan depan kontrak aku tamat. caranya senang. aku just bawak certain document ke RMC and bagitau (secara vibal) mengenai niat aku nak sambung kontrak. pengesahan dilakukan and all should be done. ini yang biasa dilakukan oleh 'all' people here. but..

since dari start aku bertapak semula kat UTM ni, kebanyakkan hal aku tersangkut disini. ari isnin minggu ni, aku start bawak dokumen dokumen yang diperlukan. then pegawai yang menguruskan tu plak takde. after aku dapat jumpe die, die soh aku bawak lagi satu dokumen yang padahal dulu die yang uruskan dengan 'tingkat atas', since cara aku masuk sini 'agak unique'. ok fine. semalam aku pergi ke atas untuk meminta dokumen tersebut.

aku: kak, saya nak mintak dokumen XXX boleh?
dia: kenapa pulak?
aku: sebab saya nak sambung kontrak saya dengan 'tingkat bawah'.
dia: awak tunggu kejap.

die call someone..

die: camni la dik. surat tu tak dapat dikeluarkan sekarang. awak datang esok petang la ek.
aku: ok. thanks.

then, hari ni petang. aku amik no giliran, dapat C024, kene tunggu 7 orang. but, aku tau kalo kat 'tingkat atas' ni, menunggu 7 orang sama dengan menunggu sejam lebih. bukan salah pihak pengurusan. tapi certain people yang datang kat sini TAK FAHAM, TAK TAU, TAK DIBERI TAHU dan TAK AMIK TAU pasal MESIN ANGKA GILIRAN tu. sume pakai redah je ke kaunter. diorang tak sedar ke ayat ayat yang selalu berkumandang kat speaker tu menunjukkan apa "Nombor C dua puluh, kaunter 1" (lebih kurang camni la). nasib baik la aku ni still ade lagi sisa kesabaran. kot tak aku dah lame mengamuk dah macam member2 aku.. then sampai la no aku naik. orang yang lain lak dok kat kaunter tu..

aku: kak, semalam saya ade mintak tolong keluarkan surat XXX tu.
dia: semalam awak berurusan dengan sape?
aku: saya tak ingat la kak. (korang bukannya pakai tag nama pon). tapi saya dah mohon semalam and die kate ari ni petang dah boleh amik.
dia: ok. awak tunggu jap.

several minutes later..

dia: dik, surat tu tak boleh dikeluarkan la. kami cuma keluarkan sekali je.
aku: ek eleh. abis tu smalam korang cakap lain lak (aku cakap dalam hati).
dia: so, akak tak dapat la nak bagi kat adik.
aku: (aku tau surat surat macam tu diorang mesti ade copy punye). err.. akak boleh tolong fotostatekan tak? sebab saya nak kene antar ke 'tingkat bawah'.
dia: awak tunggu kejap ae..

another minute..

dia: sume pegawai takde la kat sini. awak datang lain kali ek.

for me, if anythings happens, aku akan balas dengan senyuman. walaupun senyuman yang terpaksa. lebih sejam aku dok sini and i gain nothings. senyum je la..

aku pergi ke tingkat bawah nak jumpe akak yang slalu tolong aku tu (ala, yang dalam post sebelum2 ni tu). nak carik kak lin. tapi die takde sebab pergi kursus lak.

damn. aku datang salah timing ke...

Chapter: Hepi birthday

Taniah kepada cik Niki yang berjaya menghadapi 23 tahun asam gaam kehidupan. semoga beliau tabah dan gembira selalu ketika menghadapi kehidupan dunia yang sementara ini.

ps: wow, 13th July ari Jumaat. hati hati, black cat boleh bercakap ari ni. esok nanti korang lupa apa apa yang terjadi berkaitan dengan black cat.

ps ps: aku tak nak jumpe black cat ari ni!!

Chapter: Back to the future.

Semalam and hari ni bertapak semula ke office lame. kembali mengenang nostalgia dulu dulu. menyanyi semula disini. and create a new kenangan kat sini. kinda used of it. hehe!

Chapter: Links

smalam aku ade jumpe satu link yang mengumpulkan koleksi lagu lagu melayu. akhirnya dapat gak aku carik balik satu lagu yang aku minat sesangat. dari dulu aku nak carik lagu ni OAG - Goddess. sebab lirik die best sangat. kalo korang nak carik lagu lagu melayu, korang try la g kat sini: http://lagumelayu.blogspot.com. tak semua ada, but at least ade siket daripada takde langsung.

OAG - Melody Mocker - 05 - Goddes.mp3

Lirik die

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kaseh :)